Alhamdulillah..
Yg nak menikah dah selamat menikah.
Result exam semester lepas pun sudah saya dapat. A- sahaja. Syukurrrr.. sbb menjawab dalam keadaan bersedih jiwa raga kan.
Majlis rsepsi perkahwinan adik saya juga sudah selesai semalam. Alhamdulillah segala perancangan berbulan-bulan bersama abah dahulu sudah saya laksanakan. Amanah sudah saya sempurnakan sebaik mungkin. Sebagai perancang majlis saya berpuas hati dengan perjalanan majlis. Segalanya berjalan lancar seperti dijadualkan. Lega. Walaupun ada mata-mata sinis dari pihak saudara mara yg hanya tahu mengecam dan mengutuk itu semua saya nyahkan jauh-jauh dari minda. Mungkin ada yg mempersoalkan keceriaan dan senyuman saya melayani para tetamu. Tapi logik ke saya perlu menangis sedangkan sebagai tuan rumah seharusnya saya meraikan tetamu yg dijemput? Di dalam hati saya kamu tahu ke saya sedih ke gembira ke.. atau berperasaan kosong ke?
Tapikan.. walaupun kaedahnya saya kelihatan kuat diluar.. tapi bila bertemu rakan rapat abah yg berpesan itu ini akhirnya benteng kesedihanku roboh jua. Maka gugur juga airmata makcik setempayan. Mujur ada anak-anak buah memujuk 'emak buah' yg kesedihan. Mujur juga perasaan saya easy come easy go. Jadi 'paip' airmata berjaya diberhentikan sebelum majlis tergendala dek aksi seorang makcik yg tersedu sedan menangis.
Hari ini rumah saya kembali normal. Normal dalam erti kata hanya ada saya, emak, adik, makcik, adik ipar dan mak andak dari kampung. Abang yg sulung sekeluarga pagi-pagi lagi sudah pulang ke Johor. Yg bangah pula petang tadi setelah membantu menyusun atur semula perabot di ruang tamu juga sudah pulang ke Puchong.
Selepas ini mungkin tiada lagi sebab penting utk berkumpul sekeluarga. Selepas ini tiada lagi amanah dan projek besar utk di selesaikan. Selepas ini tiada lagi aktiviti yg perlu di nanti. Selepas ini.. saya mahu buat apa?
Minggu depan rupanya semester baru akan bermula. Dan semester kali ini saya perlu bersendirian kerana rakan saya cuti bersalin. Emmm...
Masih ada lagikah sinar mentari? (Tetiba jiwang. Cheh!)
Sekian sahaja utk kali ini (Tetiba skema!)
Ok. TAMAT.
1 ulasan:
alhamdulillah semua berjalan lancar...
Catat Ulasan