Hari ni saya mulakan dgn ungkapan keramat lagi mendatangkan pahala.
Assalamualaikum...
Lama betul saya tak berblog. Masa dan mood untuk berblog telah hilang secara total sebulan dua ini disebabkan kesibukan saya melaksanakan amanah menguruskan acara pernikahan dan perkahwinan bangah.
Alhamdulillah. Segalanya telah selesai 22hb yg lalu. Lega sbb dah habis walaupun pelbagai rintangan dan dugaan saya sekeluarga hadapi.
Apa yg berlaku sepanjang saya menyepi?
1. Anak kucing comel bernama Jojo di entri sebelum ini telah mati akibat muntah-muntah dan tak ada selera makan. Saya saspek dia kecacingan. Tapi saya tak tahu nak ubat macam mana. Saya tak bawa ke klinik kerana saya trauma tiap kali saya bawak kucing-kucing kesayangan saya ke klinik mereka akhirnya mati.
2. 3 minggu sebelum majlis kenduri di rumah saya abah telah sakit. Terpaksa dikejarkan ke Hospital Pakar Selangor kerana masalah prostat. Selepas 3 hari abah dibenarkan pulang. Tapi masih memakai tiub saluran kencing yg membataskan pergerakan abah.
3. Satu lagi kejadian mengejutkan dalam hidup saya berlaku bebetul pada hari kenduri di rumah saya. Sehari sebelum kenduri abah saya demam dan tak larat bangun. Saya dan emak sangat risau. Petang itu oleh kerana saya sangat stress saya juga telah sakit. Di hari kenduri abah langsung tak upaya nak bangun berjalan. Dia hanya duduk dan bersalam dengan tetamu secara duduk juga. Pukul 3.30 petang di mana majlis belum lagi habis sepenuhnya (majlis jamuan habis jam 4 ptg) abah telah kekejangan. Mujur adik beradik saya yg lain semuanya lelaki. Abah di usung ke dalam bilik. Jam 6 ptg emak memanggil saya. Abah nampak tenat. Adik saya yg tahfiz Quran sedang membaca yasin. Emak saya mula menangis. Melihat keadaan itu saya juga menangis. Nafas saya sesak. Saya belum sedia utk kehilangan abah. Saya call sepupu saya. Puas saya mengajar abah mengucap. Adik saya yg sedang membaca Yasin juga menangis. Kami bebetul hilang arah. Tak tahu nak buat apa. Mujur ada seorang jiran. Beliau mengarahkan kami memanggil jiran kami yg bertugas sbg doktor pakar di IJN. Doktor suruh kami bawak abah segera ke hospital. Dia juga suruh saya call ambulans. Sbb abah menghadapi kesukaran bernafas dan tidak boleh duduk di dalam kereta. Sampai sahaja ke Hospital Pakar Selangor saya dan mak di arah keluar dari emergency room. Syukurnya setelah 15 minit doktor panggil kami memberitahu abah dah sedar. Saya dan mak menangis. Syukur Ya Allah. Kami diberi peluang kedua utk bersama abah.
Emm.. tetiba saya rasa nak mendiamkan diri sejenak. Hari ni perlu ke post office utk claim rebate.
Lain kali saya cerita lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan