Rabu, Jun 10, 2009

Cendol yg nostalgia

Hari ini saya telah membawa mak dan abah saya ke bandar Klang atas satu urusan rasmi. Dek kerana kenaifan saya tentang pejabat kerajaan di bandar tersebut kami telah tersalah bangunan. Kasihan abah yg terpaksa berjalan di bangunan yg salah... :(


Nasib baik bangunan sebenar yg rupanya bangunan baru lebih selesa. Walaupun parking agak jauh dan saya terpaksa berjalan kaki seorang diri. Oh ya.. pegawai yg melayani urusan kami juga adalah sangat baik. Jadi itu sedikit sebanyak telah mengubat hati.


Sebaik keluar dari bangunan tersebut mak mengajak menikmati cendol di Pasar Jawa. Siapa yg biasa dgn daerah Klang pasti tahu. Mamak menjual cendol tersebut telah berniaga di situ semenjak saya kecil. Mungkin juga sblm saya dilahirkan. Saya tak pasti. Tapi memang dah sangat lama. Dan rasa cendolnya juga adalah sama. Sangat nostalgia di mana dahulu kala abah selalu membawa saya dan adik makan cendol ketika menunggu mak membeli barangan dapur di sebuah kedai Islam di situ. Lebih nostalgia lagi apabila kadang-kadang saya dan abah berkongsi satu mangkuk cendol. Dan hari ni saya pula membawa abah makan cendol. Tidak berkongsi tapi tetap duduk bersebelahan seperti dulu. Kami makan cendol di dalam kereta sahaja. Sambil saya menghirup cendol, saya merenung abah yg asyik menghirup cendol. Saya tahu di usia abah sekarang tiada apa yg lebih menggembirakan hati selain kasih sayang dan perhatian anak-anak. Alangkah bagusnya jika adik beradik lelaki saya yg lain faham.


Lain kali saya singgah makan cendol lagi saya snap gambar pula. Esok saya akan membawa mak abah jalan-jalan ke Putrajaya. Esok juga saya bercadang utk membawa bekal nasi lemak. Nanti boleh berkelah makan bekal di dalam kereta sambil menikmati permandangan indah bandar terancang yg menjadi kemegahan itu.


:)


Jumpa lagi nanti ya..

Tiada ulasan: