Jumaat, Oktober 02, 2009

111. Sesat + Takut

Semalam sepulangnya dari kelas di UM saya tekad tidak mahu pulang terus ke rumah. Saya mahu berjalan-jalan menghilangkan kusut di otak dan menghiburkn hati kerana sejak akhir-akhir ini fikiran saya agak kusut dan selalu berasa letih. Mungkin stress. Jadi utk mengurangkan stress saya mahu ke Amcorp Mall melihat-lihat buku.


Disebabkan saya mahu ke Amcorp maka saya mengambil exit KL. Tidak mengikut exit PJ seperti kebiasaan. Keadaan di exit KL adalah sesak memandangkan semua staff mahu pulang kerja juga. Di Federal highway semasa mahu ke Amcorp saya telah tersalah jalan. Saya telah membelok ke kiri di jalan KWSP. Sepatutnya saya ke depan lagi. Dan itu telah menyebabkan sekali lagi saya tersesat di kawasan Jln Gasing itu. Semester lepas saya pernah tersesat ke situ juga. Dan itu lebih menakutkan kerana ketika itu waktu sudah mahu ke pukul 10 malam dan saya berseorangan. Ya. Berseorangan di kawasan yg kita tidak familiar adalah agak menakutkan.


Semalam saya sesat hingga termasuk ke Taman Jaya. Baru tahu ada sebuah taman di situ. Semasa keluar dari situ saya agak ketakutan. Tetiba merasa takut. Tapi saya tetap tabahkan hati dan membaca bermacam-macam ayat agak perjalanan saya dipermudahkan. Saya berlegar-legar di sekitar PJ lebih kurang 15 minit dan akhirnya jumpa juga Amcorp. Alhamdulillah. Risau juga.


Tiba di Amcorp saya terus menuju ke kedai buku kegemaran saya. Meluangkan masa lebih kurang 1 jam di situ membelek-belek buku. Dan syukur saya telah jumpa novel 'Pomegranate Soup' yg telah lama saya cari. Selain novel Marsha Mehran itu saya turut membeli 3 buah novel lain. Total semua adalah RM48.15 setelah di tolak diskaun 5%.


Jadi itu kisah saya sesat dan takut. Tapi walau bagaimanapun ketakutan saya itu tidak dapat mengatasi ketakutan mangsa-mangsa gempa bumi di Padang. Ya. Itu lebih menakutkan. Melihat runtuhan gempa bumi di TV dan mendengar kisah kejadian dari mangsa sahaja sangat menakutkan saya. Emak kata bala Allah adalah menyeluruh. Walau hanya segelintir yg melakukan dosa tetap semua akan menanggung akibat. Oleh itu walaupun kita sehabis daya cuba menghindari yg tidak baik namun kita tetap berisiko menempuh sama balasan Allah pada yg melakukan kejahatan. Saya sedar. Di sekeliling kita sekarang terlalu banyak noda dan dosa.


Ya Allah.. peliharalah kami sekeluarga..


Saya takut.


Anda?

Tiada ulasan: