Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Study. Papar semua catatan

Jumaat, September 24, 2010

Burning midnight oil~

Sekarang sudah pukul 3.45 pagi. Pagi Jumaat penghulu segala hari. Dan saya masih belum tidur. Emak sudah lama lena di buai mimpi. Sesekali terjaga juga melihat anak dara kedaungnya khusyuk membuat kerja. Okay. Ayat tak boleh blah. Dan khusyuklah sangat saya ya? Tetttt! Khusyuk menda kalau tengok laman Facebook lagi lama dari Microsoft Word ni. Ceh!

Namun begitu.. okay.. ayat adalah influence dari esei Bahasa Melayu utk assignment Sivik dan Kewarganegaraan saya. Memula tadi gear satu terkial-kial sbb selama ni banyak tulis assignment English. Dah lama tak tulis in BM skill karangan pun ke laut. Sekarang sudah masuk esei ke 3 baru nak stabil gear lima. Paling tak tahan sbb bahasa pun ikut bahasa blog. Ke lauta Atlantik jauhnya dari dasar bahasa sepatutnya kan. Ohh.. tak tahan.

Siang tadi (merujuk pada hari Khamis) saya sepatutnya habiskan pembacaan artikel2 yang mahu di review. Tapi saya tertidur. Bila dah tidur saya buat keputusan drastik utk berehat2 demi bersusah2 berjaga malam seperti sekarang. Sekarang ni selagi tak siap ekau jangan membuto. Paham?!!

Saya ni memang sejak dulu kala lebih selesa buat kerja last minute. Bila last minute pressure dia lain macam. Dan pressure lain macam inilah yg buat idea saya mencurah2. Tapi jgn tiru la okay. Lebih baik buat awal. Buat last minute ni banyak sangat keburukannya. Antaranya ialah (okay! Influence karangan tadi lagi) kita akan menggelupur panik bila kita rasa macam tak cukup masa je nak siapkan. Lagi teruk kalau jatuh sakit ke apa ke kan. Macam dua semester yg lepas. Bila abah meninggal saya langsung tak dapat buat assignment yg due minggu tu. Nasib baik ada partner yg memahami. Jadi saya cuma hantar apa yg terdaya saya buat je. Semester ni pun masa raya ni assignments semua due serentak. Semua kena submit hari Sabtu ni. Padahal tarikh pemberian tugasan dah sebulan dua yg lepas. Dah sibuk raya bagai langsung tak sentuh. Dah tu pulak kan saya demam dan tak sihat. Lagi la rasa bagai nak menggelupur.

Jadi adik2.. sila jangan tangguh kerja rumah atau tugasan anda okay!

Macam org selalu cakap “Biar lambat asal selamat”. Ehh.. tu lain.

Apa ek? Hahaha.. tidak tahu sudah! Abaikan. Sendiri mau ingat je.

Okay. Nak sambung buat lagi. Requirement kena lebih 1000 perkataan. Sekarang baru 336. Perghh.. byk lagi nok~

BFD40055E8192E0E2CA23FD77BA7ACEB

Khamis, Januari 14, 2010

155. Saya sedang malas

Huhu.. tajuk yg amats berkaitan dgn mood sekarang. Makanya entri bergambar selanjutnya tentang wedding itu ditangguhkan.

Punca saya jadi mood malas adalah kerana (skemanya ayat!).. setiap minggu saya akan ada esaimen bertulis. Ceh! Burriiinnng betullah.

Disebabkan itu saya telah menjadi manusia rajin minggu ini. Rajin membasuh pakaian hingga kain baju adik, adik ipar, emak, etc pun saya basuh. Rajin mengemas lemari lagi tuh. Udah di basuh siap kemas masuk dlm lemari. Kentang tak kentang lah kan...

Sudahnya esaimen saya juga kedaung. Esok nak ke kelas malam ni baru terhegeh-hegeh hendak membuat. Eh! Tapi sampai jam ini masih belum membuatnya lagi tahu?

Hikss..

Selasa, April 07, 2009

Study mode

Photobucket

Saya nak exam this coming 24th & 25th..


Doakan saya ya..


Berdebar nih..