Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi berada di tahun 2009.
Tahun 2009.. tahun yg penuh suka dan duka.
Tahun 2009 saya..
...menerima kakak ipar baru (read: bini bangah)
...menerima adik ipar
..dan..
... yang paling bersejarah di dalam hidup saya, di tahun 2009 saya telah hilang nikmat menatap wajah abah kesayangan, jantung hati, penawar jiwa saya. Jika suatu ketika dahulu saya sering terfikir bilakah tahun saya akan hilang abah. Dan telah tertulis tahun 2009 di usia abah genap 80 tahun saya ditinggalkan abah menemui Pencipta.
Emm..
I'm speechless now. Susah pula nak luahkan apa yg ada dalam hati saya sekarang.
Di akhir 2009 ini saya sudah mula mencari kerja. Satu permohonan telah di hantar. Dan mungkin banyak lagi akan menyusul. Emak kata saya perlu mencari kerja sekarang kerana tiada lagi sebab penting saya harus berkorban kerjaya dan masa.
Jadi .. fokus utama di tahun 2010 adalah mencari kerja. Sesambil buat masters saya kena kerja. Emak risau saya menjadi anti-sosial gara-gara saya sudah kelihatan selesa duduk di dalam rumah 24 jam.
Tahun 2010...
Selamat datang.. semoga saya dan emak serta keluarga dipanjang umur supaya dapat beribadah dengan lebih syumul.. semoga sihat walafiat semuanya.. semoga saya dan emak bahagia (fokus saya dan emak sahaja kerana ahli keluarga lain sememangnya sudah bahagia).. semoga bertambah rezeki saya dan emak.. semoga semuanya akan baik-baik sahaja..