Ahad, Disember 26, 2010

Kisah tunang#4 - Perbincangan

Wakil pihak kami abang saya yg sulung dan Sheikh. Wakil pihak dia abang dia yg sulung jugak dan bapa saudaranya. Saya takde bapa saudara ya sbb semua sudah di alam barzakh.

 

PC250055

 

PC250044

 

 PC250045

 

PC250054

Next…

signature

Kisah tunang#3 - Ketibaan

Rombongan dari pihak lelaki ramai sungguh. Penuh rumah. Siap sedare mara saya panik risau makanan tak cukup. Tapi jgn khuatir. Dah budget dah. So cukup je. Siap ramai je yg tapau bawak balik kan. Walaupuuunnnnnn…

 

guests2

Sebahagian tetamu… dari pihak lelaki.

 

 guests

Lagi tetamu…

 

Next…

signature

Kisah tunang#2 - Hantaran

Kisahnya gambar hantaran saya tak snap semua. Sbb di saat akhir kan demam so takde mood sudah. So tempek mana yg ada jelah ya. Dari pihak saya 13 dulang dan dari lelaki 9 dulang. Nak jadikan lagi kesian hantaran dari pihak lelaki satu pun saya tak snap. Hahahahhaha.. :p

 

Copy of bahulu

Bahulu

 

buah

Buah

 

cheesetart

Cheese tart

 

 cincin utk tunang  Cincin & bunga rampai

 

 

kek asam manis

Kek asam manis

 

 

kek belang

Kek belang pemberian sepupu

 

 

kek

Kek tunang tema purple putih

 

 

kueh bakar

Kueh bakar kacang hijau sumbangan org kampung

 

sirih junjung

Sirih junjung

 

 

hantaran from me                 

Keseluruhan 13 dulang. Yg tak snap secara single adalah wajik, muffin dan pudding. Semua hantaran saya buat sendiri except sirih junjung dan makanan tu semua order la kan. Saya cuma prepare kotak dan hiasan. Kata save budget kan. Hahaha…

Next…

signature

Kisah tunang#1

Alhamdulillah.. sudah selamat semuanya semalam. Walaupun hari sebelumnya di landa demam panas yg agak kronik hingga tak tidur satu malam akibat muntah2 dan suhu badan yg tinggi.

Ok. Memula saya nak cerita pasal mini pelamin tunang yg saya buat aritu.

First buat rupanya begini…

 

pelamin x jadi

Notice the two seater tu kan.. tp sbb bila saya duduk nampak seketul je so kena tukar pulak. Isk…

 

PC250129

Kesudahannya begitu. Tukar one seater yg ada tempat lengan kiri kanan. Letak pokok kiri kanan. Carpet putih tu cousin bagi pinjam. Selesaiiiii.. jimat duit makcik. Sendiri bikin. Sendiri yg nak duduk kan. Walaupun begitu ramai je yg tumpang posing tau. Keh keh keh…

Next…

signature

Rabu, Disember 22, 2010

Update tunang#4

Kerusi di pelaminan tunangku di saat akhir perlu di tukar yg lain. Ceritanya makcik yg gemok gedem ni tak sesuwaii duduk di kerusi yg dibeli khas itu. Sbb kelihatan seperti topekkong siam. T___T

Fine. Bila gemok serba serbi tak cantik. Pasrah.

So nanti kena tukar kerusi yg lain. One seater this time. Pasti rupa beruang duduk. Haku yakin.

Next, hantaran. Almost done. Bunga dah tampal. Kotak dah tampal. Ribbon dah tampal. Siap kena beli glue gun baru sbb yg lama rosak. Nasiblah umurnya pun dah lama. Dah berapa banyak hantaran juga ia berkhidmat. Kini sudah mati. Takziah glue gun. Glue gun baru juga terbaik. Beli yg kecik sikit lebih selesa di guna.

Carpet di hall di mana acara pantun memantun pinang meminang akan berlangsung juga sudah ready. Final task cuma perlu di vacuum supaya nampak gebu je. Susun atur perabot juga sudah siap dibuat.

Sekarang cuma kena gubah bunga utk sisi pelamin mini tu. Aduhhh.. paling benci bab gubah bunga. Sbb bila tak cantik adalah stress melampau.

Jadi sehingga ke majlis Sabtu ni kemungkinan tiada update dilakukan. Biasalah. Saya pasti sibuk ke sana sini. Sibuk ke pasar bermula esok. Sibuk memerap ayam goreng nyam nyam. Sibuk menyusun hantaran. Sibuk buat final touch up. Sibuk itu. Sibuk ini.

Oh.. lupa mau rekod. Baju tunang sudah ambil tadi. Yg kononnya nak ambil Sabtu lepas tp tak jadi sbb belum siap. Nasib baik muat. Kainnya pun longgar. Jadi tidak risau. Disebabkan saya berasa sangat sayang pada baju tunang tu saya plan nak jadikan ia baju bertandang juga nanti. Cuma tambah batu batuan swarovski ke.. beads ke kasi meletop. Jimat. Kalau tak recycle rugi la beli baju mahal gitu kan. Acik kan kedekut sket. Hekss..

Tadi juga dah bincang dgn mak andam. Yes. Akhirnya guna khidmat mak andam. Sbb sedar diri sangat tidak tahu bersolek. Elok2 muka comel tetiba jadi ngeri. Pengsan pulak orang ramai. Hehe.. dah ler badan besar macam dinasour masa silam kan. Fineee..

Lastly, doakan saya ya. Doakan supaya saya tetap comel. Doakan saya tidak gabra. Doakan saya murah rezeki. Doakan saya yg baik2 saja. Boleh kan?

^__^

Nanti saya cerita lagi okay.

Tata.

Dari saya yg bakal berubah status,

signature

Selasa, Disember 21, 2010

Shopping akhir tahun~

Ini entry selingan. Asyik cerita pasal tunang je mcm la haku sorg je tunang dlm dunia ni kan. Heh~
Sales hujung tahun ni saya adalah kasihan. Sbb budget abis ke preparation tunang. Tapi sempat juga beli sesuatu supaya hati ada senyumm..
newshuzdec10
Owhhh.. sukenye wedges ni. Memang dah lama nak beli tapi takde yg menepati citarasa. Jadi bila ternampak je wedges ni tersadai kat display masa shopping baju budak kecik kat jusco maka sudah jatuh cinta. Kaler yg menepati kehendak. Saiz yg ada. Fuhh.. pendek kata mmg dah rezeki la kita utk bersama. Hehehe…
newshuzdec10-2
Masyukk je kan dgn kaki gemok saya tu. Ai laikkkk…
Dgn itu secara rasminya saya menutup acara membeli belah tahun 2010. DONG! *bunyi gong* :p
Sekian,
signature

Isnin, Disember 20, 2010

Update tunang#3

Mini pelamin tunang saya sudah siap. Not 100%. Tp 95%. Lagi 5% tu adalah pokok yg belum di bawa masuk dari luar. Itu akan dilakukan pada malam sebelum majlis bagi mengelakkan pokok kekeringan dan kegersangan.

Hehehe.. apa? Awal pelamin dah siap. Beginilah kalau tangan ada dua. Kaki ada dua. Fikiran ada dua. Satu fikiran saya. Satu fikiran emak. Tenaga emak adalah terhad. Jadi tenaga saya kena buat awal. Sbb pergerakan juga adalah seperti gajah bergerak. Slow kekdahnya. Pelamin bikin sendiri je. Takde ongkos nak suruh org buat ni. Kata tak kerja kan. Ngeh..

So overall yg berat2 dan besar2 dah ready. Tinggal yg minor tu nanti jumaat bleh run sekali harung.

Begini rupanya mini pelamin tunang makcik…

pelamin1

Hah! Ponin ekau? Begitulah kekdahnya kan. Nama pun sneak preview je. Lepas majlis nanti boleh kasi tunjuk clear. Walaupun rupanya tidak ler boombastic mana tp jadilah nok! Acik bukan anak raja. Kawen pun bukan dgn anak raja. Buaiiii lajuuuuuuu… *feeling bwg merah pulak* Hekss…

Next.. apa ye next? Hehehehe…

Signing off,

signature

Sabtu, Disember 18, 2010

Menggelupur~

Genap lagi 7 hari.

Menggelupur dik non.

Menggelupur sbb rumah belum pun siap kemas lagi.

Menggelupur sbb hantaran pun belum siap 100% lagi.

Menggelupur sbb hari ni nak pegi ambil baju tunang.

Menggelupur sbb tudung pun belum cari lagi.

Menggelupur sbb …. bla bla bla…

Haihhh…

Utk mengurangkan kadar menggelupur yg melanda hari ni nak masak asam pedas melaka ikan selar.

Hamik ko! Sekali masak pulak. Pastu makan. Pastu menggemok lagi dan lagi dan lagi. Lepas tu menggelupur berpanjangan. T____T

Beginilah nasib kalau semua kena buat sorg2 ye. Org lain kawen pun haku yg sibuk tonggang tonggek. Haku kawen pun lagi la tertonggeng terus. Kejam betul.

Grrr….

Tu je nak cerita. Kang kalau rupa paras asam pedas tu semenggah boleh la ceritakan dlm blog. Kalau takde tu maknanya ada 2 sebab. Pertama sbb rupa yg tak boleh terima dek akal. Kedua sbb sedap sangat dan jelita sangat kekdahnya masakan tu sampai teruja melampau lalu tak sempat snap pic udah kehabisan.

Hikss..

Signing off,

signature

Khamis, Disember 16, 2010

Update tunang#2

My hand bouquet…

handbouquet 

Checked.

Beli dah siap saje. Malas mau gubah2 walaupun senang je buatnya kan.Beli yg simple saje. Simpan sampai kawen. Harga? Oh.. murah. RM15. Ngeh~

 

signature

Rabu, Disember 15, 2010

Update cerita tunang~

Pejam celik pejam celik dah tinggal 10 hari je lagi?
Aisehhh.. saya punye selamba ingatkan tunang takde hal besarrr.. sekali sudah tersilap. Rupanya TETAPP banyak persediaan. Jadi disebabkan lagi 10 hari nak majlis baru sedar maka sekarang adalah menggelupur. Gegegege.. T___T

Apa yg saya perlu/dah buat so far?

Baju tunang – Sabtu ni ambik dari tailor

Makeup – memula tak nak makeup.. nak makeup sendiri la konon.. sekali lupa diri sendiri adalah nan ado tahu makeup.. jadi Sabtu ni jugak gi discuss dgn mak andam (mcm mana la rupana haku nanti?)

Veil – nak kena pakai gak ke aaa? Hishhh..

Hantaran – segala polistrin dah balut, kotak dah hias, bunga dah godek, alas dulang mak dah beli baru (baekkk punye!). Tinggal nak isi jela nanti. So considered done! Wah! Efisyen jugak :p

Photographer – nan ado. Budget tak lulus. Sila snap muka sendiri je.

Mini Pelamin – tabir dah pasang. Kerusi belum bawak turun dari bilik. Aritu bawak naik atas konon nak sarung cincin dlm bilik. Sekali kena gak dok tgh khalayak ramai. Bunga kiri kanan pelamin  belum gubah. Malasnya haku nak buat. T__T

Lagi apa? Entah ler. Bukan boleh harap sangat haku ni. Isk.

Nenanti je cerita lagi.

Tata.

signature

Susah la~

Hishh.. susah rupanya jadi RA ni. Ingatkan macam kerja kerani jela buat kerja2 admin. Sekali dah macam one of the researchers dah. Siap kena baca artikel berpuluh2. T___T
Tapi bak kata si encik Cipetos - “Mana ada kerja senang?”
Ye. Baik.
signature

Isnin, Disember 13, 2010

Masih sakit~

Dah seminggu saya sakit. Hari ni rasa mcm sihat sikit jadi pegi shopping barang2 lagi. Sekali rasa tak sedap perut lagi. Rasa nak muntah lagi. Sudahnya saya balik rumah. Telan pil tahan muntah dan tidur.
Sehingga sekarang ni pun perut masih sakit. Selera makan menjunam sebanyak 60%.
Hishh.. stop dulu. Loya dah.

Khamis, Disember 09, 2010

Pabila di uji maka berpasrahlah~

Sedang enak membuat persiapan dan menghabiskan sisa2 tugasan yg tidak berkesudahan tetiba saya di dtgkan sakit.
sakit perut
Mula2 sakit perut yg tidak berkesudahan. Nak kata gastrik pun entah ler. Tapi paling tak tahan adalah muntah. Muntah dan muntah sampai lembik satu badan. Bila makan buat lapik perut akan muntah lagi. Minum air pun muntah lagi. Memang azab.
sakit
Dah tu pulak tetiba sejuk sampai menggigil2. Sampai kena selubung dgn 2 helai comforter. Badan panas. Demam. Pagi ni pun sakitnya tak tertahan. Selagi tak muntah memang takkan lega. Mujur ada mak. Kalau takde? Hmmm…
signature

Rabu, Disember 08, 2010

Sneak Peak #2

sneakpeak#2
Cuti maal hijrah saya dan emak meluangkan masa mengulit benda di atas. Sesambil tunggu plumber repair toilet atas kita kasi bikin itu hantaran sikit2. Esok lusa banyak lagi kerja nak di kerjakan.
Nampak tak bunga kaler purple tu? Adakah namanya lavender? Idok ler teman tahu benor. Teman kasi close up sikit ye.

lavendar ke
Teman ghaser cantik bebenor ler bunga tu. Ghaser tak cukup buat filler bunga dulang teman ni. Gamaknye kena beli lagi ler.
Eheks.. kena rasuk antu peghok ler pulak yer. Layan je ler. Zasss…
Tapi hari ni saya tak usik bunga tu pun. Saya layan gabus. Gabus gabus di awangan… emmm.. merepekk..
Akibat bermain dgn hot glue yg sudah semestinya hot tu.. tangan saya jadi begini…
tangan
Melecur ke tak tau. Sakit betul. Nasib baik boleh hilang. Kalau tak turun saham nak masuk cincin nanti. Hekss.. :p
p/s: korang layan jelah cerita makcik gemok gedempol dah tua kedaung baru nak bertunang ni ye.. baik haku kutuk sblm korang yg kutuk… elehhh.. cam ler tak tau korang pikior ape.. (wah! matikler buruk sangka pulak :P)

Signing off,
signature

Selasa, Disember 07, 2010

Tahun baru~

maafhijrah1432h

Tahun baru. Azam baru. Hidup baru. Semoga semuanya yg baik2 sahaja hendaknya.

Rasa macam sekejap je dah tahun baru lagi. Tahun lepas di saat ini saya sedang sibuk menyiapkan hantaran kahwin adik. Tahun ini pula sibuk juga menyiapkan hantaran tunang saya. Tahun depan jika panjang umur insyaallah akan sibuk juga buat hantaran kahwin pula.

Saya harap semua perancangan dan perjalanan kehidupan saya akan baik2 saja. Itu je saya nak bagi tahu. Yg lain saya simpan saja.

Selamat tahun baru semua.

Signing off,

signature

Isnin, Disember 06, 2010

Mata sudah berpinar~

Semalam saya ke jemputan aqiqah family Eyzzah dan Aisyah. Nice. Tapi saya makan kueh saje sbb tghari tu baru je melantak nasi kerabu. Ngeh..
Balik kenduri konon nak jalan2 shopping. Tapi sudahnya ke Puchong sana. Jalan2 singgah rumah kakaknya si Cipetos. Duduk sembang. Sambil minum ayaq kopi. Tapi saya minum separuh gelas saje. Malas nak minum lagi. Ngeh..
Hari ni sbb tak ke mana2 jadi siapkan baki assignments yg ada. Rabu ni boleh hantar. Sambil nak ke library booking buku. Jumaat ada meeting lagi. Report yg lepas pun belum buat. Ngeh..
Sekarang sudah siap satu assignment. Dan plan nak terus buat yg kedua hancus sbb mata sudah berpinar2 menghadap skrin. Apa ke jadah? Jadi berehat saja. Mau ke tesco beli lemon.
Daa..
Signing off,
signature

Khamis, Disember 02, 2010

Sneak Peak #1

sneak peak 1
Hantaran theme color: Purple & Silver
Attire theme color: Purple & Silver (me), Purple (family)
Room theme color: Pink
Purple favorite color mak. Pink favorite color saya. Kasi combine dedua.

Signing off,
signature

Rabu, Disember 01, 2010

Hari yg sangat penat!~

Hari ni penat sbb kesinambungan semalam. Dah 2 hari berturut2 keluar beli barang je keje. Semalam beli brg2 nak buat hantaran kat puchong. Hari ni pulak ke Ikea nak beli bookcase. Selama ni saya dok simpan buku2 dlm storage box. So susah nak nampak and payah nak trace buku mana yg dah ada and belum ada. So perlu cari bookcase yg cantik bergaya sikit biar kemas dan sedap mata memandang.
Jadi ke ikea kita. Berdua sama mak. Sebelum masuk ikea singgah Ikano dulu. Masuk Aussino. Nak cari quilt cover. Sbb baru tunang je jadi beli yg sama design dgn bedsheet sedia ada. Nak jadi rezeki beli 2 king quilt cover set baru RM80 je. Berbaloi2. Alhamdulillah. Belasah jelah. Tu pun nasib baik dah beli quilt. Kalau tak merasa pulak beli quilt sampai Rm200++. Syukurrr dah ada.
Then terus masuk ikea. Merayap sampai jumpa Billy bookcase idaman hati. Tapi tetiba tak keruan sbb tgk macam tinggi pulak. Muat ke kereta ni? Nak guna delivery mmg tak kuasa la. Kata nak jimat. Kang kena bayo delivery RM70 semata2 nak angkut seketul bookcase je? Heh! Lagi la tak kuasa.
Pi tanya kat staff ikea diorg ckp boleh kecuali kereta myvi, proton dan lelain kereta kecik. Lega. Tapi satu lagi cabaran. Kotak bookcase tu beratnya mak aiiiiii .. tetiba tangan gagah perkasa haku pun tak larat angkat. Sadis. Tgk kiri kanan staff takde pun nak tolong. Nak panggil2 lagi la lambat. Sudahnya angkat sendiri juga pelan2. Tak mintak tlg mak sbb dia pun bukan sihat sangat. Kang lain pulak ceritanya.
Mujur nak masukkan dlm kereta ada mat bangla tolong. Salute abis sbb dia angkat sorg2 selamba ngok je. Makanan apa la dia makan agaknya?
On the way balik singgah Tesco lagi. Singgah mkn sizzling yee mee kat foodcourt yg sumpah takkan pegi lagi. Sbb kotor. Eii.. geli haku. Tray pun kedaung apa ke jadah begitu? Isk..
Kat Tesco sempat belikan baju encik cipetos sekali. Nak harap dia beli haram entah bila. So sila pakai baju kemeja pink tu nanti ye. Hehe..
Balik rumah satu cabaran lagi. Nak angkut kotak bookcase tu masuk rumah pulak. Aduhaiii.. rasa nak melayang2 badan angkut kotak tu. Tapi jgn risau. Sukses juga. Pelan2 angkut. Slow2 pasti berjaya. Walaupun akibatnya nanti ekau tanggung kemudian. Isk
Cabaran seterusnya .. hehe.. memasang bookcase tu. Tapi alhamdulillah. Senang je pasangnya. And the quality pun mmg worth it la. Tak sesia I angkut berat2 tadi.
Sekarang dah susun buku pun. Walaupun azab jugak dok angkut buku2 yg belum di baca turun dari bilik atas. Yg dah baca pulak angkut naik atas simpan dlm kotak. Sementara nak beli bookcase seterusnya utk library kan. Jadi dok dendiam dlm kotak tu.
PB290045
Kotak ini besar. Buku itu banyak. Sangat berat. Di bawa turun melalui tangga seorang diri. Sangat penat. Akibatnya tangan kanan adalah sangat sakit. Sapu yoko2 baru ok sikit.

PB290046
Ini gambar setelah bookcase siap di pasang. Siap susun buku2 yg dok simpan dlm kotak. Baru first layer susun tu. Next!

PB300047
Yg ni dah susun double layer. Sbb tak cukup ruang. Jadi yg masih dlm bungkusan plastik saya susun kat belakang. Yg depan adalah buku2 yg saya plan nak baca dulu. Stationery sume pun dah susun dlm kotak.

PB300048
Close up dah siap susun. Semua tu yg belum baca tau. Memang betul la. Perlu elak dari mengunjung kedai buku thn dpn. Encik Cipetos kata pesta buku pun tak payah pergi. Hishhh.. tak best la macam tu. Apa kata kita pegi jugak tp tgk2 je? *wink*
Selesai sudah edisi mengemas part 1. Nanti kena kemas hat lain pulak.
Signing off,
signature