Jumaat, Ogos 19, 2011

Makin nak raya makin bz

Minggu ni mmg saya sibuk sikit. Misi mengemas rumah secara total telah bermula. Misi kali ni fokus sekali harung raya + wedding. Mana nak bersihkan bilik2 kat rumah ni. Nak kosongkan bilik saya lagi. Kisahnya semua perabot dlm bilik saya kena transfer ke bilik mak di tingkat bwh. Bilik saya nanti akan di cat dan seminggu sblm wedding team bilik pengantin akan hias. Insyaallah.

So sbb tu bilik mak yg selama ni saya jadikan mini opis kena pindah segala buku naik library. Nak angkat buku pun satu kerja. Sakit kaki turun naik tangga. Mujur mak gagah. Saya pulak mudah flat. Tp now dah selesai.

Letih la kan pindah randah ni. Sakit bdn segala. So saya dan dunia internet agak suam2 kuku la now ni. Sampai semua setel nanti kita kembali ler beramas mesra ye wahai dunia maya.

Oh ya.. Tadi saya ke poslaju ambik parcel. Saya beli blouse online. Happy sgt la dpt blouse kan. Muat la plak tu. Just nice je. Syukurrrrr.. :)

Oklah.. Till then..take care ..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Isnin, Ogos 15, 2011

15 Ramadhan 2011

Cepat giler dah sampai 15 ramadhan.. lepas tu.. 20 ramadhan.. lepas tu 30 ramadhan.. haku sedih! T__T

Saya tak update blog sbb sengaja menjauhkan diri dari lappy. Menikmati dunia keliling secara lebih. Berbuka puasa di sana sini. Which secara tak langsung malas or tak kosser nak snap pics bagai. Namun tetap bahagia itu milikku dan milikmu jua. ;p

So today dah Monday. Sepatutnya ke UM jumpa boss tp boss adalah super duper busy. So boss called pagi tadi bgtau tak payah la jumpa dia arini. Cool kan? So thursday ada meeting maka berjumpalah thursday saja. Set!

Di sebabkan itu hari ini saya declare sbg hari bebas. Bebas nak pergi mana pun. Offer terhad hari ini dan esok. Any takers? Ade. Mahunye takde. Maka keluar bersama emak dan makcik ke mana jua mereka pinta.

Menu berbuka? Oh.. apa kata masak ayam masak lemak cili api? Calit! Singgah mydin 18 beli chicken keel sebanyak 5 ketul yg berharga RM8. Beli bahan lain dan sampai je rumah terus gigih memasak. Berasa sgt jimat apabila chicken keel sebyk 5 ketul itu pabila di potong dua maka dpt 10 ketul. Baguih.  Lain kali beli bahagian itu je. Heh!

Pertama kali dlm hidup memasak ayam masak lemak cili api yg rupanya super easy. Pesal sblm ni tak penah mau cuba? Dasar pemalas! Utk temankan si ayam maka gentel begedel daging yg easy juga. Ciss.. kalaulah tahu memasak begini mudah tidakkan pernah mkn di restoran lagi. Cewahhh..


Si begedel daging yg enak
(gara2 ada potato lebih buat mashed potatoes last weekend)

Si ayam masak lemak cili api kegemaran sang kekasih

Since ini first time memasak mereka... lagi plak dlm bulan puasa yg di haramkan merasa maka hati adalah sikit gundah gulana. Tak cedok pun kuah ke dlm mangkuk (nasib masak dlm periuk hebat). Berkumandang je azan minum air seteguk terus merasa kuah lemak ayam ku. Fuhh.. lega.. lulus! Cukup rasa. Cukup segala. Okay. Syukur alhamdulillah..

Tapi macam byk pulak utk mkn berdua? Errr....

Nak sikit tak?

:p


Khamis, Ogos 11, 2011

Random 11 Ramadhan 2011

Wah! Dah 11 ramadhan... bermakna ramadhan akan cepat sangat berlalu. Sedih. T__T

Semalam saya tak sempat nak snap pictures makanan berbuka kami. Sbb masak pun dah lewat. Jadi masa hidang tu dah anytime je nak berbuka. So lupa. Camera pulak dlm handbag so lagi la tak kosser nak ambik bagai. Semalam kami mkn simple je. Ikan kembung masak sambal, sayur bayam dan saya buat cucur sbb mak request. Lauk 2 jenis je. Amazing kan? Well, itu je ada selera. Dah try masak mcm2 jenis tp yg di mkn 2 jenis je caner?? Alhamdulillahh.. keberkatan ramadhan  tahun ni kami perolehi. Syukur.

Semalam jugak saya teman mak beli baju raya dia. Jubah to be exact la. Lately mak dah boleh beli jubah siap. Bermakna dia dah slim down a bit. Saya yg tak slim down lagi ni. Tekanan! Tapi bila lagi tekanan lagi la it goes up up up! So better bersyukur dgn current state and enjoy life more. Itu lebih baik. Kan?

Oh.. saya sambung sikit cerita meeting yg saya attend hari Selasa lepas. Pasal book coding tu. Selain book coding tu diorg suruh saya look for journals yg diorg nak submit article tu. Sambil cari related articles utk diorg jadikan reference. So saya dpt identify beberapa and that day saya present la my findings. Seriau woo.. lagi plak depan my supervisor and the rest of the researchers. Perghh! Risau aku! Tapi mujur... yg saya buat tu mmg ada yg diorg suruh purchase sbb very important. Fuhh.. selamat. Sebelum attend meeting tu punyela saya berdoa dipermudahkan urusan. Lupa pulak nak cerita. Sejam sebelum meeting tu saya duduk kat sitting area fakulti tu. Dok semak artikel kot ada yg tertinggal ke ape. Tetiba dtg sorg budak lelaki. Mintak tlg kat saya convertkan file 'word' dia ke 'pdf'. Dia nak antar tesis tp kena convert dulu. Nasib baik saya ada converter tu mmg dah install dlm lappy. So dptlah menolong. Lepas budak tu pergi saya doa dlm hati "Ya Allah, saya dah tolong budak tu, tolong lah saya permudahkan urusan saya pulak ya". Gituu..

Hari ni saya ada check up kat PPUM nun. Mcm biasa kenalah sediakan mental dan fizikal menghadap tempat tu. Kalau pergi sana tak duduk 4-5 jam bukanlah PPUM namanya. Padahal nak check bp je pun. Eiii.. harap balik nanti jalan tak jem. Amin..

Sambung nantilah...

:p

Rabu, Ogos 10, 2011

9 Ramadhan…

Sejak semalam hidup saya mmg agak tunggang terbalik. Saya mmg runsing buat kerja book coding ni. Terasa begitu bengap sekali bila buat sesuatu yg kita tak tahu hujung pangkal. Guideline pun very minimum. Sudahnya saya buat ikut kepala otak saya je.

Oh.. meh saya cerita apa yg sebenarnya saya buat sekarang. Actually sekarang perjalanan masters saya sudah berada di tahap terakhir iaitu fasa menulis tesis. Dlm konteks saya bukan di panggil tesis. Project paper je. Bermakna lebih longgar penyediaannya berbanding tesis. Bagi saya yg tak pernah langsung ada pengalaman buat tesis mmg agak mencabar diri jugak la. Masa undergrad di UIA mmg takde tesis. Ada kelas research method pun saya ponteng (jgn tiru amalan ini!). Kesudahannya sekarang diri sendiri menganga. Nampak tu adik2? Itu akibat tidak peka pada kebajikan otak dan pencapaian diri sendiri.

So selain dari perlu menyediakan diri utk menulis saya juga sedang berkhidmat sbg pembantu penyelidik utk seorang lecturer dari jabatan lain. Jabatan lain bermakna bukan dari jabatan TESL yg saya stay sekarang. Saja nak explore dunia lain. Dah beberapa kali sejak tahun lepas saya ikuti meeting mereka. Memang pening. Semua yg terlibat adalah otai2 yg buat saya rasa diri saya yg besar ni jadi kecil. Termasuk sorg Prof yg merangkap supervisor saya juga. Sbb utama kenapa saya bertabah dan bertahan dlm group ni. First meeting langsung tak faham. Second, third… sampai lah semalam akhirnya baru saya enjoy buat kerja ni. Sbb dah faham! Hahaha.. very the slow lah i kan. Ciss! Dan saya sgt bersyukur sbb at least saya belajar mcm mana diorg nak tulis paper tu. Cari artikel la. Semak journal la. Framework la. And nanti akan ke field utk collect data pula. Tapi sekarang masih dlm proses nak tulis framework. Perghh! Mencabar betul. So sbb tu la di saat org lain berjimba cuti semester saya pulak dok ulang alik UM yg sunyi sepi.

Okay enough of my story part tu. Saja nak cerita my struggle tu. Org lain maybe rasa enteng je bab tu. But hey! Ini cerita saya. Cerita saya beginilah. Sila terima saya seadanya. :)

Ini kisah 9 Ramadhan 2011..

 

p/s: setelah di publish entry ni rasa tergantung. Hihi.. nantilah saya sambung. Saya nak keluar cari angin jap.

Isnin, Ogos 08, 2011

Nyah kau angin!

Sedang bersahur dgn air sekarang. Kisahnya tak nak mkn nasi as usual sbb mlm tadi berasa bloated (gara2 mkn terung yg – angin). So pagi ni tak nak mkn sbb konon nak bagi space bertenang kpd organ badan. Sempat menelan sebiji ubat angin tadi. Hrp hari ni puasa dpt berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Amin..

Di sebabkan perut tak sihat (or bdn tak sihat) berpunca dari angin saya telah tidur awal semalam juga. Sempat jenguk kerja research selama 10 minit then taip taip and tidur. Saya benci angin angin ni. Ia boleh buat saya sakit belakang, emosi terganggu (angin satu badan), sakit perut dan macam2 perasaan la. Tapi sbb terung sambal mak tu adalah the best in the world selalu perkara macam ni tak diumpamakan. T__T

Dan disebabkan kerja saya tak siap (deadline: esok!) maka sekarang saya lancarkan hari kuarantin. No FB. No twitter. No whatsoever. Sbb tu update blog sekarang. :p

Sekian.

Ahad, Ogos 07, 2011

7th Ramadhan 2011

Setelah dua hari ke'busy'an sampai lupa nak snap juadah berbuka, now sila tatap kembali. Menu yg biasa2 je. Yg sekadar menghilang rasa lapar saje. Tapi bak kata emak "Kalau bg org yg susah, takde benda nak mkn, ini pun dah paling besar rahmat". Kan?

Terung sambal (signature dish mak)

Udang goreng kunyit (signature dish mak gak)

Masak asam ikan pari

Ikan goreng



As usual no kueh mueh whatsoever. Takde tempat nak letak dlm perut dah.

Sekian.

Stress!

Saya stress!

Punca:

-Kerja research yg tak berkesudahan
-Penyewa tetiba marah aku sbb tak dtg sembang dgn dia. (Apa kejadah aku kena dtg sembang dgn penyewa plak ni? Byk beno ke masa aku? Sejak bila aku kena taking care pasal ko sgt? pffttt!)


Sekian.

p/s: Stress sampai tahap nak muntah. Bye

Jumaat, Ogos 05, 2011

5th Ramadhan 2011

Hari ni nyaris malas update lagi. Hari ni juga takde gambar makanan. Lega la kan?

Kisahnya hari ni saya sibuk sikit. Pagi ke UM jumpa my boss to clarify certain things. Then off to Mydin USJ utk beli brg dapur dan jenguk2 telekung kat sana. Tapi telekung semua pun stok lemau belaka. Kat Mydin juga ada satu insiden yg saya tak jangka berlaku di bulan ramadhan yg mulia ni. Kot si pelaku tu bangsa asing tu boleh la juga ampun. Tapi ni melayu. Astaghfirullahh.. malas nak cerita lebih lanjut sbb mak kata leave them to Allah. Buat baik balasnya baik. Mengguriskan hati org nanti hati kita pun Allah guris sama. So tunai everything sekarang kan. So diam je. Masuk dlm otak. Flush ikut dubur. Pergilah dikau insiden negatif dari tubuh badanku ini. Nyah!

Balik je dari Mydin dah pukul 5 lebih. Nak masak memang tak kosser la mak nyah! Penat la. Lepas tu dpt tahu yg letrik kat rumah ni certain area takde. Tgk kat box depan  takde pulak yg trip ke ape. Call my fiance tanya mengapa dan kenapa. Mujur dia baru je keluar office dan belum jauh lagi perjalanan so dia return ke SA. Setengah jam juga tunggu dia sampai. Jalan sesak gamaknya. Lega tgk dia dah sampai depan gate. Kalau tak bergelap la kami mlm ni. Dia check box kata letrik takde kat kabel. Hanya satu kabel je ada letrik. Lagi dua yilek kepochi. Dia suruh saya call TNB. After 15 minutes diorg pun sampai. Memang betul. Dua fius lagi takde karen. Nasib baik cepat call gak. Tahniah TNB atas servis yg pantas dan sungguh eifsyen sekali. Tak sesia bayo mahal pun kan. Baguihhh...

Hari ni kami berbuka dgn nasi briyani bukhara beli kat Restoran Syed je. Saya bancuhkan si dia air nescafe ais segelas beso. Saya minum air oren. Mak minum air sirap. Mkn bertiga kat depan tv. Habis je mkn dia solat maghrib dan terus balik ke Btg. Jauh lagi perjalanan dia tu. Harap sempat la dia nak terawih.

So itu kisah lima ramadhan. Esok lusa entah macam mana lagi plot kehidupan kami ni.

Nanti cerita lagi ok.

Jaga diri :)

Khamis, Ogos 04, 2011

4th Ramadhan 2011

Malam tadi ketika saya dan emak sedang tidur tetiba handphone mak berbunyi. Rupanya panggilan dari salah sorang cousin mak bagi tahu sorang lagi cousin telah meninggal dunia pukul 10 malam tadi. Takziah saya ucapkan. Saya dapat bayangkan bagaimana perasaan anak2 arwah nak menghadap raya tahun ni. Hmm..

Tengahari tadi juga dpt email dari boss minta saya review artikel. Masak! Book coding pun masih terhegeh2. Sekarang makin susah. Stress selama 10 minit. Buat appointment dgn beliau utk consult esok. Kalau tak mmg takkan faham arahan.

Cerita masak pula. Hari ni saya masak kurma ayam dan sayur kobis tumis udang di makan bersama telur dadar dan sambal belacan. Memang begini kombinasi terbaik makan kurma kat rumah ni. Hehe..

Sayur kobis 

Kurma Ayam

Telur dadar

Sambal belacan

Selamat berbuka semua :D

DIY Nikah Shoes

Nikah outfit saya insyaallah warna kuning. Emak yg pilih. So mengikut saja. Kasut nikah ni saya beli pun kasut cap vincci je. Sbb pakai pun utk ambil gambar semata. Tu pun kalau saya ingat la nak bawak turun kasut ni masa nak menikah nanti. Acara akad nikah adalah di dalam rumah. Jadi penggunaan kasut adalah sekadar mengada2 saje. Hehe.. sapa yg biasa masuk vincci mesti pernah nampak kasut ni. Kitten heels 1 inci saje. Plain yellow. Saya tempek brooch bagi menghelip. Tapi tak tahu mana satu cantik.

nikah shuz-1
Macam ni letak brooch. Mujur kasut ni material dia fabrik so senang nak cucuk tanpa merosakkan kasut.
Elok ke macam ni? Atau…

nikah shuz-2  Macam ni ke? Double kan brooch tu kasi penuh. Yg plain tu kasut asal tanpa tempekan apa2.

Tolong bagi pendapat boleh? :D

Rabu, Ogos 03, 2011

3rd Ramadhan 2011

Makan nasi lemak saja masa berbuka puasa tadi. Berbuka pun hanya berdua dgn emak. Saya panaskan juga sotong black pepper yg tak habis semalam. Masak sambal bilis hancur resepi arwah atok (read: nenek sebelah emak) dan rebus telur. Timun takde. Dah busuk dlm peti ais. Esok campak je dlm tong sampah. Seperti biasa air adalah air sirap. Jiran belakang rumah bagi puding caramel. Saya kurang gemar. Emak pun sama. Harus di simpan dlm peti sejuk tunggu sapa2 yg suka datang makan.

3rd-nasi lemak

Sekian.
:p

Ku menunggu

Hari ni saya masak nasi lemak je. Sbb ada balance sambal udang ari ahad. So kasi panas dan up dgn sambal, telor rebus dan timun.

Sekarang nasi dah kering. Tadi masa saya jenguk emak yg sdg mengaji di dpn saya tgk muka dia berkerut. Saya tanya kenapa. Dia jawab bau nasi lemak telah berleluasa serata rumah. Hahahaha...

Sila tabah :p


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, Ogos 02, 2011

Ramadhan #2 - 02082011

Menu berbuka puasa hari ini..

Ikan kering gelama

Sambal belacan

Siew Pak Choy tumis

Sotong Black Pepper

Masak Asam Ikan Pari



p/s: Practice makes perfect *wink*

*edited* Update persiapan~

*Baju resepsi rumah saya – dah hantar tailor, tapi belum ukur. Lepas raya baru ukur.
*Baju akad nikah – pun sama nasib seperti di atas.
*Baju bertandang – checked
*Tudung nikah, resepsi & bertandang - belumm.. rasa mcm nak pakai niqab masa akad nikah.. donno la.. hmm..
*Baju melayu Cipetos - purple(dah hantar), pink 1, pink 2, kuning = 4 pasang
*Catering, khemah pengantin & outdoor settings – All by Mutiara (RM9.80/pax) - (Dep: RM500)
*Bilik pengantin – RM**** (Dep: RM100)
*Mak andam – RM700 (Dep: RM50)
*Pelamin – RM1000 (Dep: RM50)
*Cenderahati tetamu (700 pcs)
*Sticker utk cenderahati
*Bahulu
*Air moneh
*Organza bag
*Kompang (Mlm berinai & Mkn beradab)
*Hantaran (15 dulang)
*Borang nikah - Sabtu ni buat.. insyaallah
*Kursus nikah – checked
*HIV test – checked
*PA sistem & DJ – belum!
*Kad jemputan - RM580 (Dep: RM50)

Isnin, Ogos 01, 2011

Ramadhan yg indah

Weekend yg lepas ni saya pulang ke kg mak di perak tu. Kali ni tunang saya ikut sekali sbb atok saudara saya yg dah pindah ke sitiawan nak jumpa. Beliau dah uzur dan mungkin tak dpt hadir ke wedding saya nanti. So sbg yg muda kita pergi ziarah yg tua. Ni first time si dia ke kg saya tu. Haha..kena lintas dgn kucing ye. Tu tanda org baik la tu :p

Letih berjalan sampai malam je tidor awal. Siang pulak ke sana sini. Sempat singgah rumah saudara mara lain utk titip wang zakat. Makcik saya la berzakat.

Harap2 kamu tak serik ya wahai tunang saya.. :p

Bangga dgn kamu :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone