Rabu, Julai 13, 2011
Makan itu anugerah indah~
Dah dua hari saya singgah drive thru mcd kat seksyen 3 nun utk redeem free double cheese burger. Beli satu burger je. Dpt free lagi satu bagi my fiance. Jimat. Teruja amat sbb first time derma duit kat mcd sebanyak RM6.35 je. Itu semalam. Hari ni upgrade derma ke mcd lagi ke RM12 sbb beli skali milo ais.
Kenyang.
Lepas kenyang pegi groceries shopping ke mydin. Cari bahan nak masak dalca buat pertama kalinya sempena birthday thn ni. Bahagia shopping di mydin sbb mmg packing ngam2 utk small family beli. Nice. Jimat lagi.
Dah malam my fiance lapo. Belum mkn makanan sebenar lagi arini. Fast food tu bukan makanan sebenar. Hihihi.. pandailah ko kan. So mencari tempat makan lagi kita. Ke Tupai2 seksyen 13 pulak utk pertama kalinya. Nama je duduk Shah Alam tapi Tupai2 pun tak penah nak singgah. Maleh! Tapi mlm ni kenyang mkn western kat situ. Not bad! Boleh dtg lagi. On my birthday perhaps? Ngee..
Jumaat, Mac 25, 2011
Durian oh durian
So kisahnya ptg semalam makcik saya bawak balik empat biji durian. Sbb nak join keterujaan org yg suka sgt durian saya pun duduk bersila makan durian 3-4 ulas.
Akibatnya sampai ke pagi ni mulut berbau durian. Dah muntah pun masih melekat durian. Dan sekarang sakit perut. Memang tak patut betul. Sekarang ingin bermusuh kembali sama itu durian. Toksah la ko nak bagi aku musang king ke apa bagai. King kong pun tak nak dah!
Benci tau!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, Februari 20, 2011
Nasi goreng cendawan
Salah satu makanan favourite. See the body lah! :p
Kat Restoran Jayati Sec. 13. Mmg menepati selera. Kalau order mesti dgn telur dadar.
Makan dgn tunang. Terima kasih la belanja ye. Hehehe..
Jumaat, November 26, 2010
Buat baik di balas kenyang~
Sejak akhir2 ni emak selalu sakit pinggang. Mana tidaknya, emak tak jaga pemakanan langsung. Kalau sebelum puasa dulu saya latih emak minum HL shakes dgn saya elok je kesihatannya. Saya syak punca emak sakit pinggang adalah sbb dia makan buah kuini santan byk sangat. Pokok kuini di kebun emak berbuah lebat. Dan buahnya elok. Tak ada ulat. Tak ada busuk. Lagilah emak suka.
Balik pada cerita emak sakit pinggang tadi. Lepas habis shake saya, emak minta tolong ambilkan air panas dan garlic oil. Saya pun ke dapur. Hulur air panas semug dan sebiji garlic oil. Lepas tu saya terus kembali ke meja dan sambung kerja menampal.
Lebih kurang 10 minit lepas tu emak masuk ke dalam bilik. Emak kata “Di sebabkan tadi ko tolong ambil air panas jadi ni mak bagi upah roti sandiwch satu”. Hahaha..
Dan sebagai anak yg patuh lepas siap semua kerja saya pun ngap sandwich tersebut. Kedaung lah diet. Tapi takpe. Cakap emak jangan di lawan. Rezeki jangan di tolak.
Tamat kisah “Buat baik di balas kenyang”.
Signing off,
Jumaat, Oktober 15, 2010
Dinner dgn Uncle Kenny~
Kebiasaannya juga pinggan saya akan menyerupai begini…
Muffin pilihan semestinya perisa vanila. Siap tapau lagi 4 ketul sbb hari tu mak kata dia suka. Sekali balik dia cuma makan 1. Yg lagi 3? Sendiri mau ingat ajelah nok! ^__^
Licin sapan. Burrpp! Alhamdulillahhh… kenyang.
Bulan depan baru makan lagi.
Sekian.
Signing off,
Jeruk oh jeruk~
Suka makan jeruk tak? Saya suka jugak tapi hanya jeruk tertentu jelah. Paling suka jeruk mangga ni. Teringat pulak cerita ‘Pisau Cukur’ Datuk Rahim Razali tu mati sbb makan jeruk beracun kan. Hahaha… terinfluence kejap okay!
Jeruk tu saya beli sekilo. Konon nak hidang pd tetamu raya ari tu. Tapi nan ado hidang sbb takde tetamu dtg pun. Hahha… macam mana nak ade. Saya dan emak pun bukan ada kat rumah. Kami merayap. Kadang2 dok rumah makcik. Weekend je mmg confirm kat situ. So kalau ada org dtg pun tidak diketahui. Akibatnya jeruk pun dok terperuk dlm peti ais saje. Bila rasa nak mengunyah sesuatu yg manis dan menggigit sesuatu yg keras saya ambil la. Sedap tau. Ada 2 jenis lagi jeruk. Satu jeruk prun. Satu lagi asam katok. Asam katok ni rasa macam acar pulak. Jadi nanti bila saya masak nasik minyak makan je dgn asam katok tu bleh? Ngeh…
Tapi sayangnya tak boleh makan banyak benda ni. Sbb batuk. Manis pun satu hal jugak. Kalau dah makan benda ni manis jadi air manis langsung tak minum utk seminggu. Bahaya betul.
Sekian.
Signing off,
Khamis, Oktober 14, 2010
Nasi ini sedap~
Beberapa minggu yg lalu saya dan emak lunch di JM Beriani House. Masa tu hari Rabu. Dan hari Rabu ada menu special iaitu Beriani Gam. To be honest saya tak pernah makan beriani gam ni. Beriani bukhara, beriani biasa2 tu pernah la. Ke pernah makan juga kat mana2 tapi tak tahu nama ek? Ontahlah. Anggap sahaja secara formal tidak pernah okay!
Saya dan emak order yg sama. Harga dia mahal sikit. Tapi masyaAllahh.. sodap I tell U! Berbaloi walau mahal sikit. (Middle class macam saya ni sepinggan makanan lebih RM10 pun dah kira mahal ya adik2.. T__T)
Oh.. kami order tauhu bakar juga tapi tak sempat nak snap pictures. Sbb sedap sangat lalu makan tanpa toleh kiri kanan.
Saya perasan kalau waktu lunch restoran ni ramai. Full house. Dan supervisor dia akan selalu pantau utk seboleh mungkin sediakan kita meja.
Oh.. saya makan ni kat Tesco aje. Senang dekat.
Apa yg saya suka sangat ya? Saya suka nasi dia yg tak terlalu muak atau terasa berat seperti mengandungi minyak berkati2. Saya suka ayam dia yg super lembut di gigit serta cair di lidah. Okay tipu. Mana boleh ayam cair. Saya suka kuah dalca dia juga. Saya suka acar buah dia paling utama. Sebagai manusia yg kekadang memilih makanan acar tu saya memang suka. Overall, sepinggan ini adalah rezeki paling nikmat di JM Beriani House.
Tetiba rasa nak pergi makan lagi. OH! Rabu kan semalam. Grrr…melepas daa…
Kepingin buah~
Memula nak cerita pasal ni. Saya nak buat entry pasal buah jadi utk menyedapkan lagi mata memandang saya google la gambo2 buah. Dan ini yg keluar di saat saya baru menaip perkataan ‘buah’.
Buleh pulak ‘buah dada rozita che wan’ pun ado? Hampeh!
Now jom cerita pasal buah. Sewaktu menaip entry ni tekak saya memang teringin nau nak makan buah. Kebiasaannya buah bukan menjadi pilihan pun. Ontah mengapo teringin bonar plak haiii…
Uiiii.. sedapnye tembikai niiii… merah pun sodap.. kunin pun sodapnyooooo ekauuuuu…
Umang aiiiii.. botik ni pun alahaiiiii kuniangnyo ekauuuu.. sodapnyoooo…
dan last sekali.. honey dew ni.. kalo dapat yg manis manis.. yg wangi wangi.. perghhh… buat pulak jus ke.. walaweiiiii…
Harap teringin tapi tak poie boli tak dapek den nak nolong. Tapi buah tembikai ni awat mahal sangat skarang ha? Dulu ada Makro kemain lagi murahnya. Sebiji yg sedang baru RM2++. Sekarang yg kocik cinonet sekali timbang dah RM4. Pekejadahnye? Tanam sendiri kang!
p/s: Pictures credit to Google Images & the copyright stated.
Signing off,
Ahad, September 26, 2010
Kuah kacang itu sedap~
Bagaimana membuat kuah kacang yg sedap?
Yg pastinya kacang tu kena banyak. Supaya terasa kekacangannya yg terserlah. Letak daging atau ayam sikit. Serai kena byk secukup rasa.
Sekian.
Haha…
Khamis, September 23, 2010
Triple Cheeseburger Triple Gemok!
Who cares?
Hehehe.. sedap giler. Giler pun blum tentu sedap camni. Ahakss..
Meh tengok gambo ni… dan bersedialah utk meleleh ayaq lioq…
Tengok kotak dulu… nampak tak? nampak tak? nampak tak?
“
“
“
“
“
“
“
“
”
Mantap tak? Meleleh cheese tuuuu.. gebu kan? gebu kan? gebu kan?
“
“
“
“
“
“
“
“
“
Haaa.. adakah anda sudah merasa ayaq lioq penuh di mulut? Hahahaha…APA? Blum cukup dekat?
Okay! Kasi besar punye gambo. Ya Rabbi… sedap tahu! Puas makan.
Dan terpaksa puas jugak sbb triple menggemok juga selepas makan. Pasrah jela!
Jumaat, November 13, 2009
135. Teringin makan kek
Hari ini keinginan itu datang lagi. Kali ini begitu kuat sehingga air liur terasa bertakung (geli je kan?). Rasa ingin sangat sampai terasa seksa di bahagian otak (macam mana tu? Boleh bayangkan tak?)
Tadi saya beritahu emak. Sebelum ini tak pernah bagi tahu pun. Saya kata pada emak, "Kat Secret Recipe ada jual kek. Tapi mahal. Sepotong RM6.90".
"Kau belilah 2 potong. Emak tak hendak", balas emak.
Kenapalah saya ni tak ada angin, tak ada ribut tetiba teringin makan kek pulak?
Aneh.
Sabtu, Julai 25, 2009
Oatmeal Shortbread Choc Chip Cookies
Saya kini pengedar cookies yg sedap ini.
Mempersembahkan..
OATMEAL SHORTBREAD CHOC CHIP COOKIES
High Fibre
Egg Free
Preservative Free
Harga: cuma RM15 utk 50pcs (termasuk kos penghantaran di sekitar Shah Alam, Puncak Alam dan Universiti Malaya sahaja, area lain boleh dipertimbangkan)
ORDER NOW!!
Sms: 0123988431
Email: eiyra78@gmail.om
Bukan sahaja utk hari raya malah hari tak raya pun bleh order. Sepanjang tahun ye..
Utk raya aidil fitri order terakhir adalah pada minggu pertama Ramadhan. Lepas tu cuti rayoooo..
Meh order meh!
Sedap tau!

Sekali rasa pasti nak lagi. Macam saya! Hehehehe
Jumaat, Julai 24, 2009
Hari yg sibuk
Pagi-pagi selepas breakfast nasi goreng kampung yg emak masak saya dan emak menuju ke bandar Klang. Byk urusan hari ini yg perlu diselesaikan.
Pertama, ke Pejabat Tanah dan Daerah Klang. Sedang saya menunggu di tepi bangunan saya telah dihalau oleh sekuriti dengan alasan tidak boleh meletak kenderaan di situ. Siap tunjuk signage No Parking lagi. Saya kata kenapa dia tidak menghalau kereta belakang yg jelas blocking pintu masuk utama? Malas mahu bertegang urat di hari Jumaat yg mulia saya beredar sahaja dgn perasaan bengang. Bengang kerana hanya kereta saya dihalau sedangkan kereta lain tidak. Kenapa? Sbb saya seorang perempuan? Emak pula sekembalinya ke kereta merungut tentang sikap pekerja kaunter di pejabat tersebut yg bersembang perihal peribadi semasa bekerja dgn rakan kaunter sebelah sedangkan urusan emak dan beliau masih belum selesai. Saya kata kenapa tidak complaint sahaja tentang sikap pekerja itu? Emak juga malas mahu merosakkan mood di hari Jumaat lalu bersabar.
Kedua, saya telah mengambil stok cookies utk pesanan kawan-kawan di tempat kerja lama saya. Syukur ramai yg suka cookies tersebut. Oh ya.. saya juga akan menjual cookies itu dlm packaging yg lbh kecil. Saiz cookies juga lebih besar dari yg dalam balang dan akan dijual dgn harga RM5 sahaja utk 10 keping.
Ketiga, ke tempat kerja lama saya menghantar cookies.
Keempat, saya ke Pesta Buku Selangor di Kompleks PKNS. Seperti biasa booth adalah sedikit dan tidak meriah. Mungkin masih hari pertama. Namun begitu saya telah membeli 3 buah novel: 'Surat Ungu utk Nuha'&'Panggil Aku Dahlia' dari booth Jemari Seni dan sebuah buku terbaru Norhayati Berahim 'Aku bukan Billy Miligan'. Semua dgn harga diskaun yg memuaskan. Tiada diskaun saya pun tak mahu beli. Hehehe..
Kelima, drive thru KFC di Seksyen 2. Membeli dinner plate utk mak abah dan saya order Chikaroni. Saya memang suka macaroni. Oh.. itu mengingatkan saya kepada Spaghetti Olio pula. Esok mahu membuatnya lah.
Ke enam, pulang ke rumah sahaja. Letih.
Esok mahu ke Klang lagi. Urusan wedding itu pula.
Khamis, Julai 16, 2009
Durian Tart

Sesiapa yg gemar durian saya pasti akan gemar juga tart ini.

Dengan flash. Tart ini besar juga saiznya dari yg saya jangkakan. Dgn harga RM1.30 sebiji saya rasa ia berbaloi.

Tanpa flash. Jika di perhati secara dekat maka akan kelihatanlah isi durian yg jika di gigit inti tart ini akan terjurai-jurai isinya. Hish.. tak tahu nak describe macam mana. Tapi faham tak?
Ok. Sesiapa nak order boleh ke blog kak sya dan di situ ada satu lagi blog khusus iaitu Myza's Kitchen di mana anda boleh sms atau email utk order. Utk tart durian ini promosi akan berakhir 31 Julai.
Cubalah~!
:)
Ahad, Jun 28, 2009
Jumaat, Jun 19, 2009
Nasi Kandaq Padang Kota
Memula saya bawak mereka ke UM nak tengok tempat saya belajar dan 'berperang' secara intelektual. Cewah~! Perasan lebih~! Abah kata itu first time dia masuk UM. Dedulu masa kami adik beradik masih kecik (umur kecik ya bukan saiz badan harap maklum!) abah selalu bawak kami ke UKM jalan-jalan hirup udara sekeliling kampus supaya kami pun dapat aura masuk U. Abg saya yg sulung dulu masuk UKM. Jadi satu-satunya universiti yg abah biasa masuk adalah UKM. Abah saya dulu belajar di luar negara jadi tak dapat ler nak tunjuk tempat dia belajar kat kami ni. Cuma adik saya jelah dapat jejak bumi Mesir dan belajar di sana. Saya? Sadakallahulazim gitu. Kesian.
Keluar dari UM saya terus ke Amcorp. Nak beli ehem ehem tu lah kan. Sekaligus nak collect membership card saya. Mak dan abah tunggu dalam kereta je. Masa nak balik tu sekali abah tanya "Takde ke buku hadiah utk abah?" Aisehh.. kat situ mana ada buku-buku melayu ke agama ke kan. Emm.. kena cari sebuah juga nanti utk abah supaya dia hepi macam saya dpt buku juga. Saya dan abah adalah seumpama terkena sumpahan 'gila buku'. Pantang nampak buku. Walaupun kekadang masa nak baca tu adalah sangat mencemburui.
Kami singgah lunch di USJ. Memang saya nak bawak abah makan kat Nasi kandar Padang Kota tu dah lama. Tapi dulu abah tak suka makan kat luar sbb masalah prostat dia. Sekarang dah ok sikit dan dah beberapa kali saya bawak makan luar. Harap abah terus sihat dan panjang umur.

Kami makan nasi kandar je. Lauk hidang. Hehe.. pilihan lauk adalah ayam kurma seketol, kari sotong 2 ekor, tlor ikan sepiring dan tlor sotong sepiring. Sikit je bunyinya tapi tu pun tak habis. Tlor ikan siap bungkus.

Itu tlor sotong. Kalo goreng mesti lagi best. Saya snap tu dah separuh habis kena makan. Hehehe.. tapi dpt lah hilang kempunan sbb memang dah lama mengidam tlor sotong.

Itu pula kari sotong. Mak kata liat. Sbb gigi mak kekurangan bilangan (pening tak? hehe) Bagi saya ok je. Sbb saya dan sotong juga adalah seperti terkena sumpahan :p

Seterusnya tlor ikan. Saya tak makan tlor ikan. Entah kenapa. Mungkin saya rasa benda berbiji-biji adalah mengerikan.
Ayam kurma tu tak payah tunjuk la. Sama je kalau saya masak pun. Oh ya.. mak dan abah minum ayor nyorr (air kelapa ler tu). Saya order teh ais. Rasanya tahun ni belum minum teh ais lagi (gila ingat tu!).
Total semua adalah RM42.60.
Burpp..kenyang.. alhamdulillah.
Esok nak ke IJN lagi. Nak lunch kat mana lagi ya?
Kat mana best?
Selasa, Jun 09, 2009
Dah ramai orang~!

Kenapa ramai-ramai tu? Ada apakah?

Hehe.. itulah penangan cendol dan rojak Ali di Puncak Alam. Masa memula saya kenal rojak dan cendol ni peniaga ni cuma guna motor je. Sekarang dah guna lori kecil. Tak mustahil akan wujud restoran mereka pula suatu hari nanti kan?

Bagi tekak saya dan family rojak dan cendol dia memang sedap. Cendol yg menepati rasa. Sekarang saya tengok diorg dah tambah menu. Ada mee goreng pula. Nanti bila saya ke rumah PA lagi saya nak try. Sbb ari tu saya nampak ada org order sgt lah temptingnya mee goreng tersebut.
Kalau anda nak cuba silalah ke Puncak Alam ye.. tepi jalan masuk tu je.
Jumaat, Jun 05, 2009
Nasi ayam
Tu je nak bagi tau.
Hehehhehehehehehehe..
