Khamis, November 10, 2011
Perspektif hidup
Hehe.. apa khabar semua? Dah bajet mcm cikgu sekolah tny anak murid kelas pertama selepas cuti pulak dah. Haihh.. apa nak cerita hari ni ya?
Ok my wedding update. So far..err.. same je kot progressnya. Peratusan pergerakan kerja tak byk berganjak. Cuma semalam satu hari tak duduk rumah. Pergi beli brg2 utk rumah dan singgah ke beberapa rumah tetamu utk bagi kad jemputan. Tu pun deme semua tak ada kat rumah so dpt balik cepat sbb masukkan je dlm post box. Lega.
Saya actually takde la too excited dgn majlis ni. Sbb family saya dah biasa di nasihatkan oleh arwah abah agar tidak terlalu teruja akan sesuatu. Maknanya.. jgn la nak gembira sgt sampai lupa ada mata di kiri kanan depan belakang. Kita tak tahu sama ada segala pertuturan atau perbuatan kita atau keadaan kita tu akan menyakitkan hati org lain. So bersederhana dlm byk perkara itu lebih baik. Takut jugak kan. Bukan takut mata2 tu. Tapi takut nanti adakah setiap benda tu kita buat betul dan tak menyalahi atau sebaliknya. Masa abg dan adik saya kahwin dulu mmg saya jadi event organizer. Dedua majlis tu mmg setiap butiran perjalanan dan perancangan majlis di buat bersama abah. Setiap apa yg kita nak buat mmg kena consult dia. Kalau dia setuju atau suka dia akan sertai apa yg kita buat. Kalau dia rasa menyalahi atau dia tak suka dia akan cakap. Jadi bila saya arrange majlis saya kali ni tanpa abah saya rasa segala panduan dan pengalaman tu tetap saya ambil kira.
Sebagai contoh, abah pernah kata dia tak suka ada kumpulan marhaban perempuan memekik melalak dlm rumah dia. Kalau group tu lelaki takpe. Saya pun setuju. Sbb saya rasa bila suara makcik2 tu bermarhaban adalah sedikit annoying. So pegang konsep tu sampai bila2. If nak buat marhaban pun panggil group lelaki lebih afdal.
Pasal majlis pula. Kebiasaannya majlis kahwin yg kami buat mmg sesederhana yg boleh. Dlm erti kata lain tak perlu membazir sampai lebih 25 ribu belanjanya. Sebagai contoh, abg saya yg sulung perbelanjaan utk majlis beliau tidak melebihi 20 ribu. Belanja yg saya maksudkan ini adalah merangkumi semua aspek ya. Abg saya yg nombor dua lagi sikit. Sbb masa majlis dia abah dah sakit. So kenduri pun kecil saja. Adik saya pula perbelanjaan dlm 25 ribu. Termasuk hantaran semualah. Dan kali ni majlis saya juga kena pastikan below 25K. Walaupun saya seorang je anak perempuan dlm family. Konon org kata mesti gah. Takde maknanya. Bezanya cuma kali ni ada muzik supaya tak sunyi sgt majlis tu nanti. Pemilihan lagu saya dah buat. Lagu2 klasik termasuk dlm senarai sbb saya nak emak dan yg sebaya dgnnya rasa kembali ke zaman dulu. Hehe.. Pelamin pun kita prepare kali ni utk tujuan fotografi sahaja. Bilik pengantin semua under saya. Pepandailah nak buat mcm mana sbb yg nak tidur pun saya. Private area tu. Bukan utk tontonan umum. Akan sentiasa dikunci semasa majlis berlangsung. Hanya org2 tertentu je boleh request utk tengok. Biasanya saudara mara dari kampung la yg enjoy tgk2 bilik ni. Takpe. Kita kasi chance. Kompang? Emak request kompang dari kampung. So jgn pelik la. Memang kali ni saya nak mengimbau ke masa lalu punya konsep. Macam mana emak kawen macam tu la saya nak. Malam akad nikah pun kita main kompang ek. Macam kat kampung. Silat tak payah. Nanti haku plak kena duduk tgk org bersilat lama2. Pastu org plak tgk aku lama2. Tak koseerrr.. Hopefully semua perancangan berjalan lancar. Kalau ada halangan tu kita redha. Sbb mostly benda yg kita nak kdg2 tak baik utk kita. Mana kita tahu kan?
Cerita lain. Semasa menziarahi seorg jiran lama bebaru ni makcik tu cerita cucu dia kenduri berhabis 40 ribu. Dia kata semua nak all out. Hmm.. saya rasa mesti dia akan compare majlis saya nanti dgn majlis cucu dia. Inilah sikap org kita yg saya kurang berkenan. Kenapa perlu nak compare itu ini dgn org lain? Mesti dia rasa kalau majlis saya tak macam majlis cucu dia maka dia akan rasa hebat? Ohh.. please. Saya percaya setiap kita ada kehidupan masing2. Setiap kita ada bahagian hidup masing2. Setiap kita ada kebahagiaan masing2. Setiap kita ada yg kita nak atau tak nak sbb yg menjalani hidup tu kita. Entahlah.. kadang2 saya boring dgn org2 macam ni. Saya rasa kalau hidup saya sama macam hidup kamu maka takde bezalah kita semua ni. Boringnya. Mana perginya variety? Mana perginya keunikan setiap kejadian kita?
To be honest.. saya sekarang lebih risaukan perjalanan study saya dari majlis wedding saya sendiri. Sbb study saya dah di final stage. Dan jika saya tak buat dgn baik di stage ini maka pengorbanan dan susah payah selama beberapa tahun di perjalanan masters ni akan jadi sia2. Itu yg berada di prioriti pertama hidup saya sekarang. Impian saya adalah utk menunaikan impian arwah abah saya dan juga impian emak saya utk menggenggam skrol masters ni.
Memang la majlis perkahwinan adalah sekali seumur hidup. Tapikan yg lebih penting adalah kehidupan kita selepas majlis kan? Saya mahu kehidupan yg 'grand' boleh? 'Grand' di mata dan di hati saya. Again.. bukan di mata orang lain.
Teringat semasa mengukur baju utk di buat baju pengantin. Seseorg berkata "Nanti pakai beautiful ya". Kenapa? Saya tahu badan saya tak cantik tp tak perlu la kot. Walaupun saya pengantin di hari tersebut tp saya tetap macam keluarga yg lain akan ke sana ke sini utk layan tetamu yg hadir. Bezanya cuma saya akan makan di meja utama, di ambil gambar byk2 dan memakai baju 'ganjil' sikit dari org lain. Yg lain semua saja je.
Hehe.. sorry ye. Entri ni mmg entri tulus dari fikiran. Sekaligus entri luahan menyatakan 'stand' saya. Supaya saya ingat siapa diri saya. Dan supaya saya ingat apa yg saya mahu.
Akhir kata, jemputlah hadir pada sesiapa yg dapat jemputan tu. Kerana Rasulullah saw pernah bersabda: "Apabila seseorang saudaramu mengundang kamu menghadiri satu jamuan, hendaklah diperkenankan, baik jamuan itu undangan perkahwinan atau sebagainya" - Shahih Muslim.
Selasa, November 08, 2011
Malam yg sejuk
Malam ni sejuk betul. Nak kata hujan ..errr..tak pasti pulak. Satu hari suntuk ni dari pagi saya dok berkurung dlm library siapkan bekas hantaran. Dah nama pun library dgn curtain 24/7 tertutupnya mmg tak perasan situasi di luar.
Alhamdulillah 12 dari 13 dulang hantaran dah disiapkan. Tinggal satu utk letak buah saya tak beli lagi. Cadang nak beli satu cage putih. Nanti lepas setel segala majlis semua dulang hantaran ni saya akan sewakan under LolaCraft. Mak yg suggest sbb modal yg dikeluarkan utk buatnya pun boleh tahan juga. Saya plan nak wujudkan cabang lain selain bookmarks ke bebenda lain such as bekas2 hantaran ni la. We'll see how lah nanti kan. Alang2 dah susah payah buat gituuu..
To take note selain hantaran saya still kena siapkan baju tandang yg 20% lagi terbengkalai. Perlu siapkan segera utk di hantar ke dry clean. Nak tahu tak? Baju2 lain spt baju nikah dan baju kenduri belah saya belum siap pun. Hahaha..baju melayu lelaki pun tak siap lagi. Gelabah tak? Kalau gelabah pun malas nak fikir la. Nanti2 siaplah tu. Kita setel mana yg dpn mata dulu lah.
Tailor tu dah kata dlm minggu ni siap. So sabar jelah. Langsir hall pun siap minggu ni katanya. Sekali harung bila dah siap nanti kita terus pasang dan boleh basuh langsir lama. Penyediaan hall utk majlis nikah pun dah boleh mula. Kerja2 angkat mengangkat kita serahkan pada yg gagah. Kerja detailing bagi saya buat. Hehe..maksudnya yg senang2 je saya buat. Kasi chance la saya nak jd pengantin kan?
Emm..apa lagi ye? Dlm keadaan sekarang mmg slalu jd short term memory. Itu lupa. Ini lupa. Bilik? Ok dah kemas. Nanti sebelum perabot masuk kena mop sekali lagi. Langsir dlm toilet dah pasang. Hahaha..matilah mak haku kata langsir ko nanti bau taik. Cit. Sheer curtain utk tingkap bilik pun dah pasang. Terpaksa buat sendiri sbb lupa nak inform vendor bilik pengantin psl tu. So dia dah tak mau buat :(
Hmm...saya sgt berharap Allah bagi saya kesihatan yg baik utk saya tempuhi hari2 penting ni. Ya Allah ya tuhanku..bagi saya peluang utk bergembira sikit kali ni boleh?
Kwn2..tolong doakan utk saya juga boleh?
Di malam yg sejuk..saya memohon jasa baik kalian yg baik hati :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Penghujung Cintaku
p/s: Tunang saya dedicate lagu ni kat saya di FB. First time dengar. Thanks syg. Hampir 10 tahun berkawan. Beberapa kali putus hubungan. Dan setiap kali itu juga kita kembali mencari satu sama lain. Semoga kita akan terus bersahabat dunia akhirat dan sama-sama mencari keredhaan Allah.