Jumaat, Februari 26, 2010

Buat apa melekat?

Tiga empat hari ni boleh dikatakan hampir setiap masa broadband saya di ‘on’kan. Selama ni pun mmg selalu ‘on’ la tapi lately feel dia lain sikit. Hinggakan ada orang tanya apa saya buat siang malam dok online. Melekat gitu bak kata mak. Hehehe…

Ok. Kini rahsia dikongsi bersama.

pet

tiki island

Saya main kedua-dua games tersebutlah! HekHekHek… orang lain main Farmville saya dah malas. Jadi main Petville dan Tiki Island adalah sorgaaa sekarang. Nanti bila dah boring cari games lain pulak.

Oh! Selain games Facebook tersebut saya main game Pizza Frenzy juga.

pizza 

Hikss.. banyak benor masa main game yeeeee… kerja satu haram pun di buat. Sila jangan contohi sikap buruk ini. Not good! Not good!

La La La La Laaaa…

signature

Khamis, Februari 25, 2010

Bila Si Tua berkaki comel

kaki kering

Tolonglah jangan muntah ya tengok gambar tu. Walaupun kakiku tidak segebu kakimu namun kaki itulah yg membawa si Tua ini ke sana ke mari. Hehehe… nampak benor kaki saya kering kan. Yelah. Nak berlosyen bagai memanglah malas tak sempat kekdahnya. Apa yg busy benor tu pun ontahlah. Kasut crocs malindi mango itu memang sudah sejak tahun lepas di pakai. Masih selesa. Masih kental. Cuma kotor berdebu sedikit. Nasihat saya beli Crocs original utk menikmati kesedapan kaki memijak berganda2. Bebaru ni semasa saya ke Pasar Tani Stadium di hujung minggu saya telah membeli beberapa jibbitz. 6 ketul bersamaan RM10. Hehehehehehe…

signature

Duit terbang hati senang 2

Eceh! Bersambung macam drama tv la kunun.

Ok.. sambung!

Semalam saya ke PAS tu utk membeli sebuah external hard disk. Kisahnya hard disk laptop IBM saya telah menunjukkan tanda2 nak kaput. Jadi saya bertindak membeli external hard disk itu dengan harapan dapat saya backup file2 yg ada. Itu pun kena keluarkan hard disk dari ‘perut’ laptop tu dulu la. Ishhh.. malas sungguh la. Screw driver cinonet saya pun entah ke mana terhumbannya. Kena la cari balik. Atau pun kalau tak jumpa (rasa mmg payah nak jumpa sbb sesi kemas rumah besar2an sebelum wedding adik saya ari tu sudah menunggang langgangkan brg2 saya) baik beli je baru kat kedai.

Semasa di kedai menjual barangan komputer semalam saya berbelah bagi. Nak beli yg 160GB atau 320GB? 160GB=RM170 (no brand), 320GB=RM240 (brand Samsung). Beza harga tak sampai RM100 pun sedangkan kapasiti adalah sekali ganda. Jadi berkira2 mengambil keputusan bijak saya terus ambil yg 320GB saja. Biar keluar duit lebih sikit asalkan berbaloi. Nak beli yg lebih besar kapasitinya kewangan tidak mengizinkan. Yelah. Saya ada banyak benda nak beli lagi ni wooo.. dah lah Pesta Buku Antarabangsa bulan Mac ni kan. Huhu… tak sabarnya. Ngee..

Setelah barang yg dikehendaki berada dalam tangan saya menuju ke kedai printer pula. Sesapa nak beli printer saya suggest pergi ke kedai itu. Terletak di tingkat 4. Nama kedai lupa pulak. Tapi tokey dia nama Mr. Chan. Apa saja mengenai printer, dakwat printer, CISS dan segalanyalah boleh tanya dia. Dia memang pakar bab printer. Dan kerja dan harga yg dia tawarkan saya rasa sangat berpatutan. Sbb tu setiap kali nak beli ink printer ke… printer rosak ke.. memang saya cari si Chan tu. Nanti bebila saya ke sana lagi saya snap gambar kedai dia ya. Supaya senang orang lain cari jugak nanti. Oh… saya suka ke sana sbb saya dapat harga murah! Dah nama pun kenal lama si Chan tu kan. Kata pernah terlibat dalam bisnes IT. Ngee…

Lepas setel semua urusan membeli belah (padahal beli 2 brg je) saya ke Kenny Rogers. Ngeh Ngeh Ngeh… tekak nak makan makaroni cheese yg menggemokkan. Argghh! Pedulik! Tak makan pun dah memang sedia pasrah gemok.

sedap

Waaaahhhh… sedapnye rupa dia kan. Saya ambil set Jacket Potato Meal with mac & cheese topping. Side dishes pulak mac & cheese dan pasta salad je. Cheese berganda2 bersamaan juga dgn gemok berganda2. Hekss! Lantaklah! Janji puas tekak mak! Tapi kepuasan hari ini takkan sama dgn kepuasan hari esok kan. Sbb hari ini saya sudah mula mengambil liquid food sahaja. No No No solid food for today! Heks.. sendiri makan sendiri kawallah dek non. Apa awak igt saya tak tahu diri ke? Choyyy!

Ok. Tu je nak cerita. Cerita lain nanti fikir lagi. Saya memang tiada bakat menjadi blogger tegar sbb selalu ngelat update blog. Hiks…

Tata noks!

signature

Duit terbang hati senang

Wah! Wah! Wah! Tajuk semacam menggambarkan saya bergumbira la sangat. Padahal… kedaung!

Tips hidup: Jangan seronok sangat nanti menangis! (pesan arwah nenek saya)

Hari ini keadaan sakit gusi saya agak berkurangan. Berkat petua emak mengulum ayor panas di tempat sakit adalah sangat efektif. Jadi setiap kali gusi saya berasa sengal saya akan cepat mengambil air panas.

Petang tadi saya menghantar emak utk check up di klinik kesihatan seksyen 7. Kasihannya emak sbb sakit lututnya datang lagi setelah beberapa bulan reda. Kebetulan selari dengan temujanji maka emak mengambil peluang mengadu domba pada dokter kerajaan tersebut. Dapatlah ubat sebuntil.

Sementara menanti emak saya membaca di dalam kereta. Mujur bawa buku. Jika tidak pasti lemas kebosanan.

baca240210 Kelihatan khusyuk padahal eksyen je lebih! Heks!

dafodil Hari ini saya bawa buku hadiah dari PTS. ‘Seindah Dafodil’. Menarik juga ceritanya. Saya baru baca separuh. Dan yg lebih menarik lagi adalah…

name Fuyooooo! Ada nama saya wooo.. tak pernah lagi jumpa nama saya jadi watak dalam buku. Ini pertama kali jumpa. Makcik banggo dgn namo abah makcik bagi! *wink*

Usai urusan emak di klinik itu saya terus menghantar pulang. Saya masih mahu berjalan-jalan lagi. Biar emak berehat saja di rumah.

Destinasi saya ialah Plaza Alam Sental Sentral. Ada benda yg ingin saya beli. Itu nanti saya buat entri lain la ya! (kalau rajin la ;p)

Ok.. sambung nanti je.. (makcik sakit pinggang laa ish ishh)

Selasa, Februari 23, 2010

Yg baik, yg buruk

Memula cerita baik dulu.

Berita baik ialah adik ipar saya yg baru kahwin disember lalu telah pun mengandung 2 bulan. Hehe.. ya ya. Memang handal! Clap! Clap! Clap! Tak sangka handal ko ya (merujuk kepada adik jantan saya – memang jantan!)

Berita buruk pula adalah adik ipar saya itu juga telah kemalangan kereta semalam. Heh! Remuk separuh Perodua Viva Elite yg belum pun usai bayaran bulan pertama. Tapi nasib baik si pemandu dan baby di dalam womb sihat walafiat. Cuma kereta la teruk kecederaannya. Itulah yg dikatakan ‘Malang tidak berbau’.

Berita selanjutnya..

Buat masa ni tiada berita utk umum. Yg ada ni rahsia woo..

Akhir kata..

Tonton Buletin Utama malam kang kat tv sendiri yo!

Ahaks~!

Isnin, Februari 22, 2010

Seminggu yg panas!

Hmm.. kekonon nak buat kesinambungan pada entry yg lepas. Tapi sebenarnya kedekut nak kongsi semua. Bih tu camno?

Camnilah!

Heh! Garang bonar bunyi entry ni yo?

Eh! Tetiba dirasuk hantu nogori ni pesal?

Ok. Back to reality.

Seminggu yg saya hilang dari alam maya (cewah! ayat tak agak2!) sebenarnya saya dan emak telah mengambil keputusan bercuti dan pulang ke kampung perak. Memang plan bercuti pulang ke kampung itu sudah di buat sejak lama. (Walaupun baru je balik ke sana pun) Setiap kali emak tanya bila nak balik kampung saya akan jawab “Standby aje. Tengok angin orang macam mana”. Heh! Dah kejadian mak belon penuh angin. Jadi mengikut angin jela kekdahnya ye nok!

Dan maka sudah termaktub di garisan takdir (perghh! ayat poyo abih) maka saya dan emak berangkat pulang ke kampung pada hari Selasa bersamaan 16 Februari 2010 pada pukul 11 pagi. Keberangkatan pulang raja permaisuri gemok saya adalah di dorong oleh tiupan angin taufan yg maha dahsyat. Heh! Sekali lagi kekdahnya bila sudah ‘panas’ harus ‘pergi’ mencari ‘sungai’ yg airnya sejuk supaya sejuk ler dik non! Heh! Faham ke idak? Bebuat je la faham pun. Bukan boleh miskin pun kalau tak faham.

Eh! Tetiba takde mood nak sambung cerita.

bye

p/s: pls bare with me people *sob*

Jumaat, Februari 12, 2010

Hari ini saya tiada kelas di UM. Sekaligus memberi ruang pada saya utk bercuti selama 3 minggu. Yeahoo! (Tapi dlm cuti pun byk perkara study yg perlu di fikir juga)

Walaupun tiada kelas tadi saya tetap ke UM ditemani emak. Tujuan adalah tidak lain dan tidak bukan (apa jenis ayat ni?) adalah utk meminjam buku di perpustakaan.

Saya dan emak juga menikmati lunch di food court Carrefour Subang setelah bermasam muka sebentar gara-gara tidak tahu membuat keputusan hendak beli atau tidak sales kasut XES buy second pair with only 88 cents. Muka yg masam kembali semanis madu semasa menghadap makanan yg ala ala je sedapnya. Saya makan yee mee soup. Mak pula dried chilli yee mee. Mee emak lebih sedap dari mee saya. Huhu..

Dalam perjalanan pulang emak berkata "Alhamdulillah.. tak luak duit beli kasut. Ada lah riak nak senang tu pada ko". OK. Memang sekarang kegilaan saya membeli kasut adalah berkurang sebanyak 60%. Sebabnya saya sudah ada kasut yg sangat selesa di kaki (kasut crocs malindi mango itulah). Di sebabkan kaki sudah tidak sakit dan selesa dgn satu kasut maka kasut-kasut lain di pandang hina anak tirikan. Syabas kasut crocs! Belilah yg original utk kenikmatan berganda. (Iklan kasut crocs percuma)

Sampai rumah saya rasa letih. Letih yg tidak tahu punca. Takkan pergi library pun letih sangat? Misteriiii.. heh!

Oh ya.. pagi tadi sewaktu saya sedang duduk duduk di ruang tamu bersama emak, tetiba datang seorang encik poslaju. Emak tanya saya "Engkau ada beli apa apa lagi ke?" Uikss.. saya yg tidak bersalah segera menafikan. Emak keluar. Dan masuk semula mengepit sebuah bungkusan. Rupanya hadiah dari PTS. Tak sia-sia saya masukkan iklan mereka dalam blog ni kan. Kan dah dapat sebuah buku.. ngee.. terima kasih PTS. Lain kali buat lagi ya.
(Gambar tidak di edit. Malas. Saya kan pemalas. Hehe..)

Malam ini saya rindu abah. Rindu sangat-sangat. Bagaimana mahu membasmi kemiskinan rindu?

Selasa, Februari 09, 2010

165. Macam-macam rasa

Ya. 
Minggu ni saya tiada keterujaan berblog. 
Minggu ini perasaan agak tidak stabil.
Minggu ini ada macam-macam rasa.
Minggu ini dapat tahu satu ilmu mencilok yg gilerr canggih.
Minggu ini minggu malas.
Minggu ini saya mungkin tiada kelas di hari Jumaat.
Minggu ini ada sikit untung (yahooooo!).
Minggu ini langsung malas tak buat brisk walk.
Minggu ini minggu mogok.
Minggu ini minggu menguatkan pertapaan (perghhh!)
Minggu ini minggu jiwang (peewwiiittt!)
Minggu ini minggu menangis layan blues (uhuk! isk isk!)
Minggu ini dapat mimpi jumpa abah (happy!)
Minggu ini minggu rindu (abah.. camne nak jumpa abah lagi?)
Minggu ini abah berpesan lagi (akan ingat pesanan itu.. saya cuba ya.. cuba..)
Minggu ini SAH saya tidak stabil.

Demikian sajak saya yg bertajuk "Minggu Ini" (perasan boleh tulis sajak)

Terima kasih sbb baca. (Nampak tak saya sedang senyum pada awak?)

Rabu, Februari 03, 2010

164. Laparnya

Pejam celik hari ni dah hari Rabu. Semalam saya ajak mak lunch di Kenny Rogers Amcorp. Rupanya hidangan quarter meal yg saya order sudah buat saya rasa seperti perut nak pecah. Sebelum ni selamba aje. Sekarang kalau nak makan luar kena kongsi dengan mak ler jawabnya.

Semalam sakit perut saya agak kurang. Cuma sakit belakang pula melanda. Tetapi hari ini sakit itu datang lagi. Emak yg melihat saya menangis kesakitan datang tolong mengurut. Emak kata angin 'jahat' dah ganggu perut saya. Ya. Memang jahat angin itu. Buat saya sakit yg amat sangat. Sudahnya telan garlic pill sebiji baru lega sikit.

Emak juga kata perut saya masuk angin sbb saya lambat breakfast. Dan saya rasa selain sebab itu saya juga kurang minum air putih. Jadi perut yg banyak ruang kosong angin sudah conquer.

Note to myself: Drink 6L water EVERYDAY!

Tapi sekarang saya rasa lapar. Tapi tak boleh makan. How?

Kasihan sungguh!

Selasa, Februari 02, 2010

163. Sakitnya!

Hari ini sepatutnya saya dan keluarga pergi makan makan di rumah saudara di KS. Tapi kita merancang Allah menentukan. Telah ditakdirkan hari ini saya dilanda sakit senggugut yg amat dahsyat. Seumur hidup saya belum pernah merasa sakit senggugut. Dan saya tidak sangka sakitnya hingga menyebabkan saya tidak senang duduk. Pelbagai rasa ada. Nak muntah ada. Nak pengsan ada. Sudahnya saya menolak utk singgah di rumah saudara itu. Meminta izin dari emak utk pulang ke SA seorang diri tetapi tidak di izinkan. Sebaliknya emak yg menemani saya memandu pulang. Bayangkan memandu kereta dalam keadaan sakit. Tapi saya rasa teruk lagi jika memandu sendiri ketika hendak bersalin. Tapi kalau memandu selama satu jam macam saya tadi saya rasa sudah terberanak dalam keretalah! Haihh.. macam macam. Saya kasihan melihat muka emak yg risau. Menyesal sungguh menunjukkan kesakitan di depan emak. Tapi bagaimana mahu menyorok sakit yg melampau itu sedangkan di masa yg sama saya bertanggungjawab atas keselamatan emak di dalam kereta? Hesshh.. sebaik sampai ke rumah emak membiarkan saya tidur. Saya rasa hanya tidur sahaja ubat yg sesuai. Itu adalah sakit pertama saya di tahun 2010. Isk.. harap-harap tiada lagi sakit.