Isnin, Jun 15, 2009

Selesai satu perkara Bermacam lagi menjelma

Di hujung minggu lepas saya sibuk.

Khamis sibuk mengemas rumah, membuang habuk, menyusun bunga dan menyusun kerusi. Menjelang petang saya sempat membakar seloyang kek pisang. Hajat nak buat dua loyang tergendala kerana stok telur kehabisan.

Jumaat, saya membawa parents bersarapan di Khulafa. Mak dan abah order nasi lemak dan roti canai sekeping setiap seorang. Saya yg kontrol ayu cuma memakan nasi lemak sepinggan. Kenyang. Sebelum balik singgah pasar beli ayam dan daging dan lain-lain bahan masakan. Tak cukup dgn pasar singgah pula ke Tesco. Mak dan abah maintain berdating dalam kereta sambil makan kuih pau.

Sampai rumah mak mencuci ayam daging. Saya mengupas bawang. Mengisar bahan untuk rendang. Sesekali feel raya gitu. Maklumlah. Bakal besan nak datang kan.

Lepas maghrib, saya tergesa-gesa ke Giant mencari udang. Kenapa udang habis? Di saat saya hendak memasak spaghetti seafood olio udang pula menyorok. Namun begitu di Giant saya kutip juga saki baki udang 'mahal' yg ada. Dapat setengah kilo. Bersyukurlah. Utk mencukupkan bilangan 'haiwan laut' di dlm spaghetti saya nanti mak menyuruh saya membeli 2 ekor sotong yg besar gila.

Sebelum balik rumah saya ajak mak makan ais krim mcD. Cuaca panas sejak akhir-akhir ni membuat saya rasa memakan ais krim seperti memakan krim tanpa ais.

Masih lagi cerita hari Jumaat. Sepulangnya saya dari Giant saya terus membakar lagi seloyang besar kek pisang. Stok pisang banyak hasil kebun mak di Kuala Selangor. Jadi rumah saya sekarang kaya dgn pisang. Sambil menunggu kek pisang masak saya menonton Intan. Usai Intan saya terus capai mop dan mengemop lantai hingga berkilat. Semua kerja selesai lebih kurang pukul satu di mana saya terduduk di sofa keletihan.

Sabtu pagi sebangunnya saya dari tidur saya sudah terbau rendang ayam mak. Rupanya mak bangun awal utk masak rendang ayam beliau. Tugas saya adalah memasak dendeng daging, kuah kacang dan spaghetti. Menyediakan hidangan buffet juga tugas saya.

Seronoknya saya sbb spaghetti olio saya habis. Daging dendeng saya juga habis. Bagus. Selesai majlis suai kenal antara dua keluarga saya sudah terasa letihnya. Kerja mengemas saya biar orang lain buat. Tahu makan tahu la kemas ya. Giliran saya dan emak merehatkan diri.

Ahad adalah hari saya tidur sehari suntuk sampai pening. :p

Dan hari ini Isnin mood tidur masih ada. Tapi tak boleh la di layan sangat. Naik lemak pulak.

Esok saya akan ke IJN membawa abah.

Cuti saya dah nak habis.

Tak bestnya!

Khamis, Jun 11, 2009

Majlis Merisik

Cerita ini adalah bukan berkaitan diri saya.


Majlis merisik adalah utk adik bongsu saya. Hehe. Harap maklum.


Begini kisahnya..


Adik saya (sesatunya yg saya ada) adalah berjantina lelaki dan sudah berumur 29 tahun. Sudah sepatutnya berumahtangga (seperti saya juga tp saya cerita lain). :P


Jadinya adik saya itu telah berkenan dgn seorang gadis dari Damsyik .. opss.. bukan .. itu adalah dlm Ali Baba Bujang Lapok sahaja :p


So hari Ahad yg lepas kami sekeluarga telah pergi merisik si gadis bertuah tersebut. Saya kata bertuah kerana adik saya adalah anak kesayangan mak saya. Satu-satunya anak lelaki mak saya. Kalau jadi menantu mesti mak sayang juga. Camtu juga kalau sesiapa kahwin dgn saya. Beruntung sbb saya satu-satunya anak gadis mak (cewah~!).. tapi tak berapa nak untung sgt la sbb saya gemok gedempol. Jadi sila berdiam. Ok.


Kisah yg lebih menarik adalah saya sebagai satu-satunya kakak telah di suruh utk menyarungkan cincin merisik di jari manis si gadis. Auww~! Harap jadi tukang sarung jela saya ni.


Photobucket


Huhu.. itu adalah bukan aksi candid kerana adik lelaki si bakal pengantin telah menyuruh saya mengulang perbuatan utk snap pic.


Itulah ceritanya.


Weekend ni pula keluarga si gadis akan membalas kunjungan ke rumah saya. Acara berjumpa dan berkenalan dgn abah saya pula. Harap abah panjang umur dan sihat utk melihat kebahagiaan anak-anak.


Amin..


(Mata saya sedang berkaca)


Isk...

Rabu, Jun 10, 2009

Cendol yg nostalgia

Hari ini saya telah membawa mak dan abah saya ke bandar Klang atas satu urusan rasmi. Dek kerana kenaifan saya tentang pejabat kerajaan di bandar tersebut kami telah tersalah bangunan. Kasihan abah yg terpaksa berjalan di bangunan yg salah... :(


Nasib baik bangunan sebenar yg rupanya bangunan baru lebih selesa. Walaupun parking agak jauh dan saya terpaksa berjalan kaki seorang diri. Oh ya.. pegawai yg melayani urusan kami juga adalah sangat baik. Jadi itu sedikit sebanyak telah mengubat hati.


Sebaik keluar dari bangunan tersebut mak mengajak menikmati cendol di Pasar Jawa. Siapa yg biasa dgn daerah Klang pasti tahu. Mamak menjual cendol tersebut telah berniaga di situ semenjak saya kecil. Mungkin juga sblm saya dilahirkan. Saya tak pasti. Tapi memang dah sangat lama. Dan rasa cendolnya juga adalah sama. Sangat nostalgia di mana dahulu kala abah selalu membawa saya dan adik makan cendol ketika menunggu mak membeli barangan dapur di sebuah kedai Islam di situ. Lebih nostalgia lagi apabila kadang-kadang saya dan abah berkongsi satu mangkuk cendol. Dan hari ni saya pula membawa abah makan cendol. Tidak berkongsi tapi tetap duduk bersebelahan seperti dulu. Kami makan cendol di dalam kereta sahaja. Sambil saya menghirup cendol, saya merenung abah yg asyik menghirup cendol. Saya tahu di usia abah sekarang tiada apa yg lebih menggembirakan hati selain kasih sayang dan perhatian anak-anak. Alangkah bagusnya jika adik beradik lelaki saya yg lain faham.


Lain kali saya singgah makan cendol lagi saya snap gambar pula. Esok saya akan membawa mak abah jalan-jalan ke Putrajaya. Esok juga saya bercadang utk membawa bekal nasi lemak. Nanti boleh berkelah makan bekal di dalam kereta sambil menikmati permandangan indah bandar terancang yg menjadi kemegahan itu.


:)


Jumpa lagi nanti ya..