Sabtu, Disember 05, 2009

144. Midnight shopping

Beli beras di tengah malam pun 'midnight shopping' juga namanya. Ya dak?

Hari ini sepatutnya saya ke TM utk terminate talian tetap di rumah PA. Akhirnya rumah PA secara perlahan bakal di kosongkan. Mungkin sampai satu tahap saya bakal mengambil keputusan utk menyewakan rumah PA tersebut. Emm.. tengoklah nanti bagaimana. Kunjungan ke TM terbatal kerana sibuk memerhati para pekerja renovasi menghabiskan sisa-sisa kerja. Insyaallah jika tiada aral akan siaplah 'mahligai' peninggalan abah utk kami. Kalau dah abah tinggalkan semuanya indah bertaraf 'mahligai' di mata saya.

Sesambil memerhati pekerja itu saya mengambil kesempatan mengemas tempat yg hendak dijadikan surau keluarga. Dengan karpet bertimbun. Dengan barang-barang bersepah. Disebabkan saya alah pada habuk maka karpet saya telah minta bantuan bangah utk mengemasnya. Yg lain termasuk kabinet tv, meja tulis yg beratnya ya rabbi, kotak-kotak, frames dan sebagainya saya sendiri angkut dan simpan. Mana patut sorok saya sorok. Hehe.. kenduri kahwin punya pasal rumah mesti tip top tap tup. Esok saya plan nak hias dinding tangga yg kosong, memasang langsir, menyusun sejadah dan al-quran dan lain-lain yg perlu. Oh ya.. saya jumpa jam yg boleh set utk waktu solat tu tadi. Memang sesuai la di letak di surau tu kan. Tak sia-sia abah beli dulu. Emm...

Setelah selesai menyusun barang yg berat berat saya ajak mak ke Tesco. Memula saya hendak pergi seorang diri. Tetapi emak risau. Jika dulu doa abah sedikit sebanyak melindungi perjalanan saya. Sekarang siapa mau doakan gue? Jawabnya gue sendirilah donk! :p

Kat Tesco saya beli cheese cake yg berharga RM7.99 itu. Minggu lepas saya beli sedapnya adalah syorga. Tapi hari ini kurang rasa. Mungkin saya dah bosan.

Aku dah bosan! Aku dah bosan! Ye Yehhhh.. (tetiba.. layanzzz!)

Okla.. mak dah berdengkur krohh kroohhh.. saya teringin mau join.

Daa..

Selasa, Disember 01, 2009

143. Bosannye

Emm.. memang. Memang bosan. Nak baca buku tiada mood. Nak sambung menulis kad tiada mood. Nak makan tiada mood. Nak kemas rumah pernafasan tak berapa nak lancar.

Macam mana ni?

Oho.. saya agak tiada mood ni mungkin sedikit berkaitan dengan sistem pernafasan saya yg tak berapa nak lancar sekarang (read: semput). Teruk betul. Rimas dengan diri sendiri.

Misi mengedar kad petang tadi batal kerana hujan. Apa ke hal nak meredah hujan semata-mata nak mengedar kad kan? Kang makcik kena asthma kronik sapa susah? Makcik dan mak makcikkk gak yg susah! Kalau dulu abah makcik pun susah gak la sbb risau. Isk.. sedih ah..

Saya sedikit hairan dengan diri saya. Mengapa? Emm.. saya simpan dulu la. Nanti bila saya rasa nak share baru saya share.

Oh ya.. pagi tadi sebaik saja bangun tidur emak mengadu pada saya. Emak mengadu tentang kata-kata abah di minggu-minggu terakhir. Biji butirnya adalah perihal anak-anak. Detailnya saya simpan juga dulu.

Nampak sangat bosan melampau. Nak update blog tapi semua cerita pun tak nak share. Pirah!

Esok saya rasa macam kena keluar rumah mengambil angin. Asyik terperuk di dalam rumah telah menyumbang kepada kenaikan level anti-social saya. Saya plan nak ke Amcorp Mall saja. Ada Big Bad Wolf sale (read: book sales) yg besar-besaran di sana. Saya dah biasa ke sana berseorangan. Tengoklah esok.

Emm.. sampai ke paragraph terakhir pun masih terasa bosannya. Isk

Why la why why why????

142. Perihal jemputan

Malam tadi saya seperti sukar melelapkan mata. Saya lihat kad jemputan masih banyak yg belum di edar. Sedikit kerisauan melanda memandangkan majlis hanya tinggal beberapa minggu sahaja. Jadi malam tadi saya pulun menulis kad jemputan. Mujur senarai tetamu sudah di susun rapi.

Photobucket

Saya buat macam ni supaya dapat track tetamu. Kang kot ada yg tertinggal merajuk pulak. Huhu..

Kalau tak ada aral mungkin petang ini atau malam sikit baru saya ronda satu Shah Alam hantar kad ni semua. Emm.. patut pergi post office beli setem dan pos parcel yg mengandungi kad jemputan. Tapi mak macam malas keluar rumah noks! Bluergghh..