Sabtu, Januari 31, 2009

Rasa gugur hati

Hari ni saya membuat kerja memasukkan gegula ke dalam plastik utk di isikan bersama item lain sebagai cenderahati tetamu. Gegula tersebut adalah berjenama Choclair sebyk 3 biji, Lot 10 orange sebyk 2 bijik dan Lot 10 strawberry sebyk 2 biji juge. Selain gegula nanti akan ada coklat zip 2 btg, sebijik cupcake yg di sponsor oleh sang katerer dan sebijik cenderahati misteri. Dah siap pack semua nanti saya story the mory.


Masa saya berehat sekejap tadi saya layan si Jojo. Entah macam mana dia tetiba macam terperanjat dan melompat. Melompat dan jatuh ke lantai. Kedepek! Isk. Menjerit tak ingat si Jojo. Saya pun apa lagi terus terkam. Check badan dia kot ada yg patah. Dah la baru sambut besday ke sebulan hari ni. Terjadi lak kejadian tak di ingini ni. Isk. Kesian Jojo. Risau sungguh saya. Entah apa la dia takutkan tetiba tu.


Malam ni sebelum Jojo tidur saya check lagi badan dia. Saya nampak ada satu luka kecil kat leher dia. Saya agak itu bekas gigitan mama dia. Hishh.. citamuna ni kan memang la meroyan. Anak dah boleh berjalan laju pun dia masih nak dukung lagi. Esok saya bubuh minyak gamat la.


Photobucket


Budak kecik yg baru usia sebulan yg jatuh gedebuk tadi. Kesian dia. Tidur suda..


Photobucket


Sangat adorable..


Photobucket


Mama yg miang lagi gatal. Kena guna sabun dettol ni kasi slow down kegatalan. Hahahaha..


Esok saya plan nak ke ikea. Ada benda kena beli. Sure ramai orang la kan. Hmmm.. we see how la hoh!

Jumaat, Januari 30, 2009

sambungannya

Ok. Saya dah balik dari UM. Discussion dah setel. Dah lega sikit. So boleh meneruskan dengan acara kemuncak Sehaaatiii Berdansaaaaa.. (tetiba?) Hiks..


Ok meh saya cerita pasal Pesta Buku Alaf 21 yg saya pegi tadi. Saya dah tahu pasal sales ni sejak minggu lepas lagi. Jadi saya actually dah sediakan satu list buku2 yg saya nak skodeng dan beli. Di samping tu saya baca review2 blog buku yg ada. Kiranya kepergian saya membeli belah buku kali ini dengan persiapan yg rapi. Tetapiiii..


Bersiap je rapi. Tapi tak bawak pun list tu. Hampeh tak? Dah sampai kat premis Alaf tu baru saya teringat pasal list. Namun begitu (ayat skema) saya ingat la buku apa nak beli kan.. jadinya saya tumpukan sepenuh perhatian dan jiwa raga hanya pada buku yg ada dalam list. Suatu usaha mengawal ekonomi. Heheh.. bijak kan saya? (Lately saya agak riak kan? Hishh.. astaghfirullah..)


Meh tgk gambar pulak.


Photobucket


Gambar cam gelap sbb saya cam memalu nak ambik gambar. Nanti org tau saya blogger. Hanya blogger je suka beraksi pelik. Semua benda nak ambik gambar. Hehehe..time saya pegi tu baru pukul 10. Org dah mula nak ramai. Tapi saya dapat bershopping secara bebas dan mengepak-ngepak (sila bayangkan err.. apa eh.. ayam ke?. Acara shopping saya berlangsung hanya selama 10 minit. Persiapan awal tu penting ya.


Photobucket


Dua beg plastik sahaja. Satu beg utk saya. Satu beg utk abah. Kitorang kan geng ulat buku. Jadi kalau saya beli abah pun nak. Kalau abah beli saya pun nak. Saya je yg mewarisi obsesi buku abah ni pun. Calit sket bah!


Photobucket


Buku-buku saya. Ada yg baru. Ada yg lama.


Total spent adalah RM172.80. Wahh! Lepas ni nganga je ya. Tak boleh beli macam2. Simpan utk Pesta Buku Antarabangsa pulak. Nak beli buku ilmiah pulak.

Alaf 21 lagi

Phew! Saya berasa penat. Apa saya buat hari ni?


Pepagi saya dah bangun sbb Jojo mengiau cari mama dia. So terpaksa hantar dia. Saya sangat mengantuk sbb malam tadi pukul 4 baru saya boleh tidur.


Ingat nak sambung tidur semula walau hanya satu jam tapi terpaksa dibatalkan sbb aktiviti diteruskan dgn membuat breakfast. Mak saya nangis. Dia sakit kaki. Dan tak boleh bangun. Sebagai penjaga yg comel lagi baik hati saya masak breakfast. Selesai hidang saya mandi. Lepas mandi saya pulak sarapan. Bersiap utk projek terbaru saya.


Sila layan gambar.


Photobucket



Ya. Saya ke Alaf 21. Ada pesta buku lagi. Cerita selanjutnya nanti malam saya sambung. Sekarang saya perlu bersiap utk ke UM pula. Ada discussion.


Tata.

Citamuna

Ini Puan Citamuna setelah melahirkan anak kali ketiga. Serius aje. Walaupun makcik saya kata wajah dia tak manis bagi saya kemanisan wajah Citamuna dah cukup utk bancuh air sirap utk 300 orang. Hiks...


Photobucket

Saya bosan la

Sekarang pukul 1 pagi. Saya belum tidur. Sepatutnya jika belum tidur saya perlu membaca buku. Tapi hari ni the whole day saya tiada mood berbuku (read:membaca buku lerr). Waktu siang saya habiskan dengan menulis kad jemputan. Tapi berhenti sbb tak ada alamat dah nak tulis. Kerja2 mengesan alamat adalah kerja mak saya. Kerja saya menulis. Kad jemputan nampaknya perlu ditambah supaya semua jemputan dapat memegang kad jemputan. Makanya esok saya perlu ke kedai kad jemputan dan membeli kad jemputan kosong sahaja. Saya bercadang untuk mencetak sendiri kertas bahagian dalam kad jemputan. Teknik menjimat. Salahkan mak saya sbb suruh saya tempah 100 kad sahaja. Ternyata tidak mencukupi. Tapi saya terfikir bagaimana dengan peta? Perlu mengimbas (read:scan) la pulak! Malasnya.


Awal malam tadi saya ke Mydin (seperti yg saya sudah report). Saya beli box yg comel. Tetiba saya admire box pulak. Kisahnya saya cari box utk isi duit mas kahwin. Alhamdulillah. Dapat apa yg dicari. Senang kerja saya. Gulung sahaja duit dan susun dalam box. Bijak kan? Buat apa susah2 mikirin terus kan buk? Oh! Saya beli dua box tersebut. Satu utk saya(Walaupun saya tak tahu nak isi apa). Hehe..tu la.


Sekarang ni saya kebosanan. Hadap internet bosan. Hadap tv bosan. Hadap buku bosan. Saya suspect sbb saya kurang minum air. Ya. Kurang minum air putih adalah punca utama anda menjadi bosan. Betul? Salah? Nanti. Kaji dulu. Tapi saya takmo kaji. Bagi orang lain yg bosan pulak buat.


Apa nak buat eh? Tidur? Emm.. mata tak mengantuk camne nak tidur? Adakah saya perlu mengira kambing biri2? Tapi saya tak suka kambing biri2. Apa kata saya tukar kepada kucing? Kira beribu2 kucing sampai tidur. Boleh ke? Ok. 1...... 2...... 3...... emm.. bosannya mengira. Penat la otak saya. Oh! Saya tahu. Nonton DVD. Eh eh.. tetiba saya ngantuk. Kenapa? Sbb kalau nak nonton DVD saya kena berjalan ke tv. Dan pilih DVD apa saya nak tengok kan. Eh .. malasnya. lebih baik saya pejam je mata sampai tidur. Yela. Bila mata dah pejam nampak gelap. Bila nampak gelap cepat tidur sbb tak nampak apa2? Weh! Apa ni?


K la.


Good nite..

Khamis, Januari 29, 2009

Saya macam bebudak

Cak! Utk pengetahuan entri rumah berantakan adalah di set sejak hari Selasa. Itu kerana saya tidak yakin utk berblog secara tegar dengan entri baru setiap hari memandangkan (tetiba ayat ni nak jadi panjang) kesibukan saya yg tak tentu hala. Akekke.. saya tersangat sedar bahawa saya sedikit bengong dan haru biru sejak menyambung pelajaran. Itu kerana (lagi sekali guna ayat sama) kepala otak saya asyik berfikir aje tak berhenti. Hinggakan tidur malam pun agak terganggu. Bila saya tidak cukup tidur iaitu 8 jam sehari (cewahh! ikut petua artis tu) mata saya akan rasa sakit dan seperti tersembul nak keluar dari tampok. Err.. sila jgn bayangkan. Jika dibayangkan maka anda akan terpandang wajah alien versi gemok. Harap maklum!


Hari ni saya ke skeolah tempat saya mengajar 4 thn dulu. Tujuan utama adalah utk berjumpa kawan saya yg kini dah jadi tailor tetap utk semua baju kurung saya. Ya. Saya sangat mulia kerana ingin membantu rakan. Dan tetiba menjadi sangat riak juga. Astaghfirullah! Maaf.


Sesambil berjumpa dan bergedik dgn member lama saya turut mengedarkan kad-kad jemputan kepada mereka yg terpilih. Yela. Dah nama pun buat small private function. Mana bleh jemput reramai. Bangah saya bukan Mawi. Harap maklum sekali lagi.


Pulang dari situ tetiba saya terfikir. Saya tersedar bahawa hingga kini perangai saya masih sama macam saya sepuluh tahun yg dulu. Iaitu perangai seakan bebudak aje. Saya melayan member lama pun sama macam 4 thn dulu. Kenapa eh saya tidak berubah? Adakah saya mmg childish? Atau saya mmg happy go lucky? Atau saya memang sesuka hati saya je nak saya jadi apa? Well. Saya suka soalan yg akhir. Biarlah. Walaupun setengah orang mungkin tak boleh terima dan kata saya macam tak matang. Hey! Macam aje ok. Saya tau la. Diri saya. Hiks.. emo tetiba.


Sejak saya masuk era 30 an ni saya tekad nak jadi happy happy terus. Mahu capai impian saya. Mahu jadi diri saya. Mahu jadi yg terbaik dimata mak abah dan keluarga saya. Saya mahu jadi idola juga kepada anak-anak buah saya. Hiks.. Insyaallah.


Cite lain. Kejap lagi saya nak ke Mydin Mall. Nak beli bunga manggar. Walaupun kedegang jauh lagi majlis tu iaitu bulan mac tapi saya nak siapkan awal. Pastu simpan dalam bilik khas. Ya. Ada bilik khas utk majlis kawin bangah saya ni. Semua brg2 dibeli letak situ. Sampai masa terus pasang apa yg patut. Maklumlah. Saya sorang je conquer semua benda. Saya kan wedding planner (perasan Elyana!).


Hiks.. :p

Rumahku berantakan

Menjelang lagi dua bulan sebelum majlis perkahwinan bangah saya kami sekeluarga (termasuk kucing2 saya) telah sepakat utk membuat sedikit renovasi pada rumah. Ini adalah kerana (tetiba ayat skema gila!) atap garaj di rumah saya sudah retak menanti belah. Err.. sebenarnya tidaklah retak. Tapi bebila masa sahaja bakal runtuh. Ya. Bunyinya memang sangat dahsyat kerana aliran air di atas atap yg tidak lancar lalu menyebabkan berlaku pereputan pada kekayu lalu kereputan. Anda faham? Maknanya kayu kayan di siling garaj tu dah reput la gitu. Jadinya perlu diperbaiki utk mengelakkan kejadian luar biasa (baca: tidak di ingini) berlaku sewaktu pesta keamatan (majlis kahwin sebenarnya). Tak dapat saya bayangkan kalau tetiba kami jadi headline di surat khabar gosip tentang kejadian bumbung runtuh. Hiks.. nauzubillah.


Makanya rumah saya ketika ini sangat berantakan. Laluan utama sudah tidak begitu bebas di lalui. Laluan alternatif diguna (macam highway daa). Habuk toksah cakap la. Kulit saya jadi kering sangat bila keadaan berhabuk macam sekarang. Nasib baik Cik Semah (read: asthma) tak datang. Namun begitu (ayat skema lagi) semalam laluan utama sudah dapat di lalui semula.


Mari tengok gambar sekarang.


Photobucket
Photobucket
Photobucket


Nampak tak crane (yeke org panggil crane?) kat luar rumah tu? Bikin rumah geger aje deh! Nampak mcm besar sgt lah projeknya sampai jentera sebesar itu datang. Padahal repair sikit2 je. Akekekkek..

Rabu, Januari 28, 2009

Bertemu kawan lama

Malam tadi saya jumpa seorang kakak yg pernah jadi housemate saya masa di matrik lembah pantai. Kakak ni seorang peguam yg baru berhijrah ke SA ni. Setelah lebih 10 tahun tak sangka boleh berjumpa.


Photobucket

Selasa, Januari 27, 2009

Kepala ku pusing

Yuhuuu!


Semenjak coretan saya yg terakhir saya telah mendiam diri. Semua ini gara2 kuliah hari jumaat lepas. Kuliah hari jumaat adalah sangat mencabar. Mencabar hingga telah berjaya menumpulkan (batu pengasah diperlukan ya!) segala mood dan pemikiran saya ke arah subjek itu. Itulah akibatnya bila memilih kelas yg diajar oleh Dekan. Jadi segala ekspektasi (expectation sebenarnya) adalah tinggi tahap phD sedangkan anda baru membuat master! Sangat stress! Hingga kini saya masih mikirin terusss..


Selain dari itu kepala otak saya juga bergelumang (atau berkubang) dengan bahasa indo. Ini semua gara2 obses kepada sinet nya Intan. Kebanjiran bahasa itu bisa di liat di facebook saya ya! Kerennn banget sih! Kayak mau melancong ke daerah itu aja deh! Apa-apaan ni sih (OK. Saya sudah merepek!)


Oh ya. Sekarang tidur saya di waktu malam adalah umpama seorang ibu beranak kecil. Ya. Ada anak kecil di ruangan tidur saya. Nope. Bukan. Bukan anak saya. Gilakah mau beranak sedangkan saya belum bernikah? Sila jgn sangka saya adalah wanita jalanan ya! Anak kecil tersebut adalah anak kepada Puan Citamuna. Umurnya baru mau masuk sebulan. Tapi disebabkan Puan Citamuna sudah mula berahi dan ghairah makanya Puan Citamuna sudah dijatuhi hukuman penjara selama 2 minggu. Iya. 2 minggu aja deh! Adakah masa 2 minggu bisa memadam api berahinya Puan Citamuna? Saya pun tidak pasti. Kita tunggu dan lihat aja. Jadi sekarang setiap malam saya akan perhati si anak kecil itu tidur. Sangat comel. Saya namakan anak kecil itu Jojo. Si Jojo yg comel. Si Jojo yg keren. Hikss.. sangat adorable.

Jumaat, Januari 23, 2009

Waaahhh!

Di saat ini saya sedang menonton 'The making of Geng' movie Upin & Ipin tu. Kagum betul saya tengok bagaimana org Malaysia kita dah boleh buat movie animasi tahap dunia gitu. Bila dengar diorg cerita pasal cara pembikinan movie tersebut memang la buat saya ternganga dan tak sudah sudah berkata "Wahh! Waaahhh!" (Ok! Tu acah aje. Suara saya tidak keluar. Cuma ber'wah wah' di dalam hati sahaja. Cara diorg shoot utk buat di sebalik tabir pun sangat kreatif la. Memang sempoi habis la org2 Les Copaque (how to spell?) ni kan. Tabik spring habis. Saya rasa diorg mesti buat keje yg diorg suka. Jadi disebabkan minat yg mendalam melahirkan semangat yg tinggi dan seronok. Best gitu kan? Emmm.. saya suka apa eh? Saya suka buku. Cita-cita saya (tak salah bercita-cita di usia 30 kan?) ialah utk membuka sebuah kedai buku. Atau pun francais kedai buku? Wah! Tentu seronok hidup bergelumang dengan buku je. Mencium bau buku adalah hobi saya ya. Akekekek.. setiap kali beli buku baru saya akan menghidu-hidu (Or is it mencium-cium?) helaian muka surat buku tersebut. Sangat syok! Hiks..


Ok la.. saya ada ujian hari ni. Nanti ada masa saya blog lagi. Oh ya.. saya nak cerita pasal rumah saya yg berantakan nanti. Jumpa lagi ya ..


Tata..

Jumaat, Januari 16, 2009

Tak aman di rumah

Sekarang ni nak membaca di rumah sangatlah tidak selesa. Bunyi bising sana. Bunyi bising sini. Kekadang rasa nak pelangkung je depa ni. Tapi idak ler saya pelangkung sbb kang kok saya pulak di pelangkung kembali. Hikss..


Kisahnya bumbung garaj tempat kereta rumah saya ni bocor. Bocornya dah berkurun tapi tak diperbaiki sbb kononnya tak mendatangkan mudarat. Tapi bila perancangan sesuatu majlis telah dibuat maka harus la merepair apa yg patut ya buk! Karang kot runtuh ke bumbung tu kang jadi kes masuk Bernama pulak. Cis!


Jadinya di waktu sekarang rumah saya adalah sebuah tempat yg amat berhabuk, bising dan oleh itu segala langsir telah di turunkan. Segala perabot telah diselimutkan. Maka kalau tetamu bertandang pasrah aje lah dengan keadaan begitu ya. Hiks..


Hari ni saya ada kelas. Jadi saya nak kena baca buku. Tapi saya amat malas. Mungkin saya akan pergi awal. Dan melepak di satu tempat utk membaca. Oh ya.. satu lagi buku yg telah di order boleh di ambil hari ni. Terbang lagi RM66.80. Tapi takpe. Saya suka. Saya bukan komplen.


Have a nice weekend babe!

Khamis, Januari 15, 2009

Tak kreatif la..

Malam tadi saya, mak dan makcik saya ada perbincangan dengan caterer. So far dia adalah yg termurah yg kami jumpa yg dapat sediakan apa yg kami mahu. Oh ya.. saya kini dalam persediaan utk suatu event yg akan diadakan di rumah kami pada Mac ini. Saya bertindak sbg wedding planner yg mengatur segala persiapan dari jenis cenderahati nak bagi pada tetamu hinggalah ke susun atur kerusi meja dan memastikan segala persiapan berjalan lancar. Memang pada awalnya saya menolak utk memikul tugas gini. Tapi demi abah saya yg ingin tengok majlis kahwin anak keduanya (bangah saya) maka saya turutkan jua. Asal abah happy saya pun happy.


So far persiapan saya dah buat dlm 70%. Hanya tinggal sikit2 aje lagi. Saya buat awal semua benda sbb tak nak ganggu study saya. Bila semua dah ada depan mata senang tak payah runsing pikir byk2 kan. Hari ni saya nak ambil kad jemputan. Pastu keje2 menulis kad2 utk tetamu akan dijalankan secara happy. Hehe.. seronok la jemput2 org ni. Then dlm awal bulan Feb baru saya akan poskan ke destinasi.


Masa saya buat segala persiapan ni kan saya cam perasan saya 'Kirana' dlm cerita 'Renjis' tu. Wakakakkaka.. saya suka tengok diorg kije sendiri. Takde jadi kuli sesiapa. Sendiri mau duit sendiri mau usaha kan. Alangkah bestnya kalau saya seorang yg kreatif. Boleh buat bunga telor sendiri. Boleh jahit baju pengantin sendiri. Tapi tangan saya ni memang la 'tangan bangku'. Akekekek.. penah dengar 'tangan bangku'? Kalau org tak reti main bola kita panggil kaki bangku kan. Jadi bila tangan tak berguna cam saya ni di panggil 'tangan bangku' la kan! :p


Tapi camne pun kita kena syukur dgn apa yg kita ada. Syukurlah kita masih dapat makan walaupun ikan kering dgn nasi putih aje. Sedangkan orang lain tempat tidur pun takde tilam empuk macam kita. Nak minum pun susah.


Kan?


Alhamdulillah..

Rabu, Januari 14, 2009

Hobi baru

Sejak saya bergelar students semula, saya ada hobi baru. Bermula di akhir tahun 2008 saya dah mula dgn hobi mengumpul beg dari fabrik atau saya selalu panggil beg kain aje.


Saya suka hobi ni sbb tak memerlukan pengeluaran duit yg byk. Yela. Beg2 macam ni selalunya murah aje. Jadi dengan adanya hobi baru saya ni memana saya pergi atau sesapa la pegi memana (hehe) saya akan kirim beg kain ni aje. Tak payah la beli benda lain dah. Beli beg kain aje udah mencukupi ya buk!


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket


So far yg ada dlm koleksi adalah itu aje. Ada pun beberapa lagi lain kali saya snap la naa.. Oh ya.. beg yg last sekali tu si Myl beli masa dia gi JB last year.

Selasa, Januari 13, 2009

Entri pertama di 2009

Rerupernye saya blum blog apa2 pun di tahun 2009 ni ya? Hehehe.. sori ye cik blog.. saya agak kesibukan mendalam sejak awal tahun ni. Lagipun saya mendapati susah benor nak upload gambo ke blog yg mana telah menjejaskan sedikit mood saya berblog. Awat la ???


Meh saya nak cerita pasal perjalanan study saya takat ni. Semester ni saya ambil subjek Research in Edu dan juga Stat. Research in Edu tu ok la sbb dia ajar kita how research should be done semua kan. So saya rasa amat berguna la utk subjek2 lain yg saya plan nak ambik nanti. Sbb di peringkat ni semua benda adalah research. Itu research. Ini research. Buhsan gak ek? :p


Subjek kedua plak ialah Stat. Yg ni hadoi makkk... isk.. saya dah ler bab maths ni mmg lemah gemalai gitu kan. Sekali buat stat first class udah di test dgn soklan maths. Nganga la saya ni. Dah lebih 10 thn tinggalkan maths ni pun kan. Hehehe.. apa pun belasah ajela. Janji rajin usaha. Iya dok?


So far saya hanya berani ambik 2 subjek aje setiap sem. Sbb utama saya ialah saya ni tak berapa pandai. Jadi harus sedar diri dan jgn berangan nak ikut jejak org lain yg pepandai belaka tu. Harus do it slowly ikut rentak saya je. Maybe lain kali saya try buat 3 subjek kot. Insyallah kalau gred dan motivasi diri saya kekal jitu seperti sekarang.


Sem ni juga adalah sem yg paling banyak saya invest utk beli buku. Takat ni dah dekat RM300++ saya habiskan utk buku aje. Biarlah. Saya rasa pelaburan ke buku adalah sangat heaven. Lagipun saya dalam misi nak memenuhkan home library saya. Jadi beli buku adalah haruss. Saya juga berpendapat dengan men'xerox' buku asal sedikit menurunkan motivasi saya sbb illustration adalah tidak best. Jadi tiada isu membuang duit membeli buku di sini ya buk!


Saya rasa lebih baik saya habiskan duit beli buku dari habis duit beli kasut sekarang ni. Dah nama pun nak belajar buat cara nak belajar. Kan nok?


:p