Rabu, Mac 03, 2010

Pukul 3 pagi….

Ingat tak lagu P. Ramlee tu? Eh bukan.. takde sapa pun yg nyanyi lagu tu utk saya sekarang ni. Hehehe..

Cumanya di detik waktu tersebut (ehem!) saya masih berjaga. Tersadai berkuak lintang di atas katil king arwah abah. Di kelilingi buku-buku tebal ‘tiruan’ hasil ciplak dari library universiti. Menghadap laptop pink yg setia bermain FB. Saya sedang membaca buku teks pengajian semester ini ya adik-adik!

Rajin adik rajin..

Rajinlah belajar…

Ok. Selain lagu itu utk adik-adik ..utk makcik adik seperti saya jua sesuai di tanggung halal!

Nampaknya rutin kehidupan sudah kembali menjadi kelawar. Siang tidurr.. malam berjaga.

signature

Sudah habis musim baru tergedik

Benda alah ni…

flipflap

Sekarang kereta saya juga sudah miliki. Mengambil keputusan membeli setelah musim meletak benda alah menjongket tergedik-gedik ini hampir suam suam kuku. Beli lambat harga sudah murah. RM5 saje. Berbaloi-baloi~

Oh! Dulu ada suatu masa musim meletak buah dada dadu pelbagai warna di kereta. Sampai ke sudah saya tak beli. Buah dada sudah ada kan? Perlu ke yg lain lagi? (tetiba blog ini melucah? apa hell hal?)

Astaghfirullahalazimm…

signature

Beria-ia mengambil gambar tapi ….?

Mengapa tidak mengupdate blog? *teeetttt* Masa tamat. Jawapan: Sedikit malas~

Tahu tak jika mahu menjadi blogger tegar harus update blog selalu? *teett* Ok. Bagi jawapan terus: Tahu~

Semalam dan hari ini saya beria-ia mengambil gambar ketika memasak utk di sisipkan ke dalam blog.

Sekali apabila mahu meng’transfer’ gambar tersebut lalu membuat entry tidak menjumpa usb cable. Damn! Sgt damn!

Memang sengaja tidak bekerjasamalah kan. Memang sengaja tidak mahu menyokong niat suci murni saya menjadi blogger tegarlah kan.

Isk.

Takpe. Takpe. Takpeeeee… (merajuk plaks si tua ni ;p)

Esok jela update lagi ya. Satu kerja pulak nak mencari card reader. Hampeh sehampeh hampehnya.

signature