Entri ini saya ingin mengajak anda berimaginasi sedikit.
Bayangkan. Saya yg gemok gedem tapi comel (ya ampun! hehe) sedang berusaha melawan arus graviti memanjat tangga mendril curtain railings yg tingginya mencecah hampir 9 kaki dari paras tanah (bukan paras laut sbb saya tak pernah ukur dan tak suka laut).
Amacam?
Hazab kan rupa mak noks?
Dah dua tiga hari itu kerja saya. Emak kata "Kalau dah datang hendaknya semua dibuat".
Dan di peha saya sudah berbirat akibat peha yg montok ya rabbi telah terlanggar bucu besi tangga. Pedih!
Tapi demi semangat waja wanita gemok gagah perkasa akan saya selesaikan sampai sudah. Pelan pelan kayuh. Rasa penat turun balik dari tangga. Hilang penat naik balik. Itulah dia kalau tiada siapa mahu menolong. Semua di telan.
Tamat sudah imaginasi.
Doakan saya selamat membuat semua kerja.
Harap maklum.
Hiks..
3 ulasan:
selamat membuat semua kerja ;)
buat semua kerja jadi slim lah nnti
lily: tq lily :)
detektif: takdenya slim kalo takat buat kerja gitu.. lutut yg punah nanti huhu
Catat Ulasan