Saya selalu bangun pagi terasa tidur dlm keadaan gigi tersangat rapat. Macam kancing gigi tu. Akibatnya bangun tidur gigi dan gusi sakit kerana tekanan hebat semasa tidur tu.
Mengapakah?
Kepala pun automatik akan sakit la.
Hmmm…
Pernah tak camtu?
Saya selalu bangun pagi terasa tidur dlm keadaan gigi tersangat rapat. Macam kancing gigi tu. Akibatnya bangun tidur gigi dan gusi sakit kerana tekanan hebat semasa tidur tu.
Mengapakah?
Kepala pun automatik akan sakit la.
Hmmm…
Pernah tak camtu?
Ya. Mengapa?
Anda suka?
Saya sangat suka.
Hari2 basuh pun takpe.
Hehehe.. maklum lah baru beli mesin basuh 15kg kan. Jadi suka je basuh baju pun.
Yela. Yela. Entry ngok je.
Ehh.. saya macam sesuai je bukak kedai dobi kan?
Hahahahahah..
Bagaimana membuat kuah kacang yg sedap?
Yg pastinya kacang tu kena banyak. Supaya terasa kekacangannya yg terserlah. Letak daging atau ayam sikit. Serai kena byk secukup rasa.
Sekian.
Haha…
Hari ni sangat lega kerana sudah submit assignment sebanyak 5 essays due serentak. Alhamdulillah saya dapat siapkan within the dateline, tapi ada jugak yg tak submit tadi sbb tak siap. Aik! Boleh haa camtu?
Semalam jugak ada satu big event berlaku tapi yg tu saya tak nak cover sbb saya takde hak nak cover. Terus terang saya tak rasa keseronokkan atau kegembiraannya. Apa yg saya lakukan semalam tak ubah seperti berlakon utk menggembirakan org lain tapi saya sendiri nan ado gembira pun. So bila dah macam tu hari ni saya kembali normal. Tiada berlakon apa2 watak lagi. I’m back to my old self.
Dan hari ni saya realized satu perkara. Tentang copyright. Or apa nak ckp ek? Tapi ceritanya gambar di FB saya di ambil tanpa izin which I feel tidak selesa sikit la. Sbb when u ambil without give credits to the owner and then people think they are yours … haa… malas nak sambung ayat. Dalam kelas sivik tadi ada bincang soal ni. Tentang usaha dan hasil tangan orang lain tp org lain ambil tanpa izin then gunakan. Mcm download things from the Internet ciptaan2 org lain. Owhh.. next time jgn lupa letak watermark. Be it for blog or FB pun sama je kaedahnya. Grrr…
Okay. Efek mood saya lah. Hmmm…
Bye-bye.
Sekarang sudah pukul 3.45 pagi. Pagi Jumaat penghulu segala hari. Dan saya masih belum tidur. Emak sudah lama lena di buai mimpi. Sesekali terjaga juga melihat anak dara kedaungnya khusyuk membuat kerja. Okay. Ayat tak boleh blah. Dan khusyuklah sangat saya ya? Tetttt! Khusyuk menda kalau tengok laman Facebook lagi lama dari Microsoft Word ni. Ceh!
Namun begitu.. okay.. ayat adalah influence dari esei Bahasa Melayu utk assignment Sivik dan Kewarganegaraan saya. Memula tadi gear satu terkial-kial sbb selama ni banyak tulis assignment English. Dah lama tak tulis in BM skill karangan pun ke laut. Sekarang sudah masuk esei ke 3 baru nak stabil gear lima. Paling tak tahan sbb bahasa pun ikut bahasa blog. Ke lauta Atlantik jauhnya dari dasar bahasa sepatutnya kan. Ohh.. tak tahan.
Siang tadi (merujuk pada hari Khamis) saya sepatutnya habiskan pembacaan artikel2 yang mahu di review. Tapi saya tertidur. Bila dah tidur saya buat keputusan drastik utk berehat2 demi bersusah2 berjaga malam seperti sekarang. Sekarang ni selagi tak siap ekau jangan membuto. Paham?!!
Saya ni memang sejak dulu kala lebih selesa buat kerja last minute. Bila last minute pressure dia lain macam. Dan pressure lain macam inilah yg buat idea saya mencurah2. Tapi jgn tiru la okay. Lebih baik buat awal. Buat last minute ni banyak sangat keburukannya. Antaranya ialah (okay! Influence karangan tadi lagi) kita akan menggelupur panik bila kita rasa macam tak cukup masa je nak siapkan. Lagi teruk kalau jatuh sakit ke apa ke kan. Macam dua semester yg lepas. Bila abah meninggal saya langsung tak dapat buat assignment yg due minggu tu. Nasib baik ada partner yg memahami. Jadi saya cuma hantar apa yg terdaya saya buat je. Semester ni pun masa raya ni assignments semua due serentak. Semua kena submit hari Sabtu ni. Padahal tarikh pemberian tugasan dah sebulan dua yg lepas. Dah sibuk raya bagai langsung tak sentuh. Dah tu pulak kan saya demam dan tak sihat. Lagi la rasa bagai nak menggelupur.
Jadi adik2.. sila jangan tangguh kerja rumah atau tugasan anda okay!
Macam org selalu cakap “Biar lambat asal selamat”. Ehh.. tu lain.
Apa ek? Hahaha.. tidak tahu sudah! Abaikan. Sendiri mau ingat je.
Okay. Nak sambung buat lagi. Requirement kena lebih 1000 perkataan. Sekarang baru 336. Perghh.. byk lagi nok~
Who cares?
Hehehe.. sedap giler. Giler pun blum tentu sedap camni. Ahakss..
Meh tengok gambo ni… dan bersedialah utk meleleh ayaq lioq…
Tengok kotak dulu… nampak tak? nampak tak? nampak tak?
“
“
“
“
“
“
“
“
”
Mantap tak? Meleleh cheese tuuuu.. gebu kan? gebu kan? gebu kan?
“
“
“
“
“
“
“
“
“
Haaa.. adakah anda sudah merasa ayaq lioq penuh di mulut? Hahahaha…APA? Blum cukup dekat?
Okay! Kasi besar punye gambo. Ya Rabbi… sedap tahu! Puas makan.
Dan terpaksa puas jugak sbb triple menggemok juga selepas makan. Pasrah jela!
Sambung entry menang voucher kan. Walaupun voucher RM10 je pun dah kecoh. Wehh.. RM10 tu dpt tolak beli buku tau~
Hehe.. kan saya dah kata saya nak ke Bookxcess my fav hangout place kan… cecece… tempat hangout kedai buku. Dasar ulat buku!
Sampai je kedai buku tu saya terus ke kaunter. Memula teragak2 jugak nak mintak. Tapi beranikan diri. Cehh.. penakut rupanya. Ngee….
Sales assistant tu suruh saya tunggu sbb nak cari dulu. Or sbb diorg belum print borang claim hadiah kot. Saya cuak juga. Kot2 saya bermimpi ke kan…
Tak nak buang masa saya berlegar2 mencari mangsabuku. Kalau saya kaya semua saya nak beli. Lepas tu saya pulak buka kedai buku. Hahahahha…
Tetengah saya ke sana ke mari tu sales assistant tu panggil balik. Serahkan voucher dan suruh sign form tanda saya dah ambik. Hoorayy! Dalam kepala otak dah terbayang betapa jimatnya pembelian hari ni.
Dan dengan voucher tersebut telah menyebabkan saya hanya perlu membayar sebanyak RM49++ sahaja utk buku2 di bawah ini…
Presenting my September books.. hehe… enough la..
Mana tak gembira kan?
Pes taim okay.. pes taim nihh…
Hehe.. first time kat Bookxcess la. Sebelum ni penah gak dapat hadiah dari PTS (tp tu bukan pertandingan cuma letak iklan kat blog je).
Pagi tadi saya bukak email. Sekali dapat email ni…
Niceee…. baru semalam ku igau utk ‘beraya’ ke tempatmu.. sekali hari ni dapat hadiah voucher. RM10 pun takpela.. janji ado. Ngeh~
Dan dengan pantas saya nak ke situ hari ini jugak. Bosan sudah kamek dok ghumah tok (bahasa apa pun tatau ni!).
Chow bebeh!
Dah dua malam berturut2 saya dok pulun berjaga tengah malam menyiapkan assignment. Setakat ni satu dah siap … siap print dan dah bind pun. Lepas siap binding malam tadi mata masih blum mahu tidur jadi saya teruskan menggorengmengarang assignment kedua. Sukses hampir 3/4 essay. Lagi suku dok hold. Insyaallah malam ni sambung lagi. Dedua assignment ni utk subjek lecturer Texas saya tu. Lepas ni kena buat article review utk lecturer org Malaysia pulak. Yg tu in BM so boleh goreng lebih garing kot!
Update kesihatan saya: masih semput, batuk2 kecil (cewah!) Ohh.. hari ni alhamdulillah tak de muntah. Dah 3 hari dok muntah manjang. Memang saya kalau asthma akan muntah sentiasa. Buang kahak kan.. eiii….
Oh.. dah dua hari juga saya masak utk dinner. Sbb mak puasa enam kan. Jadi kena masak utk buka puasa. Semalam saya masakkan masak lemak kobis dengan ikan kembung goreng kerutup. Hari ni saya masak pajeri terung dgn goreng ikan gelama masam sekor. Sukses! Saya suruh emak komen pajeri terung saya. Dia kata “Mantop! Tapi kurang terung”. Erkk.. 2 biji terung panjang yg panjang tidak cukup kah? Maklum la tadi masa makan dok ceduk ceduk dlm periuk sedar2 dah tinggal dua tiga potong je terung. Hehehe.. esok kena potong terung lagi masukkan dlm kuah.
Hari ni saya macam bosan. Macam rasa nak keluar. Tapi malas. Esok nak keluar ke ek?
Jumaat lepas selepas asar saya dan emak ke rumah makcik saya. Konon nak beraya. Sekali siap mengguna tenaga menyusun perabot pulak. Sebagai upah makcik saya masak bihun goreng. Jalan je.
Masa tu tekak sakit lagi. Bila nak balik saya rasa makin teruk pula. Siap sakit kepala bagai. Terus saya buat keputusan nak ke klinik. Risau juga sekarang ni sakit2 macam2 akibat. Mujur klinik yg biasa saya pergi masih buka. Terus zassss… masuk dan register. Tunggu lebih kurang 15 minit terus masuk bilik doktor. Masa consultation lagi pantas. Saya rasa saya dok dalam bilik doktor tu ada la dlm 5 minit je. Sbb saya bagi tahu apa yg saya rasa dan doc terus bagi prescription ubat. Setel. Orang ramai lagi menunggu nak jumpa doc kan.
Dapat ubat. Lebur RM42. Takpela. Janji dah ikhtiar kan.
Kali ni saya sangat rajin makan ubat. Sbb saya nak cepat baik. Sbb saya nak buat assignment. Gilo assignment satu pun haram dibuat lagi nih. Risau haku!
Yg paling saya risau adalah kedatangan cik asthma. Bila dah sakit tekak, selsema… biasanya cik asthma tu pun datang in one package. Tu yg lemah tu. Dan jangkaan saya ternyata benarrrr. Benarrr ya tuan2 dan puan.
Malam Sabtu tu buat kunjungan ke rumah adik saya di Klang. Rumah dia di tingkat 4. Takde lift ya adik2. Dan sejurus sampai diriku ke muka pintu. Takde ingat lain. Toilet! Menggelupur cari toilet. Nak muntah ya. Dan ku tinggalkan muntahan badangku di sinki bilik airmu nan kotor itu. Wah! Dah muntah baru lega. Tu yg malas tu. Bila semput akan muntah. Hari2 muntah kang ada yg ingat haku mengandung pulak. Ya. Memang pun mengandung. Bukan mengandung budak. Tapi mengandung lendir. Ewe~yuck!
Malam tadi bila tidur saya tengok emak tak tidur. Err.. masa saya tengok tu of course la saya belum tidur. Hanya cubaan utk tidur tapi gagal sbb pernafasan terganggu. Dan emak risau sbb dah tetua pulak baru saya nak mendapat penyakit ni. Aisehhh.. kuasa Allah mak.. kuasa Allah. Terima jela. Redha.
Di saat saya menaip entri ni barulah rasa lega sikit. Ubat batuk pun sudah selamat selesai. Dan saya sedang menyiapkan salah satu tugasan. Walaupun baru separuh dah laju pulak buat entri blog ni.
Hampeh.
Doakan saya sihat bagai johan ya! Maceh…
Padan muke.
Bangun pagi tekak dah rasa amat sakit. Saluran pernafasan juga sudah sempit. Baguihh baguihh… minumlah air ais lagi. Mendapat la ekau!
Mengagau cari Vicks. Sapu leher. Sapu hidung. Dah tua2 ni bukan berkesan nau vicks ni. Vicks inhaler pun takde stok yg baru. Semalam pegi mydin tak nak beli. Great!
Pegi dapur mintak tolong mak buatkan air asam jawa. Dgn harapan semoga cepat baik. Memang berkesan. Pabila di minum sakit tekak adalah lega. Pabila sudah habis sakit tekak kembali berkuasa. Hah! Like a pantun. It rhymes bebeh… ngeh ngeh ngeh~
Pagi ni hujan je. Sejuk je. Seronok je. Bunyi katak ong ong pun boleh dengar. Suasana sunyi je. Tidor sodap. Tapi baru bangun tidur nak tidur lagi pekejadahnya?!
Hari ni ada orang nak jumpe den. Tapi dah den pun tak sehat camni camno nak pegi? Lain kali jela ye!
Harapan menggunung hari ini adalah untuk menyiapkan satu daripada tiga assignments yg due pada hari yg sama. Malam tadi sudah buat satu muka surat. Semoga muka surat yg lain berjaya ditaip hari ini.
Perasan tak? Pada hari Jumaat yg lepas adalah kita beraya aidilfitri. Cepat benor masa berlalu kan. Macam baru je nak tarik nafas tetiba dah ado kek Jopun. Faham tak? Alaa.. macam baru nak tarik nafas masih dok kat Mesia. Sodar2 lepas nafas dah ado kek Jopun. Haa..camtula cepatnye. Hehehe..
Nak tengok gambar raya tahun ni tak?
Meh nak tunjuk…
Comel betul den kat tongah2 tu kan? Wakakakakkakakakakka… blog den mestilah den puji diri den yo… blog ekau takkan den nak puji diri den gak kan! Memang kaler kuning masuk betul la dgn muka den ni ha.. tak sesio beli tudung Ariani kuning tu di saat akhir. Hekss..
Pitams~
p/s: Hantu negori merasuk pulak pepagi Jemaat ni.. Ehh.. lupo nak cerito.. tahun ni den dpt duit raya sebanyak RM300.. best kan?
Maunya tak. Masa raya ni la byk nau minum air batu. Kalo tak raya minum chill water saje. Cecece.. dedua tu sejuk gak. Takde maknanya chill lebih baik. Samo eh effectnyo pun.
Emak saya sedang selsema. Saya sudah kasi makan panadol soluble. Minum ke makan sebenarnya? Belasah jela. Ohh..lupa pulak kasi menelan vitamin C. Esok la saya kasi. Ehh.. kasi dalam bahasa melayu maknanya memandulkan ke? Ohh.. makin merepek haku ni.
Tadi petang ada tetamu datang. Sepupu arwah nenek saya. Sebagai insan rajin yg comel lagi cun meletop kedebabommmmm saya bikin air minuman. Air asam masin. Bubuh ais seketul besar. Saya sudah kaji bila letak ais ketul besar ais itu lambat cair. Hehe…jadi sila buat ais ketul2 yg besar. Besar baek punye. Apa haku merepek lagi ni? Isk.
Lepas tetamu balik saya pula mengambil tempat meminum air asam masin berais. Akibatnya sekarang saya sakit tekak. Bila sakit tekak maka akan batuk. Bila batuk mula la haku ni semput. Padan muko. Pastu menggelupur telan ubat sana sini.
Lepas maghrib tadi saya ke Mydin Subang. Misi mencari binding tape kaler pink. Tapi takde. Mana la lecturer omputih saya tu beli ya? Dari amerika ke? Hishh.. kena cari lagi ni. Tapi saya beli gak la yg kaler merah. Sok2 senang nak spot mana satu assignment saya. Yg cover pink binding tape kaler merah tu kan. Cecece..
Sebenarnya sekarang saya dan emak dan makcik serta seluruh keluarga sedang menunggu kelahiran anak adik saya yg menikah akhir thn lepas. Bila nak tengok dunia haa budak? Hoi budak! Keluar cepat boleh tak? Bosan la tunggu lama2.
p/s: Excuse la bahasa yg entah apa2. Memahami la si penulis sedang melawan stress sbb assignments berlambak. Grrr.. mintak kueh tat nenas sebekas boleh tak?
Raya kali ni adalah aidilfitri yg pertama tanpa abah.
Raya kali ni adalah raya pertama hanya saya, emak dan makcik di malam raya.
Raya kali ni adalah kali pertama saya mengisi kuih muih raya sorang2 sambil dengar takbir raya.
Raya kali ni adalah kali pertama saya merajinkan diri secara gigih berseorangan mengemas rumah.
Ingatkan bila semua adik beradik dah berumahtangga ada la bantuan utk kemas rumah dan masak memasak. Rupa2nya makin teruk. Semua lepas diri. Bini masing2 semua pemalas ya Rabbi. Bagus. Bagusla sangat aku bagi cadangan suruh kahwinkan semua aritu. Sekarang aku jugak yg susah payah tertonggeng2. Semua tahu melantak dan bermegah2 sahaja. Great!
Saya merungut pada emak. Emak cakap sepatah je. “Engkau yg dapat pahala yg lain lantak la nak jadi apa pun”. Memang la. Tapi takut pahala tu tak dapat apa pun sbb dlm hati ni dok menyumpah seranah. Tapi… takpela. Ini rumah saya. Dont ever verangans nak memandai la dlm rumah saya ni. So sendiri mau ingat. Nak berlagak jadi mem tunggu la penampar sulung haku ni hinggap dulu!
Wakakakakakak…
Ok. Next!
Pagi raya saya dah mandi2 wangi2 cun2. Sbb raya kali ni agenda pertama saya nak pegi kubur. Emak kata nak pegi petang. Tapi saya tak nak. Sebelum buat aktiviti raya2 saya tetap nak ke kubur dulu.
Sampai kubur punye ramai manusia. Macam pesta pulak. Saya memula steady je. Laju je melangkah ke kubur abah. Tapi bila sampai je kubur abah terus menangis tak hingat. Padahal dah sehabis baik kumpul kekuatan jangan nangis. Gagal! Orang lain yg kat sebelah pun bila tengok saya menangis tak boleh berhenti pun join menangis jugak. Sedihlah. Baca yasin pun teresak2. Bebetul tak boleh kawal. Dalam hati saya macam2 dok ngadu dgn abah. Yelah. Tahun lepas pun raya adik beradik tak de kat rumah gak. Orang lain berkumpul. Ni tak. Seronok sangat hidup memasing agaknya. Maklumlah dah ada family baru kan. Jadi family lama dibuang. Bagus. Camtulah belajar kan? Pandai.
Lepas balik kubur, makan. Tahu pulak makan memasing ye. Mentekedarah tahu je.
Lepas makan saya tidur. Lebih baik tidur. Penat. Kome apa tahu? Melantak je tahu.
Petang tu saya tinggal sorang. Saya suruh emak ajak semua orang pegi beraya. Malas haku nak ikut.
Malam tu baru saya ikut sbb dah bosan.
Esoknya hari raya kedua saya balik kampung emak. Lagi aman. Walaupun drive dlm keadaan penin spec baru yg ntah apa tak betul ni. Kena complaint ni.
Cadanganya hari raya ke 4 dah nak balik ke SA. Tapi malas. Raya ke 5 baru gerak. Pukul 6 petang pulak tu. Bawak slow giler. 60km/j. Percaya tak? Percayalah. Dan ada hikmahnya. Sbb sampai je rumah esoknya tayar depan didapati pancit. Nasib baik tak berhenti tengah jalan. Nasib baik juga tak bawak laju. Kalau laju… ? Nauzubillah.
Emmmmm.. sebenarnya raya ni banyak assignments. Dah tu pulak seperti biasa malas nak buat. Tapi kena buat. Entah bila nak buat pun tak tahu.
Raya saya biasa2 je. Entah bila nak raya seronok luar biasa pun entah.
Raya awak mesti seronok kan?
p/s: Ya. Entry ni penuh emosi. Agaknya haku ni nak datang bulan kot? Entahla…
Saya dah balik SA hari Selasa lalu. Bertolak dari kampung pukul 5 lebih kurang. Berbuka puasa di jalanan. Teguk air sebagai syarat dan kemudian berhenti di Masjid Kuala Selangor utk makan bekal dan solat maghrib. Lebih kurang pukul 8.30 dah gerak ke SA semula. Masa berhenti makan saya tutup enjin dan buka tingkap. Menyesal haku! Nyamuk banyak giler. Sudahnya kegatalan kaki di gigit nyamuk. Lain kali kalau sesiapa berhenti rehat atau solat di perkarangan masjid itu di waktu malam sila jangan buka tingkap langsung.
Sampai rumah lebih kurang pukul 9.30 malam. Memasing dah flat. Masuk tidur awal.
Semalam pula saya dan emak serta makcik ke Jakel. Beli langsir utk rumah kampung. Last minute decision. Beli yg murah aje. Ikut budget yg diberi. Sempat singgah Ariani dan beli sehelai tudung warna kuning utk di pakai di pagi raya. Oh.. lupa semalam juga dah dapat collect baju kurung utk raya yg dah siap. Seronok! Tahun ni saya macam budak2. Beriya2 mengumpul semangat nak raya. Nak elak sedih yg bersarang ni menguasai. Berjaya atau tidak wallahualam. Yg penting dah usaha.
Hari ni plan asal nak ke Mydin. Nak beli cadar utk rumah kampung dan bunga. Kan saya dah kata. Beriya nak raya. Layankan aje. Tapi last minute cancel sbb malas pula. Esok kan saya still ada kelas pukul 8 pagi. Memula plan nak ponteng aje. Sbb boleh ponteng 2 kali kan. Tapi semak email tetiba ada new assignment yg due after raya break. Gilo! Total assignments nak kena submit adalah 3. Grrrrr! Hancus plan ku utk bersenang-lenang raya ni. Alamatnya siang raya malam kerja. Blueghhh!
Raya dah dekat. Hmmm.. macam2 perasaan ada. Emak pula sibuk mensibukkan diri. Kemas rumahla. Basuh bajula. Menjahit la. Nak melalikan diri dari layan perasaan la tu. Hmmmmmmm…
Saya nak buat Hall of Success kat satu dinding ni. Tapi toolbox kat rumah makcik. Semalam lupa pula nak ambik. Ahad la buat.
Yg lelain … alih tv, alih console table, gubah bunga… hmmmm.. nanti la buat.
Nanti cerita lagi k..