Akkekeke.. hihihihi..huhuhu.. hhahahahaha..
Ok dah.
Kisahnya saya kan pembuat bookmark besi tu. ‘Book hook’ namanya dlm bahasa omputih. Saya memula buat saja suka suka je. Sesambil jual pada yg sama minat sama suka dgn saya di facebook. Biasala kalau dah di facebook tu saya selalu la tag gambar bookmark pada kawan2 Fb.
Pada satu hariii.. (ala ala Usop citer hantu kak limah).. kak NB mesej saya. Dia bgtau ada wartawan HM nak interview pasal bookmark yg saya buat. Tanpa berfikir panjang saya pun setuju jelah. Masa tu saya fikir maybe dah sampai masa nak kongsi minat dan hobi dgn org lain di luar FB. Tapi tak fikir pulak mungkin satu Malaysia akan baca. Hehe…
Then.. kak kusyi (reporter HM & penulis novel.. pegi beli novel dia best tau!) email saya. Disebabkan kak kusyi berada di Perak masa tu sesi interview di buat secara online. To be precise by email. So saya pun cerita la dgn ghairahnya. Seronok sungguh cerita pasal buku ni. Cerita pasal aksesori buku. Perghh.. teruja!
Kisahnya juga semasa sesi photoshoot bersama bookmark saya .. ditakdirkan masa tu saya terima berita buruk. Yg tu nanti cerita kat entry lain. Byk sungguh dugaan. Rasa macam nak ckp je dgn kak kusyi “tak payah la cover cerita saya”.. hehe.. tp tidak! Tidak patah semangat. Terus juga bergambo .. dgn mak saya jadi jurugambarnye. Selamatt akhirnya…
Dan pagi semalam.. saya terima sms dari kak kusyi. Dia pesan beli HM hari ni. Wah! Saya dgn excited terus bgtau mak. “Jom pegi beli metro!” Dan mak pun melompat bangun. Excited jugak. Maklumlah dah lalui susah hati susah payah masa nak submit bahan aritu kan. So ke kedai ler kami. Beli 3 HM. Jgn tak tau. Satu utk di baca lunyai. Dua lagi utk di frame kan di gantung di 2 sudut rumah. Hahhaa.. amik!
Dlm kereta tanpa bergerak ke mana2.. saya terus selak HM. Terkejut den! One full page tu. Ingatkan berita kecik je. Mak pun punye la beria cari sudut2 kecik kat HM tu cari berita saya. Sekali tak payah susah2. Dgn warna my feberett (pun mcm tone Usop cerita hantu kak limah).. pink lg you satu page. Saya sangat suka. Owhh.. hepi seharian. Thanks to kak NB (yg sms saya juga pagi tu) dan kak kusyi juge sbb sudi highlight pecinta buku tegar yg kdg2 di pandang sipi ni.
See? Muka saya ketat nauzubillah sbb kondisi berita yg diterima hari tu. Syukur semuanya okay takat ni.
Apa kesannya bila dah masuk paper? Takde apa kesan sangat pun. Cuma tadi semasa saya mahu mengisi petrol di stesen minyak kegemaran tetiba mamat bangla yg jaga kaunter tu mcm mengumpat2 pandang saya. Masa tu saya terfikir “Huh! Tu ngumpat haku gemok la tu!”. Sekali baru teringat .. owh.. semalam keluar paper da. And owner stesen minyak tu jiran saya. Hahhahaha.. lariiiiii.. (sampai kurus :p)
Sekian. Sekadar berkongsi cerita. Ngeh~