Hari ni sebaik celik dari tidur saya teringat kerja yg berlambak. Mandi, pakai baju baru yg di beli di Tesco, kemas2 wardrobe sikit dan duduk di workstation. (Bau baju baru memang best kan!)
Isnin ni di rumah saya ada majlis bacaan yaasin & tahlil arwah. So kena kemas living hall utk tetamu duduk. Di dalam rumah cuma utk bacaan yaasin & tahlil tu saja. Makan makan kami buat di luar rumah. Kali ni juga semua urusan penyediaan makanan kami serah pada katerer yg sama buat katering masa kenduri kahwin adik saya. Jadi mudah sikit.
Selain perihal rumah dan keluarga kerja2 study juga bertimbun. Manakan tidak. Cuti 3 minggu berlepak lenggang kangkung saja. Sekarang bila dah suntuk baru terhegeh2. Memang tak dengar ckp abah betul! Isk..
Di sebabkan saya dah menggelupur, dari pagi tadi saya sudah duduk di depan laptop. Terhegeh2 membrowse sana sini mencari jurnal. Teringat pulak jurnal utk discussion next week blum print lagi. Tengah elok nak print ink pulak kedaung. Alahaiii.. memang menggelupur. Saya capai refill ink. Baru beli ni. Belum buka lagi. Di sebabkan saya bongok bijak saya cucuk seal botol ink tu dgn syringe. Sekali… makkkkk!!! Ink telah terpercik. Padan muka! Habis sudah baju baru ku yg berbau baru itu. Ish ishhhh…
Saya pantas ke bilik air. Tanggal baju dan cuba menghilangkan tanda2 percikan ink. Gagal menghilangkan semua. Lalu mengambil keputusan utk merendam. Dah terpaksa cari baju lain pulak utk di pakai. Huh!
Tu lah dia.. BAU YG SEDAP SEKEJAP JE~!
1 ulasan:
boleh hilang ker klu kena ink tu
rasanya kenakan air skit pastu gosok dengan sabun wangi
baru sng nak hilang
Catat Ulasan