So .. hari ni genap 6 bulan saya dan suami disatukan sebagai suami isteri. Kami nikah pada 25 Nov 2011 hari Jumaat. Dan hari ni pun Jumaat 25 Mei 2012 genap la 6 bulan. Sepanjang 6 bulan ni mcm2 perkara dah berlaku. Mcm2 ups and downs. Mcm2 dugaan. Mcm2 berita gembira. Mcm2 berita sedih. Sampai satu tahap saya tak yakin saya dapat lalui semuanya. Tp alhamdulillah. Setakat hari ini 'masjid' dan kebahagiaan ini masih bertahan. Byk faktor luaran yg membantu dgn sokongan, doa dan sebagainya. Kesimpulannya dlm hidup saya keluarga adalah elemen paling penting. Emak especially.
Jadi hari ni saya baru nak update psl wedding sayalah. Catatan ini pasti akan jadi kenangan saya utk hari tua. Dan boleh juga jadi panduan pada sesiapa yg baru nak berkecimpung dlm arena membuat persiapan kahwin ye. Persiapan dlm erti kata pengantin buat semua from A to Z.
1) Katering
Katering kali ni saya guna khidmat Mutiara Catering. Punye jauh nun di Sg Penchala sana. Kisahnya Nabil Raja Lawak tu pun kahwin guna the same caterer. Service wise.. nak kata bagus..boleh la. Semua yg saya mintak dpt kecuali kerusi makan pengantin. Itu jela yg tak puas hati pun. Tapi tak jadi kudis la takat pengantin duduk kerusi biasa pun. Makanan pun ok. Servis pun ok. Yg paling bahagia sbb dpt theme color yg saya cari. Mula2 dia pasang warna lain juga. Tp saya secepat kilat sedar so dia tukar. Kesimpulannya guna khidmat diorg ni mmg profesional la jugak. Pro dr segi if ko tak bayar full pagi tu dia tak serve makanan kat tetamu. Haa.. ambik ko! So yg agak liat membayar tidak digalakkan guna katerer ni. Ohh.. saya bayar utk makanan 800 org + khemah semua dia kira RM9.80/pax. Murah kot. Adik saya kahwin RM10/pax tak masuk khemah pun. Abg saya kahwin lg la RM12/pax pun tak masuk khemah. Saya siap dpt kek 3 tingkat free lagi. Nak suruh saya tempah kek 3 tingkat tu utk eksen2 je potong? Tak kosser ler..
2) Pelamin
Pelamin saya assigned mak andam saya buat. Bayaran utk pelamin + pintu gerbang tu RM1000. Pelamin tu pilihan mak dan makcik saya. Bab ni saya tak kisah langsung. Janji ado kerusi den nak duduk bergambar sudah. Dlm hidup saya takde konsep nak pelamin impian bagai. Sekian.
3) Make up
Make up seperti biasa saya guna khidmat mak andam masa saya tunang dulu. Senang berurusan dgn kakak ni sbb dia dah biasa dgn family saya. So dia tahu kehendak kami. Overall saya ok je. Utk make up 3 kali (nikah, resepsi perempuan & resepsi lelaki) saya bayar RM700 termasuk segala aksesori yg perlu utk pengantin lelaki dan perempuan. Murah tak? Saya rasa sudah murah. Sbb saya survey byk tukang mekap mahal2 belaka. Lagipun kita kena percaya pada konsep kalau sudah comel tak perlu tukang mekap mahal sgt. Wakakakakakak.. ehem. Maaf. Terlebih sudah.
4) Official Photographer
Yg ni kena bayar RM950. Tp ada kawan hubby snap pictures juga. So termasuk print gambar selain pakej bla bla bla.. total hampir mencecah RM1500. Pitam.
5) Busana Pengantin
Pergh.. busana la sgt. Dah tahu mmg takde saiz available utk bdn gems ni maka semua baju kita tempah. Dari baju nikah ke baju resepsi semua tempah. Pesen pun semua sepesen je. Semua pun baju kurung juge. Janji haku tak rimas masa pakai sudah. Cuma lace tu cari yg baik sikit la kan. Semua pun thanks to emak yg sponsor semua baju. Kos baju saya dan suami lebih kurang RM2k. Termasuk upah semua la. Tak termasuk baju bertandang saya sbb saya recycle baju tunang kan. Penjimatan di situ. Dan sekarang baju tu terperap dlm almari. Nak di pakai dah sendat. Isk. Ya. Makin gems lately. Kasihan.
6) Gift tetamu
Gift ni kita buat mcm biasa. Beli jenis beg sbb pikir yg org boleh recycle. Dlm beg tu mesti ada something yg kekal. So masa saya adalah mug cinonet tu. Tampal dgn stiker tempah kat PAS. Yg lelain bahulu tu tempah kat kak rozi. Kak rozi ni pun mmg yg supply bahulu setiap kali majlis kahwin rumah ni. Bahulu dia mmg menepati citarasa dan servis pun tip top.
7) Hantaran
Pink dari saya. 11 berbalas 13 ke? Entah. Lupa sudah. Hantaran ni pengantin buat sendiri. Dari A to Z juge. Gambar hantaran satu2 mmg takde. Sbb saya dah malas nak snap sana sini. Sbb dah di saat akhir dah penat melampau. Jadi hanya fikir nak habiskan secepat mungkin.
8) Bilik Pengantin
| Sentuhan Mat Bangla Famista. Tahan hidung sket ye noks :p |
Bilik pengantin ni saya cater kat satu kedai perabot pengantin kat Klang yg buat. Famista ke apa namanya. Dlm majalah pengantin ada iklan dia. So saya kosongkan bilik dan cat. Yg lelain dari katil, lemari, tirai, langsir, bunga dan sebagainya diorg buat. Harga? lain org lain harga dia charge. So tny diorg ye. Hehe..statement cover line.
Lagi apa eh? Itu je kot. So ini kisah kahwin budget gaya saya. Rasa dah cuba sesederhana yg boleh dah ni. Kira punye kira budget yg keluar dari majlis abg ngah, majlis adik dan majlis saya semua sama. Semua pun bawah 20k. Cukuplah. Takde maknanya nak berhabis hanya sbb majlis satu hari tu. Masa depan panjang lagi dik non.
Akhir kata, mari doakan semoga 'masjid' saya kekal ke syurga. Ada nak upload video tp try cari tak jumpa plak kat pc ni. Maybe dlm laptop kot. So nenanti je. Nak rushing ke UM ni. Ada hal.
See u nanti k.
Wassalam.
2 ulasan:
bagus semua info nie dpt membantu bakal2 pengantin di luar sana buat pilihan
ehehe.. nih kahwin berbudget namanya ena.. :D
Catat Ulasan