Sabtu, Mac 06, 2010

Bau yg sedap sekejap je

Hari ni sebaik celik dari tidur saya teringat kerja yg berlambak. Mandi, pakai baju baru yg di beli di Tesco, kemas2 wardrobe sikit dan duduk di workstation. (Bau baju baru memang best kan!)

Isnin ni di rumah saya ada majlis bacaan yaasin & tahlil arwah. So kena kemas living hall utk tetamu duduk. Di dalam rumah cuma utk bacaan yaasin & tahlil tu saja. Makan makan kami buat di luar rumah. Kali ni juga semua urusan penyediaan makanan kami serah pada katerer yg sama buat katering masa kenduri kahwin adik saya. Jadi mudah sikit.

Selain perihal rumah dan keluarga kerja2 study juga bertimbun. Manakan tidak. Cuti 3 minggu berlepak lenggang kangkung saja. Sekarang bila dah suntuk baru terhegeh2. Memang tak dengar ckp abah betul! Isk..

Di sebabkan saya dah menggelupur, dari pagi tadi saya sudah duduk di depan laptop. Terhegeh2 membrowse sana sini mencari jurnal. Teringat pulak jurnal utk discussion next week blum print lagi. Tengah elok nak print ink pulak kedaung. Alahaiii.. memang menggelupur. Saya capai refill ink. Baru beli ni. Belum buka lagi. Di sebabkan saya bongok bijak saya cucuk seal botol ink tu dgn syringe. Sekali… makkkkk!!! Ink telah terpercik. Padan muka! Habis sudah baju baru ku yg berbau baru itu. Ish ishhhh…

Saya pantas ke bilik air. Tanggal baju dan cuba menghilangkan tanda2 percikan ink. Gagal menghilangkan semua. Lalu mengambil keputusan utk merendam. Dah terpaksa cari baju lain pulak utk di pakai. Huh!

Tu lah dia.. BAU YG SEDAP SEKEJAP JE~!

signature

Mari makan ais krim

P3020290

Ais krim buat sendiri sajork. Lately cuaca panas sangat kan. Jadi terfikir nak buat ais krim camni. Perisa oren saja. Nyonyot time panas panas ni memang la sedap!

Cakap pasal cuaca panas, semalam saya ke kelas di UM. Di sebabkan sudah tiga minggu bercuti saya hampir lupa class venue. Haru betul! Sampai je depan pintu berkunci pulak. Adeii.. baru berniat turun dari kereta awal sbb nak duduk dlm bilik kelas yg berhawa dingin tu. Terpaksa melepak di luar. Panasnya ya Rabbi! Dugaan. Dugaan. Nasib baik saya teringat saya ada mini fan dlm handbag. Sejuk la sikit muka.

Haihh…

Khamis, Mac 04, 2010

Mari Memasak #1: Spaghetti Olio

Tuan-tuan & puan-puan,

Cik Kiah, Cik Jenab dan segala Cik Cik Cak Cak Cicak pun bleh.

Mari memasak bersama. Hari ini Cik Mont ingin membuat demonstrasi masakan (cewah!). Masakan ni sonang yo! Pejam mato pun bleh buat punyo. Tapi Cik Mont tunjuk gak la noo.. mana tahu ada yg teringin tapi tak tahu pulak buat kan. Atau ada tetamu-tetamu rumah Cik Mont yg makan makanan ni kat rumah Cik Mont dan sukaaaaa sangat sampai tak mahu balik tu kan. Haaa.. silalah masak sendiri di rumah masing2 yooo..

Ok. Mari mula.

Bahan Bahan2: Spaghetti + udang + cendawan shitake + tomato + bawang putih + minyak masak

Mula-mulaa…

rebus spaghetti Rebus spaghetti sampai la berciri2 boleh di makan. Letak minyak sikit masa rebus tu yaa.. kang lupa plak kalo tak cakap. Maklum ler masak pun setahun 3 kali je kan? Hekss… bila dah lembut toskan dan letak tepi. Ambik kuali pulak. Panaskan minyakk.. dan…

tumis olio … masukkan bawang putih, udang, cendawan… tumis tumis sampai naik bau…

tumis olio2 …. masukkan cherry tomato ke dalam. Ada yg suka letak tomato last. Terpulanglah. Saya suka tomato tu masak sikit…

tumis olio3 Then.. masukkan serbuk cili kasar.. ikut suka la nak pedas camner kan… saya letak sikit je..

tumis olio4 Akhir sekali masukkan la spaghetti yg dah di rebus tadi tu…

gaul olio Gaul… gaul… gaul… sampai sebati..

spaghetti olio

Dah siap.. letak dlm pinggan bunga2 feberet Cik Mont… sonang kan?

jemput makan olio Jemput makan… nom nom nom nom nom…

 

signature