Khamis, Mac 04, 2010

Mari Memasak #1: Spaghetti Olio

Tuan-tuan & puan-puan,

Cik Kiah, Cik Jenab dan segala Cik Cik Cak Cak Cicak pun bleh.

Mari memasak bersama. Hari ini Cik Mont ingin membuat demonstrasi masakan (cewah!). Masakan ni sonang yo! Pejam mato pun bleh buat punyo. Tapi Cik Mont tunjuk gak la noo.. mana tahu ada yg teringin tapi tak tahu pulak buat kan. Atau ada tetamu-tetamu rumah Cik Mont yg makan makanan ni kat rumah Cik Mont dan sukaaaaa sangat sampai tak mahu balik tu kan. Haaa.. silalah masak sendiri di rumah masing2 yooo..

Ok. Mari mula.

Bahan Bahan2: Spaghetti + udang + cendawan shitake + tomato + bawang putih + minyak masak

Mula-mulaa…

rebus spaghetti Rebus spaghetti sampai la berciri2 boleh di makan. Letak minyak sikit masa rebus tu yaa.. kang lupa plak kalo tak cakap. Maklum ler masak pun setahun 3 kali je kan? Hekss… bila dah lembut toskan dan letak tepi. Ambik kuali pulak. Panaskan minyakk.. dan…

tumis olio … masukkan bawang putih, udang, cendawan… tumis tumis sampai naik bau…

tumis olio2 …. masukkan cherry tomato ke dalam. Ada yg suka letak tomato last. Terpulanglah. Saya suka tomato tu masak sikit…

tumis olio3 Then.. masukkan serbuk cili kasar.. ikut suka la nak pedas camner kan… saya letak sikit je..

tumis olio4 Akhir sekali masukkan la spaghetti yg dah di rebus tadi tu…

gaul olio Gaul… gaul… gaul… sampai sebati..

spaghetti olio

Dah siap.. letak dlm pinggan bunga2 feberet Cik Mont… sonang kan?

jemput makan olio Jemput makan… nom nom nom nom nom…

 

signature

4 ulasan:

zh-ena berkata...

ena suka lg bolenese lg..
nyum nyum nyum
tak jemput mkn pun cik mont :p

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, berkata...

eiyra akak kalau masak olio letak bawang putih sebiji2..tumis sekali..mantap..ha.ha tapi bukan akak makan pun, Mr Seyit Karalah..he.he

Eiyra Mokhtar berkata...

uishhh.. bistu dia kunyah2 la ehh.. adeiii.. saya tak bleh kunyah bwg putih byk benor.. huhu..

cc berkata...

apakah beza ant spegeti bolognese dan spegeti olio?

i prnh mkn yg bolognese saje, olio tak prnh...kalau sedap mahu try :D