Sekarang saya berada di kampung emak lagi. Tahun ini memang byk kali balik kampung. Saja beralih angin.
Seingat saya kali terakhir kami meluangkan masa berbuka puasa di kampung adalah sewaktu saya di sekolah rendah. That was about 20 years ago. Lama kan?
Kali ni memang plan yg tidak dirancang. Saya tetiba bosan dan teringin nak buka puasa di kampung. Walaupun sudah sedia maklum cuaca di kampung adalah lebih panas dari rumah saya di SA. Tapi udara adalah lebih bersih kerana byk pokok. Jadi utk melegakan kesemputan saya bernafas sejak akhir2 ni saya ajak mak dan makcik saya balik kampung. Sesambil tu boleh shopping kueh raya dan kerepek di Sg Besar.
Semalam je kami dah beli pelbagai jenis kerepek. Saya dah rasa sikit dan alhamdulillah semua rasa mencapai piawai tekak. Last year beli kerepek di sebuah tempat kerepek terkenal di bandar Klang adalah mengecewakan. Kerepek hapak dan lemau.
Dan yg paling menggembirakan saya nan gemok ini adalah saya jumpa sambal goreng. Yippiee!! Dulu saya biasa makan sambal goreng ni masa saya sekolah menengah. Emak classmate saya (yg juga adik arwah ustaz Asri Ibrahim) yg buat. Sedap! Ada pisang, tempe dan kacang. Kalau dulu siap ada suun. Tapi yg saya beli semalam takde suun. But still ok sbb dpt makan sambal goreng. Lepas berbuka puasa semalam saya dah capai dan kunyah2 dengan gembira. Nanti on the way balik SA saya nak singgah dan beli lagi.
Selain sambal goreng tu saya juga nak beli jeruk2 yg byk dijual. Semalam dah beli sikit utk rasa dan memang sedap. Jeruk mangga yg kaler kuning tu sgt rangup dan sedap sangat. Emak saya pula beli asam katok. First time saya rasa and not bad. Boleh tahan juga. Harga semua jeruk2 tu sekilo RM12. Saya cadang nak beli dlm 3 jenis utk isi dlm balang kueh raya. Nyum!
Walaupun raya kali ni adalah lebih sunyi dan pilu dari biasa tapi perasaan tu kena lawan. Sbb masa yg bergerak tidak akan terulang lagi. Jadi perlu guna sebaik mungkin. Kalau rasa nak menangis sama2 emak menangis je mlm raya bersama2. Lepas tu mari teruskan hidup.
Betul kan?