Khamis, Oktober 07, 2010

Budak kecit sudah datang~

Ngeh~

Cite pasal masa dia lahir pun belum habis.

Sekarang dia sudah datang ke rumah nenek. Persiapan event pun dah almost done.

Saya dah ucap Selamat datang pada dia.

Dan sempat bawak round2 hall sambil tunjuk kitab2 peninggalan arwah atok. Dgn harapan, dah besar sila pandai baca kitab.

Sekian.

Ngeh~

 

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Rumput oh rumput!

Ingat kan lagu dedulu tu…
“Rumput oh rumput, kenapa engkau panjang sangat, macam mana aku tak panjang, kerbau tak makan aku..”
Tapi dok dalam pekan ni mana nak cari kerbau cik non? (Alamak! Nama jiran saya pulak..hehehehe)
Rumput kat rumah saya ni memang dah berbulan2 tak di potong. Raya pun dlm kesemakan gitu. Pasrah jelah. Memang sejak abah takde kawasan keliling luar kurang di jaga. Saya jaga dalam je. Luar tak nak jaga.
Tapi mak sangat risau sbb semak makin meninggi. Takut ular. Kawasan ni memang ular ade. Kucing saya Citamuna dulu mati pun sbb kena patuk ular kan. Benci ular!
Jadi sbb Sabtu ni ada event kena la cari juga si pemotong rumput. Emak dari pagi dah standby tunggu pemotong rumput lalu. Seperti biasa juga pabila di cari memang payah di jumpa. Tu standard tu.
Sbb saya pun risau rumah semak jadi saya start kereta dan ajak mak round satu seksyen cari si pemotong rumput. Siap buka cermin tingkap kereta nak detect bunyi mesin rumput. Macam hape je dah haku rasa. Sekali kat satu simpang ada dengar bunyi. Nun di atas bukit. Jadi terus terjah. Sekali pusing tak nampak kelibat. Saya tak puas hati. Kasi pusing satu round lagi dan jumpa si pemotong rumput tgh potong rumput kat rumah jiran berbangsa India. Actually tak kenal pun jiran tu tapi gamble la panggil org potong rumput tu suruh datang rumah.
Alhamdulillah… sudah siap di cantas semua rumput. Tapi yg spoilnya tanah kosong kat sebelah ni pulak dah menghutan. Kena report MBSA ni. Hishhh…

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Rabu, Oktober 06, 2010

Ratu muntah~

Saya ni kalau datang semput memang muntah sokmo. Ingat lagi masa buat KPLI tahu 2005, saya asik semput je. Byk sgt aktiviti luar kot. Akibatnya hari2 saya muntah. Tengah tekun dengar lecturer mengajar pun boleh lari pegi toilet utk muntah. Nasib baik toilet tu sebelah kelas je.
Lama jugak lepas tu tak muntah sbb saya dapat kontrol asthma tu. Dlm erti kata lain berpantang ye. Byk benda yg digemari dijadikan musuh ketat sbb nak sihat punya pasal.
Nak dijadikan cerita, masa raya bebaru ni kan saya semput kembali. Dan kembali jua menjadi ratu muntah. Hari2 muntah selagi tak baik. Nasib baik la cepat sembuh kalau tak jenuh la asik pikir nak muntah semedang.
Hari ni pulak lepas kemas rumah setting baik punye ruang tamu utk kenduri Sabtu ni saya dengan cun meletop gebu devasss telah ke Damansara. Nak cari kedai jual barangan scrap book. Sebelum sesi mencari tu singgah Ikea dulu nak makan meatball dia yg sedap menggebu2 tu. Sekali lepas makan pening kepala yg melampau. Terus hilang mood nak berjalan lebih lanjut. Dan menggelupur cari toilet utk muntah. Minta maaf la toilet Ikea ya. Saya muntah pada anda. T____T
Kenapa pulak muntah lagi kan? Kata dah baik. Sebenarnya pagi tadi saya makan jeruk mangga. Saya kan ada gastrik juga. Jadi jeruk adalah satu kepantangan.
Padan muka haku~ T____T

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB