Selasa, Mei 18, 2010

Pengisi masa

Sekarang ni kan saya cuti. Jadi sangat banyak masa terluang dan terbuang. Konon nak bercuti masih tak gerak pun. Konon nak abiskan pembacaan timbunan buku-buku yg diborong pun masih luak sebuah dua saja. Konon nak itu. Konon nak ini. Semua pun bergerak semacam snails yg banyak berterabur di atas rumput rumah saya di waktu malam. Serius. Sangat menjijikkan. Tapi biarlah kan. Takkan kita je nak menumpang di bumi Allah ini. Mereka pun berhak jua. Ecee..

Saya ni jenis manusia yg tersangat cepat boring dgn sesuatu. Jadi apa pun yg saya sentuh memang sekejap jela keterujaannya. Contohnya mengait. Mengait??? Cis! Langsung tidak berminat dengan pekerjaan wanita seperti menjahit mahupun mengait. Tapi bila melihat orang boleh menjahit beg-beg cantik terus merasa hina. Padan muke!

Sekarang saya sedang asyik asyik asyikkkkk.. asyik asyikknya bercintaaaa. Pfttt! Takde maknanya. Actually bebaru ni semasa saya berjalan-jalan mencairkan lelemak di The Curve saya jumpa ini di Borders.

29782_379268422363_693237363_3787060_2225425_n Menarikkan? Nak buat sudoku makcik ni bangang sampai sudoku pun tak reti buat. Jadi ini jelah yg mampu makcik buat. Tebal buku ni. Kalau sehari selembar muka surat mahu setahun lebih la siap habis semua. Tapi saya buat kekadang sampai 3-4 pages sehari. Maklumlah saya kan sedang di landa penyakit susah tidur malam. Jadi ambik lampu suluh dan pen buatlah benda tu sampai ngantuk. Sangat memberi ketagihan yg mild. Heh~

Saya juga berpendapat jika seseorang itu berada dalam keadaan stress cubalah buat puzzle ni. Resultnya adalah antara dua. Sama ada stress itu makin kurang atau pun makin bertambah. Hehehehehe.. tapi saya rasa jika sedang berfikir tentang masalah yg berserabut meluangkan masa membuat puzzle ini boleh buat lupa segala masalah. Sbb kena fikir masalah nak selesaikan puzzle tu pulak. Heh~

Sekian. :p

Majulah sukan untuk negara. Walaupun main badminton pun kalahkan? Memang la keluarga Sidek je yg sukses so far.

signature

2 ulasan:

lily lotus berkata...

sedihlah cerita pasal badminton...

Eiyra Mokhtar berkata...

hehe.. dah gitu kehendakNya.. :)