How's my life? Saya sedang bercerita secara panjang lebar di dalam hati. Yg mahu di kongsi hanya sedikit shj. Saya dah makin pandai masak. Hihi.. well. Sila berbangga. Dulu sayalah yg pemalas memasak. Sayalah yg pemalas ke dapur. Tapi bila tukar status semakin
Tapi tu semua akan berjalan lancar kalau saya sihat. Kadang2 tak berapa nak sihat. Kadang2 tak berapa nak tegak. Macam sekarang. Dah beberapa hari sakit belakang. Sudahlah begitu. Di serang demam selsema pula. Jadi sudah 2 hari juga saya dan suami berkhemah tidur di ruang menonton tv je. Kisahnya kalau makin melarat emak senang nak jenguk. Maklumlah luar bilik dia je. Ruang ni nostalgia tau. Banyak kenangan. Di sinilah saya merempat tidur semenjak arwah abah sakit. Saya tak nak tidur di bilik saya sbb nanti susah nak dengar apa2 kecemasan di waktu tengah malam. Dah la bilik di tingkat atas. Memang susah nak dengar nanti. So sebagai pasangan yg ideal dan comel lagi berjiwa kental terbungkang la kami suami isteri di situ. Tak jadi hal pun.
Update tentang saya lagi. Oh..kisah masters saya. Alhamdulillah sudah di tahun akhir. Sudah di penghujung. Yg di hujung ni lah payah nak ditamatkan. Macam2 nak difikirkan. Macam2 nak buat. Dah elok2 fikir tetiba bertukar fikiran. Patutlah lecturer saya kata "Jgn fikir byk sgt". Sbb bila fikir byk sgt ia langsung tak bergerak. Lagi haru. So sekarang saya sedang berada di kondisi haru. Haru biru hidup sbb tak tahu nak buat apa. Semuanya serba bland. Kaku. Beku. Lesu. Siku kang!
Hihi.. anyway kalian tolong doakan saya ok. Moga saya tabah menghabiskan study yg tinggal sikit ini. Moga saya sihat. Moga semuanya dipermudahkan.
Terima kasih.
p/s: Husband saya belum pulang dari kerja. Dan saya dengar Mayonis (kucing saya yg gedik tp dah tak gedik sejak masuk hospital dulu) dah terbatuk2. Lapar dah Myo. Manalah daddy ni?
:p
1 ulasan:
tahniah sebab dah pandai masak :)
Catat Ulasan