Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan

Sabtu, Oktober 15, 2011

Big Bad Wolf lah kite!

Actually saya dah tahu tentang sale besar2an ni dah lama. Thn2 lepas mmg tak pernah pergi sbb lokasi. So dlm diary saya mmg tak masuk la sale buku yg satu ni. Thn ni jugak pada mulanya mmg tak nak pergi. Walaupun dlm hati tergedik2 je nak pegi pun. Seminggu saya sakit hati menahan. Tapi di saat akhir, bila lagi 2 hari je sale ni nak habis, bila kawan saya tanya pasal book sale ni terus saya text tunang saya ajak teman. Dan bila dia setuju je mmg macam impian jadi kenyataan la. So pepagi lagi hari ni saya dan dia ke MAEPS (tunang saya semalaman dok gather dgn geng dia kat area sini so dpt la ajak dia keluar awal pagi). Singgah beli breakfast di Drive-Thru McD (tempat diorg gather tu la). Beli Sausage McMuffin & egg. Ohh...sedap giler. Dah 2 thn tak makan.

Kami sampai MAEPS lebih kurang pukul 10. Masa tu tgk kat parking dan tempat tunggu tram dah ramai. Dlm hati saya dah resah. Sbb saya bajet dtg awal org tak ramai sgt kan. Tp saya salah. Hari ni Sabtu. Dan hari2 terakhir sale pulak tu. Memang la ramai kekdahnya. Tp parking masih byk la. Then kami naik tram. Excited sungguh saya naik tram. Maklumlah seumur hidup naik bas pun boleh di kira. Mujur dpt tempat duduk. Kalau tak tentu problem nak balance badan. Haha..

Sampai di Hall A saya tengok barisan dah panjang dan crowded. Fuhh.. rasanya masa tu baru je pintu tu di buka. Tapi masyaAllah.. ramainye manusia. Bila masuk je dewan tu saya dah gelap mata. Target nak beli 8-10 buah buku sahaja. Tapi tgk tu nak.. tgk ni nak. Oh..saya bawak shopping bag sendiri sbb tak nak usung kotak sana sini. Leceh. Masa saya mula browse buku2 tu masih boleh lagi bergerak dgn selesa. Tapi setengah jam lepas tu ..erghhh... dah mula rimas. Org himpit sini. Himpit sana. So lepas capai lebih kurang saya terus ajak tunang ke cashier. Eh.. saya suka la staff diorg ni. Sgt friendly dan helpful gitu. Bila saya unload buku dpn kaunter staff tu terus offer utk masukkan balik dlm shopping bag saya. So tak payah guna plastik bag. Wahh.. syok la kan.

Sebelum keluar saya sempat isi feedback form. Saya harap next year diorg buat jela kat MAEPS ni. Tempat luas. Selesa pulak tu. Overall saya sgt happy lah.

So ini je buku2 yg saya ambil. Ada satu yg mmg dlm wishlist saya tak dpt cari. Yg lain ni saya pilih sbb mmg kdg2 bila browse buku kat kedai mmg saya nak beli tp fikir dua tiga kali sbb harganya yg melambung. Saya rasakan boleh tak harga buku kat Malaysia ni bagi turun murah sikit so that semua org mampu nak beli dan baca buku? Kata nak budayakan membaca kan?



Kami naik tram utk balik lebih kurang pukul 11 lebih. Sampai parking tgk semua dah full. Dan jln nak masuk pun dah jam. Pheww.. mujur kami awal. Kalau nak tempuh crowded yg sesak banget tu mmg takde la nampaknya. Hehe..

BBW, insyaallah panjang umur murah rezeki thn dpn kita jumpa lagi ok. 

p/s: Buku setimbun tu cuma RM163 je (termasuk 3 buah manga utk di baca di kala tak larat nak tgk words byk2 :p)


Ahad, April 24, 2011

Aktiviti wajib setiap tahun~

Ya. Saya tahu saya sepatutnya fokus pada exam. Tapi saya tak boleh elak memenuhi kehendak yg satu ni.

Pergi PESTA BUKU!!!

Ohh.. mmg timing event tu diadakan agak tidak sesuai tahun ni. Sbb mostly pelajar IPTA sdg exam. Tapi saya rasa tak salah kalau dlm saat kritikal ni kita selit dgn reward setelah usai paper pertama.

Yeyehh!! Itulah yg saya buat semalam. Paper pertama saya duduki pukul 9 pagi hingga 11 pagi. Setelah segala prosedur serahan tugasan, tandatangan kehadiran sepanjang semester dan serahan skrip jawapan exam saya pun dgn senyum simpul meninggalkan bilik exam di tingkat 3 itu.

Sambil berjalan saya merenung ke tempat parkir. Oh yes! Tunang saya dah menunggu bersama dua orang anak buahnya, Ct dan Nuar. Masuk saja dlm kereta saya masih lagi tersenyum. Dlm hati ada taman bunga.

Kami tiba di parkir Hentian Putra lebih kurang pukul 11.30 pagi. Masih banyak lagi parkir. Cumanya kali ni kena letak kereta di bahagian bawah. Sebelum ni saya tak tahu pun ada parkir di bawah. Hikss..

Saya pusing2 di ruang pameran paling bawah dulu. Punyela ramai manusia. Berhimpit2. Bersesak2. Hishh.. rimas pulak. Lalu terus ke ruang lebih dalam. Sempat singgah di dewan .. err.. apa entah namanya tak ingat. Tapi berhampiran stage utama. Arghhh! Sesak! Mana taknya. Booth Ana Muslim dan PTS di ruangan yg sama. Dah memang setiap tahun booth PTS jadi tumpuan pelajar sekolah.. booth Ana Muslim pun sama. Yg pi letak depa side by side tu kenapakah? Dah jadi satu masalah nak jalan pun tak celus. Saya yg nak beli novel di booth Jemari Seni ni pun tak dapat masuk. Damn! Hilang mood. Terus decide naik atas.

Saya nampak semalam ramai sangat budak sekolah. Bas sekolah pun bersusun2. Maybe diorg tu buat rombongan ke situ awal sbb bulan Mei nanti nak exam (menurut anak buah tunang saya la). Sampai atas saya nampak booth publisher Jasmin. Singgah kejap belikan Yasin sebanyak 100 buah kiriman sepupu yang mahu mengadakan majlis nikah anak perempuannya Sabtu depan. Yasin tu utk di beri pada malam kenduri arwah dan tahlil. So saya belikan. Sempat beli buku 'Suami dan Isteri mithali' yg mak suruh. Ahakss..

Usai semua tu saya cari booth NB Kara. Kak yati cakap tahun ni booth dia kat depan tangga nak naik ke ruang buku international. Seronok! Saya beli 4 buah novel di situ. Memang saya beli novel setahun sekali je tunggu pesta buku. Baru berbaloi sbb boleh mintak signature penulis sekali. Sempat peluk2 muah muahh kejap dgn kak yati lepas tu kami ambil keputusan utk balik je. Sbb tunang saya dah lapar. Tak jadi naik ke runag international tgk buku2 TESL terkini. Takpe. Sabtu depan tunang saya dah janji nak temankan saya pergi lagi. Oh.. lupa nak cerita. Ada kisah lucu sebelum jumpa kak yati ni. Saya terbaca di wall FB kak yati promo 'Jumpa Norhayati Berahim di KLIBF 2011 Sejam RM2.50'. Serius saya ingat kali ni nak jumpa kena bayar. Sekali rupanya 'Sejam RM2.50' tu tajuk novel terbaru dia daa..




Saya dan kakak yg baik hati .. Norhayati Berahim




Saya dan kakak yg menulis artikel 'Gadis Penanda Buku' .. Kusyi Hirdan


Semasa turun di eskalator saya sempat bisik pada tunang saya. "Saya nak cuba nasib ke booth Jemari Seni lagi." Saya suruh dia, Ct dan Nuar tunggu di depan stage utama. Manakala saya menyusup masuk ke ruang dewan yg sesak tu sekali lagi. Arghhh! Boleh tak dlm sesak2 tu ada yg kentut? Ciss.. mmg tak patut betul. Oh.. lagi satu tak puas hati. Boleh tak lain kali pergi pesta buku jgn bawak stroller? Satu hal pulak kaki kita di langgarnya! Grr..

Saya beli 3 novel di booth JS. Selamat! Terus balik lepas tu. Singgah makan di Cheras (punya jauh mkn sampai ke Cheras kan? Hahaha.. ada nostalgia di situ).

Kesimpulannya, pesta buku semalam mmg ramai sangat orang. Dari kita excited terus mcm hilang mood. Sbb biasa pergi hari org bekerja. Takpelah. Nak buat macam mana.

Itu kisah kegembiraan saya. Kamu dah pergi pesta buku?





Ini je yg saya beli takat ni. Mungkin akan masuk lagi dua kot! :p




Isnin, Februari 14, 2011

Sedang membaca …

Yg tidak berkesudahan. Kaedahnya tahap kelajuan dan kegigihan membaca saya agak slow. Terutamanya membaca bahan-bahan akademik ni. Jadi … selagi belum habis maka terletak ler buku-buku ni di rak ‘sedang dibaca’ itu. Kecuali baca novel “Thirteen Tales” agak melaju la ..he he he…
Lola's0766
Pic taken using my cheap nokiah phone… huhu…

signature

Sabtu, Februari 12, 2011

Sedang membaca….

feb11
p/s: Cute tak bookmark saya? Pink lg you.. ^__^

signature

Sabtu, Januari 08, 2011

Book thong~

167210_473369952363_693237363_5659957_209853_n
Kalau dah namanya gilakan buku, apa jua yg berkaitan buku juga menggilakan. Heh~
Dua dari book thong di atas saya beli dari kawan. Yg lain saya bikin sendiri. Sudah ketagihan sejak azali.
Kebetulan hari ini adalah hari saya mengangkut buku dari perpustakaan, maka semua buku sudah di hiasi book thong. Hehehe…
Sekian coretan si penggila buku,
signature

Rabu, Disember 01, 2010

Hari yg sangat penat!~

Hari ni penat sbb kesinambungan semalam. Dah 2 hari berturut2 keluar beli barang je keje. Semalam beli brg2 nak buat hantaran kat puchong. Hari ni pulak ke Ikea nak beli bookcase. Selama ni saya dok simpan buku2 dlm storage box. So susah nak nampak and payah nak trace buku mana yg dah ada and belum ada. So perlu cari bookcase yg cantik bergaya sikit biar kemas dan sedap mata memandang.
Jadi ke ikea kita. Berdua sama mak. Sebelum masuk ikea singgah Ikano dulu. Masuk Aussino. Nak cari quilt cover. Sbb baru tunang je jadi beli yg sama design dgn bedsheet sedia ada. Nak jadi rezeki beli 2 king quilt cover set baru RM80 je. Berbaloi2. Alhamdulillah. Belasah jelah. Tu pun nasib baik dah beli quilt. Kalau tak merasa pulak beli quilt sampai Rm200++. Syukurrr dah ada.
Then terus masuk ikea. Merayap sampai jumpa Billy bookcase idaman hati. Tapi tetiba tak keruan sbb tgk macam tinggi pulak. Muat ke kereta ni? Nak guna delivery mmg tak kuasa la. Kata nak jimat. Kang kena bayo delivery RM70 semata2 nak angkut seketul bookcase je? Heh! Lagi la tak kuasa.
Pi tanya kat staff ikea diorg ckp boleh kecuali kereta myvi, proton dan lelain kereta kecik. Lega. Tapi satu lagi cabaran. Kotak bookcase tu beratnya mak aiiiiii .. tetiba tangan gagah perkasa haku pun tak larat angkat. Sadis. Tgk kiri kanan staff takde pun nak tolong. Nak panggil2 lagi la lambat. Sudahnya angkat sendiri juga pelan2. Tak mintak tlg mak sbb dia pun bukan sihat sangat. Kang lain pulak ceritanya.
Mujur nak masukkan dlm kereta ada mat bangla tolong. Salute abis sbb dia angkat sorg2 selamba ngok je. Makanan apa la dia makan agaknya?
On the way balik singgah Tesco lagi. Singgah mkn sizzling yee mee kat foodcourt yg sumpah takkan pegi lagi. Sbb kotor. Eii.. geli haku. Tray pun kedaung apa ke jadah begitu? Isk..
Kat Tesco sempat belikan baju encik cipetos sekali. Nak harap dia beli haram entah bila. So sila pakai baju kemeja pink tu nanti ye. Hehe..
Balik rumah satu cabaran lagi. Nak angkut kotak bookcase tu masuk rumah pulak. Aduhaiii.. rasa nak melayang2 badan angkut kotak tu. Tapi jgn risau. Sukses juga. Pelan2 angkut. Slow2 pasti berjaya. Walaupun akibatnya nanti ekau tanggung kemudian. Isk
Cabaran seterusnya .. hehe.. memasang bookcase tu. Tapi alhamdulillah. Senang je pasangnya. And the quality pun mmg worth it la. Tak sesia I angkut berat2 tadi.
Sekarang dah susun buku pun. Walaupun azab jugak dok angkut buku2 yg belum di baca turun dari bilik atas. Yg dah baca pulak angkut naik atas simpan dlm kotak. Sementara nak beli bookcase seterusnya utk library kan. Jadi dok dendiam dlm kotak tu.
PB290045
Kotak ini besar. Buku itu banyak. Sangat berat. Di bawa turun melalui tangga seorang diri. Sangat penat. Akibatnya tangan kanan adalah sangat sakit. Sapu yoko2 baru ok sikit.

PB290046
Ini gambar setelah bookcase siap di pasang. Siap susun buku2 yg dok simpan dlm kotak. Baru first layer susun tu. Next!

PB300047
Yg ni dah susun double layer. Sbb tak cukup ruang. Jadi yg masih dlm bungkusan plastik saya susun kat belakang. Yg depan adalah buku2 yg saya plan nak baca dulu. Stationery sume pun dah susun dlm kotak.

PB300048
Close up dah siap susun. Semua tu yg belum baca tau. Memang betul la. Perlu elak dari mengunjung kedai buku thn dpn. Encik Cipetos kata pesta buku pun tak payah pergi. Hishhh.. tak best la macam tu. Apa kata kita pegi jugak tp tgk2 je? *wink*
Selesai sudah edisi mengemas part 1. Nanti kena kemas hat lain pulak.
Signing off,
signature

Jumaat, Oktober 15, 2010

October ‘10 books..

oct10books
I can live without beautiful dress but I can’t live without books.
Ehemm… memanglah. Dah baju semua bukan ekau muat pun. Uhuk.. T__T
Jadinya buku adalah investment terbaik ya adik2. Walaupun mostly adalah novels… but saya ada plan utk menaiktaraf bahan bacaan yg di baca. Cuma tunggu poket kasi tebal sikit then baru boleh proceed. Buat masa ni redhalah dgn buku2 sebegini je. Tapi percayalah. Buku2 begini pun sangat bagus. Especially utk mereka yg ingin menguasai atau memperbaiki Bahasa Inggeris. Kajian telah dilakukan dan terbukti dgn membaca secara berterusan bahasa anda akan menjadi bertambah baik. Yg penting usaha ya. Usaha. Usaha tangga kejayaan. ^__^
Saya beli ‘Evening is the whole day’ tu sbb saya terbaca a good review pasal buku tu. Written by a Malaysian who lives in the US. Atau.. err.. rasanya macam pernah di sebut oleh lecturer American saya dulu je. Hmmm.. memory losss..
Carole Matthews tu mmg one of my favorite writer. Pernah baca satu novel dia dulu tajukk.. errr… memory loss again. Isk. Tapi gaya penulisan dia best dan tak memboringkan. Unlike Nicholas Spark esp Dear John memang saya tak boleh blah! Boring haku! T__T
The other two writers saya tak pernah baca lagi tulisan mereka. Tapi saya berkenan dgn cover sebenarnya. Dan bunyi tajuk macam menarik. Jadi sambar terus. Walaupun memula saya reserve buku Till Bagshawe ‘Do Not Disturb’ tapi saya letak balik sbb novel tu tebal sangat. Takut terboring di tetengah pembacaan dan potong stim. Hehe..
Jadi buku dah banyak. Bila nak baca? Yg beli Sept pun belum usik. Takpe. Beli dulu baca kemudian. Lagipun sekarang adalah masa sibuk mahu exam. Semester sudah mahu ke penghujung jadi kerja adalah bertimbun.
Sekian.
Signing off,
signature

Jumaat, Februari 12, 2010

Hari ini saya tiada kelas di UM. Sekaligus memberi ruang pada saya utk bercuti selama 3 minggu. Yeahoo! (Tapi dlm cuti pun byk perkara study yg perlu di fikir juga)

Walaupun tiada kelas tadi saya tetap ke UM ditemani emak. Tujuan adalah tidak lain dan tidak bukan (apa jenis ayat ni?) adalah utk meminjam buku di perpustakaan.

Saya dan emak juga menikmati lunch di food court Carrefour Subang setelah bermasam muka sebentar gara-gara tidak tahu membuat keputusan hendak beli atau tidak sales kasut XES buy second pair with only 88 cents. Muka yg masam kembali semanis madu semasa menghadap makanan yg ala ala je sedapnya. Saya makan yee mee soup. Mak pula dried chilli yee mee. Mee emak lebih sedap dari mee saya. Huhu..

Dalam perjalanan pulang emak berkata "Alhamdulillah.. tak luak duit beli kasut. Ada lah riak nak senang tu pada ko". OK. Memang sekarang kegilaan saya membeli kasut adalah berkurang sebanyak 60%. Sebabnya saya sudah ada kasut yg sangat selesa di kaki (kasut crocs malindi mango itulah). Di sebabkan kaki sudah tidak sakit dan selesa dgn satu kasut maka kasut-kasut lain di pandang hina anak tirikan. Syabas kasut crocs! Belilah yg original utk kenikmatan berganda. (Iklan kasut crocs percuma)

Sampai rumah saya rasa letih. Letih yg tidak tahu punca. Takkan pergi library pun letih sangat? Misteriiii.. heh!

Oh ya.. pagi tadi sewaktu saya sedang duduk duduk di ruang tamu bersama emak, tetiba datang seorang encik poslaju. Emak tanya saya "Engkau ada beli apa apa lagi ke?" Uikss.. saya yg tidak bersalah segera menafikan. Emak keluar. Dan masuk semula mengepit sebuah bungkusan. Rupanya hadiah dari PTS. Tak sia-sia saya masukkan iklan mereka dalam blog ni kan. Kan dah dapat sebuah buku.. ngee.. terima kasih PTS. Lain kali buat lagi ya.
(Gambar tidak di edit. Malas. Saya kan pemalas. Hehe..)

Malam ini saya rindu abah. Rindu sangat-sangat. Bagaimana mahu membasmi kemiskinan rindu?

Sabtu, Januari 30, 2010

161. Karnival MPH

Mungkin ramai yg tahu di Stadium Malawati sekarang sedang berlangsung Karnival MPH hingga 2 Feb 2010. Saya yg teruja kerana lokasi karnival berdekatan dgn rumah telah pergi ke situ pada hari pertama lagi.

Komen saya?

Emmmm... mula-mula sampai sudah keliru dengan jalan masuk. Jalan sini tutup. Jalan sana tutup. Satu entrance saja dibuka di tapak parking berhampiran. Ok. Itu bukan masalah besar sangat pun kan. Masuk pula ke dalam stadium.

Wohooooo.. di muka pintu sahaja sudah di sambut oleh penjual-penjual Si Grolier. Serta merta saya berasa agak jengkel. Di mana-mana pesta buku pun mereka inilah yg sering mengganggu emosi dan ketenangan. Hehe.. tak sudah sudah mahu promosi buku yg mahalnya satu hal, sudah saya katakan saya tiada anak pun lagi paksa saya beli utk diri saya sendiri. Huh!

Setelah berjaya membolosi si penjual-penjual tersebut saya terus menuju tempat-tempat buku. Kecewa sedikit sbb buku yg saya harap ada tapi tiada. Mungkin sbb saya sudah set kan di kepala akan melihat baaaaaanyak buku. Buku-buku yg clearance sudah semestinya ada defect sana sini. Misalnya saya sudah terbeli sebuah novel PTS yg rupanya byk missing pages. Boleh jual ek buku silap cetak begitu? Tapi ada jugak la beli buku-buku yg saya tak perlu pun tapi beli sbb murah.


Buku Stephen R.Covey itu harganya RM 7. Masih berbungkus plastik lagi. Walaupun tidak perlu tapi saya beli juga. Mana tahu nanti ada masa lapang boleh cuba baca. Buku Buat Duit dengan Menulis itu harganya RM 5. Beli juga. Mana tahu nanti nanti nak cuba menulis ke kan. Hehe.. buku The Rules of Wealth tu RM4.90. Saya pernah beli The Rules of Life tulisan penulis yg sama. Sbb saya tahu buku begitu mahal maka saya ambil. Novel To Mom With Love itu agak mahal sedikit. RM13++ kot. Hehe.. saya cari New Moon by Stephanie Meyer sebenarnya. Tapi tak jumpa. Dan buku yg terakhir itulah yg ada defect. Nanti saya hendak berhubung dgn publisher. Tengok sama ada boleh tukar atau tidak. Kalau tak boleh pasrah sahajalah dengan buku yg silap cetak tersebut. Tapi masih tak puas hati. Boleh ek jual buku tidak cukup sifat macam tu? Rasa teraniaya pulak. :p

Kesimpulannya, bagi diri saya sendiri saya agak kecewa dgn karnival tersebut. Rasa teruja saya padam apabila melangkah masuk ke dalam stadium. Tapi bagi anda yg nak cari buku utk anak-anak tu boleh la pergi. Saya lihat byk juga books for children di sudut clearance.

Dalam kecewa kecewa pun melayang juga duit saya RM50. Mana tidaknya, beli stationery saja sudah RM15 (saya penggila stationery juga ya!).

160. Tiada tajuk

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang seusai kelas saya ternampak ramai students um berkumpul. Semacam ada tunjuk perasaan. Kononnya mereka membantah sistem e-voting. Saya agak ada pilihanraya kampus sbb banyak poster di sana sini. Ada di antara mereka yg piket itu membawa objek yg seakan toilet bowl. Hihihi.. entah betul entah tidak mata saya ni memandang sbb saya sedang enak mengunyah biskut IKO bungkus warna putih yg sangat sedap (OK. Ini iklan biskut IKO percuma). Saya lihat ramai yg berpiket adalah pelajar perempuan yg beria-ia berteriak. Tapi yg saya rasa lawak adalah riak muka mereka seolah-olah gembira mencari glamour sahaja. Mana tak glamournya ketika itu memang jalan sesak sbb orang pulang kerja. Di tambah pula dengan piket itu lagilah bersusun kereta menuju exit KL. Saya ikut exit KL kerana saya mahu ke Amcorp Mall sebenarnya. Hehehehe..

Selepas lebih kurang 15 minit baru saya dapat lepas dari sesakan itu. Lega. Terus tuju ke Amcorp Mall. Memang dah lama rancang nak ke situ tapi selalu malas byk benda lain kena buat. Jadi alang-alang sudah ke um baiklah ke situ terus. Sampai di Bookxcess kedai buku favourite saya itu saya seperti biasa jadi gelap mata. Memang banyak sungguh buku. Mungkin ada new shipment. Sangat teruja. Dari depan saya ke belakang. Meluangkan masa di sudut kegemaran chic lit sahaja mengambil masa sangat lama. Belak sana belek sini. Akhirnya mengambil keputusan membawa pulang 6 buah novel (6 buah novel = RM102.95). Saya dapat book thong percuma juga. Kali ini saya pilih book thong warna merah sbb berkenan dengan bebola cinonet yg comel itu. Rasanya ini purchase pertama saya di kedai itu utk tahun ini. Harap-harap saya dapat habiskan bacaan semuanya sebelum kembali jejak kaki ke situ.


See? Saya beli Cathy Kelly's books; What She Wants & Past Secrets, Cecelia Ahern's Thanks for the Memories, Chasing Harry Winston by Lauren Weisberger, The Playground Mafia and Clicking Her Heels (cerita pasal kasut mmg selalu menghantui diriku). Rasanya dlm dua tiga bulan lagi baru saya jejak kaki ke situ lagi (kalau tak ada keperluan memburu la i.e tetiba buku dlm wishlist ada jual kan)

Keluar dari Amcorp saya tersangkut lagi dalam kesesakan yg tidak berkesudahan. Mujur trafik lancar selepas susur LDP (tapi sebelum nak sampai situ hazab la kematu bontoad :p).

Then, saya ke Mydin sec 18 pula. Emak kirim sayur. Pilihan sayur di Mydin adalah sesuai utk org kebanyakan. Betul ni. Sbb biasanya mereka dah siap bungkus dgn tag harga sekitar RM1-RM3 saja. Sekarang setiap hari lunch kena ada sayur. Lebih baik sayur hijau. Saya rasa sayur hijau adalah sangat sedap. Pilihan saya selalunya sayur park choy atau sawi bunga. Dan bakul shopping saya ketika itu hampir penuh dengan 2 jenis sayur itu sahaja. Pernah tak anda makan sayur hijau dan berasa tiada lagi makanan seenak itu lagi di dunia? Hik hik.. jadilah seperti kambing mbekk mbekk.. :p

Sampai rumah saya tengok emak keseorangan. Emm.. malas nak ceritalah. Ke kanan macam tu. Ke kiri macam tu. Ke depan macam tu. Ke belakang pun macam tu. Faham tak? Simbolik ni. Bebuat faham jelah ya..

Lagi apa ya? Oh.. entry ini saya backdated kan. Sbb sudah ada dlm draft dan patutnya publish on the day itself tp saya pulak malas nak upload pics. So backdated la sudahnya.

Coming up next... karnival MPH la kot!

Tah Tah.

Sabtu, Januari 16, 2010

157. Letihnya

Hari ini buat pertama kalinya saya telah memecah rekod peribadi. Saya telah masuk satu .. err.. kumpulan. Hehe.. bunyinya agak ekstrem.

Pagi-pagi saya sudah bersiap dan melaung mencari emak mengajak pergi bersama. Rupanya emak mengajak adik ipar juga. Maka pergilah kami ke suatu tempat.

Akibatnya saya telah mendapat satu suntikan baru. Dan insyaallah setiap minggu saya akan berada di situ. At least weekend saya sudah ada 'sesuatu' yg menunggu.

Cerita selanjutnya saya sambung apabila usaha menampakkan hasil.

Pening betul baca kan? Seolah melakukan kegiatan bawah tanah saja. Jangan risau. Saya tidak melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Nanti nanti saya cerita ok.

Setelah beredar dari tempat tersebut kami ke Jusco Bkt Raja. Saya hendak membeli sebuah thesaurus. Di Subang Parade semalam stok yg ada adalah buruk.



Disebabkan hari Sabtu di negeri Selangor adalah 'No Plastic Bag Day' maka saya dengan gembiranya membawa 'reusable bag' yg saya ada. Suka la bila ada hari macam ini. Saya nampak belum ramai yg membawa beg sendiri semasa membeli belah. Mungkin tidak aware atau apa pun saya kurang arif. Tapi saya secara peribadi adalah excited (sbb saya ada byk eco bag yg tidak digunakan).

Esok saya dan emak akan pulang ke kampung emak di Perak nun. Jadinya blog saya akan terbiar selama 3 hari. Doakan saya dan emak selamat pergi dan balik ok.

Anda semua jaga diri.

:)

Jumaat, Januari 15, 2010

156. Lawak hari ini

Seperti biasa hari ini saya ada kelas di um. Seperti tidak biasa semester ni kisahnya ada esaimen setiap minggu. Tidak termasuk mini pilot study yg harus dilancarkan utk mendapat 40%. Cis! Memanglah tidak boleh berjoget lambak.

Kisahnya lagi tadi sewaktu di kelas tetiba pensyarah saya hendak membuat sesi berkenalan. Sudah 2 kali saya mengambil kertas beliau tak pernah pun ada berkenalan bagai. Saya agak semester ini beliau adalah bervisi baru. Isk. Sewaktu tiba giliran saya meng'introduce'kan rakan di sebelah tetiba saya di landa gemuruh meluruh-luruh (ya, tiada perkataan 'melayu' sebegitu. Saya reka sendiri). Dan sudahnya saya telah membuat 'mistake' (guna perkataan 'mistake' dan bukan 'error' sbb kesalahan berlaku secara tidak sengaja. 'Error' pula merujuk kepada kesalahan yg disengajakan i.e si pembikin silap tidak tahu yg sebenar. Paham dak?) Hekss.. abaikan.

Sepatutnya saya sebut 'scrap booking' tapi yg terkeluar dari mulut tak berapa nak manis saya ni adalah 'book scrapping'. Sudah menjadi sifat semulajadi saya iaitu tetiba menjadi keliru. I keliru you! Auwww...

Heks..

Seusai kelas saya ke Subang Parade. Hajat ingin mencari kamus yg dicadangkan oleh pensyarah. Ternampak sebuah di MPH tapi sudah buruk. Orang customer service itu kata beliau boleh bagi saya diskaun sebanyak 15%. Cait! Sikitnya? Setelah berfikir selama hampir sejam tidak berganjak membelek kamus tersebut (serius lama tau!) akhirnya saya ber'decide' utk membeli. Buruk pun buruklah. Janji ado! Demand tak tentu pasal karang langsung melepas. Takpe. Nanti saya wrap cantik cantik jadi nampak cun juga.



Saya juga menyambar sebuah 'book light' yg berharga RM29. Malam malam ku tidak akan gelap lagi (tetiba!). Tatkala pulang (lamanya tak guna word 'tatkala' tersebut) saya memberitahu emak, "Mak, kalau abah masih hidup book light  inilah orang akan belikan utk abah". Emak diam mendengar statement saya itu. Ya. Saya kini tiada geng 'penggila buku' lagi. Isk.


'Book light' saya di dalam kegelapan.. cececeh!



'Book light' di waktu terang.. saya pilih yg rupanya begitu sbb rasa senang nak pegang.

Buku apakah yg sedang saya baca itu?



It's 'Twilight' people!

Biasalah saya kan. Orang lain dah berzaman khatam saya baru terhegeh-hegeh nak baca. Orang lain dah berribu-ribu beranak saya belum. Opsss... tersasar pula. Ampun ya.

Oklah. Saya mahu 'cuba' membaca. 'CUBA' ok. Makin tua makin pemalas Cik Mont ni. Hesshh...

Isnin, November 30, 2009

141. November read

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sejak habis exam saya mulakan tabiat membaca secara rutin. Tapi malangnya sejak dua tiga hari ini saya sibuk sangat dengan hal lain hinggakan buku terpaksa diketepikan. Akibatnya buku ketiga di dalam senarai di atas hanya dapat separuh dihabiskan. Insyaallah sambung lagi ke bulan disember.

Jumaat, Oktober 16, 2009

121. Pomegranate Soup

Photobucket


Lama betul saya cari buku Marsha Mehran ni. Mulanya saya baca preview di blog FunnyAccent. Nak beli di MPH atau Borders memang tak kuasalah mak. Mahal gitu kan. Nasib baik kedai favourite saya ada jual.


Status: Belum baca lagi (masa tak de doh! Exam woi!)

Ahad, Ogos 09, 2009

84. Tuhan Lebih Tahu

Photobucket

Usai pembacaan minggu ini. Seakan berkaitan sedikit tajuk buku dengan entri saya yg lepas.

Ulasan mengenai novel ini sila 'google'lah.

Heh~!

Tidak pandai menulis review kisahnya.

Currently reading: 'The Summer Garden' by Paulina Simons.

Jumaat, Julai 24, 2009

Hari yg sibuk

Hari ini saya agak sibuk.

Pagi-pagi selepas breakfast nasi goreng kampung yg emak masak saya dan emak menuju ke bandar Klang. Byk urusan hari ini yg perlu diselesaikan.

Pertama, ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Sedang saya menunggu di tepi bangunan saya telah dihalau oleh sekuriti dengan alasan tidak boleh meletak kenderaan di situ. Siap tunjuk signage No Parking lagi. Saya kata kenapa dia tidak menghalau kereta belakang yg jelas blocking pintu masuk utama? Malas mahu bertegang urat di hari Jumaat yg mulia saya beredar sahaja dgn perasaan bengang. Bengang kerana hanya kereta saya dihalau sedangkan kereta lain tidak. Kenapa? Sbb saya seorang perempuan? Emak pula sekembalinya ke kereta merungut tentang sikap pekerja kaunter di pejabat tersebut yg bersembang perihal peribadi semasa bekerja dgn rakan kaunter sebelah sedangkan urusan emak dan beliau masih belum selesai. Saya kata kenapa tidak complaint sahaja tentang sikap pekerja itu? Emak juga malas mahu merosakkan mood di hari Jumaat lalu bersabar.

Kedua, saya telah mengambil stok cookies utk pesanan kawan-kawan di tempat kerja lama saya. Syukur ramai yg suka cookies tersebut. Oh ya.. saya juga akan menjual cookies itu dlm packaging yg lbh kecil. Saiz cookies juga lebih besar dari yg dalam balang dan akan dijual dgn harga RM5 sahaja utk 10 keping.

Ketiga, ke tempat kerja lama saya menghantar cookies.

Keempat, saya ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS. Seperti biasa booth adalah sedikit dan tidak meriah. Mungkin masih hari pertama. Namun begitu saya telah membeli 3 buah novel: 'Surat Ungu utk Nuha'&'Panggil Aku Dahlia' dari booth Jemari Seni dan sebuah buku terbaru Norhayati Berahim 'Aku bukan Billy Miligan'. Semua dgn harga diskaun yg memuaskan. Tiada diskaun saya pun tak mahu beli. Hehehe..

Kelima, drive thru KFC di Seksyen 2. Membeli dinner plate utk mak abah dan saya order Chikaroni. Saya memang suka macaroni. Oh.. itu mengingatkan saya kepada Spaghetti Olio pula. Esok mahu membuatnya lah.

Ke enam, pulang ke rumah sahaja. Letih.

Esok mahu ke Klang lagi. Urusan wedding itu pula.

Sabtu, Jun 27, 2009

Cuma Dia

Seperti masa lalu, setiap kali adanya pesta buku di kawasan berhampiran, saya pasti tidak akan melepaskan peluang utk hadir. Bagi yg sudah mengikuti blog saya sejak dulu tentu sudah maklum akan kegilaan saya terhadap buku dan kasut. Ya. Saya berkongsi minat membaca dan 'gila buku' dengan abah saya.

Di pesta buku Alaf21 kali ni, saya cuba berdisiplin iaitu hanya membeli hanya beberapa buah buku sahaja. Tidak seperti sebelum ini di mana saya mengambil apa sahaja yg saya fikir bagus utk dijadikan koleksi.

Photobucket

Hari Jumaat yg lepas, setelah selesai urusan saya dan mak di beberapa lokasi sekitar SA saya terus ke premis Alaf21 di Seksyen 16 Shah Alam. Seperti yg telah ditetapkan saya hanya membawa pulang tiga buah buku yg 'hot' sahaja. Novel terbaru dari penulis Norzailina Nordin 'Cuma Dia', dari Ramlee Awang Murshid 'Mikhail' dan juga dari Siti Rosmizah 'Cinta Kau dan Aku'. Ketiga-tiga novel tersebut saya pilih berdasarkan review yg bagus dari penulis-penulis blog yg lain. Buah tangan utk abah juga tidak dilupakan. Kali ini saya membeli buku Karya Bistari yg bertajuk "Bid'ah Hasanah' utk bacaan santai abah dlm kereta sewaktu kami jalan-jalan. Oh ya.. saya beli juga satu buku resepi hidangan mi utk sudut 'skill' memasak saya.

Photobucket
Photobucket

Sewaktu membayar saya perasan kak norz (penulis Norzailina Nordin) ada. Saya minta beliau sign buku 'Cuma Dia' saya. Hajat nak bergambar utk blog tapi saya abaikan sbb malu. Hehe.. lepas tu menyesal. Ya. Saya memang kadang-kadang pemalu yg bukan-bukan. Yg membuat hati saya berbunga-bunga ialah kak norz cam muka saya. Mahunya tidak. Semasa pesta buku di pwtc tahun lepas saya asyik minta bergambar je dgn beliau. Lain kali jumpa lagi saya takkan malu-malu. Grab terus kak norz dan posing sehabis manis. Hehe.. oh ya.. maaf kak norz sbb saya tak tahu nak sembang apa. Saya cuma minta sign, salam dan terus pergi. Huhu.. saya memang tak pandai bergaul sebenarnya. Malu. Ya. Malu sebenarnya.

Itulah cerita saya dan 'Cuma Dia'. Ya. Cuma Dia.

Oh.. sewaktu mentaip blog ini juga hati saya berbunga-bunga. Tak sangka kak norz jengah juga blog saya dan tinggalkan jejak. Terima kasih. Hiks.. saya sedang membaca buku anda. Nanti selesai saya bagi komen ya. Walaupun tak pandai mengomen saya usahakan juga menulis sepatah dua kata. Cewah~!

Disebabkan hati saya berbunga-bunga, saya bagi 'bunga' ini pada kak norz.. :p

Photobucket

Isnin, Jun 22, 2009

Ahad, Jun 21, 2009

Pesta Buku Alaf 21 Datang Lagi

Calling all book lovers especially malay novel..

Photobucket

See u there~!

Khamis, Jun 18, 2009

Latest collection

Photobucket

Feast the eyes. Kill the time.

Ape daa saya ckp ni.

Hehe.. sangat tidak boleh tahan bila dapat tahu stok baru ni.

Jadi terus berlenggang kangkung ke sana.

Hangus lagi RM69.90.

Macam mana nak berdisiplin ni?

Ish ish ishh..