Isnin, Oktober 17, 2011

Hari yg panjang itu seronok adalah lebih

Faham tak tajuk mcm tu? Mcm berbelit2 kan? Tp biarkan je sbb otak belum sedia utk simplifykan.

Hari ni mmg hari yg panjang. Dari pagi org Unifi dah datang. Installation di rumah saya dpt morning session. Bagusla. Sbb petang kami dah ada plan lain. Kelam kabut jugak saya melayan org unifi tu tanya itu ini. Mana nak lalukan fiber tu. Knp tak boleh lalu sini. Knp tak boleh lalu sana. Nak ikut laluan kabel line telefon lama tak boleh sbb masa renovation laluan tu dah di tanam. So nak tak nak mmg kena buat laluan baru. Kali ni diorg nak buat laluan ikut longkang. Dan bayaran tambahan utk 79 meter pemasangan fiber tu kena tambah charge RM150. Ada cerita meletop masa diorg nak drill dinding tu. Tgh syok mendril tetiba terkena wayar letrik. 'Pop'! Berapi you! Nasib baik tak buto mato kontraktor yg mendril tu. Hihi.. mana nak tau kan tetiba kat situ ada laluan wayar. Cian. So end up pasang kot lain. Kalau dari tadi diorg terfikir nak ikut laluan yg lain tu saya rasa takde la dirimu terkena pancaran cahaya api meletop wahai sang kontraktor. Hehe.. lepas kejadian tu saya terus buat air limau nipis sejuk satu tempayan bagi deme cool down a bit.

Diorg selesai semua kerja dlm pukul 1 lebih. Bagus. Lepas diorg balik kena monitor org lain dok repair bumbung rumah ni pulak. Kes bumbung tak siap hari ni pun. Sambung lagi hari selasa. Org tu dah penat. Ok cun. Boleh la saya and family ke rumah cousin yg nak pergi haji tu cepat sikit.

Kitorang ke rumah cousin masa org tgh baca doa. Then kami follow ke Kelana Jaya. Saja nak ambil feel. Tgh syok memerhati gelagat manusia yg nak pergi menunaikan haji serta waris2 deme ni tetiba nampak sorang artis ni kat sebelah.

Datuk Ahmad Tamimi Siregar ek? Hantar org pegi mekah jugakkah? 

Sekali bila nampak camera diorg tgh shooting rupanya. Haha.. saya saja snap gambar byk utk blog ni. Bila dia nampak saya senyum. Terus dia borak2 sbb agaknya muka saya musykil kot. But nice la dia. Oh.. ada actor ni berlakon but sorry saya tak berapa kenal. Maklumlah tgk tv pun jarang2 kan. 

Siapa ek? Mcm pernah nampak tp tak tahu nama. 

Ada Mak Mah juga. 

Dan ini? Sekadar mengambil foto kenangan.

Masa saya ambil gambar dgn Mak Mah tu semua org pandang. Sampai anak2 buah saya cousin semua gelakkan saya. Eh! I blogger la. Sbb saya blogger la saya ada tempat nak letak semua cerita kenangan ni. Saya approach Mak Mah bila dia tgh rehat kat satu sudut. Saya bisik "Mak Mah, blh tak saya nak ambil gambar?" Dan dia pun ckp "Awww..alaa..boleh" Hahaha.. nampak nau saya mcm tak nak dikecewakan kan? Jangan. Saya peminat filem 'Anak Bapak' tahu? So 'Cik Normah' jgn nak buat pasal plak. :p Dan yg kelakarnya saya cuma suruh tunang saya je tolong snapkan gambar. Sekali pandang kiri eh! Ramai pulak jadi jurugambar sama. Terus I malu T__T 

Bila balik rumah saya tweet Erma Fatima. Sbb Mak Mah ckp itu cerita dia. Kak Erma replied: 

*klik utk besarkan gambar*

Nice kan? So jgn lupa nak tonton drama tu nanti. Yg reramai kat background tu sedara mara saya ler tu. Sbb crowd kat situ mmg kami je. Yg lain kat tempat lain. 

Tak pepasal kan?

Well.. kenangan la. 





Sabtu, Oktober 15, 2011

Big Bad Wolf lah kite!

Actually saya dah tahu tentang sale besar2an ni dah lama. Thn2 lepas mmg tak pernah pergi sbb lokasi. So dlm diary saya mmg tak masuk la sale buku yg satu ni. Thn ni jugak pada mulanya mmg tak nak pergi. Walaupun dlm hati tergedik2 je nak pegi pun. Seminggu saya sakit hati menahan. Tapi di saat akhir, bila lagi 2 hari je sale ni nak habis, bila kawan saya tanya pasal book sale ni terus saya text tunang saya ajak teman. Dan bila dia setuju je mmg macam impian jadi kenyataan la. So pepagi lagi hari ni saya dan dia ke MAEPS (tunang saya semalaman dok gather dgn geng dia kat area sini so dpt la ajak dia keluar awal pagi). Singgah beli breakfast di Drive-Thru McD (tempat diorg gather tu la). Beli Sausage McMuffin & egg. Ohh...sedap giler. Dah 2 thn tak makan.

Kami sampai MAEPS lebih kurang pukul 10. Masa tu tgk kat parking dan tempat tunggu tram dah ramai. Dlm hati saya dah resah. Sbb saya bajet dtg awal org tak ramai sgt kan. Tp saya salah. Hari ni Sabtu. Dan hari2 terakhir sale pulak tu. Memang la ramai kekdahnya. Tp parking masih byk la. Then kami naik tram. Excited sungguh saya naik tram. Maklumlah seumur hidup naik bas pun boleh di kira. Mujur dpt tempat duduk. Kalau tak tentu problem nak balance badan. Haha..

Sampai di Hall A saya tengok barisan dah panjang dan crowded. Fuhh.. rasanya masa tu baru je pintu tu di buka. Tapi masyaAllah.. ramainye manusia. Bila masuk je dewan tu saya dah gelap mata. Target nak beli 8-10 buah buku sahaja. Tapi tgk tu nak.. tgk ni nak. Oh..saya bawak shopping bag sendiri sbb tak nak usung kotak sana sini. Leceh. Masa saya mula browse buku2 tu masih boleh lagi bergerak dgn selesa. Tapi setengah jam lepas tu ..erghhh... dah mula rimas. Org himpit sini. Himpit sana. So lepas capai lebih kurang saya terus ajak tunang ke cashier. Eh.. saya suka la staff diorg ni. Sgt friendly dan helpful gitu. Bila saya unload buku dpn kaunter staff tu terus offer utk masukkan balik dlm shopping bag saya. So tak payah guna plastik bag. Wahh.. syok la kan.

Sebelum keluar saya sempat isi feedback form. Saya harap next year diorg buat jela kat MAEPS ni. Tempat luas. Selesa pulak tu. Overall saya sgt happy lah.

So ini je buku2 yg saya ambil. Ada satu yg mmg dlm wishlist saya tak dpt cari. Yg lain ni saya pilih sbb mmg kdg2 bila browse buku kat kedai mmg saya nak beli tp fikir dua tiga kali sbb harganya yg melambung. Saya rasakan boleh tak harga buku kat Malaysia ni bagi turun murah sikit so that semua org mampu nak beli dan baca buku? Kata nak budayakan membaca kan?



Kami naik tram utk balik lebih kurang pukul 11 lebih. Sampai parking tgk semua dah full. Dan jln nak masuk pun dah jam. Pheww.. mujur kami awal. Kalau nak tempuh crowded yg sesak banget tu mmg takde la nampaknya. Hehe..

BBW, insyaallah panjang umur murah rezeki thn dpn kita jumpa lagi ok. 

p/s: Buku setimbun tu cuma RM163 je (termasuk 3 buah manga utk di baca di kala tak larat nak tgk words byk2 :p)


Isnin, September 26, 2011

Senarai semak



Menyedari diri adalah sudah kertu. Maka tahap daya ingatan juga adalah agak merosot. Selama ni saya update kat blog. Tapi bukan 24 hours boleh refer. Alternatif terbaik adalah sediakan satu file senarai semak. Mudah di bawa ke mana-mana. Mudah untuk di rujuk bila-bila masa.


p/s: tips utk dikongsi..google je memana B2B blog yg ada checklist then compile ikut kesesuaian majlis kita.