Isnin, Oktober 04, 2010

Sedap nget ngot~

Kadang2 bila lapar saya akan rendam maggi perisa kari. Perisa lain tak mau. Masa kekecik dulu ada perisa udang. Pun saya suka. Tapi dah discontinued. Sungguh rindu.

megi

Kebiasaan saya makan megi di dalam kole. Sbb kole ada tutup. Jadi proses pelembutan mee adalah segera. Jika guna mangkuk tiada tutup. So lambat. Jenama mee segera lain saya kurang pilih. Sbb kegilaan memakan mee segera adalah pabila lapar dan tiada pilihan makanan lain sahaja. Nisbah makan dalam setahun masih boleh di hitung. Maknanya di sini adalah sangat jarang ya adik2.

Pabila lapar kebiasaan merendam mee adalah sebanyak dua bungkus. Nah! Isi dia kan makin lama makin kecil. Jadi perlu dua. Bila licin maka kenyang adalah seperti tidak mahu makan lagi selama seminggu. Ngeh~

Ohh.. saya juga suka makan mi goreng indomie. Hari tu dah tiada di pasaran. Atau tukar namakah? Tidak tahu. Tapi sekarang iklan sudah keluar. Sudah kembali ke pasaran katanya. Tapi bila di cari di pasaraya besar tak jumpa pun! Apa kes ni?

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

p/s: Tulisan signature tu sangat buruk. Nak tukarlah!

New kids on the block?

Ingat tak? Dedulu ada boyband cap ni kan? Kira macam satu kegilaan bebudak pompuan kecuali saya. Hehe.. saya memang agak lem sikit bab2 minat2 org ni. Jenis cepat bosan mcm saya ni memang suka kejap ikut persekitaran lepas tu haram amik peduli. Kesian!

Sebenarnya bukan nak cerita pasal group tu pun. Intro je gitu2. Yang sebenaqnya nak bagi tau saya dah dapat anak buah baruuuuuu… Kisahnya adik jantanlelaki saya nan seorang itu sudah pun bergelar bapa, ayah, walid, abah, papa, daddy dan seantero apa pun bahasa jua merujuk pada lelaki yang sudah mempunyai anak. Belum sampai setahun pun kahwin dah dapat anak. Terer tak adik jantan I? Baru jantan namanya kan! Wakakakakaka…eh… tp bukan dapat anak sbb dah proses sebelum nikah ke hape. Hishhh.. tak baik fikir gitu. Nih kira macam bunting pelamin lah ni. Sekali shoot terus kena. Eh… :p

 

newborn1

Saja letak watermark and tulisan tu sekali sbb asalnya letak tulisan sbb belum ada watermark pastu malas pulak nak edit pic asal semula. So double mark je lah kaedahnya ^___^

 

Budak kecit tu lahir pada hari Jumaat last week. 24 September 2010 masa orang tengah sibuk nak solat jumaat. Malam sebelum tu saya memang satu malam tak tidur sbb buat assignmentsss (noted the ‘sss’). So pagi tu bila adik saya tu call mak kata dah dok dlm labour room saya terus tidur. Hehe.. tapi sempat cakap kat mak nanti tengahari kita pergi la hospital tu utk bagi sokongan. Sokongan pada bakal bapa tu sebenarnya. Maklum la famliy ties kuat la katakan. Nasib baik hospital tu dekat. Kalau jauh nun ke Johor ke like before memang tak dapek la nak bagi sokongan. Jauh nau.

So lebih kurang pukul 11 lebih tu saya dan emak dah siap2 la nak ke hospital yg jaraknya 5 minit je kot. Naik terus ke labour room tengok sunyi sepi. Di manakah manusia sekelian ni? Saya jenguk labour room tu pun nan ado manusia. Saya texted adik tanya apakah sebenarnya berita terkini hiburan sensasi. Dia replied tgh push. Wohoooo.. kami sampai at the right time lah kan. Tunggu sampai lebih kurang setengah jam dapat sms baby dah keluar. Alhamdulillahh.. saya tengok emak saya punye terkumat kamit dok doa sakan. Hehehe..

Kerja saya adalah dok menjengukkan muka kat tingkap kecil pada pintu labour room tu. Nak masuk tak dapat kan. Husband je boleh. Tapi saya dan emak dapat masuk jugak dlm labour room lepas setel jahit menjahit semua. Sbb adik saya nak ke masjid solat jumaat. Jadi saya dan emak ganti jaga. Dapat la tengok rupa manusia yg baru lahir ke dunia yg baru beberapa minit tu. Kagum giler. Kocik nau ekau. Baby tu berat dia 3.36kg masa lahir. Dulu saya lahir berat saya 2.75kg. So lagi kecik dari baby tu. Mak saya kata “Dulu ko siap nak kena masuk dlm kaca sbb kecik beno”. Tu duluuuuuuu.. sekarang sudah besorr sebesor besornyeee… toksahkan kaca. Muka pintu pun sangkut tak lepas. T_____T

So itu kisahnya… nanti saya sambung lain kali je. Byk pikiran ni buk.

Daa..

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Ahad, Oktober 03, 2010

Yeay! Saya dah ada watermark

Ingat tak entry yg lepas2 saya tension sbb gambar saya di FB di curi. Haa.. kalau ambil tanpa izin tu namanya curi la kan. Ke tetiba rasa ada perbincangan yg saya tak tahu dan tak nampak? Canggih sangat fikir macam tu. Dah terang2 di FB saya jadi apa pun jadi kena mintak izin atau paling lemah pun just inform saja boleh tak?

Selama ni pun saya berblog dan letak gambar di FB adakalanya malas nak type link. Jadi saya fikir kalau ada watermark senang kerja saya.

Dan akhirnya terlaksana jua. Gara2 geram dgn sikap sesetengah org yg boleh sesuka hati cilok aje.  So saya contact seorang designer yg memang kebetulan sedang promote kerja2 dia.

http://incrediblesdesign.blogspot.com

Dia memang byk buat blog template design, business cards and watermark utk blogger2 tegar mcm Viruspadu, Peej dan lain2. Bagai pucuk di cita ulam mendatang saya terus email that person dan minta buatkan saya satu watermark. Saya bagi la tahu macam mana saya nak dan kaler apa semua. Dan taraa…

Image0081 Testing letak watermark guna gambar wedges Charles & Keith saya yg beli masa sales tahun lepas. Sampai sekarang belum pakai lagi ke jalan sbb tinggi sangat and sbb masa testing pun terseliuh camne nak pakai lebih lanjut? Haiyohhh.. Eh.. lari topik sudah. Can u all see the watermark? Nice kan.. hehe..

Jadi sudah belajar dari kealpaan. Sekarang sudah aman. Jika sesiapa mencuri lagi gambar saya sila lah hadap watermark ku itu sekali yo. Biasa curi2 ni taw! Nanti nak buat blog template design pulak lah :p

Sayonara~

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB