Ok. Tiba2 zat 'R' saya muncul.
Beberapa hari yg lepas saya telah ke SACC utk berjumpa dgn seorang kakak yg dulunya satu rumah dgn saya sewaktu di matrik. Beliau yg baru habis kerja baru hendak menikmati makan malam dan mengajak saya utk melepak dan bergosip.
Setelah ber'calling2' maka saya menuju ke Pak Long Kopitiam SACC. Oh! Sebelum itu saya telah terserempak dgn Ustz Akhil Hayy yg ganteng itu kerana saya memarkir kereta bersebelahan kereta beliau. Waduh! Ganteng banget si! Walaupun saya berpeluang bertegur sapa dan beramah mesra secara line clear tapi saya tidak berbuat demikian kerana malu. Saya kan masih gadis. Takkan gadis mahu sembarangan mengendeng sama cowok yg bukan2 kan. Walaupunnnn..(statement tak boleh blah ni!). Ok. Setibanya saya di kopitiam tersebut saya tak makan pun. Saya hanya order segelas air 'cham' susu sejuk. Wah! Reaksi saya yg pertama tatkala air tersebut menyelusuri kerongkong adalah "rasa yg menyeliputi segenap ruang". Haahhahahhaha.. sabar jelah. Saya bukanlah seorang yg suka mengambil risiko merasa makanan atau minuman pelbagai ya. Jadi patut la bila pertama kali merasa air minuman tersebut saya agak shock!
Masih lagi cerita di SACC. Sesudah makan minum saya ajak kak shahid round2 SACC. Walaupun namanya residen tetap bandar SA tapi SACC pun saya tak habis jejak lagi sebenarnya. Kami berjalan ke segenap penjuru (Walaupun hanya sempat ke tingkat 2 sahaja sbb semua premis hendak di tutup). Jalan sini orang halau. Masuk sana orang tutup lampu. Sadis sungguh. Paling sadis adalah apabila kami masuk ke MPH. Sales girl di situ pantas memadam lampu ketika langkah kami berhajat lebih ke ruangan dalam. Sambil tergelak saya berkata pada kak shahid, "Nak tutup dah la..". Dan sepantas pula sale girl tersebut meluru kepada kami dan berkata "Takpe.. kami buka hari2". Oppss.. rasanya agak tidak wajar la berkata begitu. Cis!
Next!
Ramai yg tahu Diana Rafar yg berkahwin dengan aktor kacak Malaya Zamarul akan mengadakan resepsi di kejiranan saya. Atau sebenarnya Diana juga adalah jiran saya cuma saya tak tahu? Dang! Beberapa hari yg lalu ketika saya ke kedai saya sudah nampak khemah2 yg sedang didirikan termasuk sebuah pentas. Baru saya tahu itulah 'Bougainvilla garden' yg diperkatakan. Esok saya bercadang utk melihat keramaian itu secara busy body. Mungkin tidak makan free kerana saya tidak berminat berebut2 ketika mengambil makanan percuma tersebut. Saya hanya akan pergi utk memotret acara keramaian tersebut utk blog saya. Hehehe..
Jumpa lagi nanti.
Jaga diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan