Ahad, Januari 23, 2011

Sebelum & Selepas~

before&after
Makeup oleh: Kak As
Saya memang tak pernah bermakeup secara betul. Makeup secara tak betul ikut sesuka hati sendiri asal nampak tak pucat tu ada ler. Memang saya ni langsung tak tahu menahu bab makeup ni. Biasa saya hanya pakai lipstick, powder dan eyeliner je. So di hari bertunang tu konon memula tak nak guna khidmat mak andam. Tapi kang muka jadi rupa langsuir terperanjat pulak tunang ai. Hikss…
So kekdahnya berjaya di makeup juga walaupun sedang demam. Memang saya takde mood langsung masa tu. Semua serah pada Kak As je. Dia lebih tahu kan. So dok diam2 sudah. Hasilnya… hmm.. memula tgk cermin terkejut. Tetiba menyesal. Sbb maybe makeup tu belum blend lagi kan. So it looked terrible to my eyes. Mak siap cakap “Dah macam Anita Swak”. Hishhh… mujur makin lama makin ok. Dan saya suke!!
Kak As is definitely going to be my mak andam on the big day. Huhu…

signature

Siaran ulangan~

Nak cerita takde idea. Otak letih. Seminggu ni mmg letih. Letih mental. Dok fikir pasal research topic. Sampai mimpi pun pasal research jugak. Parah!
Jadi utk sementara mari tengok siaran ulangan ni lagi. Almaklum dah nak dekat sebulan acara berlangsung kan. Gegegege…
e-day
Saya tak igt la pictures above tu dah diblogkan ke belum. Yg saya ingat entry pasal tunang tu mati begitu saja. Hehehe.. jadi kalau belum jemput ler tengok. Kalau udoh tengok ler lagi sekali.
Saya nak pi fikir lagi. Hmmmm…

signature

Khamis, Januari 20, 2011

On my study table~

on my desk
Notice the picture frame? That was my late father and I when I was about 1 year old. Miss him so much. Bila dpt jumpa abah lagi? Hmm….

signature

Study session~

current reading
What? How?
Hmmm…  I’m stuck! T___T
signature

Ahad, Januari 16, 2011

Kerja yg di bayar mahal~

Semalam dan hari ni saya ikut tunang saya kerja. Pegi maintain cyber cafe yg perlu reformatting semua pc. Tugas saya cuma duduk teman dan bantu apa yg patut. Bab ‘apa yg patut’ tu memang tak patut la sebenarnya. Pasang skru, tukar computer name and network dan uninstall program je. Dan utk itu tunang saya bagi saya RM150. Dengan makan tanggungnya. Dengan dia fetch saya kat rumah lagi. Hmmmm…. mmg tak patut sungguh.
Dah tu pulak saya dah rosakkan satu hard disk dia. Sbb saya pasang hard disk tu terbalik pada soket. Isk.. sedih la. Depan mata sendiri nampak hard disk tu terbakar dan berasap. Di sebabkan sedih saya minta kunci kereta dan duduk mendiamkan diri sorang2. Yela.. tak sangka pulak silap sikit boleh jadi kesan buruk macam tu sekali. Salah saya. Ohh.. sedihnya haku.
Terus hilang selera makan. Terus takde mood nak cakap. Terus rasa… hmmm…. kedaung…
Sendiri buat silap sendiri sentap.
:(

signature

Bahaya ke?

Wah! Tetiba ada tetamu dari entah mana letak komen. Komen yg kata saya ni bahaya orangnya?
Hahahaha..
Jgn gusar wahai manusia sekalian.
Saya bukan pembunuh. Bukan perogol. Bukan juga perampok. Saya hanya manusia biasa yg introvert, yg tak suka ckp byk kalau tak kenal, yg susah nak mesra2 kalau tak kenal, yg gemar berada di zon selesa sahaja, yg sgt penyayang pd kucing, yg sgt penyayang pada budak (walaupun kdg2 suka je gaduh2 manja), yg agak serius (SERIUS bukan SERIAU!), yg manja actually (wah! muntah haku nih), yg berdarah jenis apa pun haku tak tau (bahaya sungguh!) dan yg lain2 lagi for me to know for you to find out.
Tapi one thing for sure: Haku pantang hak dan ketenteraman family haku di ganggu gugat. Masa tu ko pilih nak kena bahasa atau tangan naik ke muka?
Wah! Nampak bahaya nih. Dan lebih bahaya lagi, duit bayar kereta mak haku dah 2 hari lupa nak bayar. Dah bank in td lupa pulak buat payment tu. Ciss..mati haku mak tau ni. See.. sebahaya2 saya ni takot ngn mak tau. Wakakakakakak…
Well, akhir kata tepuk dada tanya iman. Kerana iman akan buat anda fikir dua kali sblm buat judgement. Hiks..

signature

Khamis, Januari 13, 2011

Perihal penyewa~

Beberapa hari yg lepas saya dan emak ke rumah sewa milik emak. Rumah tu rumah jenis pangsapuri. Penyewanya keluarga melayu yg masih muda. Muda tak muda sangat la. Maybe dlm 30an la kot.
Kisahnya sejak awal dia menyewa rumah tu komunikasi mmg fail. Tak pernah la ada ckp baik2 ke ape kan. Sampai mak saya tension. Yela. Jenis kurang ajar ni payah la nak handle. Dah tu pulak jenis liat pulak bayar bil air. Rumah apartment kan kena bayar bil air kat maintenance office. Bukan jauh pun. Dlm compound apartment tu jugak. Jln kaki pun sampai. Dulu pernah 6 bulan dia tak bayar bil air. Bila mak call dia ckp nak bayar. Tapi nan ado bayar pun. Sudahnya mak suruh org maintenance tu potong air rumah dia. Menggelupur call mak. Tapi yg sengalnya siap marah owner ni lagi. Konon nak salahkan mak tak bayar bil maintenance. Padahal mak dah ckp pd pihak pengurusan nak bayar setahun sekali. So takde hak la penyewa nak masuk campur pulak hal tu. Bukan ada kaitan dgn bil air pun. Pfttt~
Sudahnya mak suruh saya buat surat notis keluar. Tu pun sbb org pejabat maintenance tu nasihat buat gitu. Dia kata masa kes potong air tu punye teruk si penyewa  tak sedar diri tu mengutuk tuan rumah. Padahal salah dia je yg tak bayar bil air. So lebih baik keluarkan jela. Supaya tak berpanjangan dosa si penyewa tu. Lagipun kalau dah tak suka dgn tuan rumah yg pi dok lagi rumah tu buat hape la kan. Bak kata mak “Ada share ke beli rumah tu dgn aku?” Kelasss punye statement. Hehehe..
Saya pun hangin gak la. So cecepat buat surat. Esok jugak saya hantar. Kasi setel satu bebanan gitu. Ohh.. byk kije la. Byk kije bertangguh. Sudahnya diri sendiri kedaung.
Okla.. tp kan.. why ek tak boleh communicate baik2. Buat haku terfikir gak statement mak.
“Ada share ke ko dgn rumah tu?”
signature

Rabu, Januari 12, 2011

Masak lemak kuning~

Mlm tadi tidur mimpi buruk. Hmm.. bangun je sakit belakang. Hampeh.
Lepas breakfast dan selesaikan urusan bayaran bil semua rasa kurang sakit. Jadi pergi bilas baju dan sidai. Tengok meja makan lauk hanya ada sambal bilis. Keluarkan ikan cencaru yg beli semalam terus prepare nak masak lemak kuning.
164325_475239207363_693237363_5692328_1919815_n
Mujur santan masih ada seketul dlm fridge. Selamat! Dah siap semua panggil emak suruh lunch. Burrpp.. kenyang suda. Alhamdulillah…

signature

Cincin~

Entry tunang ari tu macam tergantung kan? Takpela.. kira halal la. Lagipun takde apa yg best pun. Sama je macam org lain. Mak bukan selebriti pun kan.. uhukk..
merisiktunang
Tapi nak tunjuk gak la cincin yg saya dapat tu ha.. langsung tak tahu camner romannya sehinggalah tersarung di jari. En. Cipetos nak buat surprise. Surprise la sangat. Saya dah dup dap dup dap takot tak lawa ke hape kan. Nasib baik haku suke. Hehe…
So seperti biasa ada dua cincin. Satu merisik (yg buat syarat je peranan dia ni) dan satu lagi cincin tunang. Suke pulak haku pakai cincin tunang ni selalu sampai la kena sound dgn makcik sbb sayangkan. Kang belum sempat bakal mak mentua tengok dua kali dah jahanam haku kerjakan. Kata ganas. Akekekekek… so sekarang cincin permata itu simpan saje. Pakai cincin risik jela nampaknya. Bak kata En. Cipetos, bila ada function baru pakai la. Baik bosss… :p
Sekian cerita hari ini,
signature
p/s: Makin ari makin hampeh cara haku end setiap entry. Hikss..

Selasa, Januari 11, 2011

Projek sedekah~

Hari ni saya spend masa buat book thong dari pagi sampai petang. Kisahnya terniat di hati utk bagi hadiah/sedekah pada anak2 buah En. Cipetos dan beberapa org yg bertuah. Mood saya rajin hari ni. Mana tak rajin. Kaki dan badan saya sakit2. Lepas telan maajun kuat thalatha perlu rehat. Jadi saya berehat dgn buat benda ni la. Hehehehe…badan je rehat. Tangan dan fikiran dok ligat.

giveaways
Beberapa book thong/ bookmarks yg sudah siap

Ada org tanya “Nak buat apa benda ni?”
Well, ini penanda buku. Atau dlm bahasa britishnya bookmarks. Boleh juga dijadikan penanda bacaan al-Quran (dgn design yg bersesuaian), penanda buku teks, penanda novel bagi yg suka baca novel dan macam2 lagi. Eh.. boleh jugak buat hadiah hari guru, hadiah murid excellent dlm kelas, hadiah kasih sayang….hehehe…
Saya cadang nak jual nanti. Akhirnya nak jual gak. Hehehehe…
Nak beli tak? Ni version murah punyer. Version mahal lain kali la saya cerita.
:p
Belilah nanti ek,
signature

Sabtu, Januari 08, 2011

Book thong~

167210_473369952363_693237363_5659957_209853_n
Kalau dah namanya gilakan buku, apa jua yg berkaitan buku juga menggilakan. Heh~
Dua dari book thong di atas saya beli dari kawan. Yg lain saya bikin sendiri. Sudah ketagihan sejak azali.
Kebetulan hari ini adalah hari saya mengangkut buku dari perpustakaan, maka semua buku sudah di hiasi book thong. Hehehe…
Sekian coretan si penggila buku,
signature

Jumaat, Januari 07, 2011

Saya nak jadi pandai~

Tadi sewaktu menghadiri kelas pertama semester ini saya  terjumpa dgn seorang kawan yg penah jadi classmate. Lebih mengkagumkan beliau sekarang sudah ditawarkan utk buat PhD terus. So skip masters gitu kan. Sangat kagum. Sangat bangga.
Tetiba saya pun nak jadi pandai macam dia. Kes nak menebus kealpaan dan kebengongan masa undergrads. Jadi masters ini adalah penebus maruah gitu. Hehehe…
Saya nak jadi pandai la. Nak nak nak nak.
Tapi semua itu perlu di iringi usaha yg kental.
So SAYA! Jgn leka. Study.
Nih tak. Pemalas ya Rabbi ada hati nak jadi pandai. Eh?
Hehe.. buhbye.
Kesudahan entry semangat yg tak berapa nak semangat,
signature

Khamis, Januari 06, 2011

5 bulan…

Malam tadi pukul 10.46 mlm kami terima panggilan telefon dari husband sepupu emak. Panggilan telefon yg memberitahu atok saudara saya yg terakhir sudah pun menghembuskan nafas terakhir. Petang sebelum itu kami sudah ziarah dan mengikut pengalaman mmg tak lama. Saya sempat bacakan yasin sebanyak 3 kali sebelum tolong mengupas bawang utk keluarga yg lain gorengkan mihun utk makanan tetamu yg datang.
Pagi tadi hujan. Sewaktu sedar dari tidur saya sudah fikir bagaimana urusan mandi jenazah nanti. Emak kata rumah diorang ada porch. So jgn risau pasal hujan. Saya, emak dan makcik ke rumah anak dan menantu arwah pukul 8.30. Org sedang bersiap utk mandikan jenazah. Jenazah tu pulak mahu di bawa ke Bagan Datoh utk dikebumikan. Yg paling sedih adalah tiada seorang pun anak lelaki arwah yg ada utk mandi dan kafankan jenazah. Semua sudah ke Bagan Datoh sedangkan saya rasa moment yg penting adalah saat mandi dan kafan. Bukannya kebumi. Hmmm…
Cerita lain pulak. Esok adalah kelas pertama saya semester akhir ni. Perasaan seperti biasa risau. Risau nak cope dgn subject baru. Risau dgn pensyarah yg kali ni agak tough. Tapi takde pilihan lain. Mesti hadap juga. Hanya tinggal 5 bulan saja lagi. Dah bertahun2 perjuangan masters takkan 5 bulan tak boleh hadap kan. So kena motivate diri lebih sikit. Bila tengok akademic calendar tadi rupanya semester dpn start bulan September. Wah! Lamanya cuti ek. Bagus jugakla. Boleh saya concentrate urus hal kahwin. Eh.. silap. Urus hal project paper daa.. Hiks….
Masalahnya tajuk pun nan ado lagi ni. Hmmm.. runsing sungguh la. Ni yg nak tak nak kena gak bertapa di library bila time free. Kena disiplin sikit la semester ni nampaknya. Kalau tak habislah saya.
Okla.. saya stop sini. Hari ni satu hari mata saya kurang selesa. Macam ada semut masuk pulak. Mengapakah? Pftttt~
Signing off,
signature

Isnin, Januari 03, 2011

First jalan as tunangan~

Wah! Tajuk macam la dia sorang je dah tunang kan. Hahaha.. xpe. Kasi chance naa..
Hari ni saya keluar dgn En Cipetos. Mulanya nak pulangkan pinggan mangkuk yg di guna masa hantaran hari tu. Kebetulan pulak si Cipetos ada kerja di the Curve jadi ke Curve sana. Saya actually nak ajak dia mkn prosperity burger nun. Jadi sekali harung ke sinun sudah.
Dlm perjalanan ke Curve melalui NKVE saya tanya “Apa beza sebelum dan selepas tunangan?”
En. Cipetos jawab “Tak de beza apa pun”.
Exactly. Saya pun rasa sama je. Takde rasa extraordinary ke hape ke. Sama je pun. Cuma maybe sbb ada title tu jadi En. Cipetos acts lebih bertanggungjawab la. Contoh, kalau saya lambat turun kereta maka dia akan membukakan pintu. Begitu. Kalau saya nampak terhegeh2 bawak beg plastik soping ke hape maka dia akan ambil dan bawakkan. Hehe..Yg lain sama je dik non.
Selain dari tu percakapan pun jadi makin baik kot. Kalau dulu kalau tak mengarok bukan ler namanya berjumpa. Sekarang ada sikit man man gitu…
So.. kesimpulannya memang benarlah apabila sudah terbuka jalan utk membina masjid maka berdoalah semoga semuanya dipermudahkan. Dan memang benarlah tujuan Allah mewujudkan institusi perkahwinan itu ada keajaiban yg tersembunyi.
Jadi mana yg bercinta tu mari kita ambil selangkah ke jalan lebih diberkati Allah. Semoga kehidupan kita lebih diberkati dan terselamat dari fitnah dan gangguan syatonirrojim yg menyesatkan.
Signing off,
signature

Sabtu, Januari 01, 2011

1.1.11

Selamat tahun baru 2011…
Bertambah lagi setahun. Semoga semua baik2 saja nanti.
Resolusi 2010 capai tak? Entah la. Sbb saya tak de pun. Cuma tak sangka di penghujung 2010 saya dah jadi tunang orang. Memang langsung takde perancangan apa pun. Niat pun takde. Tup tup sudah bertunang. Ajaib kan? Hehe.. idak ler. Tu namanya jodoh. Jodoh pertemuan di tangan Allah.
2011 ni jugak insyallah tinggal 5 bulan lagi saya attend kelas di um. Lepas tu masa utk bertapa siapkan project paper. Hopefully everything goes well.
Hari ni jugak birthday mak yg ke 57 tahun. Emm… sayu jugak rasa. Kami celebrate di rumah PA. Order kek sebijik exactly serupa dgn kek tunang saya then makan2 di sana. Sempat potong rumput sebelum hujan turun dgn lebatnya. This time semua ada. Saya, adik, adik mak, menantu dan cucu. Harap mak happy sentiasa. Dah lama sangat mak sedih kan. So resolusi 2011 saya termasuk membahagikan mak.
Dengan masuknya tahun 2011, saya rasa masa semakin pantas meninggalkan saya. Dan saya masih begini. Saya harap saya dapat menyelesaikan perjalanan masters ini dgn sempurna. Demi impian abah. Demi impian mak. Dan impian saya juga.
Itu kisah 1.1.11 saya. Kisah anda bagaimana?
Signing off,
signature