Rabu, April 29, 2009

Buhsan suda

Sejak habis exam saya selalu online. Well, masa nak exam pun selalu online juga. Tapi itu lain. Sekarang semacam tak de aktiviti lain selain online. Maka disebabkan itu saya berasa agak bosan. Asik dgn blog, FB, browse buku la..hisshhh..


So tetiba saya decide utk stay away from the internet buat sementara waktu. Mungkin akan online utk update blog jika ada perkara menarik utk di jot down.


Oh ya.. dengan ini saya juga buat keputusan utk tidak menghadirkan diri ke warehouse sale MPH di PJ itu. Lately cuaca panas sangat sampai mata saya jadi kelabu. Bukan warna kelabu. Tapi penglihatan yg kelabu. Ya. Macam ala ala kabur gitu. Tak tahu kenapa. Tapi saya perasan dah jadi sejak sebelum exam lagi. Mungkin saya kena check power spec saya ni kot. Emmm.. nenanti lah.


Mulai esok ada Times Warehouse sale di USJ. Rasa macam nak pegi. Tapi tengoklah dulu. Sbb tadi saya sudah berbelanja lagi sebanyak RM100++ utk 6 buku lagi. So total spent utk buku di bulan April 2009 sahaja adalah sebanyak RM500++. Ada sesiapa nak simpan resit buku utk rebate income tax tak? Hehe.. takde? Takpela. Saya bagi makcik saya je. Atau adik saya. Maklumlah. Saya bukan ada gaji pun. Jadi tiada income tax dlm kamus hidup saya buat masa ini. Masa depan wallahualam.


Oh.. rasanya tak payah la saya ke memana book sales lagi. Yg ada pun belum baca. Kena disiplinkan sikit diri utk mulakan tabiat membaca semula. Dulu masa saya kanak-kanak saya suka baca. Sebelum tidur mesti nak baca buku. Masa lapang mesti nak baca buku. Sbb dedulu takde astro. Takde internet. Jadi hiburan yg ada hanyalah buku. Sekarang macam-macam ada. Asik nonton tv 24/7 jadi membaca pun jadi malas. Mak saya kata saya membaca menggemokkan badan lagi. Emm.. ada ke gitu? Macam mana la anak dia nak jadi cerdik pandai kalau membaca pun dikatakan punca gemok? Haihh... mak ..mak..


Pedulilah apa org nak kata. Gemok ke. Apa ke. Malas nak pikir banyak. Jalani sahaja hidup yg telah ditentukan. Life goes on kan..


OKla.. masa utk Intan. Dah pukul 11.


Buh-bye.

Selasa, April 28, 2009

Perempuan yg kuciwa

Haihh.. (tak baik mengeluh!) OK!

Patutnya hari ni saya ke warehouse sale MPH tu. Dan lepas tu patutnya saya terus ke library um utk pinjam buku semester depan. Ya. Saya sgt advance.

Tapi segala perancangan telah gagal. Gagal kerana sedang saya mengundurkan kereta rupanya tayar belakang adalah PANCIT! Isk. Sadisnya :( :( :( :(

Takpela. Dah ketentuan Ilahi begini kan. Saya cuba juga tukar tayar. Tapi separuh jalan sbb rasa kecewa yg menebal menyebabkan saya MALAS. Huh! Malas nak layan dah!

Grrrr.. geram ni. Sebel! Betek! (sila tonton sinetron utk faham)

Isk..

Isnin, April 27, 2009

Penggila buku kembali..

Yehaa.. malam semalam saya tidur pukul 5 pagi. Bukan tak mengantuk tp leka mengulit blog buku saya. Dah lama tak update hingga seakan2 menafikan kewujudan beliau. (Beliau ke?) Heh..


Disebabkan saya sekarang adalah dalam keadaan bercuti selama 2 bulan maka secara rajin saya akan cuba mengupdate blog buku saya itu.


Oleh itu esok saya akan ke MPH Warehouse Sale di PJ. Ada kaitan tak? Hihihihihih.. takdela.. saya baru nak cri Twilight series. Sbb kes nak tahu apa yg best sgt cerita tu. Ya ya. Memang saya lambat. Tapi tak kisahlah. Biarkan musim itu berlalu namun diriku tetap begitu berharga (TETIBA??!!!).


Ok ok.. tak boleh melayari internet secara berlamaan. Perlu membaca buku-buku dalam simpanan. (It rhymes kan? :p)


Nak baca buku sementara tunggu ikan kembong saya dinyahbeku. Nak masak laksa johor kesukaan mak. Kesukaan saya juga. Saya buat best tau. Nak rasa? Ok. Tunggu saya buka restoran. Hahhaha..


Tatah.