Jumaat, Ogos 17, 2012

Fabulous Friday #1


Love at first sight. Jalan2 di Parkson Subang Parade utk menghabiskan voucher yg akan tamat tempoh esok lusa. Tak tahu nak beli apa. Pusing shoes department, handbags. Naik ke tempat stationary. Turun semula ke shoes department dan jatuh cinta dgn dia. Dah lama tak beli court shoes sejak tak kerja. Looks black but dark brown ni.


Jumaat, Mei 25, 2012

Akad Nikah & Malam Berinai

Akad nikah kami buat waktu malam. Sbb konon after nikah terus buat malam berinai. Tapi majlis berinai takdelah diberi perhatian sangat sbb saya budget tak ramai org nak datang. Sekali anggapan saya salah. Salah besar. Sbb org adalah ramai dan sgt meriah. Rombongan keluarga hubby pun dah lebih 50 org. Nak dijadikan cerita makanan utk malam tu kami cater hanya utk 50 org sahaja. So disebabkan org sudah terlebih maka lauk tambahan utk kenduri esoknya kita keluarkan sekali.

Paling tak sangka sbb ada keluarga sanggup datang dari kampung utk raikan pernikahan saya. Bila saya turun dari bilik saya tgk hall rumah sudah sendat dgn tetamu. Jgn tanya sama ada saya nervous atau tak. Percayalah saya langsung tak rasa apa pun. Hihihi.. makcik saya kata dasar kulit buaya. Keras nok! Org menikah feeling2. Saya tak kosser nak feeling. Kang haku nangis kang habis rosak susu sebelanga. Hehe.. tp ternangis jugak la masa salam2 peluk mak semua. Yelah. Mesti ingat abah punye. Nampak je kontrol macho di situ. Padahal hati bukan kuat sgt pun. Cuba kuat sahaja.

Ok.. suami saya lafaz akad nikah 2 kali. Kali pertama sbb dia tergagap masa sebut nama. So Dato' Mufti suruh repeat. Oh..saya rasa sgt berbesar hati sbb Dato' Mufti sudi jadi salah seorang saksi pernikahan saya. Utk makluman dia merupakan salah seorg murid arwah abah saya. Kebetulan pulak dia juga pengetua masa saya sekolah menengah. Jadi maybe sbb tu beliau sudi dtg jugak. So after lafaz kedua maka saya dan si dia sah menjadi suami isteri. Saya tengok hubby mcm sebak. Tp saya adalah berhati batu. Terimalah saya seadanya ya. Hiks..

Lepas setel akad tu suami tunaikan solat sunat dulu. Then baru kita teruskan acara sarung cincin. Tp saya takde cincin. Saya pilih rantai tangan. Saya bagi suami je cincin. Haha.. ini lagi kisah lucu. Masa suami nak serahkan cek mas kahwin dia boleh hulur macam tu je. Seolah2 macam "Nah! Amik cek ni". Takde cakap apa pun. Hahaha.. maybe dia nervous tak habis lagi kot. Saya pulak terimalah cek tu dgn muka mcm tak pernah tgk cek. Akekekeke.. lawak betul. Pengantin perempuan mmg hampeh. Langsung tak tahu mengkontrol suasana. Tak abis2 main2 saje.

Masa acara sarung gelang/cincin tu saya tengok pasukan kompang tgh setting tempat duduk. Masa akad nikah diorg duduk luar. Maybe nak bagi peluang pada tetamu dan ahli keluarga je kat situ kot. Then dah habis semua baru diorg masuk set up semua. Saya nampak ada rebana. Err.. rebana ke nama dia? Yg besar mcm gendang tu? Alah..belasah jelah ye. Ada video masa tu. Nanti saya cari balik. Cuba bayangkan diorg main kompang dlm rumah. Gedegung gedegang bunyinya. Jantung saya macam bergoyang2 je. Neighbour saya pun teruja. Dia ckp dgn mak tak pernah tgk org kawen mcm ni. Kat sini la. Kalo kat tempat lain tu ada je. Maybe dia tak pernah tgk la kot. Fuhh! Tak sangka la haku kahwin mcm gitu. Mcm suasana kat kampung je. Impianku bab tu tercapai. Mmg pernah ckp kat mak bestnya kalau kawen suasana mcm kat kampung. Sbb masa saya kanak2 saya sgt rajin pegi rumah org kawen kat kampung mlm2. Jadi saya gembira dgn suasana begitu. So alhamdulillah. Merasa lah kan. So masa tu saya dan suami duduk atas pelamin. Walaupun rasa mcm "apa kes la kena duduk semua org tgk ni" tp pasrah jela. Kalau sesiapa nampak muka cuak den buat2 tak nampak jela yo. Takde acara merenjis ke mencampak ke membaling inai dilakukan. Hanya sekadar duduk posing mcm raja sambil dgr bunyi kompang gedegung gedegang sambil org berpusu2 ambil gambar. Makcik saya kata mcm retis ko ramai ngambik gambo. Hahahhaa.. biasalah. Kata pun pengantin gems. Jarang di dapati kan. Org nak kawen kurus. Haku kawen makin gems. So jgn bg haku stress. Ni pun stress dah gems. Opss..

Setel bab nikah. Setel bab hukum. Seterusnya majlis resepsi. Esok jelah saya sambung cerita ya. Mau layan #SuperSpontan.

Nite2.



6 bulan bergelar isteri

Salam.. hehe.. kekok sudah mahu berblog ni. All this while byk update kat twitter dan FB je. Tu pun tak semua nak di kongsikan. Sekarang kena byk belajar memelihara privacy and such.

So .. hari ni genap 6 bulan saya dan suami disatukan sebagai suami isteri. Kami nikah pada 25 Nov 2011 hari Jumaat. Dan hari ni pun Jumaat 25 Mei 2012 genap la 6 bulan. Sepanjang 6 bulan ni mcm2 perkara dah berlaku. Mcm2 ups and downs. Mcm2 dugaan. Mcm2 berita gembira. Mcm2 berita sedih. Sampai satu tahap saya tak yakin saya dapat lalui semuanya. Tp alhamdulillah. Setakat hari ini 'masjid' dan kebahagiaan ini masih bertahan. Byk faktor luaran yg membantu dgn sokongan, doa dan sebagainya. Kesimpulannya dlm hidup saya keluarga adalah elemen paling penting. Emak especially.

Jadi hari ni saya baru nak update psl wedding sayalah. Catatan ini pasti akan jadi kenangan saya utk hari tua. Dan boleh juga jadi panduan pada sesiapa yg baru nak berkecimpung dlm arena membuat persiapan kahwin  ye. Persiapan dlm erti kata pengantin buat semua from A to Z.

1) Katering




Katering kali ni saya guna khidmat Mutiara Catering. Punye jauh nun di Sg Penchala sana. Kisahnya Nabil Raja Lawak tu pun kahwin guna the same caterer. Service wise.. nak kata bagus..boleh la. Semua yg saya mintak dpt kecuali kerusi makan pengantin. Itu jela yg tak puas hati pun. Tapi tak jadi kudis la takat pengantin duduk kerusi biasa pun. Makanan pun ok. Servis pun ok. Yg paling bahagia sbb dpt theme color yg saya cari. Mula2 dia pasang warna lain juga. Tp saya secepat kilat sedar so dia tukar. Kesimpulannya guna khidmat diorg ni mmg profesional la jugak. Pro dr segi if ko tak bayar full pagi tu dia tak serve makanan kat tetamu. Haa.. ambik ko! So yg agak liat membayar tidak digalakkan guna katerer ni. Ohh.. saya bayar utk makanan 800 org + khemah semua dia kira RM9.80/pax. Murah kot. Adik saya kahwin RM10/pax tak masuk khemah pun. Abg saya kahwin lg la RM12/pax pun tak masuk khemah. Saya siap dpt kek 3 tingkat free lagi. Nak suruh saya tempah kek 3 tingkat tu utk eksen2 je potong? Tak kosser ler..


2) Pelamin



Pelamin saya assigned mak andam saya buat. Bayaran utk pelamin + pintu gerbang tu RM1000. Pelamin tu pilihan mak dan makcik saya. Bab ni saya tak kisah langsung. Janji ado kerusi den nak duduk bergambar sudah. Dlm hidup saya takde konsep nak pelamin impian bagai. Sekian.

3) Make up


Make up seperti biasa saya guna khidmat mak andam masa saya tunang dulu. Senang berurusan dgn kakak ni sbb dia dah biasa dgn family saya. So dia tahu kehendak kami. Overall saya ok je. Utk make up 3 kali (nikah, resepsi perempuan & resepsi lelaki) saya bayar RM700 termasuk segala aksesori yg perlu utk pengantin lelaki dan perempuan. Murah tak? Saya rasa sudah murah. Sbb saya survey byk tukang mekap mahal2 belaka. Lagipun kita kena percaya pada konsep kalau sudah comel tak perlu tukang mekap mahal sgt. Wakakakakakak.. ehem. Maaf. Terlebih sudah.

4) Official Photographer
Yg ni kena bayar RM950. Tp ada kawan hubby snap pictures juga. So termasuk print gambar selain pakej bla bla bla.. total hampir mencecah RM1500. Pitam.

5) Busana Pengantin
Pergh.. busana la sgt. Dah tahu mmg takde saiz available utk bdn gems ni maka semua baju kita tempah. Dari baju nikah ke baju resepsi semua tempah. Pesen pun semua sepesen je. Semua pun baju kurung juge. Janji haku tak rimas masa pakai sudah. Cuma lace tu cari yg baik sikit la kan. Semua pun thanks to emak yg sponsor semua baju. Kos baju saya dan suami lebih kurang RM2k. Termasuk upah semua la. Tak termasuk baju bertandang saya sbb saya recycle baju tunang kan. Penjimatan di situ. Dan sekarang baju tu terperap dlm almari. Nak di pakai dah sendat. Isk. Ya. Makin gems lately. Kasihan.

6) Gift tetamu
Gift ni kita buat mcm biasa. Beli jenis beg sbb pikir yg org boleh recycle. Dlm beg tu mesti ada something yg kekal. So masa saya adalah mug cinonet tu. Tampal dgn stiker tempah kat PAS. Yg lelain bahulu tu tempah kat kak rozi. Kak rozi ni pun mmg yg supply bahulu setiap kali majlis kahwin rumah ni. Bahulu dia mmg menepati citarasa dan servis pun tip top.

7) Hantaran


Pink dari saya. 11 berbalas 13 ke? Entah. Lupa sudah. Hantaran ni pengantin buat sendiri. Dari A to Z juge. Gambar hantaran satu2 mmg takde. Sbb saya dah malas nak snap sana sini. Sbb dah di saat akhir dah penat melampau. Jadi hanya fikir nak habiskan secepat mungkin.


8) Bilik Pengantin


Sentuhan Mat Bangla Famista. Tahan hidung sket ye noks :p


Bilik pengantin ni saya cater kat satu kedai perabot pengantin kat Klang yg buat. Famista ke apa namanya. Dlm majalah pengantin ada iklan dia. So saya kosongkan bilik dan cat. Yg lelain dari katil, lemari, tirai, langsir, bunga dan sebagainya diorg buat. Harga? lain org lain harga dia charge. So tny diorg ye. Hehe..statement cover line.

Lagi apa eh? Itu je kot. So ini kisah kahwin budget gaya saya. Rasa dah cuba sesederhana yg boleh dah ni. Kira punye kira budget yg keluar dari majlis abg ngah, majlis adik dan majlis saya semua sama. Semua pun bawah 20k. Cukuplah. Takde maknanya nak berhabis hanya sbb majlis satu hari tu. Masa depan panjang lagi dik non.

Akhir kata, mari doakan semoga 'masjid' saya kekal ke syurga. Ada nak upload video tp try cari tak jumpa plak kat pc ni. Maybe dlm laptop kot. So nenanti je. Nak rushing ke UM ni. Ada hal.

See u nanti k.

Wassalam.




Rabu, Mei 23, 2012

Update lolacraft

Keychain / Bag Charms

Diaper Cake (small/large)


New product. Silalah view di http://lolacraft.blogspot.com. Nak beli ke atau nak tempah pun boleh.


Rabu, Mac 21, 2012

Mengejar pelangi~

Tajuk mcm jiwang. Padahal saya bukan penjiwang. Tak percaya? Tanya suami saya. Saya adalah cruel. Hahahahahahaha (gelak pun nampak sgt tak sopan). Ok. Enough.

How's my life? Saya sedang bercerita secara panjang lebar di dalam hati. Yg mahu di kongsi hanya sedikit shj. Saya dah makin pandai masak. Hihi.. well. Sila berbangga. Dulu sayalah yg pemalas memasak. Sayalah yg pemalas ke dapur. Tapi bila tukar status semakin terpaksa rajin ke dapur. Memasak bekal suami. Memasak sarapan emak. Memasak santapan sendiri. Sapo laie nak buek kalo tak den? Ce cakap. Ce cakap. Lepas masak and say good bye to hubby segera buat laundry pula. Bilik pula kena sentiasa tip top. Suami saya bukan cerewet pun. Tapi saya yg cerewet tak tentu pasal. Tapi tak kisahlah. Cerewet utk kebaikan apa salahnya. Ye dok?

Tapi tu semua akan berjalan lancar kalau saya sihat. Kadang2 tak berapa nak sihat. Kadang2 tak berapa nak tegak. Macam sekarang. Dah beberapa hari sakit belakang. Sudahlah begitu. Di serang demam selsema pula. Jadi sudah 2 hari juga saya dan suami berkhemah tidur di ruang menonton tv je. Kisahnya kalau makin melarat emak senang nak jenguk. Maklumlah luar bilik dia je. Ruang ni nostalgia tau. Banyak kenangan. Di sinilah saya merempat tidur semenjak arwah abah sakit. Saya tak nak tidur di bilik saya sbb nanti susah nak dengar apa2 kecemasan di waktu tengah malam. Dah la bilik di tingkat atas. Memang susah nak dengar nanti. So sebagai pasangan yg ideal dan comel lagi berjiwa kental terbungkang la kami suami isteri di situ. Tak jadi hal pun.

Update tentang saya lagi. Oh..kisah masters saya. Alhamdulillah sudah di tahun akhir. Sudah di penghujung. Yg di hujung ni lah payah nak ditamatkan. Macam2 nak difikirkan. Macam2 nak buat. Dah elok2 fikir tetiba bertukar fikiran. Patutlah lecturer saya kata "Jgn fikir byk sgt". Sbb bila fikir byk sgt ia langsung tak bergerak. Lagi haru. So sekarang saya sedang berada di kondisi haru. Haru biru hidup sbb tak tahu nak buat apa. Semuanya serba bland. Kaku. Beku. Lesu. Siku kang!

Hihi.. anyway kalian tolong doakan saya ok. Moga saya tabah menghabiskan study yg tinggal sikit ini. Moga saya sihat. Moga semuanya dipermudahkan.

Terima kasih.

p/s: Husband saya belum pulang dari kerja. Dan saya dengar Mayonis (kucing saya yg gedik tp dah tak gedik sejak masuk hospital dulu) dah terbatuk2. Lapar dah Myo. Manalah daddy ni?

:p

Wordless Wednesday 210312

26112011


Jumaat, Januari 20, 2012

Assalamualaikum..

Salam pertama sejak bertukar status. Ehem~

Blog ni dah bersawang mcm rumah tinggal. Byk je nak cerita tp byk jugak yg privacy.

Nanti2 saya bebetul free saya update blog. Insyaallah.

Now masih dlm proses 'adjustment' dan mencari titik selesa dlm kehidupan.

*senyum - selemah2 sedekah*