Isnin, April 27, 2009

Penggila buku kembali..

Yehaa.. malam semalam saya tidur pukul 5 pagi. Bukan tak mengantuk tp leka mengulit blog buku saya. Dah lama tak update hingga seakan2 menafikan kewujudan beliau. (Beliau ke?) Heh..


Disebabkan saya sekarang adalah dalam keadaan bercuti selama 2 bulan maka secara rajin saya akan cuba mengupdate blog buku saya itu.


Oleh itu esok saya akan ke MPH Warehouse Sale di PJ. Ada kaitan tak? Hihihihihih.. takdela.. saya baru nak cri Twilight series. Sbb kes nak tahu apa yg best sgt cerita tu. Ya ya. Memang saya lambat. Tapi tak kisahlah. Biarkan musim itu berlalu namun diriku tetap begitu berharga (TETIBA??!!!).


Ok ok.. tak boleh melayari internet secara berlamaan. Perlu membaca buku-buku dalam simpanan. (It rhymes kan? :p)


Nak baca buku sementara tunggu ikan kembong saya dinyahbeku. Nak masak laksa johor kesukaan mak. Kesukaan saya juga. Saya buat best tau. Nak rasa? Ok. Tunggu saya buka restoran. Hahhaha..


Tatah.

Tiada ulasan: