Walaupun tiada kelas tadi saya tetap ke UM ditemani emak. Tujuan adalah tidak lain dan tidak bukan (apa jenis ayat ni?) adalah utk meminjam buku di perpustakaan.
Saya dan emak juga menikmati lunch di food court Carrefour Subang setelah bermasam muka sebentar gara-gara tidak tahu membuat keputusan hendak beli atau tidak sales kasut XES buy second pair with only 88 cents. Muka yg masam kembali semanis madu semasa menghadap makanan yg ala ala je sedapnya. Saya makan yee mee soup. Mak pula dried chilli yee mee. Mee emak lebih sedap dari mee saya. Huhu..
Dalam perjalanan pulang emak berkata "Alhamdulillah.. tak luak duit beli kasut. Ada lah riak nak senang tu pada ko". OK. Memang sekarang kegilaan saya membeli kasut adalah berkurang sebanyak 60%. Sebabnya saya sudah ada kasut yg sangat selesa di kaki (kasut crocs malindi mango itulah). Di sebabkan kaki sudah tidak sakit dan selesa dgn satu kasut maka kasut-kasut lain di
Sampai rumah saya rasa letih. Letih yg tidak tahu punca. Takkan pergi library pun letih sangat? Misteriiii.. heh!
Oh ya.. pagi tadi sewaktu saya sedang duduk duduk di ruang tamu bersama emak, tetiba datang seorang encik poslaju. Emak tanya saya "Engkau ada beli apa apa lagi ke?" Uikss.. saya yg tidak bersalah segera menafikan. Emak keluar. Dan masuk semula mengepit sebuah bungkusan. Rupanya hadiah dari PTS. Tak sia-sia saya masukkan iklan mereka dalam blog ni kan. Kan dah dapat sebuah buku.. ngee.. terima kasih PTS. Lain kali buat lagi ya.
(Gambar tidak di edit.
Malam ini saya rindu abah. Rindu sangat-sangat. Bagaimana mahu membasmi

1 ulasan:
1 persamaan kita
gila shopping kasut hehehehehe
Catat Ulasan