Di hujung minggu lepas saya sibuk.
Khamis sibuk mengemas rumah, membuang habuk, menyusun bunga dan menyusun kerusi. Menjelang petang saya sempat membakar seloyang kek pisang. Hajat nak buat dua loyang tergendala kerana stok telur kehabisan.
Jumaat, saya membawa parents bersarapan di Khulafa. Mak dan abah order nasi lemak dan roti canai sekeping setiap seorang. Saya yg kontrol ayu cuma memakan nasi lemak sepinggan. Kenyang. Sebelum balik singgah pasar beli ayam dan daging dan lain-lain bahan masakan. Tak cukup dgn pasar singgah pula ke Tesco. Mak dan abah maintain berdating dalam kereta sambil makan kuih pau.
Sampai rumah mak mencuci ayam daging. Saya mengupas bawang. Mengisar bahan untuk rendang. Sesekali feel raya gitu. Maklumlah. Bakal besan nak datang kan.
Lepas maghrib, saya tergesa-gesa ke Giant mencari udang. Kenapa udang habis? Di saat saya hendak memasak spaghetti seafood olio udang pula menyorok. Namun begitu di Giant saya kutip juga saki baki udang 'mahal' yg ada. Dapat setengah kilo. Bersyukurlah. Utk mencukupkan bilangan 'haiwan laut' di dlm spaghetti saya nanti mak menyuruh saya membeli 2 ekor sotong yg besar gila.
Sebelum balik rumah saya ajak mak makan ais krim mcD. Cuaca panas sejak akhir-akhir ni membuat saya rasa memakan ais krim seperti memakan krim tanpa ais.
Masih lagi cerita hari Jumaat. Sepulangnya saya dari Giant saya terus membakar lagi seloyang besar kek pisang. Stok pisang banyak hasil kebun mak di Kuala Selangor. Jadi rumah saya sekarang kaya dgn pisang. Sambil menunggu kek pisang masak saya menonton Intan. Usai Intan saya terus capai mop dan mengemop lantai hingga berkilat. Semua kerja selesai lebih kurang pukul satu di mana saya terduduk di sofa keletihan.
Sabtu pagi sebangunnya saya dari tidur saya sudah terbau rendang ayam mak. Rupanya mak bangun awal utk masak rendang ayam beliau. Tugas saya adalah memasak dendeng daging, kuah kacang dan spaghetti. Menyediakan hidangan buffet juga tugas saya.
Seronoknya saya sbb spaghetti olio saya habis. Daging dendeng saya juga habis. Bagus. Selesai majlis suai kenal antara dua keluarga saya sudah terasa letihnya. Kerja mengemas saya biar orang lain buat. Tahu makan tahu la kemas ya. Giliran saya dan emak merehatkan diri.
Ahad adalah hari saya tidur sehari suntuk sampai pening. :p
Dan hari ini Isnin mood tidur masih ada. Tapi tak boleh la di layan sangat. Naik lemak pulak.
Esok saya akan ke IJN membawa abah.
Cuti saya dah nak habis.
Tak bestnya!