Rabu, Februari 09, 2011

Problemo berlambok~

Hahahahahahah hihihihihihi huhuhuhuhuhu…
Saya mulakan entry ni dgn gelak ketawa secara melepas lepas. Err.. kira gelak habis habisan la maksudnya.
Kisahnya saya aritu balik kampung kan. Lepas tu beberapa bulan yg lepas (sebelum majlis tunang saya tu) rumah pusaka peninggalan arwah atuk saya kena rompak. So sejak tu kami belum pun balik dan tengok hasil kreatif perompak tu. Sekali tengok masa cuti chinese new year tu haaa… ambik.. sangat kreatif menyelongkar rumah pusaka yg ada hanya ‘roh-roh’ yg datang dan pergi tu. Apa yg nak di cari pun tak tahu la. Mungkin nak cari emas harta karun semua. Tp bongok la sangat pikir tu. Dah nama pun rumah pusaka yg tinggal sisa-sisa kenangan je apa la sangat yg ado? Anyway ada jumpa ke arwah-arwah yg dok singgah? Actually, bila di rujuk pada orang-orang yg berpengetahuan kami boleh agak la motif dan siapa gerangan perampok tersebut.
Okay. Tu satu cerita. Cerita lagi satu. Petang selepas kami berangkat dari rumah pusaka tu tetiba mak andak saya yg dok sorang diri jaga rumah tu bagi tahu yg dia di serang oleh jiran yg merupakan suspek utama kejadian rompak tu. Utk pengetahuan, kalau la ada yg kata mungkin dia nak merompak mak andak saya sbb maybe ada emas berlian ke kan.. ni saya cerita lagi detail. Mak andak saya tu bukan berharta pun, dia pun penerima bantuan kebajikan masyarakat setiap bulan sebanyak RM100. Segala emas pitih memang la nan ado. Tapi malangnya di hari kejadian mak andak rupanya ada simpan duit seribu lebih utk dia beli oven. Dia memang suka buat kueh mueh. Hangus dan hancur lebur impian dia nak beli oven. Berapa lama la kumpul duit tu kan. Hmmm… so dipendekkan cerita kami dah buat laporan polis dari jauh sbb in case ada pencerobohan ke apa yg buruk berlaku ke memang tak de orang lain yg buat. Sekian.
Kisah ketiga pulak. Hal rumah sewa emak. Ada dua buah yg bermasalah. Bukan ada banyak buah pun sampai berpuluh2 seperti org lain. Tapi yg sikit tu la macam2 masalah. Yg satu di suruh keluar berdegil. Nak tunjuk bukti bagai. Lepas tu siap sms mak kata mak buat dokumen palsu. Hoihh.. sesilap kang haku pulak buat police report kata kau yg buat tuduhan palsu. Dah tentu bank statement tu esok baru haku nak ambik dari bank. Palsu kebendanya? Cuba la guna kepala otak tu sikit. Ke byk benor mkn haram sampai pikir pun tak boleh rasional. Yg paling tak boleh blah dia siap kata emak saya tu ‘Orang tua biawak’. Amboii .. manis sungguh mulut org2 sekarang ya. Kesian. Memang ler haku kesian.
Kisah ke empat dah setel semalam. Tu pun satu hal. Bayar sewa tak pernah yg betul. Deposit pun dah habis di guna. Sudahnya mak suruh adik saya yg dok kat area tu pegi tampal iklan rumah sewa. Bagi masuk tenant baru lagi senang. Byk jugak org call. Bila dah tengok agaknya rumah tu dah di iklankan merata, baru la tahu nak bayar sewa. Tu pun memula nak bayar sebulan. Bulan ni konon tak nak bayar lagi. What the fakk! Lepas mak berkeras halau orang tu tahu pulak bayar full. Haihh.. pelik haku org2 zaman sekarang ni la. Tp kes yg ni saya takde la kesian sgt sbb dia still ckp bebaik dgn mak. Takde la keluar segala gelaran apa2 pun yg kami dgr. Yg kami tak dengar tu ko punye pasal la. Akhirat sok ko cari la mak haku nak mintak maap yo..
Hoh! Tension i tau. Dah ler friday ni kena submit satu assignment. Buat last minute sbb samples bercuti raya cina seminggu kan. Hishhh.. nasib baik dah divide task kat group member lain. But still.. grrr..
Kes ketiga tu saya dah mintak tlg tunang saya handle. Sbb saya kang buat bdn-gigil2-baran-tukar-jadi-hulk kang saya plak jadi tak rasional. So let they talk man-to-man. Byk sgt cerita jom ke balai polis jela. Undang2 ada kan. Lagipun dah sah2 rumah tu mak punye. Bukan Ahmad Albab punye. Cit!
Udoh ler. Saya nak gi baca buku utk assignment tu. Layan sangat manusia2 sengal ni buang masa je. Tp kan… memang gangguan emosi betul la.. eiiii..
Adios~
signature

1 ulasan:

lily lotus berkata...

yeah! mari abaikan mereka yg tak bermakna itu :D