Khamis, Julai 21, 2011

Akhirnya ku cash out kan jua

Dah bertahun berblogging. Tapi berblog secara separa tegar. Di sebabkan itu maka bersyukurlah masih lagi dapat cek dari nuffnang ni.

cek nuffnang
Nilainya memang seciput je. Tapi bak kata emak “Sapa nak bagi kan”. Oleh itu bersyukur.
Syukur alhamdulillahh…
Cerita lain..
Birthday saya hari tu yg kekonon nak masak macam2 tu tertunda. Sedap sikit bunyinya tertunda berbanding gagal. Sbb effort dan niat itu masih ada. Cuma masa je belum dpt yg sesuai. Puasa pun dah nak dekat. Sesilap hari bulan raya baru laksana. Eh..tapi ada bahan yg perlu segera di guna. So maybe dlm next week la masak secara beria-ia.
Birthday saya yg ke 33 tahun ni sangat bermakna. Makan malam bersama insan2 tersayang (emak, makcik & tunang) di Restoran Tupai Tupai Seksyen 13. Kami makan steambot. First time makan steambot. Jadi makan pun secara bersederhana. Walaupun jika di suruh menambah lagi saya memang dah kenyang dan sebu. Tak boleh masuk lagi daa.. Lepas kenyang kami ke iCity. First time bagi mak & makcik ke situ. Saya dah beberapa kali. Tapi kali ni lebih bermakna sbb saya dan tunang saya masuk ke rumah salji. Saya insist nak masuk juga sbb badan saya panas. Berpeluh2. So masuk rumah salji kasi sejuk sikit. Beria-ia menyewa boot pua chu kang. Padahal bila masuk takde la sejuk sangat. Maklumlah lemak banyak. Rasa nak tidur je dlm tu. Tapi keluar cepat je sbb si dia dah kegigilan. Haha..
Sabtu ni pulak makcik saya tamat tempoh bekerja. Dlm kata lain dah pencen daa.. sekaligus birthday dia yg ke 55. Kami plan nak buat BBQ. Family je. Sekaligus sesi2 makan2 pra-ramadhan gitu. Menu yg saya nak sediakan cuma ayam bbq (maybe beli ikan, udang & sotong kalau ingat), coleslaw, mashed potato, spaghetti bolognese dan mak nak buat pulut tanak makan dgn serawa durian. Eh.. ckp psl durian. Teringat pulak durian belum beli. Nak keluar dulu la. Kang tidur pulak org jual durian tu. Harap2 ada.
Nanti cerita lagi okay..
Miss you.. haha

Rabu, Julai 13, 2011

Makan itu anugerah indah~

Ehem! (adjust suara minda dulu.. macam adjust suara sblm berckp)
Dah dua hari saya singgah drive thru mcd kat seksyen 3 nun utk redeem free double cheese burger. Beli satu burger je. Dpt free lagi satu bagi my fiance. Jimat. Teruja amat sbb first time derma duit kat mcd sebanyak RM6.35 je. Itu semalam. Hari ni upgrade derma ke mcd lagi ke RM12 sbb beli skali milo ais.
Kenyang.
Lepas kenyang pegi groceries shopping ke mydin. Cari bahan nak masak dalca buat pertama kalinya sempena birthday thn ni. Bahagia shopping di mydin sbb mmg packing ngam2 utk small family beli. Nice. Jimat lagi.
Dah malam my fiance lapo. Belum mkn makanan sebenar lagi arini. Fast food tu bukan makanan sebenar. Hihihi.. pandailah ko kan. So mencari tempat makan lagi kita. Ke Tupai2 seksyen 13 pulak utk pertama kalinya. Nama je duduk Shah Alam tapi Tupai2 pun tak penah nak singgah. Maleh! Tapi mlm ni kenyang mkn western kat situ. Not bad! Boleh dtg lagi. On my birthday perhaps? Ngee..

Selasa, Julai 12, 2011

mood: moody

hishh.. tak best. Perasaan tak best. Adakah kerana mkn terlalu byk? Mengapa byk? hishhh…

Betul la org ckp. Mkn terlalu byk membutakan hati. In my context it’s ruining my positive aura. Benci!