Khamis, Mei 07, 2009

Ayat2 cinta

Akhirnya setelah reda gelora 'Ayat-ayat cinta' saya dapat juga menghabiskan novel tersebut. Ya. Saya akui novel itu byk unsur membangunkan jiwa. Lebih dekat lagi apabila watak utamanya sealiran dengan diri saya sendiri iaitu sedang membuat masters. Jadi sedikit sebanyak saya dapat lihat bagaimana orang lain yg 'senasib' dengan saya melalui kehidupan sebagai pelajar masters.

Rasanya tak perlu saya membuat review panjang berjela lagi kerana dah byk orang lain yg lebih expert buat. Jadi saya yg tak begitu expert ni cukup sekadar bersetuju dan mengangguk sahaja. Misi seterusnya adalah mencari dvd filem itu utk saya melihat sama tak versi buku dan versi filem. Hahhaha..

Untuk pengetahuan sekarang saya sudah ikuti group pembaca Malaysia di Goodreads.com. Sesuai dengan minat saya sekarang maka saya rasa adalah lebih baik saya join sesuatu yg saya minat. Bagi sesiapa yg minatnya sama dengan saya boleh juga join. Byk juga faedahnya dan info yg boleh didapati di situ tau..

Okla.. nanti saya cerita lagi.

Jaga diri.

Selasa, Mei 05, 2009

siaran langsung

huhu..saya sekarang sdg lunch di mcd hicom baru balik dr times warehouse sales. hehehehe.. berbaloi sungguh. saya dpt beli 7 buah buku dgn harga rm82 shj. nanti kt rumah saya cerita lagi ok...(guna PDA phone si Myl)

Ok.. sekarang saya sudah bersenang lenang di comfort zone saya iaitu di rumah. Seperti yg saya katakan di entri yg lepas memang pada mulanya saya tidak mahu ke mana2 book sales lagi setelah berhabisan ratusan ringgit di Pesta Buku dan juga Amcorp. Tapi kita hanya mampu merancang.. (hehehehehehe). Ok. Saya ngaku saya lemah berhadapan dgn timbunan buku yg mengasyikkan itu. Isk..hopefully lepas ni kalau ada book sales pun saya takkan tahu. Kena duduk diam2 dan habiskan dulu baca buku2 yg ada itu. Sila berdisiplin.

Di Times Warehouse Clearance Sale tadi saya HANYA beli ini..

Photobucket

Ya. Semua itu berharga RM82 sahaja. Maunya tak berpinar mato den!

Di bawah ni pulak yg saya beli semasa di Amcorp Mall beberapa hari yg lepas..

Photobucket

And officially saya adalah member kedai buku tersebut ok!

Apa lagi yg menggembirakan makcik mont ni?

Cuba tebakkk!

Adalah!

Isnin, Mei 04, 2009

Tetiba rasa semacam

Wah! Tajuk tak agak2.

Tapi itu ler..

Sesenja ni selalunya kat rumah saya akan ke udara channel oasis. Dengar org mengaji. Dengar program keagamaan. Dan dengar wirid.

Kebiasaannya bila dengar wirid saya ok aje. Tapi hari ni tetiba rasa semacam.

Perasaannya kali ni sangat lain. Sangat aneh. Dan seumur hidup saya yg dah menjangkau usia 30an tak pernah lagi rasa begitu. Rasa apakah? Emm.. biarlah saya simpan je dulu ya. Nanti suatu masa dan ketika yg sesuai saya kongsi. Sbb saya masih tak pasti adakah perasaan ini akan memberi apa2 kesan atau perubahan hidup ke satu fasa yg baru atau sekadar lintasan dari Syaiton Nir Rojim. Wallahualam..

Ya. Memang ada sesuatu di fikiran dan di hati yg sedang berkecamuk.

Update utk progress reading saya: Saya dah berjaya habiskan satu novel creative yg saya beli dengan harga RM5 di Pesta Buku yg lepas. Saya berpendapat buku tersebut tidaklah sebegitu teruk seperti yg digambarkan oleh seseorg yg tidak saya kenali yg mengatakan buku tu tak best langsung hingga dia pun malas nak baca. Emm.. more updates di blog buku saya.