Khamis, Julai 28, 2011

30 Days project #2

02 — Your favorite movie




Saya paling suka movie 'Legally Blonde'. 




Tak kisahlah #1 or #2. Tapi lebih suka yg #1. Sbb ada byk scene di campus. Ya. Saya memang suka tgk cerita psl org study. Tak tahu kenapa. Tapi mmg suka. Suka tgk org study kat library. Suka tgk org baca buku. Mungkin nak bagi saya semangat kot.


When she first arrived at Harvard

Book in her hand


My favorite scene in lecture hall

Saya suka tgk Elle study sungguh2 nak masuk Harvard dan macam mana dia survive di universiti terunggul di dunia tu. Actually saya rasa semua orang boleh buat tapi kalau dah malas menguasai diri memang payah nak bicara lebih lanjut. Saya la tu. .. :(



30 Days project #1

Utk kembali memeriahkan dunia blog maka saya nak buat '30 days' project ni.. for me to know for you to find out..eh i dah tell u daa.. :p



 01 — Your favorite song




Hmm... lately saya dah jarang dengar lagu. Masa driving pun tak on radio dah. Semak. Tapi ada satu lagu yg memang saya suka. 

Credit to Google


Lagu 'Love Story' memang favourite. Dah hafal pun. Dan itu satu-satunya lagu omputih yg saya hafal. :p (Lagu2 ni tak payah hafal la kan. Ayat quran pun tak hafal nak hafal lagu buat apa??!)





Rabu, Julai 27, 2011

Movie session: FLAT 3A

Ok. Now sudah mandi. Sudah segar. Sudah wangi. Mari mengadu domba bersama.

Masa birthday saya hari tu saya dpt email dr nuffnang. Dapat complimentary pass dari TGV. Memula saya mcm malas jugak nak ambil. Sbb jauh nun di KL. Lagipun saya mana tahu office nuffnang tu. Tapi dah sbb saya ke Sogo hari ni utk ambil free gift dari Clinique. Sekaligus beli cleanser yg dah kehabisan. Nak tunggu guna set hantaran tu mcm lambat benau nak tunggu. So beli satu. Cleanser je. Walaupun toner juga sudah kehabisan tp tak beli. Sbb set hantaran tu punye toner adalah saiz besar. Beli lagi adalah membazir amalan syaiton gitu. Yg tu wajib tunggu kahwin ye. Pakai lah toner sepuas hati. Selain tu saya beli perfume juga. Sedar diri sendiri adalah selekeh dan hilang keyakinan diri maka memakai wangian adalah satu terapi. Cuba ya. Cuba.

So balik pada kisah TGV. Ohh.. belum lengkap cerita. Lepas keluar dari Sogo tunang saya kata office nuffnang dekat je. Sbb dia check GPS. So dia ajak collect free complimentary pass tu. Dah alang alang kan. First time ke situ. Terus dlm hati kata "ooOOOoo..mcm ni rupa office nuffnang ni". Dapat la 4 pass tu.


Dari nuffnang kami ke TGV Bkt Raja. Sbb ini first time dpt free pass so sgt blur. Dah lah bertahun2 tak tgk wayang. Rupanya harga pun dah mahal ek. Ish ishh..

Adik kaunter TGV yg peramah tu kata boleh tgk apa2 je cerita asalkan bukan yg baru. So kami tgk Flat 3A.


Credit to Google


Memula masuk panggung saya dah teruja. Wah! Dah baru ek semua sekarang. Siap ada couple seat lagi. Kat belakang lagi. Amboi amboi amboiiii... Sound pun sgt la bersound. Errr.. saya rasa telinga saya tak selesa. Sbb sound kuat sgt. Dah tua gamaknya. So at this age bising2 sudah agak tidak selesa. Saya suka sunyi sekarang. Syyy..

Eh... belum habis cerita lagi ni. Saya rasa kan tadi saya tgk movie tu ada ler half je kot. Sbb serious takot. Dah ler bunyi mcm depan belakang tepi semua ada. Dah ler aku phobia gitu kan. Cerita hantu kanak2 mmg paling benci. Rumah flat some more. Teringat cerita Dark Water dulu. Hishhh...

But it was a good recap la.. dedulu..10 thn dulu selalu je tgk wayang. But now sgt la kurang. Tapi rasanya once in a while boleh la pergi jugak utk hilangkan stress ke apa. But make sure jgn tgk cerita horror mcm ni lah. Ni dah menambah stress namanya.

So that's it. Congrats TGV sbb dah makin canggih sekarang. Maybe one day boleh try tgk 3D pulak kot. Dan ehh.. terima kasih sbb bagi pass tu. Boleh jugak mengimbas kenangan silam gitu ye anak2.

Ciao~