Sabtu, Mei 22, 2010

Fikirkan…

Hai..

Sehari dua ni saya agak melankolik. Well, selalu la melankolik tu. Tapi sehari dua ni feel dia lain sket. Saya lebih prefer bersendiri. Duduk depan lappy main games. Ok main games adalah kebiasaan. Tapi kali ni feel dia lain sket. (Huh~! Tak abis2 benda yg sama).

Well..

Tapi memang feel dia lain macam sikit la. I’m back to my own self yg suka observe, berfikir.. emm.. being me yg sangat introvert dan reserve melampau. Hishh..

I’m back to my old habits .. amik buku .. baca.. fikir. Beli dvd .. tengok movies.. English preferably.. fikir. To add on to the sweetness of all this.. melayan internet sekarang adalah jatuh pilihan nombor dua. Miracle. Ting*

Emmmmm…

Hari ni rasa macam nak lepak di tepian tasik memerhati manusia menghabiskan weekend bersama keluarga. Dan fikir…

Seorang pemikirkah saya ni? Oh tidak… sbb pabila larut malam anda tanya apa yg saya fikir.. saya akan automatically jadi blurrr..

Fikir + Blur = Flurr.. mmm..

p/s: Saya dah makan pizza fish itu nanti saya review.

signature

Selasa, Mei 18, 2010

Pengisi masa

Sekarang ni kan saya cuti. Jadi sangat banyak masa terluang dan terbuang. Konon nak bercuti masih tak gerak pun. Konon nak abiskan pembacaan timbunan buku-buku yg diborong pun masih luak sebuah dua saja. Konon nak itu. Konon nak ini. Semua pun bergerak semacam snails yg banyak berterabur di atas rumput rumah saya di waktu malam. Serius. Sangat menjijikkan. Tapi biarlah kan. Takkan kita je nak menumpang di bumi Allah ini. Mereka pun berhak jua. Ecee..

Saya ni jenis manusia yg tersangat cepat boring dgn sesuatu. Jadi apa pun yg saya sentuh memang sekejap jela keterujaannya. Contohnya mengait. Mengait??? Cis! Langsung tidak berminat dengan pekerjaan wanita seperti menjahit mahupun mengait. Tapi bila melihat orang boleh menjahit beg-beg cantik terus merasa hina. Padan muke!

Sekarang saya sedang asyik asyik asyikkkkk.. asyik asyikknya bercintaaaa. Pfttt! Takde maknanya. Actually bebaru ni semasa saya berjalan-jalan mencairkan lelemak di The Curve saya jumpa ini di Borders.

29782_379268422363_693237363_3787060_2225425_n Menarikkan? Nak buat sudoku makcik ni bangang sampai sudoku pun tak reti buat. Jadi ini jelah yg mampu makcik buat. Tebal buku ni. Kalau sehari selembar muka surat mahu setahun lebih la siap habis semua. Tapi saya buat kekadang sampai 3-4 pages sehari. Maklumlah saya kan sedang di landa penyakit susah tidur malam. Jadi ambik lampu suluh dan pen buatlah benda tu sampai ngantuk. Sangat memberi ketagihan yg mild. Heh~

Saya juga berpendapat jika seseorang itu berada dalam keadaan stress cubalah buat puzzle ni. Resultnya adalah antara dua. Sama ada stress itu makin kurang atau pun makin bertambah. Hehehehehe.. tapi saya rasa jika sedang berfikir tentang masalah yg berserabut meluangkan masa membuat puzzle ini boleh buat lupa segala masalah. Sbb kena fikir masalah nak selesaikan puzzle tu pulak. Heh~

Sekian. :p

Majulah sukan untuk negara. Walaupun main badminton pun kalahkan? Memang la keluarga Sidek je yg sukses so far.

signature

Sabtu, Mei 15, 2010

Pizza itu sedap kah??

Bebaru ni di blog2 blogger terpilih saya nampak pizza. Pizza baru Pizza Hut katanya.

Wah! Mesti try ni bah? (tetiba jadi org Sabah!!!)

Saya suka pizza. Tapi tidaklah memakan pizza hari2. Sebulan sekali pun tidak. Dalam setahun mungkin hanya 2 3 kali sahaja. Amik ko! Buleh kira you berapa kali i makan pizza kan. Kata mahallll.. (makan pizza pun tak mampu ke?) akekeke.. takdelah.. buleh je nak makan hari2 pun (wah! nak kasi tau duit byk kah?) ehh… tidak.. saya bukan kaya. Bukan miskin juga. Tapi mana lah molek memakan pizza selalu sangat kan. Walaupun demikian gemok juga ya nok~ Isk.. berpasrahlah metabolism rendah kekdahnya.

promo_big_april10 

Tengok tu.. wahh! Macam sedap kan? Hari tu saya sudah meminta izin emak utk mengorder pizza itu (dah tua pun mintak izin mak kah?) Eh.. mestilah! Dah saya nak suruh emak bayar kan! Akekekeke..

…mmmm… bila nak pegi makan ek?

Jom kome! Tak teringin ke?

Technorati Tags: ,

Jumaat, Mei 14, 2010

Hari Jumaat adalah hari utk bersedekah

Hari lain pun kalau nak bersedekah dialu-alukan. Sedekahlah pada yg berhak. Tapi saya bukan nak cerita pasal sedekah pun.

Saya nak cerita hari ni saya memasak tau~

Wakakakak.. apakah kaitannya memasak dgn sedekah? Apakah hari lain tidak memasak?

Well.. hari lain masak jugak kalau rajin. Kalau malas duduk je dendiam. Tapi kisahnya saya dari semalam berhajat nak memasak nasi minyak dan lauk-pauknya. Tapi saya terfikir adalah lebih baik saya memasak hidangan special tersebut pada hari Jumaat. Lebih besar pahalanya sbb bagi makan ahli keluarga dengan niat utk sedekah. Betul?

Jadi tengahari tadi dengan gigih saya mula singsing lengan di dapur. Masak naik minyak yg over kuning (kes nak perabih pewarna kuning), lauk kurma daging, kentang masak sambal ikan bilis dan goreng papadom. Itu je. Akekkekeke.. jadilah. Nak masak ayam masak merah ayam nan hado. Dah lama tak beli ayam. Malas nak ke pasar pepagi. Nak beli ayam di pasaraya adalah geli. Jadi syukurlah dengan jamuan air tangan saya itu nok~

Gambar adalah yilekk. Masa memasak adalah masa berlemuih comot. Tiada keterujaan mengambil gambar pulak hari ni.

Alhamdulillah… kenyang semua orang. Memasing dok kata bau makanan yg harum dan menyelerakan. Tapi saya tidak kebauan pun? Mengapakah?

Sempat bagi sepinggan pada …emm… tetttt.. huh~ nyampah! Merajuk I~

Ohh.. saya baru tahu goreng papadom dengan minyak yg telah digunakan utk menggoreng kentang sebelumnya adalah menjadikan papadom lebih lazat. Serius! Sila cuba. Ngeh~

signature

Rabu, Mei 12, 2010

Once upon a time…

… saya adalah sebegini comel. Wah! Comel ke nok? Akekekke..

dulo 

Kasi can la makcik ni perasan ye. Asik ko je nak comel mana bleh jalan~

Pesal telinga capang semacam? Sekarang tak capang la pulak…mmm…

Cuba bandingkan dgn sekarang?

lolaPerghhh.. comel berganda2 nok.. Sampai penuh segala ruang yg ado dek kecomelan melampau saya nih~ hishhh.. tak muat nakk! Tak muat! Huh!

signature[3]

Virus beranak-anak

Sekarang saya sedang menggunakan laptop usang IBM saya yg berusia 6 tahun. Pentium 4 je you! Masih hensem. Masih gagah. Cuma adalah capik sana sini gara2 mendapat tuan yg ganas ni kan. Dan ada la jugak menghidap penyakit sikit2. Minor jelah penyakitnya. Masih boleh dipulihkan. Bebaru ni saya hantar ke ‘klinik pakar’. Tukar jantung. Perghh! Best je laptop boleh tukar tukar jantung segala kan. Dah nama pun machine. Selagi tak jahanam hancus masih la boleh selamat.

Sejak pulang dari klinik aritu saya cucuk bontot IBM ni dengan external hard disk saya yg juga usang. Akibatnya IBM yg berjantung baru ini menghidap penyakit batuk. Haa.. pening ko nak baca entri berbelit Cik Mont??? Mudahkan cerita. Dia dah buat hal pulak dah. Install games tak boleh main. Msn tak boleh login. Itu tak boleh. Ini tak boleh.

Dan saya suspek beliau menghidap virus H1N1. Whooooaaa…sadis~

Satu hal pulak nak kena bawak semula ke klinik utk suntikan vaksin segala. Nyampah haku~

Nasib baik I ni jenis setia you. Jadi i tetap akan bersama you selagi you sudi bersama I.

I leb yuu IBM (walaupun sekarang you sudah tukar nama LENOVO kan? Biasa die ye.. dah elok IBM tukar LENOVO plak)..

IBMku Godek godek jantung si IBM ni jumpa pulak pic beliau sendiri. Ngee..

*p/s: Saya sayang IBM ni sbb ini lappy pertama saya. Yg pertama harus la special. Walaupun kdg2 yg kedua ketiga keempat dan seterusnya biasanya adalah lebih special… :p

signature[3]

Selasa, Mei 11, 2010

Pertama kali naik ketapi

Perkataan ‘ketapi’ di atas adalah word ‘keretapi’ sebenarnya. Sengaja saya eja begitu konon perasan ada lesen perosak bahasa mcm poets tu semua kan. Heh~

Ok. Ini adalah pengakuan berani mati dari saya. Jika mahu gelak dipersilakan. Saya tak marah mahupun berkecil hati. Jika mahu kutuk juga agak2 lah woi. Best sangat ke kutuk orang ni??

Hari Ahad yg lepas buat pertama kalinya saya menaiki komuter ke KL.

Ya? Hahahahahhahahahahahahahaha… saya tolong gelakkan sama. Sampai abis gegar gegar bumi ni. Kedung kedung kedung kedung <--- sound effect bunyi gegaran.

Memang kelakar la agaknya bunyinya umur dah 32 tahun baru nak merasa naik komuter kan? Nak buat macam mana nakk.. makcik ni memang serba serbi lembab. Dah tu ada kereta sendiri sejak abis spm kan? Buat apa naik public transport kan? Muahahhahaha berlagak di situ. Heh! Takde maknanya. Bukan berlagak ya. Cuma nasib saya je baik sikit. Ataupun sebenarnya saya yg gemok sangat jadi kerusi bas awam ke ketapi ke kapal tebang ke memang tak muat lah nakk.. sila kasihan. Isk..

Kisahnya memang itulah first time naik komuter. Bertemankan 2 bodyguard yg baik hati saya melangkah setapak lagi menuju kejayaan. Cewah! Berjayalah sangat. Tapi berjayalah jugak utk diri saya ni haa yg mencuba sesuatu yg baru. Walaupun terdapat kelemahan di sepanjang perjalanan balik. Ohh..

Saya park kereta di stesen komuter 19. Punyalah berdebar nak tinggalkan kereta kat situ sampai saya baca doa berpuluh2 kali. Sadis.

Sementara menunggu train tiba saya dah pucat. Kasihan. Naik ketapi pun takut. Mari gelak lagi. Hahahahhahahahaha.. (sila buat sound effect seperti di atas lagi).

Dalam train saya berdiri. Hari minggu nak.. penuhlah kekdahnya. Nasib badan. First time naik kena berdiri kan. Takpe.. dah standby pakai kasut terbaiklah kononnya. Anti slip. Anti segala antilah.

Tapi seronok jugak kan. Perasaan yg sangat lain. Sbb kebiasaan saya drive kereta sendiri mana boleh tengok santai kiri kanan. Lalu pulak tepi kawasan perkuburan abah saya. Terus dalam hati kata “Abah! Anak dara abah naik ketapi ni”. Ok. Tunduk. Sedih. Dulu masa kanak2 abah kata nak ajak kami naik ketapi jalan2. Tapi tak kesampaian. Lalu kini saya naik sendiri. Sobb..

Sampai KL Sentral saya ke stesen monorail pulak. Merasalah naik macam2 train dlm satu hari kan. Kata nak ekspedisi kan. Tapi pesal la diorg tak buat laluan ke monorail brickfields tu senang sikit. Ini tak. Kena U-turn pulak sambil sedut asap bas berkepok kepok. Huh! Benci KL (tetiba~!). Memang saya tak berapa gemar KL sbb habuk dan asap banyak tulah. Pernah dulu masa buat KPLI saya stay kat kondo di Cheras setiap kali bangun tidur akan mengeluarkan kahak hijau yg ngeri. Semput makcik nakk! Terus kensel nak dok KL..

Ok. Sambung cerita ekspedisi. Naik monorail nak ke stesen Imbi. Nak ke Low Yat sebenarnya. Dan terus ke Sg Wang. Lama sudah tidak ke sana membuang duit. Ini kata2 sinis ni. Bukan bermakna saya banyak duit. Lemak banyaklah. Di Sg Wang tu saya dah lelah sebenarnya. Kalau naik kereta bila penat boleh terus duduk dlm kereta terus boleh memandu pulang kan. Tapi bila naik public transport perlu berjalan kaki secara tak begitu rela ke stesen. Turun naik tangga. Sakit kaki saya. Huh! Time balik utk elak kesesakan saya kena ambik train dari stesen Bank Negara. Kalau naik dari KL Sentral memang kempunan dapat duduk ceritanya. Lalu saya pun menapaklah ke Bank Negara. Hazab sungguh. Isk.. sadis. Memang tak larat jalan dah. Gila jauh menapak! Serik! Konon nak singgah shopping kat Sogo pun cancel. Semua pun cancel. Kaki makcik dah sakit. Isk.. nangis~

Nasib baik masa balik ke SA tu dalam train saya dapat duduk. Syukurrrr. Bila sampai je SA nampak je kereta saya terus rasa sayang giler. Bersyukurlah ada kereta. Bersyukurlah atas segala nikmat dan kesenangan. Terus makcik insapp nak.. betul ni..

Kembara2 Kamu.. saya sayang kamu.. walaupun saya jarang mandikan kamu.. percayalah.. macam mana pun keadaan kamu.. kamulah yg terbaik .. lain kali saya pergi mana2 saya bawa kamu bersama k..

Walaupun saya tidak kaya raya tahap duit berkepuk2 boleh buang sesuka hati.. namun saya tetap bersyukur sbb basic living saya adalah mencukupi. Malah sometimes berlebihan. Terima kasih Ya Allah!

Dan kini saya sangat faham bagaimana rasanya mereka yg perlu commute pergi dan balik kerja naik train segala. Hari hari pulak tu. Dan lebih faham lagi betapa susahnya orang yg takde transport sendiri. T____T

ktmMuka makcik seronok dalam komuter dapat balik dgn selamat.. huhu..

Legaaaaaaaaaaa I tell U ~ :p

signature[3]

Hari emak adalah hari hari

Entri ini sepatutnya saya buat pada Hari Ibu yg semua orang sambut hari ibu (ayat baik punye belit~). Tapi sbb saya penat, kurang sihat, lembab dan sebagainya maka hari ni lah yg terpilih utk saya buat entri hari ibu. Tahniah Selasa~ tetiba pulak.. isk.. jangan pening. Mari cerita..

Tahun ini adalah tahun pertama saya menyambut hari ibu yg ada hanya ibu. Faham tak? Maksudnya sebelum ni saya meraikan hari ibu dengan ada ibu dan bapa. Jadi memula sambut hari ibu lepas tu hari bapa. Beli hadiah pun ikut giliran macam tu lah. Tapi sekarang hari bapa disambut tanpa kehadiran bapa. Ohh.. entri sedih pasal bapa mari cerita lain kali sahaja. Sobb..

Hadiah emak saya beli beberapa hari sebelum hari minggu tu. Setelah sebulan lebih survey nak beli apa akhirnya saya decide belikan sandal baru. Sbb sandal hadiah hari ibu yg lalu sudah cacat di cakar Uncle Charlie the Tama’s son. Bagaikan pucuk di cita ulam mendatang sekali ‘ting’ sudah tahu apa hadiah yg sesuai. Tak perlu pikir lama-lama. Walaupun sudah 2 kali ke Jusco Bkt Raja pusing2 cari hadiah.

Seusai beli hadiah memula ingat nak wrap sehabis comel. Tapi tak jadi sbb bila beli kasut tanpa si pemakai adalah berisiko. Walaupun biasanya memang saya yg beli kasut mak abah saya tapi saya tetap tidak yakin akan kemuatan kasut tersebut di kaki mereka. Yelah. Kasut kan lelain design. Jadi perlu di cuba di kaki dahulu barulah confirm. Sebelum bayar dan bawak balik saya dah pakat dengan budak sales tu utk tukar kalau tak muat nanti.

Sampai rumah saya lihat emak tiada. Tiada di bilik. Tiada di dapur. Saya nampak kipas di hall atas terpasang. Mungkin emak sedang berkemas di situ kot. Saya pun naik ke atas. Saya hulur kasut. Emak bolayan. Heh.. actually emak merajuk sbb saya keluar tanpa bagi tahu beliau. Saya suruh juga emak try kasut tersebut. Emak try acuh tak acuh. Lepas tu saya ckp “Emak try kasut ni.. ni hadiah hari ibu.. org dah takde bapak”. Terus saya nangis. Heh..cembeng! Sukelah!.. lepas tgk saya sudah cebek cebek mahu nangis cepat je emak pakai kasut tu dan posing posing jalan. Huh! Kasut muat. Alhamdulillah..

Hari Ahad yg lepas tu (hari ibulah kan…) saya suruh emak pakai kasut tu jalan2. Kebetulan emak nak ke Kajang. Anak lain pula bawak sambutlah kan. Kasi can la. Sbb saya hari2 berkepit dgn mak dah setiap hari berhari ibu.

Hari itu mereka ke Kajang saya pula jalan2 ekspedisi. Nanti saya ceritalah! Eh! Apa ni nak cerita pun garang2? akekekekkekee…

Sekian cerita hari ibu adalah hari2 dari saya :p

signature[3]

Rabu, Mei 05, 2010

Sakit dada pulak

Ya. Hampeh. Semalam semasa saya bergroceries shopping di Tesco tetiba dada belah kiri sakit. Saya asyik tekan dada sahaja sepanjang menyopping.

Dan hari ini sewaktu bangkit dari tidur dada masih sakit. Plan hari ni adalah mengemas rumah. Saya mahu mulakan dari bahagian dapur. Hanya sempat mengangkat oven dari dry ke wet kitchen sahaja. Mahu memasak juga tiada minat.

Semuanya kerana dada yg sakit.

Hmmmmmmmmm…

signature

Isnin, Mei 03, 2010

Kembali terjalin

Hehehe… tajuk adalah umpama saya dan blog udah merujuk. Sudah berapa bulan bercerai kan? Nasib baik talak 1 saje. Ok belogku.. mari bercinta kembali~heh..

Sekarang saya sedang cuti sem. Cuti sem adalah selama 2 bulan. Di penghujung bulan Jun baru register sem baru. Kelas maybe start early July la. Jadi apa nak buat sepanjang cuti ni?

Macam2 dok ada dlm kotak fikiran. Tapi satu pun belum dibuat lagi. Kereta lama yg berenjin lama pastilah gerak pun ala ala lem. Konon nak pegi bercuti. Sbb sepanjang tahun 2009 kan saya sibuk. Sibuk di uji. Sibuk mengurus itu ini. Sudahnya saya sendiri kedaung. Kepala otak rasa serabut. Seperti terasa rambut wavy ku bukan hanya di atas kepala. Tapi sampai ke dlm otak serabutnya. Kusut musut. Membusut. Ok. Exaggerate lebih.

Sepanjang saya hanya memblog di dalam hati banyak perkara saya alami. Tapi umpama membuang air besar yg tiada sembelit saya buang dan flush segera saje. Every day hanya tempuhi saja dan biarkan ia berlalu pergi.

Misi diet saya juga gagal. Gagal kerana saya tidak kuat iman inclination. Kerana instrinsic motivation saya yg mati. Akibatnya membazir wang saja. Kena buat post mortem. Kaji apa yg menyebabkan kegagalan demi kegagalan. Mungkin salah satu faktor adalah saya tidak ada digital weighing scale. Mengapa digital? Kerana mesin penimbang analog adalah tidak mampu membaca berat saya. Padan muka. Sila menggemok lagi. Insaf~

Sekarang sudah 3 haribulan Mei 2010. Sila bertindak laju2. Pantas sket. Sila rajinkan diri. Sila buat brisk walk everyday. Sila minum air byk2. Oh.. saya kurang minum air. Itu juga faktor tidak mendorong proses penurunan berat. Suka skip makan juga adalah tidak bagus. Haih..~

Saya sudah lantik someone menjadi personal consultant. Tengok jela berjaya ke idak..

Kenyit mata sket ;)

signature