Rabu, Mac 30, 2011

Bersyukur..

Saya bersyukur sbb saya masih di kelilingi kawan-kawan yg baik. Semoga perjalanan hidup saya bertambah baik. Dan utk itu saya hanya perlukan unsur2 yg baik sahaja. Unsur kurang baik sila berundur atau duduk di situ diam2. Jgn kacau saya. Hanya Allah maha mengetahui segalanya. Dan hanya Dia maha berkuasa atas segalanya.

Amin….

Selasa, Mac 29, 2011

Ratu batuk~

Dulu pernah post entri ‘Ratu muntah’ sbb asik la dok muntah mengalahkan orang pregnant.
Sekarang ni jadi ‘Ratu batuk’ pulak. Dah sebulan lebih ni. Batuk sampai pinggang, perut, kepala haku ni sakit dek gegaran batuk. Hishh..

Jumaat, Mac 25, 2011

Durian oh durian

Saya mmg bukan penggemar durian tegar. Tapi bukan jugak gedik langsung tak boleh bau, pandang atau sentuh durian pun. Cuma tak sampai tahap kecintaan yg tinggi terhadap durian gitu.

So kisahnya ptg semalam makcik saya bawak balik empat biji durian. Sbb nak join keterujaan org yg suka sgt durian saya pun duduk bersila makan durian 3-4 ulas.

Akibatnya sampai ke pagi ni mulut berbau durian. Dah muntah pun masih melekat durian. Dan sekarang sakit perut. Memang tak patut betul. Sekarang ingin bermusuh kembali sama itu durian. Toksah la ko nak bagi aku musang king ke apa bagai. King kong pun tak nak dah!

Benci tau!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 24, 2011

Bila stress….

… maka saya akan buat sesuatu yg melalikan. Or is it melalaikan at the same time? Mana taknya.. masa yg sepatutnya di luangkan utk membaca jurnal, memikirkan perihal proposal yg perlu di hantar dlm masa terdekat dan merancang kajian telah diluangkan pula utk membuat…
























BOOKMARK!!
Hehehe… memang betul la seperti apa yg saya nyatakan dlm paper aritu. Bila stress belajar kerajinan membuat bookmark membuak2. Kalau takde stress takde pulak rajin sgt nak menggodeknya. Sehari suntuk ni lepas kemas rumah, memvakum, membasuh cadar selimut, mengganti cadar.. duduk spend masa membuat gelang dan brooch utk emak. Lepas tu dok buat lagi bookmark.
Hehehe… (setiap perenggan di mulai dgn ‘Hehehe’) nak lihat bookmark buatan tangan saya yg tak berapa nak kreatif ni sila ke http://lolacraft.blogspot.com

Adiosss… (blog dah update, perkakas buat bookmark dah simpan.. sekarang mari menonton filem supaya cepat tidur)

Isnin, Mac 21, 2011

Tetiba terhendak

....Beg baru.

hmmm....x pernah suka beg tp sekarang sudah suka beg. Tp nak beg yg materialnya kanvas...dan besar sket sbb nak bwk laptop + khazanah lain yg bertimbun...

Org slalu komplen beg sy berat. Well... :D



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ahad, Mac 20, 2011

Habuk

Beberapa minggu kebelakangan ni kat jln dpn rumah saya ni mbsa baru buat divider tepi. So sblm ni dah lbh 10 thn mmg gonjeng je tepi jln tu. Tak mcm seksyen 7 yg neighbourhoodnya nampak rapi. But kawasan linked houses la. Area banglo saya tgk sama gak esp yg area rumah2 agam tu.
Saya tengok diorg yg keje tu dah nak dkt sebulan msh gak blum siap. Buat sini sikit. Buat sana sikit. Akibatnya penghuni yg menanggung akibat habuk byk. Agaknya ni salah satu sbb knp batuk saya tak baik2. Sejak dah kertu ni mmg saya alah pd habuk. Semput jadinya. Lubang pernafasan pun terganggu. Muka pulak asik la rasa berdebu. Jenuhla cuci aje kan.
Harap2 cptla diorg ni siapkan. Supaya saya blh mop seluruh rumah tanpa dicemari semula. Letihla kan...
So itu je nak bebel pun. Saja cerita supaya hilang gundah di hati. Cececeee...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sabtu, Mac 19, 2011

Headache

Head (kepala) + ache (sakit) = kepala sakit...

Agakny sbb byk sgt pikir kot? Stress?

Hmmm...payah la kalau xde rasa tanggungjawab ni. Bikin org susah je.

P/s: bebelan yg hanya sendiri dan Allah je mengetahui....hmmm....
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Teringin ...

....Nak makan nasi ayam masakan sendiri...

...Mula2 kita beli ayam! (Mcm dlm citer 'bujang lapok')... Ke 'bujang lapo'??



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 03, 2011

Makcik di Harian Metro

Sebelum mula buat entry ni saya nak gelak dulu.
Akkekeke.. hihihihi..huhuhu.. hhahahahaha..
Ok dah.
Kisahnya saya kan pembuat bookmark besi tu. ‘Book hook’ namanya dlm bahasa omputih. Saya memula buat saja suka suka je. Sesambil jual pada yg sama minat sama suka dgn saya di facebook. Biasala kalau dah di facebook tu saya selalu la tag gambar bookmark pada kawan2 Fb.
Pada satu hariii.. (ala ala Usop citer hantu kak limah).. kak NB mesej saya. Dia bgtau ada wartawan HM nak interview pasal bookmark yg saya buat. Tanpa berfikir panjang saya pun setuju jelah. Masa tu saya fikir maybe dah sampai masa nak kongsi minat dan hobi dgn org lain di luar FB. Tapi tak fikir pulak mungkin satu Malaysia akan baca. Hehe…
Then.. kak kusyi (reporter HM & penulis novel.. pegi beli novel dia best tau!) email saya. Disebabkan kak kusyi berada di Perak masa tu sesi interview di buat secara online. To be precise by email. So saya pun cerita la dgn ghairahnya. Seronok sungguh cerita pasal buku ni. Cerita pasal aksesori buku. Perghh.. teruja!
Kisahnya juga semasa sesi photoshoot bersama bookmark saya .. ditakdirkan masa tu saya terima berita buruk. Yg tu nanti cerita kat entry lain. Byk sungguh dugaan. Rasa macam nak ckp je dgn kak kusyi “tak payah la cover cerita saya”.. hehe.. tp tidak! Tidak patah semangat. Terus juga bergambo .. dgn mak saya jadi jurugambarnye. Selamatt akhirnya…
Dan pagi semalam.. saya terima sms dari kak kusyi. Dia pesan beli HM hari ni. Wah! Saya dgn excited terus bgtau mak. “Jom pegi beli metro!” Dan mak pun melompat bangun. Excited jugak. Maklumlah dah lalui susah hati susah payah masa nak submit bahan aritu kan. So ke kedai ler kami. Beli 3 HM. Jgn tak tau. Satu utk di baca lunyai. Dua lagi utk di frame kan di gantung di 2 sudut rumah. Hahhaa.. amik!
Dlm kereta tanpa bergerak ke mana2.. saya terus selak HM. Terkejut den! One full page tu. Ingatkan berita kecik je. Mak pun punye la beria cari sudut2 kecik kat HM tu cari berita saya. Sekali tak payah susah2. Dgn warna my feberett (pun mcm tone Usop cerita hantu kak limah).. pink lg you satu page. Saya sangat suka. Owhh.. hepi seharian. Thanks to kak NB (yg sms saya juga pagi tu) dan kak kusyi juge sbb sudi highlight pecinta buku tegar yg kdg2 di pandang sipi ni.

hmetro
See? Muka saya ketat nauzubillah sbb kondisi berita yg diterima hari tu. Syukur semuanya okay takat ni.

Apa kesannya bila dah masuk paper? Takde apa kesan sangat pun. Cuma tadi semasa saya mahu mengisi petrol di stesen minyak kegemaran tetiba mamat bangla yg jaga kaunter tu mcm mengumpat2 pandang saya. Masa tu saya terfikir “Huh! Tu ngumpat haku gemok la tu!”. Sekali baru teringat .. owh.. semalam keluar paper da. And owner stesen minyak tu jiran saya. Hahhahaha.. lariiiiii.. (sampai kurus :p)
Sekian. Sekadar berkongsi cerita. Ngeh~

Hari Bertemu Pelanggan~

Tajuk macam ye ye je berniaga juta juta. Hehehe.. takde la.. saja je buat tajuk macam tu supaya ada semangat kental sikit. Chaiyok!
Kisahnya beberapa hari lepas (errr.. minggu lepas la sebenarnya) saya ke Sogo (setelah lebih setahun tak jejak kaki ke Sogo) utk berjumpa dgn kak Norhayati Berahim dan rakan-rakannya yg berminat dgn bookmark saya. Seperti biasa KL adalah azab dgn trafik jem. Huishhh.. nasib baik yg memandu bukan saya. Sedangkan duduk di sebelah pun sudah pening inikan pulak mahu memandu? Adeii.. awat la hang KL trafik teruk sangat! Setelah di kaji apa punca rupanya jem sbb laluan masuk ke parking Kompleks Pertama tutup sbb penuh. Huishh… ramai betul nak ke Pertama ek? Ada apakah? Nasib baik parking Sogo tak tutup. Kalau tak double stress la saya nok!
Sampai Sogo En. Cipetos ajak makan. Yeaaa.. makan di warung masakan minang di Sogo memang sedap. Jadi alang-alang sudah ke sana mari makan bersama. Lagipun waktu tu sudah hampir pukul 5 petang. Mari makan malam terus. Gitu…
Bila duduk terus call kak NB. Tup tup dia dah ado depan mato ni ha.. seperti biasa saya agak kemalu-maluan. Ciss.. memang lambat panas betul la saya bab bab bersosial ni. Memang rasa segan melampau. Isk…
Sebelum berjumpa, kak NB dah pesan bawa je bookmark apa yg ada di tangan saya. Yelah. Nama pun handmade kan. Saya pun biasa buat sikit2 je. So yg ada hanya 20 pcs. Alhamdulillahh.. 20 pcs tu kak NB dan kak Liza Bujang dari Sarawak beli semua. Ternganga saya tengok bekas tu kosong. Tapi takpela.. rezeki.. saya boleh buat lagi. Hehehe.. syukurrr… terima kasih banyak kak NB, kak Liza Bujang dan lain-lain. Saya minta maaf jika ada salah silap semasa berjumpa. Dah la makan lembab. Mana saya tau org tunggu saya makan! Owhh.. T__T

sogo2
Saya dan mereka…