Sabtu, Mei 22, 2010

Fikirkan…

Hai..

Sehari dua ni saya agak melankolik. Well, selalu la melankolik tu. Tapi sehari dua ni feel dia lain sket. Saya lebih prefer bersendiri. Duduk depan lappy main games. Ok main games adalah kebiasaan. Tapi kali ni feel dia lain sket. (Huh~! Tak abis2 benda yg sama).

Well..

Tapi memang feel dia lain macam sikit la. I’m back to my own self yg suka observe, berfikir.. emm.. being me yg sangat introvert dan reserve melampau. Hishh..

I’m back to my old habits .. amik buku .. baca.. fikir. Beli dvd .. tengok movies.. English preferably.. fikir. To add on to the sweetness of all this.. melayan internet sekarang adalah jatuh pilihan nombor dua. Miracle. Ting*

Emmmmm…

Hari ni rasa macam nak lepak di tepian tasik memerhati manusia menghabiskan weekend bersama keluarga. Dan fikir…

Seorang pemikirkah saya ni? Oh tidak… sbb pabila larut malam anda tanya apa yg saya fikir.. saya akan automatically jadi blurrr..

Fikir + Blur = Flurr.. mmm..

p/s: Saya dah makan pizza fish itu nanti saya review.

signature

Selasa, Mei 18, 2010

Pengisi masa

Sekarang ni kan saya cuti. Jadi sangat banyak masa terluang dan terbuang. Konon nak bercuti masih tak gerak pun. Konon nak abiskan pembacaan timbunan buku-buku yg diborong pun masih luak sebuah dua saja. Konon nak itu. Konon nak ini. Semua pun bergerak semacam snails yg banyak berterabur di atas rumput rumah saya di waktu malam. Serius. Sangat menjijikkan. Tapi biarlah kan. Takkan kita je nak menumpang di bumi Allah ini. Mereka pun berhak jua. Ecee..

Saya ni jenis manusia yg tersangat cepat boring dgn sesuatu. Jadi apa pun yg saya sentuh memang sekejap jela keterujaannya. Contohnya mengait. Mengait??? Cis! Langsung tidak berminat dengan pekerjaan wanita seperti menjahit mahupun mengait. Tapi bila melihat orang boleh menjahit beg-beg cantik terus merasa hina. Padan muke!

Sekarang saya sedang asyik asyik asyikkkkk.. asyik asyikknya bercintaaaa. Pfttt! Takde maknanya. Actually bebaru ni semasa saya berjalan-jalan mencairkan lelemak di The Curve saya jumpa ini di Borders.

29782_379268422363_693237363_3787060_2225425_n Menarikkan? Nak buat sudoku makcik ni bangang sampai sudoku pun tak reti buat. Jadi ini jelah yg mampu makcik buat. Tebal buku ni. Kalau sehari selembar muka surat mahu setahun lebih la siap habis semua. Tapi saya buat kekadang sampai 3-4 pages sehari. Maklumlah saya kan sedang di landa penyakit susah tidur malam. Jadi ambik lampu suluh dan pen buatlah benda tu sampai ngantuk. Sangat memberi ketagihan yg mild. Heh~

Saya juga berpendapat jika seseorang itu berada dalam keadaan stress cubalah buat puzzle ni. Resultnya adalah antara dua. Sama ada stress itu makin kurang atau pun makin bertambah. Hehehehehe.. tapi saya rasa jika sedang berfikir tentang masalah yg berserabut meluangkan masa membuat puzzle ini boleh buat lupa segala masalah. Sbb kena fikir masalah nak selesaikan puzzle tu pulak. Heh~

Sekian. :p

Majulah sukan untuk negara. Walaupun main badminton pun kalahkan? Memang la keluarga Sidek je yg sukses so far.

signature

Sabtu, Mei 15, 2010

Pizza itu sedap kah??

Bebaru ni di blog2 blogger terpilih saya nampak pizza. Pizza baru Pizza Hut katanya.

Wah! Mesti try ni bah? (tetiba jadi org Sabah!!!)

Saya suka pizza. Tapi tidaklah memakan pizza hari2. Sebulan sekali pun tidak. Dalam setahun mungkin hanya 2 3 kali sahaja. Amik ko! Buleh kira you berapa kali i makan pizza kan. Kata mahallll.. (makan pizza pun tak mampu ke?) akekeke.. takdelah.. buleh je nak makan hari2 pun (wah! nak kasi tau duit byk kah?) ehh… tidak.. saya bukan kaya. Bukan miskin juga. Tapi mana lah molek memakan pizza selalu sangat kan. Walaupun demikian gemok juga ya nok~ Isk.. berpasrahlah metabolism rendah kekdahnya.

promo_big_april10 

Tengok tu.. wahh! Macam sedap kan? Hari tu saya sudah meminta izin emak utk mengorder pizza itu (dah tua pun mintak izin mak kah?) Eh.. mestilah! Dah saya nak suruh emak bayar kan! Akekekeke..

…mmmm… bila nak pegi makan ek?

Jom kome! Tak teringin ke?

Technorati Tags: ,