Jumaat, November 12, 2010

Pabila tetiba busy berganda dua

Tara kuca kuca..
Takde maknanya. Tu lagu ‘Pabila larut malam’. Tajuk di atas langsung tak sesuai nak ber’tara kuca’ bagai.
Secara rasminya saya berada dlm kondisi S.T.R.E.S.S. Stress.
Di sini saya ingin tekankan bahawa (ayat mcm bagus je ni) sikap menangguhkan kerja yg saya amalkan selama hampir puluhan tahun telah memberi kesan yg amat buruk kepada alam sekitar. Ok. Tipu. Tak de sapa percaya sikap saya begitu memberi kesan begitu. Isk. Ayat pun putar alam sudah. Hang on…
Saya stressssssss….
Saya malasssssss….
Ok adik2 anak2 sekalian (sekelian ke sekalian?) MALAS memang suatu sikap yg sangat buruk yg sangat tidak patut di amalkan oleh setiap lapisan masyarakat di negara kita. Dah macam buat esei PSK aritu pulak ni. *Cikguu… PSK Tu apa? PSK = Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan ya murid2. Poyo! T__T
Tapi serius la. Malasnye nak buat assignments ni. Masalahnya nak start tu yg susah sikit. Bila dah start biasanya ok je.
Lagi satu. Tetiba kena fikir pasal hari krismas. Tak. Saya tak celebrate krismas pun. Cuma krismas tu byk Santa Clause berkeliaran kat shopping complex kan. Bestnya tgk. Buncit. Teringat masa kecik dulu. Ada satu krismas tu mak bawak pegi emporium. Tahu tak emporium? Alaa.. macam tempat membeli belah tu la. Masa tu ada Santa Clause nak bagi belon. Tapi saya takot. Siap nangis. Bongok. Kan dah nyesal. Sekarang kalau kenyit mata kat Santa Clause pun takde maknanya dpt belon. Huh!
Moralnya: Jgn jadi penakut. Jgn jadi gagah perkasa hanya di luar jugak. Kena seimbang. Paham ke? Entah ler kan. Saya pun penin.
Signing off,
signature

Selasa, November 09, 2010

Perasaan bercampur baur

Perasaan lega sbb exam satu paper dah selesai.

Perasaan gembira sbb dpt offer jd RA.

Perasaan gementar sbb fasa hidup yg bakal berubah.

Perasaan bosan sbb setiap hari hadap perkara sama.

Perasaan keliru sbb tak tahu nak proceed atau tak.

Perasaan macam2 sbb macam2 kena difikirkan.

Out of 6.. hanya 2 je nampaknya positif. Yg lain kedaung.

Ok nak tambah satu lagi. Perasaan seronok sbb dpt byk baju baru minggu ni. Alhamdulillah.

Khamis, November 04, 2010

Genting~

Bukan Genting Highland mahupun Genting Sempah ke ape..
‘Genting’ merujuk kepada saat genting di mana bulan November ini adalah bukan utk ‘membungkus’ segala kerja dan bersedia utk exam.
To make it more ‘genting’ Sabtu ni saya ada paper. Exam ler. Entah apa nak di tulis pun tak tahu. Katanya more to application. So kena baca semua yg perlu la nampaknya. Nasib baik 30% je. Jawab dua soalan pilih daripada tiga. But still… masih blur.
Selesai exam tu ada satu take-home exam yg perlu di jawab. Yg tu enam soalan esei. Perghhh… tp masih ok sbb boleh refer buku segala. Yg tak boleh blah tu bab scrap book. Boringnye buat scrap book ni. Leceh ler. Last weekend dah beli drawing block. Ya. Scrap book tu nak sebesar itu minima. 50 pages. Masak ler.
Dedua tu  (take-home exam + scrap book) kena submit on this coming 28th. Harap dapat buat.
Then setel yg tu ada dua lagi write up kena setel. Altogether.. ada 4 lagi la kan. Isk.
That eplains why saya ‘duduk renggang renggang’ dgn blog ni. T__T
Toodles peep.
Signing off,
signature