Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coretan. Papar semua catatan

Selasa, Februari 09, 2010

165. Macam-macam rasa

Ya. 
Minggu ni saya tiada keterujaan berblog. 
Minggu ini perasaan agak tidak stabil.
Minggu ini ada macam-macam rasa.
Minggu ini dapat tahu satu ilmu mencilok yg gilerr canggih.
Minggu ini minggu malas.
Minggu ini saya mungkin tiada kelas di hari Jumaat.
Minggu ini ada sikit untung (yahooooo!).
Minggu ini langsung malas tak buat brisk walk.
Minggu ini minggu mogok.
Minggu ini minggu menguatkan pertapaan (perghhh!)
Minggu ini minggu jiwang (peewwiiittt!)
Minggu ini minggu menangis layan blues (uhuk! isk isk!)
Minggu ini dapat mimpi jumpa abah (happy!)
Minggu ini minggu rindu (abah.. camne nak jumpa abah lagi?)
Minggu ini abah berpesan lagi (akan ingat pesanan itu.. saya cuba ya.. cuba..)
Minggu ini SAH saya tidak stabil.

Demikian sajak saya yg bertajuk "Minggu Ini" (perasan boleh tulis sajak)

Terima kasih sbb baca. (Nampak tak saya sedang senyum pada awak?)

Rabu, Februari 03, 2010

164. Laparnya

Pejam celik hari ni dah hari Rabu. Semalam saya ajak mak lunch di Kenny Rogers Amcorp. Rupanya hidangan quarter meal yg saya order sudah buat saya rasa seperti perut nak pecah. Sebelum ni selamba aje. Sekarang kalau nak makan luar kena kongsi dengan mak ler jawabnya.

Semalam sakit perut saya agak kurang. Cuma sakit belakang pula melanda. Tetapi hari ini sakit itu datang lagi. Emak yg melihat saya menangis kesakitan datang tolong mengurut. Emak kata angin 'jahat' dah ganggu perut saya. Ya. Memang jahat angin itu. Buat saya sakit yg amat sangat. Sudahnya telan garlic pill sebiji baru lega sikit.

Emak juga kata perut saya masuk angin sbb saya lambat breakfast. Dan saya rasa selain sebab itu saya juga kurang minum air putih. Jadi perut yg banyak ruang kosong angin sudah conquer.

Note to myself: Drink 6L water EVERYDAY!

Tapi sekarang saya rasa lapar. Tapi tak boleh makan. How?

Kasihan sungguh!

Khamis, Januari 28, 2010

159. Caca marba

Minggu ini adalah minggu kurang berinternet. Kebanyakan masa saya luangkan membawa emak ke Kuala Selangor melihat kebun, membaca novel 'The Learning Curve' by Melissa Nathan, menangani masalah keluarga {ingatkan tahun 2010 tiada masalah emosi berat) dan lain-lain chores yg biasa dibuat. Sudahnya internet saya biarkan saja. Oh ya.. semalam saya ke Karnival MPH di Stadium Malawati juga (nanti saya buat entri khusus tentang itu).

Minggu ini juga saya isytiharkan sebagai minggu kurang motivasi belajar saya. Sebabnya hari ini baru saya terhegeh-hegeh membelek artikel yg perlu di summarize utk class discussion. Pembahagian subtopics pun baru buat semalam.

Pejam celik pejam celik sudah lebih 3 bulan abah meninggalkan kami di rumah (saya kata di rumah sbb abah cuma 'pergi' kepada Pencipta lebih awal sahaja dan bukan meninggalkan kami secara total). Saya lihat emak sudah tidak SANGAT FRAGILE seperti dulu. Sudah mula kelihatan tenang dan memulakan hobi baru iaitu membaca kitab-kitab agama peninggalan abah. Sekarang sudah menjadi kebiasaan emak bercerita pada saya perihal hadith yg dibaca. Pendek kata saya adalah tempat emak berdakwah sekarang. He he he...

Esok saya ke UM lagi. Harap-harap perjalanan pergi dan balik cuaca baik. Tidak hujan lebat seperti minggu lepas. Minggu lepas hujan terlalu lebat hingga sukar melihat kereta di hadapan. Oh.. ini mengingatkan saya utk membeli payung kecil utk diletakkan dlm beg sekolah pink saya. Ish ishhh.. macam mana boleh lupa ni!

Khamis, Januari 21, 2010

158. Bagaimana menjadi manusia?

Seperti biasa di petang Khamis otak saya adalah serabut. Serabut dgn artikel yg ntah apa2 la nak dicerita. Serabut betul makcik baca. Tapi kena baca gak. Pastu lebih teruk kena summarize pulak. Huh! Faham pun ala ala je lagi nak summarize bagai. Maunya jiwa tak kedaung kan?

Oh abg Truscott.. mengapa you tulis complicated sangat? You ingat my brain boleh digest? Hey! My brain dah sikit je lagi nak fossilize tahu? Ish ishh.. abg Truscott ni.. (Luahan ini hanya di fahami pengikut ajaran Prof SLA saya sahaja..hehe)



Walaupun abg Truscott pandang saya dengan senyum manis begitu saya tetap tak faham artikel you lah! Hesshhh... (gambar credits to abg Gugel)

Ok. Next. Silat lihat tajuk di atas. Tajuk tersebut adalah mengandungi ciri-ciri kepoyoan tahap asid. Mengapa pula tahap asid? Entah. Sesuka hati mahu begitu.

Menjadi manusia adalah makan, minum, mandi, beribadat dan lain-lain. Penerangan lanjut tentang bagaimana menjadi manusia adalah tidak diperlukan di sini. Ini bukan tulisan ilmiah. Sekadar ingin meluah perasaan menjadi manusia yg tidak boleh makan. Terseksakah? Sila bayangkan sendiri. Komen saya adalah "Hilang satu nikmat dunia. Allah sudah tarik". Ok Fine.

Kamu sudah makan?

Belum?

Ok. Pergi makan sekarang. Biar saya membawa diri dengan jiwa raga yg sengsara menonton vcd "Si Badul" yg sudah berulang kali 'Play' tanpa henti hari ini. OH! Saya suka tengok cerita lakonan AR Badul (tetiba bagi statement begini).

Jaga diri anda ya. Makan jgn ajak saya.

BYE.

Sabtu, Januari 16, 2010

157. Letihnya

Hari ini buat pertama kalinya saya telah memecah rekod peribadi. Saya telah masuk satu .. err.. kumpulan. Hehe.. bunyinya agak ekstrem.

Pagi-pagi saya sudah bersiap dan melaung mencari emak mengajak pergi bersama. Rupanya emak mengajak adik ipar juga. Maka pergilah kami ke suatu tempat.

Akibatnya saya telah mendapat satu suntikan baru. Dan insyaallah setiap minggu saya akan berada di situ. At least weekend saya sudah ada 'sesuatu' yg menunggu.

Cerita selanjutnya saya sambung apabila usaha menampakkan hasil.

Pening betul baca kan? Seolah melakukan kegiatan bawah tanah saja. Jangan risau. Saya tidak melakukan perbuatan melanggar undang-undang. Nanti nanti saya cerita ok.

Setelah beredar dari tempat tersebut kami ke Jusco Bkt Raja. Saya hendak membeli sebuah thesaurus. Di Subang Parade semalam stok yg ada adalah buruk.



Disebabkan hari Sabtu di negeri Selangor adalah 'No Plastic Bag Day' maka saya dengan gembiranya membawa 'reusable bag' yg saya ada. Suka la bila ada hari macam ini. Saya nampak belum ramai yg membawa beg sendiri semasa membeli belah. Mungkin tidak aware atau apa pun saya kurang arif. Tapi saya secara peribadi adalah excited (sbb saya ada byk eco bag yg tidak digunakan).

Esok saya dan emak akan pulang ke kampung emak di Perak nun. Jadinya blog saya akan terbiar selama 3 hari. Doakan saya dan emak selamat pergi dan balik ok.

Anda semua jaga diri.

:)

Ahad, Disember 27, 2009

149. Persoalan lagi

Sambung lagi. Blog saya ini sudah menjadi tempat melepaskan apa yg terbuku di hati. Actually itulah juga tujuan saya berblog. Menjadi tempat mengadu. Dan lebih gah lagi mengadu pada semua yg membaca tanpa tapisan. Sadis sungguh.

Persoalan yg bermain di fikiran saya sekarang adalah.. bagaimanakah yg dikatakan tanggungjawab seorang anak lelaki kepada keluarganya? Atau lebih tepat tanggungjawab kepada ibunya?

Suatu ketika saya pernah belajar di sekolah bahawa tanggungjawab anak lelaki pada seorang ibu adalah total. Ia bermakna seseorang anak perlu menjaga kebajikan ibunya seperti mana dia menjaga kebajikan isteri dan anak-anaknya. Atau adakah sebenarnya kedudukan ibu adalah secara hakiki melebihi kedudukan seorang isteri? (Graduan ilmu agama lulusan al-Azhar sila jawab)


Saya biasa dengar pepatah 'Syurga terletak di bawah kaki ibu'. Ungkapan 'Syurga terletak di bawah kaki isteri' adalah mungkin pepatah baru di alaf baru yg saya tidak sedari? Heh!

Sewaktu menemani makcik saya menghadap makan malam saya sempat meluahkan apa yg berlegar-legar di ruang fikiran saya.

"Tanggungjawab anak lelaki pada emak dulu ke isteri?" tanya saya.

"Emaklah", balas makcik saya.

"Yeke? Tapi emak cerita lebih berharap pada anak perempuan utk bela daripada anak lelaki", kata saya lagi.

"Elehhh.. anak perempuan kalau dah jumpa laki pun lupa nak jaga emak", getus makcik saya.

Hoho.. nauzubillah.

Di dalam hati saya berkata, "Janganlah Allah ubah hati saya menjadi sedemikian rupa. Saya tidak tega melihat ibu bapa saya menderita. Saya tidak rela melepaskan tanggungjawab yg menjanjikan Syurga. Suami mungkin boleh jumpa dua tiga tapi ibu bapa hanya mereka satu-satunya tiada dua."

Saya sayang emak abah saya. Allah tahu mengapa saya belum berkahwin semasa adanya abah. Dan saya rela tidak berkahwin jika itu membahagiakan emak saya.

"Saya nak masuk syurga jumpa abah bersama emak"

p/s: Sudah beberapa hari emak mengadu sakit pinggang. Esok saya akan membawanya berjumpa doktor. Jangan bila dah tiada baru nak menangis beria? Opss.. tapi bini dah ada ganti. Kan?

Sabtu, Disember 26, 2009

148. Persoalan

Sejak habis acara kenduri perkahwinan adik saya ahad lalu saya seringkali dilanda seribu persoalan.

Mengapa begitu?
Apa sebenarnya?
Bagaimana nanti?
Siapa?
Bila agaknya saya nak kahwin? (Oppsss... HAHHAHAHAHAHHAHA<---- gelak bercapital letters seumpama gelak syaiton!)

Astaghfirullahalazim...

Soalan terakhir itu tidak ler begitu mendalam saya memikiorkannya. Walaupun sendiri sedar umur sudah semakin laju menuju pengakhiran. Isk. Sadis... (muka tunduk merenung lantai nan putih dan sedikit berhabuk).

Choy!!!

Actually kan.. memang fikiran saya terganggu sehari dua ini. Setelah semua amanah dan tugas selesai saya mula sedih teringat abah. Saya mula rindu. Rindu nak tengok abah berbaring di katil. Rindu nak bawa abah jalan-jalan pusing-pusing. Rindu semuanya. Dan kerana rindu itu saya kini tidur bertemankan 2 helai kain pelikat abah yg sering dipakai di minggu-minggu terakhir hayatnya. Emak pula pabila terpandang kain tersebut secara automatisnya akan menangis. Bermula kini hari-hari yg suram dan duka di hati kami.

Apa perubahan di dalam rumah sekarang setelah adik saya berkahwin?

Jawapan saya TIADA.

Rumah tetap sunyi sepi seperti dulu. Biasalah pengantin pasti dok berkurung je dalam bilik menghadap muka antara satu sama lain. Kadang-kadang saya kasihan pada emak. Emak memang bukan seorang ibu yg suka mengongkong anak-anak. Apatah lagi jika anak itu sudah berkahwin. Namun begitu jauh di sudut hati seorang ibu pasti sepi melihat suasana rumah.

Pernah suatu hari saya bertanya pada emak, "Apa mak rasa lepas adik berkahwin?"

"Tiada apa. Cuma mungkin rasa sudah ada 'penunggu' di tingkat atas", balas emak bersahaja.

Hiks.. saya tahu emak juga rasa apa yg saya rasa. Cuma masing-masing lebih suka berdiam dan simpan dalam hati. Dan bila dah boring sangat di dalam rumah emak mengajak saya keluar. Mungkin begitu lebih baik. Jika dulu hampir seluruh kehidupan saya utk abah dan emak, kini kehidupan saya hanya utk emak.

Saya terfikir.. jika emak tiada hidup saya utk apa?

Emm..

Sabtu, Disember 05, 2009

144. Midnight shopping

Beli beras di tengah malam pun 'midnight shopping' juga namanya. Ya dak?

Hari ini sepatutnya saya ke TM utk terminate talian tetap di rumah PA. Akhirnya rumah PA secara perlahan bakal di kosongkan. Mungkin sampai satu tahap saya bakal mengambil keputusan utk menyewakan rumah PA tersebut. Emm.. tengoklah nanti bagaimana. Kunjungan ke TM terbatal kerana sibuk memerhati para pekerja renovasi menghabiskan sisa-sisa kerja. Insyaallah jika tiada aral akan siaplah 'mahligai' peninggalan abah utk kami. Kalau dah abah tinggalkan semuanya indah bertaraf 'mahligai' di mata saya.

Sesambil memerhati pekerja itu saya mengambil kesempatan mengemas tempat yg hendak dijadikan surau keluarga. Dengan karpet bertimbun. Dengan barang-barang bersepah. Disebabkan saya alah pada habuk maka karpet saya telah minta bantuan bangah utk mengemasnya. Yg lain termasuk kabinet tv, meja tulis yg beratnya ya rabbi, kotak-kotak, frames dan sebagainya saya sendiri angkut dan simpan. Mana patut sorok saya sorok. Hehe.. kenduri kahwin punya pasal rumah mesti tip top tap tup. Esok saya plan nak hias dinding tangga yg kosong, memasang langsir, menyusun sejadah dan al-quran dan lain-lain yg perlu. Oh ya.. saya jumpa jam yg boleh set utk waktu solat tu tadi. Memang sesuai la di letak di surau tu kan. Tak sia-sia abah beli dulu. Emm...

Setelah selesai menyusun barang yg berat berat saya ajak mak ke Tesco. Memula saya hendak pergi seorang diri. Tetapi emak risau. Jika dulu doa abah sedikit sebanyak melindungi perjalanan saya. Sekarang siapa mau doakan gue? Jawabnya gue sendirilah donk! :p

Kat Tesco saya beli cheese cake yg berharga RM7.99 itu. Minggu lepas saya beli sedapnya adalah syorga. Tapi hari ini kurang rasa. Mungkin saya dah bosan.

Aku dah bosan! Aku dah bosan! Ye Yehhhh.. (tetiba.. layanzzz!)

Okla.. mak dah berdengkur krohh kroohhh.. saya teringin mau join.

Daa..

Selasa, Disember 01, 2009

143. Bosannye

Emm.. memang. Memang bosan. Nak baca buku tiada mood. Nak sambung menulis kad tiada mood. Nak makan tiada mood. Nak kemas rumah pernafasan tak berapa nak lancar.

Macam mana ni?

Oho.. saya agak tiada mood ni mungkin sedikit berkaitan dengan sistem pernafasan saya yg tak berapa nak lancar sekarang (read: semput). Teruk betul. Rimas dengan diri sendiri.

Misi mengedar kad petang tadi batal kerana hujan. Apa ke hal nak meredah hujan semata-mata nak mengedar kad kan? Kang makcik kena asthma kronik sapa susah? Makcik dan mak makcikkk gak yg susah! Kalau dulu abah makcik pun susah gak la sbb risau. Isk.. sedih ah..

Saya sedikit hairan dengan diri saya. Mengapa? Emm.. saya simpan dulu la. Nanti bila saya rasa nak share baru saya share.

Oh ya.. pagi tadi sebaik saja bangun tidur emak mengadu pada saya. Emak mengadu tentang kata-kata abah di minggu-minggu terakhir. Biji butirnya adalah perihal anak-anak. Detailnya saya simpan juga dulu.

Nampak sangat bosan melampau. Nak update blog tapi semua cerita pun tak nak share. Pirah!

Esok saya rasa macam kena keluar rumah mengambil angin. Asyik terperuk di dalam rumah telah menyumbang kepada kenaikan level anti-social saya. Saya plan nak ke Amcorp Mall saja. Ada Big Bad Wolf sale (read: book sales) yg besar-besaran di sana. Saya dah biasa ke sana berseorangan. Tengoklah esok.

Emm.. sampai ke paragraph terakhir pun masih terasa bosannya. Isk

Why la why why why????

Isnin, November 30, 2009

142. Gemok tiada yg hingin?

Entri ini adalah bersifat subjektif. Yeke? Entah ler. Meh baca dulu.

Bebaru ni masa anak-anak buah saya pulang berhari raya saya sempat bercerita macam-macam perkara. Antaranya ialah saya yg gemok.

Budak 1: Yg datang malam tu tunang Pak Usu ya mommy? (Mommy adalah panggilan baru utk saya ..weheeee)

Mommy: Ya..Itulah Mak Usu nanti.

Budak 2: Ooo.. hari tu Mak Ngah (read: bini Bangah) lepas ni Mak Usu.

Mommy: Haah.. cuma daddy je yg tak ada (merujuk kepada partner saya). Kita gemok jadi tak ada lelaki nakkan kita. Ada orang tu cakap badan kita macam rumah flat (read: lemak bertingkat-tingkat).

Budak 1: Hisshh.. mana ada macam tu.

Budak 2: Siapa yg cakap macam tu haa mommy?


(Dan muka mommy yg gemok gedem ni pun sedih)

Kononnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.. huhu.

Tapi perihal orang mengata badan saya seperti rumah flat itu adalah cerita benar. Tiada yg tidak benar melainkan benar belaka.

Tak pela..

Badan mak biar mak tanggung nok!

Sabtu, November 21, 2009

138. Stress satu keluarga

Sekarang ni satu keluarga di rumah Cik Mont adalah dalam kondisi stress.

Stress kerana wedding hanya tinggal 3 minggu.

Sedangkan rumah masih belum siap di renovasi. Kontraktor adalah berciri samdol tahap langit ke tujuh. Kisah kontraktor samdol itu mungkin saya akan blog di entri lain. Mungkin berguna pada anda utk mengelakkan anda mengalami stress juga.

Keadaan di dalam rumah adalah berantakan. Beberapa buah bilik akan di ubah suai secara total. Melibatkan pengubahsuaian fungsi. Maksudnya jika dulu bilik itu adalah bilik baju maka sekarang ia akan berubah menjadi bilik stor sepenuhnya. Misi membuang barangan tidak berguna juga sedang berlangsung secara besar-besaran. Oh ya.. selepas kenduri selesai saya juga akan ada home library permanent di tingkat atas. Sebelum ini library kecil saya adalah di sebahagian ruang tamu di tingkat atas. Ruang tamu tersebut akan di tukar menjadi musolla (surau) sepenuhnya. Semua pengubahsuaian ini adalah mengikut apa yg di rancang oleh abah sebelum ini. Walaupun sekarang abah tiada lagi tapi segala kenangan dan memori harus di jaga rapi.

Harapan saya supaya segala perancangan berjalan lancar. Walaupun tak cukup kaki tangan tapi selagi makcik gagah makcik buat nok!

Esok saya akan ke TTDI lagi. InsyaAllah. Kali ini misi mencari tudung utk pengantin dan juga bukan pengantin (saya ler tu :p). Dan mungkin beli sehelai lagi utk mak sebagai hadiah hari jadi pada 1 Jan 10 nanti. Early birthday present lah gitu.

Apa lagi nak cerita ek?

Esok je la sambung k.

Babai noks!

Jumaat, November 13, 2009

132. Bila manusia bersikap bodoh

Ya. Tajuk memang bunyi agak kurang sedap di baca. Tapi ketahuilah sesungguhnya tiada perkataan yg layak digunakan selain itu (ayat tak boleh blah ala ala terjemahan hadith gitu gara-gara membaca buku terjemahan RiadhusSalihin semalam).

Kisahnya rumah saya sedang di ganggu seorang manusia bodoh yg hidupnya tidak ada kerja lain melainkan mengganggu dan menyusahkan orang. Pada pendapat saya (ayat serius ni) manusia jenis ini sepatutnya dijadikan makanan haiwan liar di hutan Amazon. Walaupun saya rasa hakikatnya haiwan-haiwan lapar itu pun tidak berselera memakan dagingnya itu.

Kesan dari gangguan persekitaran tersebut maka mulai esok telefon talian tetap TM di rumah saya akan di potong. Amik ko! Dush! Dush! Lepas ni jangan nak ganggu lagi. Kasihan emak yg tak habis habis trauma dan tertekan.

Allah kurniakan akal cubalah fikir.
Allah turunkan wahyu cubalah baca dan ikut.
Allah bagi otak janganlah buat hiasan semata.

Ya dok?

Nyah kou dari sini setannnnnnnnnnnnnnn!

p/s: Penggunaan bahasa di entri ini adalah tidak sesuai di baca oleh budak-budak. Emak bapak budak sesekali baca tak pe kan? :p

Selasa, November 03, 2009

129. Bersediakah berhibernasi?

Salam Selasa.

Isk. Dah hari Selasa rupanya. Cepat sungguh masa berlalu sekarang. Tidak sampai 48 jam dari sekarang saya akan menghadapi peperiksaan akhir utk semester ini yg kedaung. Kepada readers yg baik hati tolong doakan saya k.

Malam tadi saya target hendak menghabiskan bacaan 2 bab. Tapi hakikatnya yg saya berjaya sudahkan adalah hanya setengah bab. Tak kisahlah. Yg penting bacaan itu berkualiti. Bacaan dikira berkualiti jika apa yg di baca masuk ke dalam kotak pemahaman. Dan menjadi tidak berkualiti dan sia-sia jika bacaan hanya sekadar renungan mata sahaja tanpa pemahaman. Gitu ya adik-adik. Hiks..

Sekarang saya perasan waktu tidur saya adalah kembali normal. Jika sebelum ini semasa hayat abah saya sentiasa tidur lewat hingga kekadang mencecah subuh tetapi kini pukul 10 malam sahaja saya sudah kedaung. Pagi tadi saya terdengar emak berkata "Malam tidur awal. Baca buku entah berapa ketul yg dapat". Hihihi.. Mak.. peace mak :p

Akibat dari bacaan yg tidak habis malam tadi maka mulai hari ini saya akan berhibernasi seperti beruang kutub di musim sejuk. Heh~! Jadinya saya tidak akan mendekati internet hinggalah selesai peperiksaan saya itu. Sila merindui saya wahai readers kelompok kecilku :D

Wish me luck everyone~!

Semoga jumpa lagi.

Wassalam.

Ahad, November 01, 2009

127. Hujan

Epilog duka gerhana saya postpone ke hari Jumaat. Kerana khamis ini saya ada final exam dan saya perlu kuat dan tabah. Kerana jika abah ada pun beliau tidak suka saya bergerhana sepanjang masa.


Ok. Seminggu dua ni saya perasan cuaca selalu hujan. Adakah sudah tiba musim tengkujuh? Siapa tahu sila jawab. Heh~!


Saya suka hujan. Bila hujan keadaan sekeliling menjadi sejuk. Saya suka sejuk. Tetapi terlalu sejuk hingga menggigil (seperti suhu di ICU KPJ Selangor) adalah kurang suka. Sekarang ini saya sedang lepak di katil saiz king abah dengan air cond terpasang. Setiap malam saya pasti on air cond dan set selama 3 jam. Selepas 3 jam automatic akan off. Taktik menjimat bil elektrik juga. Motif adalah utk menyejukkan bilik sahaja.


Oh.. tambahan kepada cerita saya suka hujan. Ya. Memang saya suka hujan. Sbb bila hujan tidak payah keluar rumah. Tetapi saya tidak suka kilat dan guruh. Takut. Sekarang abah sudah tiada. Kalau kilat dan guruh kuat sangat siapa mahu baca doa dan ayat? Isk. Sedih.


Sepatutnya saya baca buku sekarang.


Ok.


Saya pergi baca buku.

Sabtu, Oktober 17, 2009

122. Exam mode

Photobucket


Pejam celik pejam celik dah nak exam. Sebelum exam kena hantar segala mak nenek assignment. Bluerghh! Kekadang fikir rasa nak muntah pun ada. Tapi demi masa depan ler kekdahnya kena teruskan juga. Walaupun lately sangat malas.


Tu tengok tu. Sepatutnya buat assignment. Tapi yg dok terpampang di skrin laptop adalah facebook games. Kenapalah haku tersaruk antu games di saat ini? Bad timing sungguh!

123. Datuk CT sekangkang kera

Kisahnya malam semalam jiran saya yg kaya-raya itu mengadakan majlis tahlil sempena siapnya sayap baru rumah beliau. Malangnya saya tidak dapat hadir kerana dilanda penyakit muntah-muntah yg agak kronik. Sudahnya saya hanya mengintai di sebalik langsir sahaja. Dah tu rumahnya depan rumah saya aje kan.


Dan kisahnya juga Datuk CT Nurhaliza dan Datuk K turut hadir. Wah! Sekangkang kera aje jaraknya tu. Makanya dari mengintai di sebalik langsir saya melangkah setapak lagi iaitu mengintai di sebalik tembok pula. Dengan rambut kusut masai, dengan badan berbau tiger balm, dengan berkain batiknya (bistu dah sakit muntah cirit takkan nak pakai seluar pulak!).. maka saya dok lah mengintai di sebalik tembok di dalam kegelapan malam rumahku. Memang sengaja lampu sayap kiri tidak dinyalakan. Kasi orang tidak nampak rumahku yg seadanya itu.


Komen makcik saya, "Hensem jugak Datuk K tu ya". Kah Kah kah.. Ok. Memang agak hensemlah. Tidak buruk rupa macam cerita sinetron itu. CT? Punyalah ramai orang berkerumun. Sampai sanggup tidak pulang terus ke rumah semata-mata nak tengok CT balik. Tapi beliau memanglah cantik. Walaupun simple tetap cantik juga. Jika di TV persepsi saya beliau agak kontrol. Tapi bila di depan mata beliau pun biasa biasa aje. Takdelah nampak lemah gemalai sangat. Laju melesit je saya tengok masuk ke kereta. Cuma DK la saya rasa agak ..err.. apa eh? Kisahnya orang belum habis cakap dia dah undur kereta.


Dan kisahnya lagi saya tidak lah mengambil gambar pun. Sebabnya udah lah keadaan saya yg tidak semenggah lagi mau berflash flash di sebalik tembok karang orang yg dok menebeng di tepi gate rumah saya tahu pulak kehadiran seorang manusia 'busuk' di situ. Hiks.. malu lah ai you!


Ok. Sekian.


:p


p/s: Hari ini saya rasa ok sikit. Tak ada rasa nak muntah. Tak ada rasa nak cirit bir. Cuma perut rasa agak keras. Adeii.. harap oklah sbb esaimen saya belum buat lagi :(

Rabu, Oktober 14, 2009

118. Sudah discharge

Alhamdulillah.. abah saya dah discharge dari KPJ Selangor tengahari tadi. Terima kasih pada yg mendoakan. Doktor mengesahkan yg abah kena demam denggi. Sbb itu juga berlaku sedikit komplikasi pada paru-paru dan perut hingga penuh berair. Saya tidak tahu yg denggi boleh menyebabkan gejala sedemikian rupa. Bahaya sungguh. Nasib baik abah di bawa cepat ke hospital. Disebabkan rawatan awal itulah keadaan denggi abah tidak teruk.


Tadi sebelum saya naik ke bilik menghadap lappy saya sempat duduk bersembang bersama parents saya. Memang sejak saya tidak bekerja dan duduk di rumah 24/7 aktiviti melepak dan bersembang sudah menjadi tabiat mengisi lapang. At least diorang tidaklah sunyi sangat kan. Saya tengok abah sudah semakin pulih. Sebelum ni dalam seminggu dia selalu lemah dan letih hingga asyik tidur sahaja. Rupanya denggi itu penyebabnya. Huhu..


Sekarang hati saya sudah sedikit lapang. Maka dengan itu saya harus mula membuat assignment saya yg tertangguh. Sebenarnya belum mula pun. Minggu depan sudah perlu di submit. Haiyohh.. memang betul la semester ini tiada motivasi. Harap-harap masa depan tidak begini kekdahnya.


Doakan saya ya. Saya juga doakan anda.


Hiks..


Ok.. saya nak turun bawah kejap minum air. Lepas tu saya mula la buat kerja saya.


Jaga diri ok.


Bye..

Selasa, Oktober 13, 2009

117. Hospitalised

Malam tadi selepas mak abah saya berbuka puasa, abah nampak macam penat. Saya usulkan ke hospital utk rawatan. Yelah kita mana tahu kan apa-apa penyakit dalam badan. Lagi lagi pulak sekarang macam-macam penyakit timbul. Jadi pukul 8 lebih malam tadi saya bawak abah ke KPJ Selangor. Nasib baik dekat je. Dan nasib baik juga memang ada rekod kat situ. So urusan mudah.


Memula doktor suspek buah pinggang sbb perut abah buncit dan pusat sampai terjojol. Saya cuak takut jantung dia problem lagi je. Pastu doktor suspek jangkitan kuman pulak. Dan ketiga doktor suspek denggi sbb suhu badan abah tinggi juga. Demam malam pulak tu. Siang semalam elok je ikut saya jalan pusing-pusing.


So abah terpaksa admitted. Perlu pemantauan rapi sbb abah ni banyak pakej penyakitnya. Lemah jantung la. Kencing manis la. Darah tinggi la. Gout la. Memacam la.


Pagi tadi semasa menghantar emak ke hospital saya teman buat ECG, ultra sound dan X-ray. Lepas selesai semua saya balik rumah sbb nak basuh baju. Petang nanti saya ke sana lagi.


Alamak! Baju yg di laundry dah siap. Nak sidai dulu.


Tata.

Ahad, Oktober 11, 2009

116. Laporan semasa

Laporan 1: Jumaat lepas adalah sesi kunjungan saya kedua ke SPA. Kali ni lebih komprehensif treatmentnya. Saya masuk sauna (yg baru 5 minit peluh telah membasahkan kain batik yg saya pakai umpama terjun sungai je), buat full body scrub dan mandi susu. Antara semua tu saya paling suka mandi susu. Walaupun bau susu adalah sedikit busuk tapi saya suka bubble yg agak menghuru-harakan kain batik yg saya pakai. Oh! Minus bunyi bising jacuzzi tulah. Bingit seh!


Laporan 2: Ba Nau telah pulang pada petang semalam. Tamat sudah penantian saya. Akhirnya dapat jumpa Ba Nau semula. Sungguh tak sangka. Bila saya buka pintu Ba Nau tengok saya dengan perasaan lega. Dan saya pun lega. Cuma ia kelihatan seperti trauma sedikit. Mungkin kena kurung atau kena buang atau berkelahi dengan kucing lain. Tak kisahlah. Janji sekarang semua anak Tama sudah ada. Lega.


Laporan 3: Hari ini bersamaan hari Ahad saya telah berjaya menyudahkan projek cat rumah sewa di S10. Tenant baru juga sudah dapat. Barangan buangan peninggalan tenant lama juga telah selamat dikeluarkan dari dalam rumah. Hanya menunggu di buang sahaja. 15hb ini tenant baru akan masuk. Double lega.


Laporan 4: Lately saya selalu sakit dada belah kiri. Kenapakah? Mungkin patut buat check up di klinik?


Laporan 5: Saya penat. Mungkin mahu tidur awal.


Sekian.

Isnin, Oktober 05, 2009

115. Kepulangan yg dinanti

Kepulangan yg dinanti .. tajuk lagu rayakah?


Ok saya bukan mahu bernyanyi bersuka hati. Tapi saya menanti si Ba Nau. Yg masih tak balik balik. Hilang ke manakah? Kena langgar keretakah? Kena patuk ular lagikah? Kena pukul di rumah orangkah?


Isk. Ba Nau ni seekor kucing yg unpredictable. Dulu masa dia kecik saya tak berapa suka main dgn dia sbb dia dulu berkutu teruk. Bulu dia penuh dengan bintik-bintik putih macam kelemumur tu. Dah tu jarang-jarang pulak bulunya. Tidak lebat dan padat. Senang cerita tidak ler comel gebu. Tapi bila kucing hitam kesayangan saya si Ketong dulu mati, si Ba Nau inilah yg cuba memujuk saya seolah-olah menawarkan diri menjadi pengganti. Siap merayu-rayu lagi lagaknya memuncungkan mulutnya dan matanya tidak lepas dari memandang saya. Menjadi saya yg ambil masa utk menerima sesuatu yg baru memang saya lama baru boleh main-main dengan Ba Nau. Makin lama saya pun makin sayang dengan Ba Nau. Hingga saya membeli ubat kutu dan merawat dia bagi comel. Dan sekarang saya dan Ba Nau menjadi kawan baik. Sejak Citamuna mati dialah yg saya selalu dukung. Selalu main-main. Sebelum Ba Nau hilang saya main menyerabutkan bulu dia. Seronok sbb dia macam rimas je bulu dia saya serabutkan. Ba Nau ni kemahiran dia menangkap cicak di dinding. Memanjat grill dan pagar pun dia pakar juga. Kali terakhir saya tengok dia panjat pagar rumah ke tanah sebelah. Pastu berlari-lari melompat dalam semak nun. Lepas tu dia suka lari laju-laju dalam rumah sampai semua dia nak langgar.


Emm.. manalah Ba Nau ni. Mencari binikah?


Isk. Kot yer pun baliklah. Saya sedihlah.


:((