Sabtu, Oktober 30, 2010

Lega~

Fuuhhhh…
Selamat sudah pembentangan tugasan pagi tadi. Seminggu saya resah gelisah. Seminggu jugak saya dok asyik menonton filem2 melayu klasik di youtube. Ehh… hehe.. betul nih… saya rasa itu terapi menghindar stress. Cecece…
Seperti biasa selalu reward diri sendiri seusai melepasi tahap tekanan. Memang sudah ditakdirkan fiesta tersebut berlaku di masa yg sesuaiiiii sgt dgn keadaan saya. So rewardnya sudah pun di dakap. Ceh… rasa nak relax satu hari esok sambil mengelek reward. Amenda reward di entry lain lah ye. Belum snap pictures pun. Hehe…
Well… this is not the end tho. Next week Saturday (yes..sehari lepas cuti deepa tu) saya ada exam. Then Sunday ada replacement class from 9 to 3pm. Saya hadir je nanti insyaAllah. Takde reason nak skip class tu sbb saya rasa once saya made decision utk commit dgn study so I must go to every class lah. Unless ada sbb musabab yang tak dapat dielakkan. Contoh macam hari ni saya skip class pukul 8 pagi sbb bagi ruang rilekskan diri sebelum seminar tu. But selagi saya free kena pergi kelas.
Nak tahu tak? Both subjects luar bidang yg saya ambil semester ni macam memberi ruang baru pada saya. So saya dpt ilham apa saya nak buat in the next 5 years. So boleh tinjau apa yg patut.
Oklah… saya nak tengok maghi menaghi ni. Ghayu ghayu ghayu.. tagline favorite saya dgn mak sekarang ni. Hehe.. sorry lisa.. but you sangat cute ^___^
Toodles peep.
Signing off,
signature

Khamis, Oktober 28, 2010

Kantoi~

Sedang saya seronok bersembang dan berkongsi idea serta bertukar pendapat tetiba saya telah tercakap sesuatu yg tak sepatutnya keluar dari mulut saya sendiri.

Hishhh…

Menyesal haku. Kadang2 kena pandai cover line. Tak boleh jujur sangat. Itulah akibatnya kalau dah lama tak bergaul dgn masyarakat (budget pemimpin ke haku ni? Hek!)

Kan dah kantoi!

Harap tidak ada kekantoian (I love this word. Mcm bunyi spring. Toing! Toing!) di masa depan.

Saya mengamalkan amalan hidup ‘low profile’ ya. Dan kebiasaannya sikap itu menjurus saya ke lembah ‘VERY VERY LOW SELF-EFFICACY’ which is NOT GOOD AT ALL! But being low profile itu bagus. SANGAT!

Dan kejadian ini mengingatkan saya kepada pepatah “Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek” (walaupun hairan kenapa tidak guna haiwan lain yg lebih dekat di hati seperti kucing?" T__T)

Apa yg ko merepek nih syaiton?? – Ahmad Nisfu tetap di hatiku.

Sampai sekarang masih menyesal. T___T

signature

Isnin, Oktober 25, 2010

Hye~

mr. cadbury & me

I’m Mr. Cadbury…

Hehehe.. yg berbulu comel ini sedang teman saya membina slides utk presentation.

Perghh.. gigil sudah terasa. Gegegege..

 

signature

Ahad, Oktober 24, 2010

Busy mode ON~

Dear blog,
Sorry sbb maybe this week tak boleh bersama kamu. Saya ada presentation dpn students undergrad Sabtu depan.
Owhhhh.. snap!
Doakan saya selamat membentang dgn penuh keyakinan okay…
Gigil mak noks.. isk T___T

Khamis, Oktober 21, 2010

Menyemak?

Ceritanya begini….

Saya sedang memuat turun aplikasi Windows Live di laptop IBM cabuk saya. Kali ni saya pilih setting Bahasa Melayu.

Sedang ia menjalani proses installation tetiba saya tengok status adalah ‘menyemak’.

Dan yg terlintas di kepala otak saya yg kedaung ini adalah ‘menyemak’ yg membawa maksud ‘semak’ atau ‘kusut’. Setelah diperhatikan secara betul rupanya perkataan ‘menyemak’ itu merujuk kepada makna ‘checking’… checking available program ke gitulah…

One word je nak simpulkan.

B.I.O.L

Kah! Kah!

p/s: Tiada signature kali ini sbb semua dok ada kat Pinky Lenovo ku. Belum sempat transfer. T___T

Rabu, Oktober 20, 2010

Tips Penjagaan Tudung#2

Sambung lagi kisah tudung…

Lepas basuh mestilah kena simpan kan. Bagaimana cara simpan paling ideal? Actually takde. Mana ade peraturan khusus nak simpan tudung. Giler ke hape simpan tudung pun nak skema bagai. Ngeh…

Dulu saya simpan tudung2 berawning ni dlm laci. Lipat macam kat butik utk tudung munawwarah dan gulung utk tudung ariani. Tapi saya dapati ada kelemahan. Kelemahan paling saya boring adalah bila nak pakai tudung tu macam renyuk. Jadi kurang best la pakai tudung renyuk renyam ni. So tak ada pilihan lain kecuali gosok. Di sebabkan saya memang malas sungguh nak iron bagai ni semua maka saya guna cara simpan yg lain.

Bagaimana?

Begini…

 

simpantudung

Gantung. Mudah. Dari tempat sidai atau hang lepas basuh terus masuk dalam almari saje. Tudung ariani semua yg sebelah kanan. Saya gantung begitu supaya tak renyuk. Lagipun awning dia macam keras sikit berbanding tudung munawwarah. Tudung munawwarah pula yg sebelah kiri. Kena hang begitu sbb awning dia sangat lembut dan mudah patah. Jadi perlu extra careful pada awningnya.

Simple kan. Macam saya jugak. Haha…

Ok. Habis cerita tudung. Next entry sedang fikir.

For now, ma’as salamah.

Signing off,

signature

Selasa, Oktober 19, 2010

Tips penjagaan tudung~

Hehehe.. tajuk cam ye ye ooo je. Macam la banyak sangat tudung saya tu kan. Padahal semua yg memurah saje. So far tudung paling mahal yg saya beli adalah berharga RM80. Takde yg lebih mahal dari itu. Akan datang tak tahu ler. Bergantung pada rezeki dan keadaan semasa. Keadaan sekarang begitu pun dah cukup mahal. Yelah. Kije idak. Apa pun idak. Lagi mau pakai tudung rega ratus2? Ohh.. rentikan.

Walaupun begitu, murah ke mahal ke tetap saya sayang semua tudung2 tu. Dan selalunya tugas membasuh mereka adalah tugas saya. Bagaimana membasuh tudung munawarah dan ariani cara saya?

Begini …

Memula rendam. Gambo rendam tudung secara sebenar adalah tiada. Maka kira halal jika saya guna semula gambo yg di pinjam dari entry Hobi#2. Sbb teknik membasuh adalah merendam di dalam besen kecil kaler biru tersebut.

washtudung Orait.. rendam di dalam besen khas seperti di dalam kotak merah. Saya berpendapat lebih baik guna besen khas utk tudung supaya tidak ada unsur pembauan tidak di ingini. Contoh: Jgn sesekali merendam di dalam besen yg anda guna utk membasuh ayam. Hahahah.. Giler! Next!

Part sabun pulak. Dulu saya selalu rendam tudung guna sabun serbuk murah je. Contoh: Sabun Biozip. Lepas tu baru rendam dgn softlan. Tapi sbb prosesnya adalah byk (padahal takde la banyak mana pun. Alasan je byk!) jadi sekarang saya sudah bertukar kepada sabun khas seperti gambar di bawah:

wash6 Yesss.. sabun ini tidak memerlukan anda merendam dan membilas banyak kali kerana ia bersifat 2 dalam 1. Sekali rendam terus bilas. Sbb ia adalah sabun dan pelembut sekaligus. Senang! Sangat sesuai utk si pemalas seperti saya. Haha..Oh bau juga adalah wangi dan hasil basuhan adalah lembut dan mendamaikan hati. Ngee…harga juga murah iaitu RM9.90 di Tesco (di Mydin mungkin lebih murah kot!). Guna sedikit sahaja sudah mencukupi. (Baik punye promosi kasi! Cit!)

Lepas rendam selama lebih kurang 30 minit maka sila bilas. Tudung ni tak perlu di perah beria sbb nanti renyuk dan mungkin merosakkan awning jika berlaku gejala luar kawalan di mana anda mungkin terlupa lalu memerah secara melepas geram. Sedar sedar awning dah lunyai. Parah! Maka jika mahu perah sila perah dgn lemah lembut sahaja dan berhati2.

Proses akhir: Sidai.

wash2 Sidai di luar tapi di bawah atap utk mengelakkan pancaran matahari secara terus. Proses ini adalah utk mengetos air yg menitik sahaja. Lepas air dah tak menitik boleh sambung sidai di dalam rumah i.e hang sahaja guna hanger. Kalau tak nak hang boleh sidai secara terbentang begitu supaya tudung tidak renyuk lalu tak payah nak gosok nanti. Sonang!

wash3 Close up: Dari kiri, purple munawarah – coklat bata ariani – jingga ariani – hot pink munawarah – biru ariani. Semua jenis plain sbb saya tak suka pakai tudung corak2 sbb macam menambah semak muka tembam i. Yg awning dual tone pun tak suka. Muka gemok mmg macam tak sesuai. For me la…

Next, nanti saya buat entry cara bagaimana saya menyimpan tudung saya pulak. Kita share cerita la kan.

Signing off,

signature

Sabtu, Oktober 16, 2010

Hobi #2

 

Dalam entri yg lepas (cari sendiri malas nak link :p), saya ada stated saya suka membasuh kain atau dlm bahasa lain men’laundry’. Heh! Tapi dgn mesin la. Basuh manually idok ler teman suka sbb kena duduk2 bawah semua kan. Makcik mana bleh duduk2 camtu. Sakit kaki ler. Yes. It’s true. Saya suka tengok mesin tu berjalan. Suka nanti kain baju tu semua bersih dan wangi.

Nak dijadikan cerita few months back.. or was it early this year ke? ohh.. can’t recall.. mesin basuh 7kg yg ada kat rumah ni telah rosak. Dirosakkan oleh siapa? Sendiri mau ingat la. (Ko bayang hari pertama je dia datang sini suruh vacuum lantai lepas kenduri boleh dia hentak2 vacuum tu. Heh! Ganas giler. Semua org pun kena kemas jugak la apa ko ingat ko boleh goyang kaki je? Sori naik lori la kan). So entah macam mana dia guna mesin basuh tu boleh pulak jahanam. Siap bau hangit keluar lagi. Saya rasa dia hentak jugak la kot! Bahaya ni. Kaki hentak. Meh haku hentak sekali tengok tahan ke tak? Eh.. emo plak. Nyampah.

Next!

Ok. Sbb dah rosak kena beli baru. Nak hantar repair pun mahal. Jadi beli yg baru. Kali ni ambil yg 15kg terus. Senang boleh basuh comforter ke toto ke tak payah susah2 hantar dobi lagi. Yg 7kg tu comforter saiz king mak memang tak lepas.

 

wash1 Mak beli Toshiba. Sbb masa tu ada promotion. Harga dlm RM1850 kot. Puas hati!

Dan lagi syok sbb mesin ni letak kat dlm rumah. Memang dulu ada buat laluan paip air bawah tanah utk mesin basuh tp tak pernah guna. Jadi makin senanglah sekarang.Bebila masa boleh jalankan mesin. Tak kira siang dan malam.

 

wash4

Sudut ni kat dapur basah ya. Ada dua sinki kat situ. So satu utk masak. Satu lagi utk laundry ni. Kalau tak buat laundry kat situ memang sinki tu lonely. Kasihan. Sekarang tak sunyi lagi ya. Kat situ jugak la saya merendam tudung2 awningku yg tersayang. Siap ada sabun khas lagi. Itu saya cerita di entry lain. Oh.. yg dlm besen sedang berendam tu adalah baju kurung cotton kesayangan saya. Pun saya guna sabun khas tu sbb malas nak rendam guna sabun lain. Kang kena letak softener lagi. So malas guna sabun khas saje. 2 in 1 gitu. Ngeh…

 

 wash5

Itu mesin2 basuh yg dok kat luar. Satu mesin manual. Jarang guna dah sekarang kecuali utk basuh dan rendam lapik kaki ke atau kain buruk. Yg kat sebelah dia tu adalah mesin 7kg yg rosak ari tu. Tapi sekarang masih boleh guna sbb cina repair tu tukar apa ntah kena RM300. Cuma tak boleh lasak. Dia sudah sensitif. Perlu layanan lebih manja. Jarang guna jugak sekarang kecuali utk basuh kain warna putih seperti telekung yg tak boleh campur kain warna lain.

So itulah kisah hobi nombor 2 saya. Ada teknologi boleh la jadi hobi kan. Kalu idak kem salammmm..

Sekian.

Signing off,

signature

Sumbat selagi mau~

serabut

Ramai orang yg pernah pegang beg saya akan memberi response seperti ini:

“Ekau ni bawak batu ko? Borat bonar beg ekau ni”. – bukan tertakluk kepada bahasa itu sahaja bahkan bahasa lain juga.

Entah ler. Saya memang suka sumbat macam2 dalam handbag. Beg murah ke beg mahal ke (ada ke beg mahal? :p) sama je kaedah beratnya nok. Rasa kurang lengkap kalau ada yg tertinggal.

Contohnya macam beg merah yg tersembul tu. Dlm tu saya isi ubat. Macam2 jenis ubat. Panadol la. Panadol Menstrual la. Actal la. Dan pil2 lain yg dirasakan perlu. Minyak pun ada minyak kapak la, minyak cap singa la dan vicks. Vicks tu termasuk inhaler dia juga sbb kalau pernafasan rasa tak lancar saya tak suka guna Ventolin Inhaler. Saya sedut je Vicks inhaler tu. Lagi nyaman.

Purse kaler pink cap Anna Sui tu dah buruk. Nak cari yg lain tapi tak jumpa lagi yg best dan berkenan di hati macam tu.

Dlm beg tu juga ada set kunci. Kunci rumah sendiri dah tentu. Siap set kunci rumah makcik pun ada dlm tu. Rumah PA lagi. Mana tak berat. Dgn duit syilingnya sebeban. Tu belum masuk botol air lagi ye. Hehe.. ^__^

Oh.. lagi satu penyumbang berat. Buku. Satu buku mesti ada utk bahan membunuh. Bunuh masa la nok.

So imagine la. Berat kan? Dgn berat badan lagi. Ehh.. ke situ pulak. Sentap mak tau.

Wek!

Signing off,

signature

Jumaat, Oktober 15, 2010

Dinner dgn Uncle Kenny~

Ini dinner saya semalam. Semalam kan saya ke Amcorp. Jadi lapar. Depan mata hanya ada McD dan Kenny Rogers. Di sebabkan dah lama tak makan kenny rogers jadi ke situ akhirnya.
Kebiasaannya juga pinggan saya akan menyerupai begini…

kennyoct02Quarter meal dgn mac & cheese kuasa dua dan potato salad. Saya suka Garden Pasta Salad itu juga tapi kuota dah penuh. Side dishes hanya bole 3 je kan. Pasrah jela. T___T

kennyoct04Ini minuman pilihan saya. Summer namanya. Strawberry soda and vanila ice cream kot. Entah. Tapi sedap! Nyum~

kennyoct03
Muffin pilihan semestinya perisa vanila. Siap tapau lagi 4 ketul sbb hari tu mak kata dia suka. Sekali balik dia cuma makan 1. Yg lagi 3? Sendiri mau ingat ajelah nok! ^__^

kennyoct10
Licin sapan. Burrpp! Alhamdulillahhh… kenyang.
Bulan depan baru makan lagi.
Sekian.
Signing off,
signature

Jeruk oh jeruk~

jeruk

Suka makan jeruk tak? Saya suka jugak tapi hanya jeruk tertentu jelah. Paling suka jeruk mangga ni. Teringat pulak cerita ‘Pisau Cukur’ Datuk Rahim Razali tu mati sbb makan jeruk beracun kan. Hahaha… terinfluence kejap okay!

Jeruk tu saya beli sekilo. Konon nak hidang pd tetamu raya ari tu. Tapi nan ado hidang sbb takde tetamu dtg pun. Hahha… macam mana nak ade. Saya dan emak pun bukan ada kat rumah. Kami merayap. Kadang2 dok rumah makcik. Weekend je mmg confirm kat situ. So kalau ada org dtg pun tidak diketahui. Akibatnya jeruk pun dok terperuk dlm peti ais saje. Bila rasa nak mengunyah sesuatu yg manis dan menggigit sesuatu yg keras saya ambil la. Sedap tau. Ada 2 jenis lagi jeruk. Satu jeruk prun. Satu lagi asam katok. Asam katok ni rasa macam acar pulak. Jadi nanti bila saya masak nasik minyak makan je dgn asam katok tu bleh? Ngeh…

Tapi sayangnya tak boleh makan banyak benda ni. Sbb batuk. Manis pun satu hal jugak. Kalau dah makan benda ni manis jadi air manis langsung tak minum utk seminggu. Bahaya betul.

Sekian.

Signing off,

signature

October ‘10 books..

oct10books
I can live without beautiful dress but I can’t live without books.
Ehemm… memanglah. Dah baju semua bukan ekau muat pun. Uhuk.. T__T
Jadinya buku adalah investment terbaik ya adik2. Walaupun mostly adalah novels… but saya ada plan utk menaiktaraf bahan bacaan yg di baca. Cuma tunggu poket kasi tebal sikit then baru boleh proceed. Buat masa ni redhalah dgn buku2 sebegini je. Tapi percayalah. Buku2 begini pun sangat bagus. Especially utk mereka yg ingin menguasai atau memperbaiki Bahasa Inggeris. Kajian telah dilakukan dan terbukti dgn membaca secara berterusan bahasa anda akan menjadi bertambah baik. Yg penting usaha ya. Usaha. Usaha tangga kejayaan. ^__^
Saya beli ‘Evening is the whole day’ tu sbb saya terbaca a good review pasal buku tu. Written by a Malaysian who lives in the US. Atau.. err.. rasanya macam pernah di sebut oleh lecturer American saya dulu je. Hmmm.. memory losss..
Carole Matthews tu mmg one of my favorite writer. Pernah baca satu novel dia dulu tajukk.. errr… memory loss again. Isk. Tapi gaya penulisan dia best dan tak memboringkan. Unlike Nicholas Spark esp Dear John memang saya tak boleh blah! Boring haku! T__T
The other two writers saya tak pernah baca lagi tulisan mereka. Tapi saya berkenan dgn cover sebenarnya. Dan bunyi tajuk macam menarik. Jadi sambar terus. Walaupun memula saya reserve buku Till Bagshawe ‘Do Not Disturb’ tapi saya letak balik sbb novel tu tebal sangat. Takut terboring di tetengah pembacaan dan potong stim. Hehe..
Jadi buku dah banyak. Bila nak baca? Yg beli Sept pun belum usik. Takpe. Beli dulu baca kemudian. Lagipun sekarang adalah masa sibuk mahu exam. Semester sudah mahu ke penghujung jadi kerja adalah bertimbun.
Sekian.
Signing off,
signature

Khamis, Oktober 14, 2010

Edisi menghias blog~

Sebelum tu saya nak gelak pepuas dulu..

 

Hahahahhahahahahahahahahahahahahahahahah..

 

Ok gelak sampai situ je sbb penat nak taip pepanjang. Perasan tak ada kepala Hello Kitty kat tepi tu? Ngee.. comel giler. Macam saya jugak (ikut tune S.Shamsudin dlm 3 Abdul.. maklumlah minggu P.Ramlee di Astro katanya kan..ngeh).

Hari ni letih menggodek blog ni. Tukar feature la konon. Kali ni kasi bintik2 plak. Dan kaler ini adalah masam. Hanya emak saya je faham apa kaler masam tu. Hehe… sbb sekarang apa jua baju ke tudung ke.. memang saya akan beli yg kaler masam. Titik.

Tu je nak cerita pun.

Sekian.

Signing off,

signature

p/s: macam ni pun bole? ^__^

Ingat saya tak?

myo2

Sayalah Mayonese yg eksiden kena langgar kereta beberapa bulan yg lepas. Saya kan jenis gedik. Gedik is my middle name yo! Jadi saya suka merayap ke rumah jiran depan yg bak mahligai syurga dunia tu. Tuan saya marah saya merayap tapi saya tak peduli pun. Sbb apa? Ya. Sbb Gedik is my middle name. Hihi…

Bak kata orang sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Ahaa… kat rumah tuan saya ni memang banyak tupai. Kadang2 boyfriend saya Embe suka tangkap. Lepas tu gigit dan kunyah2. Balik pada pepatah tu pada suatu hari saya telah di langgar kereta. Sbb masa tu saya dengar tuan saya yg gebu devas tu panggil. Saya pun dgn gediknya larilah. Tapi tak sangka terkena pulak tayar kereta. Mungkin kereta tu tak sempat brek sbb jalan sini bukit. Aduhhhh… kepala saya berpinar2. Dunia seakan gelap gelita. Tiada esokkah bagiku? T___T

Disebabkan sakit yg tidak terperi saya pun menyorok dalam longkang. Nanti tuan saya nampak dia mesti marah saya. Isk… saya insap.

Tapi tuan saya sangat baik hati (ehem!). Dia bawak saya ke klinik Veterinar. Kat situ diorg ubatkan saya. Seminggu saya tidur situ. Hari2 jugak tuan saya jenguk saya macam takde kerja lain je dia (Eh! Dia mmg takde kerja pun :p). Saya kena surgery tau. Diorg betulkan rahang saya yg dah terkalih. Ya Allah… sebelum surgery tu mata saya pun kero tau. Mulut pun nganga je tak boleh tutup. Hidung pun sumbat. Oh.. hidung saya patah lah kawan2. Kasihan saya. Nasib baik lepas surgery saya rasa macam dapat peluang hidup yg kedua. Terima kasih pada tuan saya yg gebu devass tu. Oh..saya sayang tuan saya tu. Kerana saya dia sanggup spend RM450 utk bayar bil.

Sejak itu saya dah tak gedik lagi. Saya jadi kucing yg patuh pada kata2. Saya jadi kucing yg manja. Saya jadi kucing yg kuat makan (Oh.. itu memang tabiat sayalah!).

Tak percaya?

Tengok ni…

 

myo

Saya tidur je kan. Saya memang kucing yg baik dan comel sekarang. Dulu je saya degil.

Jadi saya nak pesan pada kawan2 semua. Jangan jadi gedik tau. Jangan degil. Jangan jadi bodoh sombong. Nanti merana badan taw! Ihikss…

Oklah.. itu saja saya nak cerita.

Signing off,

Mayonese a.k.a Myo a.k.a NyoNyo

Nasi ini sedap~

JMBariani

Beberapa minggu yg lalu saya dan emak lunch di JM Beriani House. Masa tu hari Rabu. Dan hari Rabu ada menu special iaitu Beriani Gam. To be honest saya tak pernah makan beriani gam ni. Beriani bukhara, beriani biasa2 tu pernah la. Ke pernah makan juga kat mana2 tapi tak tahu nama ek? Ontahlah. Anggap sahaja secara formal tidak pernah okay!

Saya dan emak order yg sama. Harga dia mahal sikit. Tapi masyaAllahh.. sodap I tell U! Berbaloi walau mahal sikit. (Middle class macam saya ni sepinggan makanan lebih RM10 pun dah kira mahal ya adik2.. T__T)

Oh.. kami order tauhu bakar juga tapi tak sempat nak snap pictures. Sbb sedap sangat lalu makan tanpa toleh kiri kanan.

Saya perasan kalau waktu lunch restoran ni ramai. Full house. Dan supervisor dia akan selalu pantau utk seboleh mungkin sediakan kita meja.

Oh.. saya makan ni kat Tesco aje. Senang dekat.

Apa yg saya suka sangat ya? Saya suka nasi dia yg tak terlalu muak atau terasa berat seperti mengandungi minyak berkati2. Saya suka ayam dia yg super lembut di gigit serta cair di lidah. Okay tipu. Mana boleh ayam cair. Saya suka kuah dalca dia juga. Saya suka acar buah dia paling utama. Sebagai manusia yg kekadang memilih makanan acar tu saya memang suka. Overall, sepinggan ini adalah rezeki paling nikmat di JM Beriani House.

Tetiba rasa nak pergi makan lagi. OH! Rabu kan semalam. Grrr…melepas daa…

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Kepingin buah~

Memula nak cerita pasal ni. Saya nak buat entry pasal buah jadi utk menyedapkan lagi mata memandang saya google la gambo2 buah. Dan ini yg keluar di saat saya baru menaip perkataan ‘buah’.

buah

Buleh pulak ‘buah dada rozita che wan’ pun ado? Hampeh!

Now jom cerita pasal buah. Sewaktu menaip entry ni tekak saya memang teringin nau nak makan buah. Kebiasaannya buah bukan menjadi pilihan pun. Ontah mengapo teringin bonar plak haiii…

 

melon

Uiiii.. sedapnye tembikai niiii… merah pun sodap.. kunin pun sodapnyooooo ekauuuuu…

 

 

betik

Umang aiiiii.. botik ni pun alahaiiiii kuniangnyo ekauuuu.. sodapnyoooo…

 

 

8119honeydew_melon   

dan last sekali.. honey dew ni.. kalo dapat yg manis manis.. yg wangi wangi.. perghhh… buat pulak jus ke.. walaweiiiii…

Harap teringin tapi tak poie boli tak dapek den nak nolong. Tapi buah tembikai ni awat mahal sangat skarang ha? Dulu ada Makro kemain lagi murahnya. Sebiji yg sedang baru RM2++. Sekarang yg kocik cinonet sekali timbang dah RM4. Pekejadahnye? Tanam sendiri kang!

p/s: Pictures credit to Google Images & the copyright stated.

Signing off,

signature

Rabu, Oktober 13, 2010

Blackberry atau Olympus?

Saya tgh consider dua benda di atas.
Mana satu perlu? Atau mana satu best?

Blackberry inikah?
images

atau…

olympus-fe-5050-digital-camera 
…dua dua pun sama perlu. Okay. Kalau ikut perlu camera tu lebih perlu sbb semester ni byk kena snap pictures utk assignments.
Blackberry tu pulak memang tak perlu sangat pun sbb hanya utk pleasurable activities such as FB and blogging je.
So… mana kedai jual camera kaler pink tu?
p/s: Pictures credit to Google Images.
BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Semua sakitlah~

Tangan sakit.

Abdomen sakit.

Dada kiri makin sakit.

Otak sakit.

Semua sakit.

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Selasa, Oktober 12, 2010

Tanggungjawab anak lelaki~

Hari ni saya baca satu artikel. Not really an article lah. Cuma tulisan seorang blogger mengenai tajuk di atas.
Jika dulu masa sekolah ustazah saya kata tanggungjawab anak lelaki pada ibu bapa sampai mati. Anak perempuan pulak apabila berkahwin fokus utama pada suami. Itu yg telah tertanam di skema otak saya bertahun2. Dan rupanya ustazah saya tu salah ajar kah?
Kerana menurut blogger tersebut apabila berkahwin tanggungjawab anak lelaki adalah 100% kepada isteri dan anak2. Ibu bapa bukan jadi tanggungjawab dia lagi. So ibu bapa sila cari rezeki dan buat kehidupan sendiri.
Oooooo… saya baru faham. Patutlah semakin ramai orang menghantar ibu bapa ke rumah2 orang tua. Patutlah airmata ibu bapa tak ada harga. Patut lah .. patut lah.. patut lah…
Kasihan pulak saya rasa. Masa kecil bukan main di tatang. Bukan main di sayang. Hinggakan kerja apa pun biar ibu yg buat. Anak jangan buat nanti anak penat. Bila anak dah ada keluarga sendiri, biar anak kena dera dgn isteri. It rhymes lagi. Lately saya memang teruja dgn ayat2 berirama ni. Keles!
So now I must change my perspectives towards family lah. Semasa kecil anak emak bapak jaga. Bila besar sudah jadi orang punye. Ibu bapa sila bersedia utk di hantar ke rumah2 org tua.
Fakta ya. Fakta.
Tapikan.. aku ni jenis kasihan. Sbb emak bapak tiada galang ganti. Sbb mata aku byk tengok kesunyian seorang bapa yg tak dipedulikan anak. Banyak tengok air mata diorg yg mengalir bila anak tak balik dan tak contact langsung di pagi raya (dan kenyataannya adalah raya yg terakhir baginya). Jadi bab yg tu aku tak boleh tolerate. Aku view hidup bukan dari perspektif macam kau. Sbb bagi aku emak abah aku hanya ada satu. Bukan macam engkau emak bapak bersepah2.
Itu baru bab ibu bapa. Yg adik beradik pula lain ceritanya. Masa kecil kita adik beradik sbb we share the same parents. Bila besar hanya tinggal part ‘we shared the same parents’ je. Tu pun terus jadi past tense sbb it’s no longer exist in my mind katanya. Gila betul. Jadi saya kena prepare utk guna wali hakim la kalau nak menikah kelak. (Wah! Nak menikah ke? LOL) Kes ketiadaan wali sbb abah dah meninggal kan. Kasihan.
So saya sekarang kena betulkan balik pemahaman saya yg lampau. It may takes time. Tetiba aku rasa macam byk benda tak baik je hidup ni dari baik kenapa?

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Yg kusangkakan makcik jual keropok -updated

Semalam saya menemani rakan saya yg bermasalah sihir tu mencari CD surah al-baqarah kan. Biasanya tempat yg senang nak cari bebenda macam tu adalah di kompleks pkns. Lagi pulak sekarang bulan ramadhan lagi la senang nak cari kat situ. Tapi malangnya parking di kompleks pkns tu penuh. Kalau ada pun kat parking terbuka yg jauh giler kena menapak dah tu pulak kena menyeberang jalan la pulak. Saya memang malas nak jalan jejauh bebulan puasa ni. Jadi saya park kereta di SACC. Ya. Jika anda mahu ke kompleks pkns tapi parking full sila parking di parking terbuka SACC mall kerana lebih dekat. Perlu melintas jalan juga tapi bukanlah jalan besar mcm highway nun. Hishh tak koserr..
Semasa nak masuk ke kawasan parking SACC tu saya nampak ada group sedang shooting pelemfilem. Or maybe drama pun saya tak sure. Saya cuma tengok dari jauh je sbb lokasi shooting diorg dgn kereta saya jauh. Jadi just ignore jela. Kami terus ke tempat yg nak dituju je.
Setelah selesai membeli apa yg dicari (Ohh.. saya nampak ada wedges yg saya berkenan juga kat Bata. Kalau takde tempat lain yg lebih menarik saya plan nak beli yg tu je. Ohh.. raya ni saya mahu kasut baru please.. isk) kami pun menuju semula SACC. Tapi kali ni lalu ikut dlm bangunan. Sbb tengahari kan panas nok! Hehe..
On  the way nak ke bangunan SACC tu ada seorang makcik ni tegur. Dia jual keropok dan minta kami beli satu utk tolong dia. Isk. Bukan saya tak nak beli. Tapi harap makcik faham saya sedang berada dalam kondisi tight budget. Lain kali kalau ada rezeki pasti saya beli la kan. Bukan sekarang. Isk.
So kami terus menuju ke mesin auto pay yg dekat pizza hut tu. Nak dijadikan cerita kat tetengah pintu kaca tu ada lagi sorang nampak macam makcik jual barang jugak. Pakai baju kurung cotton (amboii.. cotton lagi you!) dan bawak beg besar petak2 tu. Hishh.. macam mana nak describe ni. Tahu tak beg yg empat segi besar yg slalu maid nak balik indon bawak tu? Ishh.. susah nak cakap. Pepaham jela ye. Saya dan rakan saya ni dah jalan laju2 sbb tak sampai hati nanti kena tolak jualan dia lagi kan. So kami straight bayar parking je. Tanpa toleh kiri kanan.
Lepas setel bayar parking tu kami terus nak ke kereta. Nak dijadikan cerita saya nampak crew shooting yg saya nampak mula2 tadi dah pindah kat depan tu pulak. Jadi kalau kami nak lalu memang bebetul depan diorg la. Saya nampak ada satu kereta myvi hitam dok parking kat depan tu. Saya fikir maybe diorg shoot kereta tu la. Saya toleh gak tengok kot ada pelakon yg saya kenal ke kat dlm tu. Tapi yilek. Time kami lalu tu memang takde orang lain lalu lalang. Hanya ada saya, rakan saya dan guess who? Makcik yg pakai baju cotton tu ok! Dia jalan bebetul depan saya dan rakan saya tu. Then, saya nampak director tu tunjuk tangan suruh lalu tepi. Saya ingatkan dia tak bagi lalu tengah sbb diorg tgh shoot ke apa. Sekali cuba teka???
Makcik yg lalu depan kami yg pakai baju cotton yg bawak beg besar mcm nak jual barang tu ialah makcik FAUZIAH NAWI ok!!!
18a1-fauziah nawi *picture credit to google
Gila malu haku ngan member haku ni. Isk..
Gila bengong sampai tak perasan siapa dia. Dan lebih bengong sbb dgn selamba kodok dok membontot je makcik tu. Harap2 la tak masuk muka dedua insan tak berdosa ni dlm scene tu. Isk.
Malu wehh. Malu den! Grrr..
Ok. Moralnya apa? Lain kali sila peka dgn sekeliling. Titik.
p/s: Entri ni saya up sekali lagi sbb saya dah dapat kenalpasti drama apa yg shooting tu. Rupanya Cerekarama tajuk dia “Kuih Makmur”. Menjerit haku satu rumah bila nampak diri haku yg gebu devas ni terkantoi masuk tv. Akibat tak peka dgn sekeliling. Padan muka. Nasib baik tak zoom in muka ni ha.. kalu idak.. haishhh.. malu makcik. Ngeh~
signature

Rawak Lawak #1

Sekarang ni mudah betul kan?

Kalau tak pandai tulis dalam English boleh guna Google Translator utk alih bahasa. Tapi saya tak sure pulak ketepatan bahasanya.

Tadi saya cuba memain dgn Google Translator ni. Kekonon nak alih bahasa blog saya la. Kekonon ada mat saleh baca tapi tak faham Bahasa Melayu tapi nak tahu apa saya tulis guna la utk translate kan.

 

crazy

Saya rasa ia lawak. Kalau kamu refer entri ni kamu akan tahu itu saya quote lagu ‘Bangau oh bangau’ dan ia jadi seperti di atas. Hah! ^___^ ‘Kerbau tak makan aku’ sudah jadi ‘I do not eat buffalo’? Kok siapa makan siapa ini?? Ngeh!

And ‘I take care of the JE’ itu semacam penyakit JE tu kah? ^___^

Kalau gitu la hasilnya sama ada ekau makin poning atau ekau forever confuse lah baca blog den ni ha. Mungkin kalau saya eja dan susun ayat bebetul ia akan jadi lebih baik kot!

Have u all try this?

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Isnin, Oktober 11, 2010

Sudah kenyang, terima kasih~

Masa raya perasan tak iklan Planta yg guna ayat camtu?

Tapi bukan tu yg saya nak highlightkan sekarang.

Versi saya…

“SUDAH BOSAN, TERIMA KASIH”

Go to hell la nyah!

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Selesai satu per satu~

Alhamdulillah.. selesai sudah kenduri tahlil arwah abah dan aqiqah utk budak kecit. 6 Zulkaedah ni genap setahun abah pergi. Rindu tetap ada. Segala kenangan tetap segar di ingatan dan kotak fikiran. Tak nak elaborate lebih. Simpan dalam hati saje.
Persiapan utk majlis tu kali ni saya buat step by step. Sbb sudah terima hakikat segalanya kena buat sendiri. Dengan masa yg terhad, dengan tenaga yg tak berapa kerat. Jadi perancangan kali ni perlu ikut plan yg telah ditetapkan. Saya hantar surat jemputan sampai pukul 12 tengah malam you! Rumah semua dah la sunyi sepi belaka. Langsung takde org di jalanan. Sudahnya surat2 utk jiran2 di lorong rumah saya di tangguh hantar esoknya. Tak sanggup nak turun naik kereta tetengah malam. Kang tak pepasal ada yg dok menegur. Hishhh…
Ruang hall rumah pulak memang dari hari Rabu dah di siapkan. Bentang tikar semua. Tolak sofa ke tepi. Setting awal senang.
Pagi Sabtu ni saya ada kelas. Macam biasa malas nak bagi sebab tak hadir. Memang malas nak cakap banyak. So walaupun tahu akan penat tetap pergi kelas jugak. Tak boleh biasakan diri ponteng2 ni. Tak elok utk sahsiah diri. Cewah! Tapi betul la. Saya tak suka ponteng sbb nanti tak dpt ilmu yg pure dan nanti tak tahu apa perkembangan semasa. Nak tanya org bukan sama dgn apa yg kita dengar sendiri.
So kaedahnya… Sabtu adalah busy dari pagi sampai ke malam. Sbb tetamu yg last (kwn sekolah mak) balik lepas solat maghrib kat sini. Dan tak sangka suami kawan mak tu rupanya penulis. Bukan calang2 penulis pulak tu. Nama dia Md Saleh Mahyat atau nama penanya Musalmah Mesra. Walaupun saya tak pernah dengar tapi bila berhadapan dgn org yg ada kelebihan ni memang saya kagum. Terus tanya macam2 sampai malas org tu nak layan. Haha…dan bila saya google tentang penulis tu rupanya pernah menang tulisan biografi hadiah Esso & Gapena suatu ketika dulu. Kelass… pakcik tu kata “Satu tips nak menulis kita kena peka dgn sekeliling dan bila tengok orang kita baca sekali hati perut org tu”. Hati perut? Hahaha.. bahasa kampung Perak ni. Best betul! Terus faham dgn jelas dan terang. ^__^
Cakap pasal menulis emak ckp saya ada bakat menulis. Cehh.. saya sendiri pun tak rasa saya ada bakat camtu. Tulis blog pun terhegeh2 macam mana nak menulis lebih lanjut kan. Tapi takpelah. Mana tahu kata2 emak masin pulak kan. Saya pun memang setiap hari cuba perbaiki skil penulisan supaya menjadi bertambah baik dan baik. Saya memang suka observe orang dan sekeliling. Tapi saya ni malas nak tulis. Kadang2 bila saya ‘baca hati perut’ orang saya selalu ckp2 dlm hati saje.
Ok… enough pasal tu semua. Sekarang dah hari Isnin. Sabtu ni kena submit satu paper lagi. Tak sangka semester ni byk betul paper nak kena submit. Time management saya pulak memang tak berapa bagus. Jadi byk kerja kena buat under pressure i.e last minute punye daa…

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Khamis, Oktober 07, 2010

Budak kecit sudah datang~

Ngeh~

Cite pasal masa dia lahir pun belum habis.

Sekarang dia sudah datang ke rumah nenek. Persiapan event pun dah almost done.

Saya dah ucap Selamat datang pada dia.

Dan sempat bawak round2 hall sambil tunjuk kitab2 peninggalan arwah atok. Dgn harapan, dah besar sila pandai baca kitab.

Sekian.

Ngeh~

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Rumput oh rumput!

Ingat kan lagu dedulu tu…
“Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat, macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku..”
Tapi dok dalam pekan ni mana nak cari kerbau cik non? (Alamak! Nama jiran saya pulak..hehehehe)
Rumput kat rumah saya ni memang dah berbulan2 tak di potong. Raya pun dlm kesemakan gitu. Pasrah jelah. Memang sejak abah takde kawasan keliling luar kurang di jaga. Saya jaga dalam je. Luar tak nak jaga.
Tapi mak sangat risau sbb semak makin meninggi. Takut ular. Kawasan ni memang ular ade. Kucing saya Citamuna dulu mati pun sbb kena patuk ular kan. Benci ular!
Jadi sbb Sabtu ni ada event kena la cari juga si pemotong rumput. Emak dari pagi dah standby tunggu pemotong rumput lalu. Seperti biasa juga pabila di cari memang payah di jumpa. Tu standard tu.
Sbb saya pun risau rumah semak jadi saya start kereta dan ajak mak round satu seksyen cari si pemotong rumput. Siap buka cermin tingkap kereta nak detect bunyi mesin rumput. Macam hape je dah haku rasa. Sekali kat satu simpang ada dengar bunyi. Nun di atas bukit. Jadi terus terjah. Sekali pusing tak nampak kelibat. Saya tak puas hati. Kasi pusing satu round lagi dan jumpa si pemotong rumput tgh potong rumput kat rumah jiran berbangsa India. Actually tak kenal pun jiran tu tapi gamble la panggil org potong rumput tu suruh datang rumah.
Alhamdulillah… sudah siap di cantas semua rumput. Tapi yg spoilnya tanah kosong kat sebelah ni pulak dah menghutan. Kena report MBSA ni. Hishhh…

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Rabu, Oktober 06, 2010

Ratu muntah~

Saya ni kalau datang semput memang muntah sokmo. Ingat lagi masa buat KPLI tahu 2005, saya asik semput je. Byk sgt aktiviti luar kot. Akibatnya hari2 saya muntah. Tengah tekun dengar lecturer mengajar pun boleh lari pegi toilet utk muntah. Nasib baik toilet tu sebelah kelas je.
Lama jugak lepas tu tak muntah sbb saya dapat kontrol asthma tu. Dlm erti kata lain berpantang ye. Byk benda yg digemari dijadikan musuh ketat sbb nak sihat punya pasal.
Nak dijadikan cerita, masa raya bebaru ni kan saya semput kembali. Dan kembali jua menjadi ratu muntah. Hari2 muntah selagi tak baik. Nasib baik la cepat sembuh kalau tak jenuh la asik pikir nak muntah semedang.
Hari ni pulak lepas kemas rumah setting baik punye ruang tamu utk kenduri Sabtu ni saya dengan cun meletop gebu devasss telah ke Damansara. Nak cari kedai jual barangan scrap book. Sebelum sesi mencari tu singgah Ikea dulu nak makan meatball dia yg sedap menggebu2 tu. Sekali lepas makan pening kepala yg melampau. Terus hilang mood nak berjalan lebih lanjut. Dan menggelupur cari toilet utk muntah. Minta maaf la toilet Ikea ya. Saya muntah pada anda. T____T
Kenapa pulak muntah lagi kan? Kata dah baik. Sebenarnya pagi tadi saya makan jeruk mangga. Saya kan ada gastrik juga. Jadi jeruk adalah satu kepantangan.
Padan muka haku~ T____T

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB