Rabu, April 29, 2009

Buhsan suda

Sejak habis exam saya selalu online. Well, masa nak exam pun selalu online juga. Tapi itu lain. Sekarang semacam tak de aktiviti lain selain online. Maka disebabkan itu saya berasa agak bosan. Asik dgn blog, FB, browse buku la..hisshhh..


So tetiba saya decide utk stay away from the internet buat sementara waktu. Mungkin akan online utk update blog jika ada perkara menarik utk di jot down.


Oh ya.. dengan ini saya juga buat keputusan utk tidak menghadirkan diri ke warehouse sale MPH di PJ itu. Lately cuaca panas sangat sampai mata saya jadi kelabu. Bukan warna kelabu. Tapi penglihatan yg kelabu. Ya. Macam ala ala kabur gitu. Tak tahu kenapa. Tapi saya perasan dah jadi sejak sebelum exam lagi. Mungkin saya kena check power spec saya ni kot. Emmm.. nenanti lah.


Mulai esok ada Times Warehouse sale di USJ. Rasa macam nak pegi. Tapi tengoklah dulu. Sbb tadi saya sudah berbelanja lagi sebanyak RM100++ utk 6 buku lagi. So total spent utk buku di bulan April 2009 sahaja adalah sebanyak RM500++. Ada sesiapa nak simpan resit buku utk rebate income tax tak? Hehe.. takde? Takpela. Saya bagi makcik saya je. Atau adik saya. Maklumlah. Saya bukan ada gaji pun. Jadi tiada income tax dlm kamus hidup saya buat masa ini. Masa depan wallahualam.


Oh.. rasanya tak payah la saya ke memana book sales lagi. Yg ada pun belum baca. Kena disiplinkan sikit diri utk mulakan tabiat membaca semula. Dulu masa saya kanak-kanak saya suka baca. Sebelum tidur mesti nak baca buku. Masa lapang mesti nak baca buku. Sbb dedulu takde astro. Takde internet. Jadi hiburan yg ada hanyalah buku. Sekarang macam-macam ada. Asik nonton tv 24/7 jadi membaca pun jadi malas. Mak saya kata saya membaca menggemokkan badan lagi. Emm.. ada ke gitu? Macam mana la anak dia nak jadi cerdik pandai kalau membaca pun dikatakan punca gemok? Haihh... mak ..mak..


Pedulilah apa org nak kata. Gemok ke. Apa ke. Malas nak pikir banyak. Jalani sahaja hidup yg telah ditentukan. Life goes on kan..


OKla.. masa utk Intan. Dah pukul 11.


Buh-bye.

Selasa, April 28, 2009

Perempuan yg kuciwa

Haihh.. (tak baik mengeluh!) OK!

Patutnya hari ni saya ke warehouse sale MPH tu. Dan lepas tu patutnya saya terus ke library um utk pinjam buku semester depan. Ya. Saya sgt advance.

Tapi segala perancangan telah gagal. Gagal kerana sedang saya mengundurkan kereta rupanya tayar belakang adalah PANCIT! Isk. Sadisnya :( :( :( :(

Takpela. Dah ketentuan Ilahi begini kan. Saya cuba juga tukar tayar. Tapi separuh jalan sbb rasa kecewa yg menebal menyebabkan saya MALAS. Huh! Malas nak layan dah!

Grrrr.. geram ni. Sebel! Betek! (sila tonton sinetron utk faham)

Isk..

Isnin, April 27, 2009

Penggila buku kembali..

Yehaa.. malam semalam saya tidur pukul 5 pagi. Bukan tak mengantuk tp leka mengulit blog buku saya. Dah lama tak update hingga seakan2 menafikan kewujudan beliau. (Beliau ke?) Heh..


Disebabkan saya sekarang adalah dalam keadaan bercuti selama 2 bulan maka secara rajin saya akan cuba mengupdate blog buku saya itu.


Oleh itu esok saya akan ke MPH Warehouse Sale di PJ. Ada kaitan tak? Hihihihihih.. takdela.. saya baru nak cri Twilight series. Sbb kes nak tahu apa yg best sgt cerita tu. Ya ya. Memang saya lambat. Tapi tak kisahlah. Biarkan musim itu berlalu namun diriku tetap begitu berharga (TETIBA??!!!).


Ok ok.. tak boleh melayari internet secara berlamaan. Perlu membaca buku-buku dalam simpanan. (It rhymes kan? :p)


Nak baca buku sementara tunggu ikan kembong saya dinyahbeku. Nak masak laksa johor kesukaan mak. Kesukaan saya juga. Saya buat best tau. Nak rasa? Ok. Tunggu saya buka restoran. Hahhaha..


Tatah.

Ahad, April 26, 2009

Santai

Salam...


Akhirnya saya dah pun habis exam semalam setelah bersengkang mata membaca sampai otak saya tak boleh digest apa yg di baca. Persediaan saya bermula sejak seminggu sebelum tarikh exam. Memang lambat. Saya ni jenis study last minute. Saya suka belajar dalam keadaan stress.


Semester ni seperti semester yg lepas saya hanya ambil dua subjek sahaja. Research methodology dan Statistik utk penyelidikan pendidikan. Dedua tu subjek wajib fakulti. Secara terus terang saya agak risau dgn paper RM berbanding stat. Mungkin sbb stat saya dah praktis dan byk buat latihan secara sangat mati-matian. Dan bila masuk ke dewan peperiksaan saya sudah tahu apa yg perlu saya buat. Cumanya ada juga kerisauan.. iaitu risau calculation saya silap. Yelah. Manalah tahu kita ni manusia. Kekdg kita rasa macam betul. Tapi tak betul gak. Heh..


Ok.. dengan habisnya exam bermakna saya akan bercuti dari kuliah selama 2 bulan. Yahoo! Seronok kan? Dalam kepala otak saya ada macam-macam perkara yg saya nak buat. Nak kemas rumah lah. Nak masak masak lah. Nak ke sana lah. Ke sini lah. Gembira sungguh bila otak free tak payah fikir pasal nak ke kuliah la, nak buat assignment la.. huhu.. gembira!


Tapikan.. hari ni saya tak dapat buat aktiviti sangat. Sebabnya kepala saya sangat sakit. Sejak keluar dari exam hall semalam dah rasa sakit yg menusuk-nusuk. Agaknya teruk sangat penangan stat tu ya. Sampai pening kepala. Berlanjutan pulak tu sampai hari ni. Sudahnya saya telan panadol lepas sarapan dan berehat sambil online. Bosan online saya capai buku yg saya beli masa book fair aritu. Tapi macam takde mood pulak nak mula. Terasa pula nak baca Gilmore Girls. Saya suka la adaptasi dari tv series ni. Nanti nak cari lagi. Saya baru ada satu. Mungkin nak tengok kat MPH Clearance nanti kan. Huhu.. ada yg nak ikut tak? Hehe.. tak nak pun takpe. Sbb lps tu cadangnya nak ke library UM pulak.


Oh ya.. lepas asar tadi kepala dah ok sikit.. saya pun mula aktiviti pertama iaitu mengemas peti ais. Heheheheheheh.. gembira emak saya tengok peti ais dia bersinar mcm baru. Jumpa pulak roti dan kismis. Cadangnya nak buat puding roti. Nanti boleh bagi orang tu sikit rasa. Nak tak?


Ok la ya.. nak sambung layan Gilmore Girls.


Jumpa lagi.


Daa..

Jumaat, April 17, 2009

PBAKL 2009

Hari ni dengan perasaan begitu teruja saya telah ke Pesta Buku di PWTC. Dah beberapa hari saya bersiap dengan sediakan list bagai.. huhu. Gila teruja! Sebelum ke tapak pesta pegi makan dulu. Kyros kebab awat tak sedap dah ek? Sudahnya saya sakit perot. Isk..


Lepas makan terus melangkah ke pesta buku tu.. wohoooo.. rambang! Sangat rambang. Tapi memula jela rambang pun. Sbb saya kena beli ikut senarai kan. Itu taktik berjimat. Beli yg bebetul saya nak je. Sbb kat rak buku dlm bilik nun byk lagi yg belum di buka plastik. Yg beli masa book fair tahun lepas pun ada. Sasaran tahun ni saya akan ke booth NB kara, Jemari Seni dan akan menjengah ke booth yg menarik dgn tawaran hebat. Saya tak beli apa2 dari Karnadya sbb mungkin belum kena sengatan lagi dari situ sbb buku yg beli last year masih dok dlm plastik. Insyaallah kalau panjang umur dan kena sengatan tahun depan saya senaraikan juga buku terbitan karnadya ya.. Oh ya.. saya paling banyak beli novel NB kara tahun ni. Sempat juga mendapatkan tandatangan dari Lily Haslina Nasir, Nora Ismail dan Norhayati Berahim sendiri. Sempat ajak bergambar juga walaupun saya tengok takde pun yg bergambaq. Mungkin saya tak nampak kot! Tapikan.. saya rasa tahun ni tak berapa meriah la. Mungkin sbb gawat kot. Exhibitor pun macam tak ramai. Sebelum balik tu saya singgah juga booth Ameen Books. Saya beli buku utk anak buah saya Fadilah yg baru nak masuk tadika tu dan juga dua buah novel Faisal Tehrani. Yoh! Org takde so saya snap juga gambar saudara itu. Auwww.. makcik teruja tetiba! Hikss.. Dlm gawat gawat ni pun saya tetap berbelanja utk buku. Sekarang saya hanya beli buku setahun sekali. Itu tidak termasuk buku pelajaran la ye.. walaupun kekadang susah cari masa nak membaca sbb byk kerja lain nak buat dan tak dapat fokus tapi yg penting keinginan membeli tu tetap ada. Daripada membeli benda lain baik beli buku. Kumpul jgn tak kumpul. Nenanti bila ada baaaaaanyak masa so boleh baca kan.. saya sgt admire scene baca buku dlm 'Kasut tumit tinggi'.


Photobucket

Dari kiri: Iejay Zakaria (oh.. saya ingatkan penulis buku 'Lagu Cinta' itu lelaki! Rugi tak beli!), Nora Ismail a.k.a Rose Harissa, saya (yg bukan penulis.. huhu), Lily Haslina Nasir dan Norhayati Berahim (dari dulu saya memang suka baca buku dia sbb selalu bagi semangat kuat pada pompuan utk kuat dan tabah dlm hidup.. )



Photobucket

Ni gambar candid Myl snap masa saya tengah sibuk memerhati sekeliling ..


Photobucket

Saya di booth Jemari Seni bersama penulis novel 'Tanya pada hati'.. Iman Xara. Dia bagi cokelat bentuk love.. tp sampai rumah saya tak tau mana pi cokelat tu... hiks.. hiks..


Photobucket

Saudara Faisal Tehrani.. saya tak bergambar dgn dia sbb nanti fitnah.. heheheh.. kununnnn! Tapi teruja la dpt ckp dgn dia ni..


Ok.. sekarang kita tengok buku apa saya beli..


ELT books

Dua buah buku untuk pengajian saya.. nak jugak beli dari Cambridge dan Oxford tapi mahal bebenor.. jadi saya tangguh je.. hehehehe.. belum masanya nak beli buku memahal buat stok home library saya tu.. insyaallah one day.. pasti!


Photobucket

Buku-buku Faisal Tehrani.. memula nak beli Tuhan Manusia tapi tak jadi sbb terpikat dengan Manikam Kalbu dengan cover menarik kucing sedang menjahit.. Ketupat Cinta tu yg latest dari dia..


Photobucket

Dari booth Jemari Seni.. good bargain juge dengan diskaun 20-30%..


Photobucket

Dari NB Kara.. semua memang dah ada dlm list. Jadi tinggal ambil di rak sahaja.


Photobucket

Ya. Saya baru je beli. Sebelum ni masa orang dok heboh baca buku ni saya tidak. Sbb being me.. saya memang tak suka 'heboh' sesama org. Saya suka ambil masa saya sendiri. Jadi akhirnya saya beli buku ni. Sebenarnya saya nak tahu kenapa orang kata buku ni best sesangat. Tadi saya dah baca sikit. Wah! Menarik juga bahasanya ekk.. ok.. lepas exam boleh baca lebih lanjut.


Photobucket

Ni buku-buku utk anak-anak buah saya yg dok nun di Johor.. semoga diorg happy hendaknya..


Photobucket

Inilah rupanya beg beroda yg saya bawak utk angkut buku-buku yg saya beli.. kisahnya tahun lepas saya tengok ramai yg bawak beg beroda utk isi buku.. tapi tadi nampaknya saya sorang je.. huhu... tak kisahla org nak kata apa.. asalkan tangan saya tak sakit menjinjit buku-buku yg berat tu.. siap kena tegur dgn Faisal Tehrani lagi.. auwwwwwwwwww .. malu makcik tau! Huh!


So anda.. dah jenguk ke pesta buku?

Rabu, April 15, 2009

Yoh!

Yoh!


Yoh!


Yoh!


Tetiba jadi orang zaman batu. Main yoh yoh pulak~! Ok. Ini andaian saya semata yg mengatakan bahawa org zaman batu bertegur sapa dengan ungkapan "Yoh!".


Apa saya buat hari ni?


Hari ni pepagi saya ngantarin parents saya ke Hospital Pakar Selangor. Ada temujanji. Saya cuma hantar. Dan balik.


Sampai rumah saya terus naik atas. Switch on pc. Malas guna laptop sbb dok ada dlm bilik. Hari ni nak lepak kat library je. Buang masa dgn mentengok Facebook. Layan kuiz. Layan donlod lagu. Macam takde kerja penting nak buat je saya ni kan?


Pastu chit chat dgn adik saya secara YM. Tanya dia pasal projek 2010. Projek 2010 adalah projek menikahkan adik bongsu saya. Kalau sukses ia bermakna saya akan menjadi si bujang trang tang tang tang tang. Langkah bendul. Padan muka saya. Takpe. Nanti saya nak mintak satu hantaran berupa sebuah laptop Sony Vaio kaler pink. Bleh gitu? Hikss.. sesuka hati je.


Pukul 11 lebih saya turun ke dapur. Masak. Ya. Jadi perempuan kena tahu masak. Blajo tinggi mana pun kena tahu masak.


Hari ni saya masak asam pedas ikan bawal, ikan cencaru bakar dan sayur peria goreng.
Saya suka peria. Walaupun pahit tp jika menggunakan teknik yg betul nescaya pahit akan hilang (wah! mcm poyo jek ni). Tapi betul la. Saya suka peria.


Hari ni dah Rabu. Tak sampai 10 hari je lagi saya nak exam. Tapi satu persediaan pun belum buat. Excited nak ke book fair je lebih.


Haiyooo.. camne la ni.

Ahad, April 12, 2009

Org siam mana mai ni?

Masa saya pulang dari kuliah di tengah jalan highway persekutuan tu saya ternampak satu kereta pelik. Rupanya bukan saya sorg je yg tertarik. Ada beberapa kereta lain juga.


Photobucket

Plate pun kelantan kan. Confirm Siam!

Jumaat, April 10, 2009

Memacam masalah

Gue lagi sibuk nih. Lagi sibuk ama esaimen. Lagi sibuk dan sibuk.


Tetiba jadi indon. Kronik ni. Sejak tengok sinetron Intan otak saya asik berkata2 dlm bahasa indon.


Ngapain???


Hikss..


Ya udah..


Hep! kok indon lagi nih?


Ok ok.. no offence to indonesian out there. Saya pun actually suka mempelajari bahasa luar ni. Unik.


Minggu ini merupakan kuliah terakhir saya di semester ini. Rasa macam sekejap sangat dah habis 14 minggu. Dapat ke saya kekalkan kecemerlangan saya semester lepas? Entah lah. Saya tawakal je. Sbb semester ni saya tak dpt fokus 100% pada study. Sibuk dgn majlis di rumah saya. Sibuknya saya mengalahkan pengantin. Only God knows why. Takpe. Niat saya baik. Bila buat baik mak ckp di balas baik. Jadi saya ikut kata mak.


Dlm saya buat baik tu saya pelik juga dgn satu fenomena di rumah. Setelah di selidik saya dan mak dapat tahu satu perkara. Ooo.. patut la.. patut la begitu. Patut la begini.


Jahatnya!


Itu je komen saya dalam hati. Nak luahkan secara verbal nanti mak kata kerana mulut badan binasa.


Tapi saya tetap tak puas hati.


Ini sudah kes "BUAT BAIK DI BALAS JAHAT".


Doa saya dalam hati.. "JIKA SAYA DI PIHAK YG BENAR HANYA KAU BERHAK MEMBALASNYA YA ALLAH".


Ok.. sudah tidak jadi doa di dalam hati kerana saya sudah bagi tahu di blog.


Dlm saya berdoa tu saya takut juga. Sbb sekarang Allah bayar cash je. Takde kad kredit. Takde hutang hutang. TUNAI.


Atas segala permasalahan yg timbul, yg saya baru tahu.. saya ucap..


ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL..

Rabu, April 08, 2009

BBQ

Weekend yg lepas saya buat BBQ. Jemput sepupu makan.


Photobucket

Makan kat luar rumah. Atas tikar. Konsep berkelah. Huhu..


Photobucket

Saya masak nasik ayam, sup ayam berempah, potato salad, coleslaw dan ayam bbq yg sedap sangat. Serius. Sepupu saya sampai tanya resepi. Syukur teknik mencampur bahan sesuka hati saya berjaya.


Photobucket

Ayam ni bila goreng lagi sedap. Baunya seluruh rumah.

Selasa, April 07, 2009

Study mode

Photobucket

Saya nak exam this coming 24th & 25th..


Doakan saya ya..


Berdebar nih..

Terima kasih Cik Tipah

Photobucket

Terima kasih Cik Tipah.. :)

Ahad, April 05, 2009

Saya menang towel

Hehe..


Ingat last few months saya ada follow kuiz kat blog Tipah. Ujipah namanya. Waktu tu maybe saya sedang cuti sem. Dan takde apa yg sibuk utk dibuat maka saya join. Memula byk masa nak join. Bila last stage tu dah busy tapi saya tetap join sbb alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai masam. Hiks..


So semalam semasa saya sedang sibuk menyediakan bahan-bahan perapan utk bbq family ahad ni tetiba mak masuk dapur sambil mengendong satu bungkusan. Dia kata saya ada hadiah. Hehe.. saya dah tahu dah. Sbb bebaru ni saya dapat tahu saya menang kuiz ujipah tu. Yippie! Saya terus buka dan nampak towel biru berbelang-belang. Yeay! Pertama kali dapat hadiah dari blogger. Seronok saya. Kat towel tu Cik Tipah siap sulam lagi. Nanti saya amik gambo ye.. knowing me.. amik amik gambo lately memang la malas.


Anyway thank you so much pada Cik Tipah kerana memilih saya menjadi juara kuiz tersebut. Terima kasih daun keladi...


Cerita lain.. sedar tak sedar minggu ni sudah minggu ke 13 untuk semester 2 pengajian saya. Itu juga bermakna peperiksaan akhir sudah sangat berada di tepi sudut (around the corner). Risau juga nak menghadapi periksa ni. Saya risau saya tak dapat kekalkan pencapaian saya. Tapi apa pun saya kena usaha selagi masa masih ada kan.. insyaallah.. selalunya sebanyak mana usaha kita sebanyak tu juga la ganjaran yg kita dapat. Jadi.. berusahalah!


Oh ya.. sekarang saya sudah boleh melayari internet secara bebas di dalam rumah. Hari khamis lepas semasa saya keluar berkencan dengan Myl saya cakap saya nak beli wireless router utk streamyx di rumah. Dan dia terus call kawan dia mintak tolong belikan. Jadi balik je dari kuliah malam semalam saya dah ambil dari Myl dan wallah! berwifilah saya di rumah. Mungkin ada yg jelik sbb orang lain dah lama dah menikmati teknologi wifi di rumah ni. Hehe.. yela.. saya baru je beli sbb selama ni line internet dok ada dlm bilik saya je. Tapi sejak awal tahun ni saya dah transform bilik saya menjadi bilik tidur sepenuhnya. Dan internet sekarang saya pindahkan ke home library. So susah la kalau nak berblog secara santai sesambil meniarap di atas katil empuk kan. Hehe.. jadi kena la beli router ni utk mudahkan aktiviti pelayaran saya. Saya ni jenis suka study dan buat kerja di atas katil. Kalau masa study tu penuhlah atas katil tu buku-buku dan alat tulis bagai. Sejak sekolah rendah memang saya takde kimia sangat dgn meja dan kerusi.


Melalut pulak saya ceritanya. Saya berhenti dulu la. Nanti ada cerita lagi saya blog lagi.


Oh ya.. saya kasi beberapa gambar masa majlis kahwin bangah saya aritu ya..


Photobucket
Sesi makan beradab yg simple dan santai. Sendiri duduk. Sendiri makan. Sendiri kenyang.


Photobucket
Makan sungguh-sungguh. Sbb lepas tu kena bertugas menyambut tetamu seperti orang lain.


Photobucket
Purple is the theme color of the day. Saya yg pilih. Satu khemah sahaja. Simple.


Photobucket
One of the guests on that day. Misi saya mendekatkan keluarga yg jauh dan yg dah lama tak jumpa berjaya. Walaupun ada jugak yg tak hadir. Takpe. Cuba lagi next time. Thanks sis for coming!