Jumaat, Julai 23, 2010

Rendang ayam~

Semalam saya masak rendang ayam. Ada orang baik hati lagi mulia menghadiahkan 8 ketul ayam dada. Bahan2 dah ada. Cuma beli daun kunyit dan lengkuas. Ketung ketang ketung ketang…

Waaa… sedap I tell U.

Ada org tu kata rendang ayam saya sebijik rasa rendang mak dia buat. Vavavava.. lepas rindu katanya. Ngeh~

Gambo takde. Malas amik gambo.

Ahaks..

signature

Khamis, Julai 22, 2010

Penat penat penat

Dah dua hari saya missed bagi ubat pada Mayonese. Mayonese ni mmg tak boleh dipegang. Jadi nak bagi ubat agak payah sikit. Tapi takpe. Nampak dia semakin sihat dan comel. Sudah boleh berlari2. Dah jadi rutin saya pepagi kena tengok Myo dan keluarkan dia bagi dia exercise. Lepas tu bagi dia makan. Dia pun sejak trauma ni nampak ‘baik’ sikit. Kalau tak ‘gedik’ semacam. Hehe..

Seminggu dua ni saya sakit dada kiri. Entah salah urat ke apa pun tak tahu. Nak ke klinik malas. Pagi tadi sakitnya agak berat. Berat dari biasa. Masa hendak ke pasar rasa sakit sangat. Nak angkat tangan pun berasa sakitnya. Balik dari pasar saya rebus halia. Minum air halia rebus tu. Kot2 boleh buang angin. Risau jugak.

Lately memang hidup saya berterabur. Haha.. entah betul entah tak istilah ni. Tapi macam tulah ibaratnya. Ke sana sini tak duduk diam.

Penat ler.

Isk..

signature

Selasa, Julai 20, 2010

Syukur alhamdulillah

Saya tak tahu nak cerita bagaimana. Jadi saya buat kronologi sajalah pasal Mayonese.

Khamis (15 Julai) – Birthday saya. Dgn hati yg gerhana saya ke vet jenguk Myo. Keadaan dia masih tak berubah. Masih ada bendalir keluar dari hidung. Makan pun tak mahu. Nampak masih trauma.

Jumaat (16 Julai) – Saya tak jenguk Myo langsung sbb esoknya Sabtu saya ada kelas. Jadi buat persiapan diri utk hadiri kelas pertama tu. Cuma telefon saja. Masa call tu org vet tu kata Myo sedang tunggu giliran utk surgery. Sampai malam pun tak sempat tengok. Myo pun tengah tak sedar diri jadi decided utk biarkan saja. Esok jelah pergi tengok.

Sabtu (17 Julai) – Pagi pukul 8 saya ada kelas. Kelas kedua pula mula pukul 11 pagi. Tapi disebabkan classmate saya tak hadir dan saya pun susah hati jadi saya buat keputusan utk pulang. Terus singgah ke vet. Di vet memula dengar explanation dari veterinarian tu dulu. Selesai dengar baru tengok Myo kat belakang. Alhamdulillah Myo dah elok sikit. Nampak muka pun dah ok. Mata dia yg juling pun dah betul. Dah boleh menguap seluasnya. Hidung yg bermukus pun dah kurang. Cuma nampak la hidung Myo kemek sikit sbb dah patah kan. Hehe.. Tapi yg tak bestnya dia masih tak mahu makan. Mungkin masih terasa sakit bila mengunyah kot. Saya bagi tahu veterinarian tu kalau dia masih tak boleh makan kena bagi makan guna syringe.

Ahad (18 Julai) – Vet buka lambat. Jadi tak pergi pun.

Isnin (19 Julai) – Pepagi saya dapat call dari vet. Cuak sungguh. Tapi alhamdulillah khabar gembira. Myo sudah boleh makan dan minum sendiri sampai licin. Hehehe.. syukur alhamdulillah. Dan petang semalam saya pun bawa Myo balik. Lega. Kurus sikit si Myo ni. Seminggu tak makan kan. Kesian. Balik rumah saya masukkan dalam cage. Bagi dia makan wet food. Saya tunggu dia makan depan mata saya baru saya beredar. Seminggu meninggalkan rumah nampak bingung je si Myo ni. Kelakar la.

Selasa (20 Julai) – Hari nilah ni. Pepagi saya dengar emak jenguk dan panggil Myo dari pintu. Alhamdulillah licin makanan dalam pinggan dia. Seminggu dok dalam cage dia dah bosan dah. Jadi saya lepaskan dia utk lari2 kejap kat kawasan rumah. Bila nak makan saya masukkan balik dalam cage. Saya bagi wet food lagi. Ada 3 tin saya beli kat vet semalam. Tapi dia makan sikit. Bila saya bagi kucing2 lain (Embe & Charlie) makan whiskas Myo dok meowing mintak. Saya bagi sikit. Sekali licin juga dia bedal. Hehe.. good girl! Dah boleh makan makanan keras tu baguslah. Lepas makan saya bagi ubat. Lecehnya nak masukkan pil dalam mulut dia. Nasib baik pil tu kecil. Tapi pil kedua saya hancurkan masuk dlm syringe. Bila dia dah rasa ubat tu tak sedap terus tak nak makan ubat ketiga. Kena tunggu petang baru boleh bagi ubat utk sel tu.

Harap2 semuanya makin baik. Hehe.. ending camni jela.

Tata.

signature

Jumaat, Julai 16, 2010

Pengsan?

Berita terkini tentang Mayonese yg saya dapat adalah dia sedang pengsan. Semalam dia buat surgery. Belum bangun lagi sejak tu. Begitu rupanya. Patutlah ada seekor kucing yg jatuh dari tingkat 7 tu pun setiap kali saya melawat asik tidur je. Rupanya pengsan. Tapi lama betul kucing yg seekor tu pengsan. Dua hari saya melawat tak pernah nampak dia bangun. Mesti kritikal lah tu.

Mendengar Mayo sedang pengsan perasaan saya pun pengsan. Oh Mayonese.. nanti bangun cepatlah sihat. Nanti kita boleh main2 lagi.

Doakan supaya Mayonese cepat sembuh ya.

Please.

signature

Khamis, Julai 15, 2010

Harijadi dan hati yg gerhana

Hari ini genap umur saya 32 tahun. Sudah semakin tua. Harap2 life semakin baik. Tidak perlu terlalu boombastic. Cukup sekadar bahagia, tenang dan dilindungi Allah sentiasa.

Dalam debar menuju umur yg semakin meningkat saya merasa gerhana di hati. Saya sedih sbb kucing saya Mayonese di langgar orang. Saya sedih sbb Mayonese masih belum balik dari klinik. Saya sedih sbb Mayonese masih tak boleh makan sbb kecederaan pada muka. Saya suspek tulang rawan hidungnya patah. Disebabkan sakit Mayonese tak mahu makan langsung. Semalam sewaktu melawat Mayonese tak mahu pandang saya. Emm.. :(((

Semakin berusia saya semakin yakin kegembiraan itu datang dan pergi. Namun begitu kesedihan sentiasa bertapak dijiwa.

Di dalam dunia ni ada org suka dan ada org tak suka pada kita. Walaupun antara satu sama lain tiada kaitan langsung. Walaupun saya langsung tidak peduli akan kehidupan orang lain. Tapi saya hairan org selalu berhasad dengki dan cemburu hati melihat saya. Dan semakin lama saya semakin malas mahu mengambil tahu. Saya semakin bosan bergaul dengan manusia spesis begitu. Spesis yg sering mengatakan org lain salah, org lain tak betul sedangkan dia sendiri belum tentu sempurna atau tidak. Sekadar pandai bercakap lepas dan menunjuk alim tapi tanpa sedar melukakan hati org lain. Saya tidak tahu apa mereka punya lesen menyakitkan hati org lain sbb mereka itu kononnya sudah sempurna di mata kelompok mereka?

Pesanan saya: Lead your own life. Dont bother to hurt me coz you’re 150% nobody!

*Tindakan kau buat aku makin benci org spesis kau. Yg kononnya serba sempurna padahal kau juga manusia biasa seperti aku.

Apapun,

SELAMAT HARI JADI YG KE 32 TAHUN PADA SAYA…

signature

Selasa, Julai 13, 2010

Penunggu rumah beratap merah

Apabila di suruh tunggu maka menunggulah ia.

Hehehe.. bunyi macam gerun dan seram je kan. Tapi sila tidak berasa begitu. Penunggu yg saya maksudkan di sini ialah merujuk kepada aktiviti terkini saya dan emak saya.

Kisahnya emak dan saya di suruh tunggu rumah makcik saya nan satu itu yg sedang direnovasi. Progress kerja adalah menuju ke tahap terakhir iaitu hanya tinggal kurang dari 10% sahaja.

Jika tiada aral seminggu sebelum bulan Ramadhan akan diadakan kenduri tahlil arwah dan doa selamat disini. Dan sebelum majlis tersebut berlangsung menjadi tugas saya membuat final touch up di sana sini. Insyaallah.

Mujur saya sudah subscribe DiGi Internet. Bayaran bulanan adalah RM68. Ambil yg paling murah saja. Maka mudahlah saya beronline. Kalau tidak pasti bosan.

Lagi 2 hari birthday saya yg ke 32 tahun. Masa makin pantas. Harap2 semuanya makin baik. Amin.

Jumpa lagi nanti.

signature

Ahad, Julai 11, 2010

Request

Dulu masa sekolah selalu je ada request2 ni kan. Request bunga la. Request buah la. Tapi satu request pun saya tak pernah dapat. Hehehe.. dan utk request hadiah dari diri sendiri kepada diri sendiri adalah bukan saya. (Saya suspek ada je yg buat camtu kan? Ngeh~)

Request yg saya nak cerita hari ini adalah request masak nasi minyak dari ahli keluarga. Maka nasi minyak lah menu makanan hari ini. Nasi minyak saya kebiasaannya adalah tidak menggunakan minyak sapi mahupun butter ataupun marjerin. Saya guna minyak masak biasa je. Atau kdg2 kalau kesedaran utk sihat adalah lebih maka saya guna minyak bunga matahari. Rasanya? Sedap tau.

Lauknya pula kari daging dan kentang, ayam masak merah dan pulut kuning makcik saya masak. Jantung pisang pun ada. Tu jumpa kat rumah PA saya hari tu. Pokok pisang saya dah berbuah. Seronok.

Akhir kata (tak tahu nak cerita apa dah), saya nak quote ni..

“Selemah-lemah kenduri adalah apabila makan beramai2 bersama ahli keluarga yg dimulakan dgn doa dan disudahi dgn perut kenyang suka hati”

Hehehe.. itu quote saya. Sila terima jika bagus. Sila nyah jika tak bagus.

Sekian.

signature

Sabtu, Julai 10, 2010

Sabtu ku melebar

Ini adalah hari Sabtu terakhir sblm saya ada kelas sepanjang semester baru ni. Mulai Sabtu depan akan ada kelas terus menerus selama 6 jam. Dua subjek. Pijar la muntot. Ngeh~

Hari ini juga saya duduk rumah sepanjang masa. Heaven.

Dan emak saya telah mengeluarkan statement ini:

“Ko bila duduk rumah je badan ko lagi bertambah melebar. Kalau keluar takde.”

Fine.

Jadi kalau saya asik keluar je emak sila jangan marah ya?

Terima kasih.

signature

Jumaat, Julai 09, 2010

Mee goreng pinggan kecik telur mata

Bagi dua pinggan ya.

Satu utk saya. Satu utk mak. Emak saya ni apa yg saya makan itulah yg dia ikut makan. Melainkan mkn nasi campur je dia tak ikut saya. Sbb dia akan dgn senang hati mengambil apa sahaja lauk yg dia teringin. Sedangkan saya kebiasaannya adalah skema. Hanya ambil seketul ayam atau seekor ikan atau sesenduk sotong, sayur dan nasi putih 2 senduk. Kebiasaannya juga nilai pinggan saya adalah lebih murah. Ngeh~

Tengahari tadi emak makan masakan dia sendiri. Sbb saya keluar ke UM. Pergi memulangkan buku yg dipinjam. Saya pulang ke rumah pukul 4 ptg. Jalan sesak sbb ada lori rosak. Typical malaysian kalau ada kenderaan rosak atau accident akan memperlahankan kenderaan utk melihat dgn teliti. Jadi jalan sesak teruk. Lenguh kaki. 

Utk dinner malam ni saya ajak emak ke mall berdekatan. Saya konon nak intai ada tak jual novel LBS di kedai buku tu. Tapi tiada. Mungkin dah habis. Jadi saya malas nak cari lagi. Sudahnya saya beli 3 DVD. Layan DVD jela lagi vasss. Saya dan emak makan di Pelita. Order mee goreng ‘mamak’ dan telur mata. Saya baru discover yg mee goreng di Pelita adalah standard. Tiada istilah ‘mamak’ atau mee goreng biasa. Standard rasa mee goreng tu biasa biasa je. Lain kali malas mahu makan mee goreng di situ. Sedang enak mengunyah tetiba ada segerombolan manusia (mungkin satu famili) masuk kedai dan duduk sebelah saya dan emak. Fine. Tak kisah lah nak share meja pun. Tapi segan juga sbb yg duduk tu lelaki. Dekat pulak tu. Tak pasal2 keluar fitnah kang. Kami makan cepat2 dan blah. Nampak macam bukan orang sini. Sbb slang percakapan adalah pelik. Mungkin famili yg hantar anak ke ipta/ipts area sini kot. Atau melancong ke?

Malam ni panas la kan. Air cond bilik ni kehabisan gas agaknya. Langsung tak sejuk. Sudahnya saya cabut semua mentol pada kipas berlampu tu dan on kipas full speed. Still panas juga. Tambah lagi kipas dinding. Bilik abah ni mujur byk kipas sana sini. Esok kena call org servis aircond. Boleh semput saya tidur panas macam ni. Saya ni sejuk sgt tak boleh. Panas pun tak boleh. Sbb kalau panas saya akan on kipas sekuat mungkin. Dan itu seringkali menyumbang kepada pembentukan kahak hijau pada keesokkan hari. Hahahhaha.. geli kan. Sbb tu dulu masa buat kpli saya tak teruskan tinggal di Cheras. Sbb itulah. Macam2.

Esok ada agenda lagi. Sejak akhir2 ni hari2 asik penuh je. Takde masa langsung bermalas2.

Okla.. saya nak sambung baca buku. Dan tidur.

Goodnite everyone.

signature

Khamis, Julai 08, 2010

Kena minum air banyak

water

Sehari kena minum sebotol teamix tu sebanyak 2L. Lepas tu kena ‘bilas’ dgn air kosong sebanyak 4L. Kembung. Pasti kembung. Tapi so far saya belum dpt capai target 6L sehari tu. Saya memang kurang minum airlah. Nasib baik tulang saya kuat (mengikut kiraan org2 HL hari tu lah). Saya beli botol 2L cap HL tu dgn harga RM27. Senang nak minum sbb ia mempunyai straw yg power dgn kuasa sedutan berganda. Pabila lubang straw adalah besar maka sedutan air adalah secara berganda akan memasuki liang tengkorok anda (Betulkah tengkorok?). Hehe..

Saya memang susah lah nak minum air secara banyak. Macam mana ek nak kasi minum air banyak ni?

signature

Kaedah penyimpanan

books1

Perghh.. tajuk tak agak2. Sebenarnya nak share bagaimana saya menyimpan sebahagian buku2 saya je. Disebabkan rak buku yg saya ada sudah penuh maka storage box yg besar ni menjadi pilihan. Mana2 buku baru yg saya belum nak baca saya akan simpan dalam box ni. Selain senang cari ia juga turut melindungi buku2 saya dari singgahan cik habuk.

Awak simpan buku awak bagaimana? Meh share meh…

signature

4.0

Itu gpa saya semester yg lepas. Saya sangat shukeee.. berbaloi segala kerja keras tidak tidor malam segala.

Disebabkan itu saya telah menghadiahkan diri sendiri a pair of Nike walking/jogging shoes. Setakat ni saya belum guna utk jogging lagi.

Tapi selalu pakai dia utk ke sana ke mari yg memerlukan aktiviti berjalan secara total. Sangat selesa. Sangat ringan. Sangat shukee..

Next time study lebih kuat lagi. Boleh beli hadiah lagi. Ngeh~

 

nike2 nike3 nike4 nike1

p/s: Saya perasan kaki saya nampak kecil sedikit pakai kasut ni. Walaupun perjalanan utk memilikinya penuh onak dan ranjau.. Hehehe..

signature

Titanic yg emo

Semalam saya menonton filem Titanic di TV2. Di PA ni memang tidak ada Astro. Jadi mahu atau tidak stesen tv kerajaan dan sedikit pilihan stesen tv swasta sahaja menjadi habuan mata dan telinga.

Dulu sewaktu filem Titanic ini baru ditayangkan saya menonton tanpa perasaan. Saya menonton ketika itu hanya kerana orang lain juga heboh menonton. Maklumlah ketika itu umur masih muda dan belum matang. Jadi penilaian apa jua segi adalah kabur dan tumpul.

Namun begitu perasaan menonton filem itu malam tadi adalah berbeza. Sambil menonton hati dan fikiran saya dok berputar2 dan sibuk mengkritik itu ini. Saya jadi benci dgn watak Cal (si orang kaya tunang Rose) dan beberapa watak orang kaya yg lain. Sombongnya. Seakan menongkat dunia. Saya juga jadi kasihan pada watak2 orang kebanyakan. Tapi ada juga sikap jelik yg saya tidak gemar juga. Seperti ketika mereka berpoya2 dan bersuka2. Bising! Seakan tiada moral. Oh! Saya menyampah dgn watak Rose juga. Orang sedang panik kapal mahu karam dia masih ada masa bercium cup cup sama Jack. Buang masa sungguh. Kan Jack dah mati beku! Huh!

Saya rasa hidup ni mesti sederhana saja. Jika terlalu kaya kita mudah lupa. Jika terlalu miskin kita akan compang camping di sana sini. Jadi bersederhana lebih baik. Namun demikian apa jua kemegahan dan kebanggaan kita di dunia ni tetap tidak boleh melawan kebesaran dan keagungan Allah. Konon berjaya mencipta sebuah kapal yg tidak boleh karam tapi apabila terlanggar sedikit ciptaan Allah terus terbelah dua. Jika mahu di ukur saiznya bongkah ais dan kapal adalah jauh. Tapi bila terlanggar bucu sedikit kapal yg gah sudah karam.

Jika dulu saya menonton dengan emosi yg kosong, kali ini jiwa dan emosi saya terasa penuh. Saya mengalirkan air mata menyaksikan betapa takut dan gerunnya kita di saat menempuh bencana dari Allah. Serius. Saya jadi takut. Saya juga kesal dgn sikap zalim dan busuk hati sesetengah orang kaya yg langsung tidak menghiraukan nasib orang lain. Masing2 sibuk melepaskan tekak, nafsu dan diri sendiri. Saya jadi tidak simpati pabila Cal akhirnya membunuh diri bila business tidak menjadi. Iman kosong kan. Begitulah jadinya.

Akhir kata, (cececee ayat.. formal la sgt kan) janganlah kita pandang remeh pada sebuah naskhah karya seseorang. Jika di tonton menggunakan hati serta akal fikiran yg waras pasti byk faedah dan pengajaran yg kita dapat. Begitu juga pada students2 yg mahu mengasah English mereka. Anda boleh dengar dan tahu bagaimana native speakers menuturkan perkataan2 dan juga penggunaannya dalam konteks perbualan.

Semoga kita semua terus dapat menilai dan melihat semua perkara mengguna hati dan akal fikiran yg waras serta sentiasa berlandaskan iman yg jitu.

signature

Rabu, Julai 07, 2010

Tawar hati

Semenjak akhir2 ni keterujaan saya berblogging adalah menghampiri zero. Semua yg saya alami, segala apa yg saya rasa dan apa jua yg saya beli adalah lebih selesa dinyahrekodkan. Hehehe.. itu semua tidak lain dan tidak bukan adalah kerana malas menulis yg sangat jitu dan meninggi.

Akibatnya banyak cerita yg sepatutnya direkodkan adalah berlonggok di dalam arkib minda dan hati sahaja.

Menjengah dan membaca blog blogger2 lain juga adalah sangat jarang.

Saya seakan dilanda fenomena tawar hati terhadap blogging.

Menaip entri ini pun adalah secara paksa. Saya yg memaksa diri saya menulis. Hehe..

Tak bagus kan camni? Bagaimana mahu mengasah skil membuat karangan jika malas begini?

Emmm.. sangat tidak bagus lah kamu!

Nantilah ya..

signature