Kisahnya lagi tadi sewaktu di kelas tetiba pensyarah saya hendak membuat sesi berkenalan. Sudah 2 kali saya mengambil kertas beliau tak pernah pun ada berkenalan bagai. Saya agak semester ini beliau adalah bervisi baru. Isk. Sewaktu tiba giliran saya meng'introduce'kan rakan di sebelah tetiba saya di landa gemuruh meluruh-luruh (ya, tiada perkataan 'melayu' sebegitu. Saya reka sendiri). Dan sudahnya saya telah membuat 'mistake' (guna perkataan 'mistake' dan bukan 'error' sbb kesalahan berlaku secara tidak sengaja. 'Error' pula merujuk kepada kesalahan yg disengajakan i.e si pembikin silap tidak tahu yg sebenar. Paham dak?) Hekss.. abaikan.
Sepatutnya saya sebut 'scrap booking' tapi yg terkeluar dari mulut tak berapa nak manis saya ni adalah 'book scrapping'. Sudah menjadi sifat semulajadi saya iaitu tetiba menjadi keliru. I keliru you! Auwww...
Heks..
Seusai kelas saya ke Subang Parade. Hajat ingin mencari kamus yg dicadangkan oleh pensyarah. Ternampak sebuah di MPH tapi sudah buruk. Orang customer service itu kata beliau boleh bagi saya diskaun sebanyak 15%. Cait! Sikitnya? Setelah berfikir selama hampir sejam tidak berganjak membelek kamus tersebut (serius lama tau!) akhirnya saya ber'decide' utk membeli. Buruk pun buruklah. Janji ado! Demand tak tentu pasal karang langsung melepas. Takpe. Nanti saya wrap cantik cantik jadi nampak cun juga.
Saya juga menyambar sebuah 'book light' yg berharga RM29. Malam malam ku tidak akan gelap lagi (tetiba!). Tatkala pulang (lamanya tak guna word 'tatkala' tersebut) saya memberitahu emak, "Mak, kalau abah masih hidup book light inilah orang akan belikan utk abah". Emak diam mendengar statement saya itu. Ya. Saya kini tiada geng 'penggila buku' lagi. Isk.
'Book light' saya di dalam kegelapan.. cececeh!
'Book light' di waktu terang.. saya pilih yg rupanya begitu sbb rasa senang nak pegang.
Buku apakah yg sedang saya baca itu?
It's 'Twilight' people!
Biasalah saya kan. Orang lain dah berzaman khatam saya baru terhegeh-hegeh nak baca. Orang lain dah berribu-ribu beranak saya belum. Opsss... tersasar pula. Ampun ya.
Oklah. Saya mahu 'cuba' membaca. 'CUBA' ok. Makin tua makin pemalas Cik Mont ni. Hesshh...




Tiada ulasan:
Catat Ulasan