Semuanya gara2 saya hendak bersama2 menyaksikan majlis persandingan Zamarul & Diana di padang tu. Sesambil melihat lenggok dan lenggang kangkung para artis yg bergaya sakan dengan kasut tumit tinggi 5 inci.
Walaupun saya menjangkakan mungkin akan ramai peminat berkerumun namun ternyata tanggapan awal saya silap. Tak ada pun ya. Yg ada cuma saya dan makcik yg bukanlah peminat tegar. Cuma menumpang kemeriahan sesambil menghilangkan tension sahaja. Dan ada juga 3 keluarga lain turut sama berkongsi aktiviti. Mengenali tabiat orang2 di kejiranan saya yg memang terkenal dgn buat hal sendiri dan sikap tidak campur hal sekeliling maka patut la tiada yg keluar melainkan saya dan makcik. Hahhahahah.. takpela.. diorg ada aktiviti hebat.
Tempat duduk saya memang ngam ngam tempat laluan para tetamu dan juga pengantin. Tapi malangnya saya tidak bawa kamera. Jadi hanya snap pics guna handphone aje. Walaupun pengantin lalu di sebelah saya tapi saya hanya snap pics di big screen yg ada aje. Oh.. Cik Fasha Sandarr dan Mariya Farida juga lalu di sebelah saya. Lokek senyuman mereka tu. Mementang saya selekeh je mlm tu. Hanya Norliana pelakon 3 janda tu yg sudi hadiahkan senyuman. Cait!

Cantik garden wedding ni..

Cantik juga pasangan pengantin ini. Saya rasa Zamarul adalah salah seorang lelaki melayu yg macho dan gentleman. (Tetiba!!)

Sempat snap DK merenjis aje. D.CT tak sempat.
3 ulasan:
ingtkanpergi tadi
hoho
pergi gak la tu.. dari sebelum.. sedang .. hingga la selepas .. sekadar menengok persiapan, persandingan dan upacara pembersihan sampah sarap bertimbun.. hoho
bestnyaaa
Catat Ulasan